Thursday, February 17, 2011

realiti kehidupan

ini adalah entri membebel kerana rasa tidak puas hati

aku kengkadang suka gak berblogwalking dan terjumpalah macam cerita dan macam2 benda, ada yang best dibaca dan ada yang x best untuk dibaca, ada yang sedih ada yang suspen dan ada yang menggiurkan (err ni bila jumpa blog shopping online ngan blog masakan...hehe)

dan recently terjumpalah blog pasal cerita2 kehidupan yang bukanlah satu fairytail tapi satu cerita ngeri bg aku...sebabnya pencerita adalah orang yang menderita bagi penilaian aku la...ada sedih dari tulisan yang ditulis tu...dan memang aku sangat anti dengan perampas laki orang ni...serius x kesah la laki orang ke, boyfriend orang ke, tunang orang ker...apa dan x cukup laki kat malaysia ni nak ambik hak orang...

kalau dah kemaruk sangat cari la biarpun lombok ke, negro ke x kesah lah janji bukan berstatus hak milik orang lain, dan memang setengahnya guna ayat nak berkongsi kasih tapi apa kes bila dah dapat kongsi kau nak kebas untuk diri sendiri...sangat unfair ok...tidakkah anda tahu yang dunia ini bulat dan allah itu maha mengetahui...dan bila dah buat benda x baik tu akan ada balasan dia esok hari...memang la mendirikan masjid itu baik tapi masjid disebalik keruntuhan masjid lain...sangatlah tidak baik...malah berdosa lagi

aku bukanlah hakim tapi dari segi pembacaan dah boleh dinilai dari kedua2 blog, satu blog yang laki kena rampas satu lagi blog yang merampas dah boleh nampak perbezaan...dari segi ayat yang ditulis dah nampak x cukup pembelaan...dah nampak sapa yang salah sapa yang menderita...dan satu yang aku x faham adalah bukankah kita sama2 perempuan...tidakkah anda tahu merampas hak perempuan lain adalah satu yang kejam dan x berperikemanusiaan...dan no wonderlah ada satu paper hari tu cakap yang orang malaysia ni makin kejam dan x bereprikemanusiaan...dan aku percaya memang pun!

err korang nak link ker? rasa cam x gamak plak aku nak bg...huhu

note: x pasal2 en hubby kena quiry ngan aku lepas aku baca blog derang2 ni...doa aku biarlah kami kekal dan x terjadi seperti cerita2 ngeri ini...mintak dijauhkanlah amiiinnn

Wednesday, February 16, 2011

catatan: on life...

random update:

1. masih lagi sihat walafiat biarpun minggu lepas adalah sedikit selsema tapi masih lagi tegar dan berjaya meneruskan sebagai ibu tunggal semetara...oh encik hubby bakal pulang hujung minggu ni...suka2 dah siap belikan tiket pegi dan balik supaya x jadi lagi macam masa menghantar tempoh hari...menunggu bas xtra yang patut pukul 12 tpi pukul 1.30 br nak muncul...sangat hampeh

2. budak kecik tu ada la bunga2 rindu dekat bapak dia dan bila buat video call untuk borak dengan bapak dia lepas letak ja mesti buat perangai...esoknya mesti jadi termenung, jalan pun x stabil tiba2 boleh jatuh sendiri...kesian jugak yer...tapi kadang2 nak tergelak pun ada...hehe

3. bila dah nak dekat due macam2 nak kena settle, oh nama bb blum cr, bj bb pun blum basuh, barang pun byk x lengkap lg, breastpump kena postpone beli (sadis), keja masih x settle, esemen x siap (ni blh masuk lam kategori jugakkah?) sabar2 pizet, tarik nafas...huhu kena siapkan satu2 supaya boleh duduk dirumah dengan aman

4. cuti 90 hari rupanya masih blum lg kuatkuasa kat ofis aku ni...eh bukan pekeliling kata start bulan 10 thn lepas ker? aku pun x faham, katanya tunggu kelulusan kerajaan negeri baru boleh kuatkuasa, nak kena masuk meeting segala...oh nasib la aku x keja bahagian sumber manusia, kalau x mesti orang marah aku selalu...ni aku dah nak bersalin macam mana nasib entah la...huhu ada feeling2 nak bawak sepanduk "saya nak cuti 90 hari" tapi malu itu masih menebal

5. rupanya duduk dengan mak ni cam ok jugak patut la orang dah kawen pun still nak duduk dengan mak, hehe duduk dengan mak yang which mean mak yang masak...balik keja dah blh trus makan, wah sangat suka tapi rasa x boleh dibiasakan nanti lama2 aku jadi malas pulak...hehe banyak lagi yang mak buat...tapi x la privasi sangat bila duduk dengan mak ni...ada jugak la pro n cons dia...x pe lah cuma 2 bulan je pun duk dengan mak lepas ni dah berjauhan balik dengan mak..bermanja2 sekejap

6. dah jadi pjj sekejap ni rasa sangat salute pada orang yang dah lama berpjj...memang sangat hebat mereka, rasa percaya perlu sangat tinggi...selain dari komunikasi...dan rasa rindu yang sangat menebal...x pe2 bln 7 dah habis dah...kejap je tu...tiba2 rasa nak buat countdown...haha (poyo je kan)

7. last week balik kg terkejut bila mak angkat syauqi mati kena langgar dengan motosikal, sadis mungkin dah sampai masa dia kot, dan adik aku yang sekolah menengah masih lagi x tau kucing tu dah mati, mak aku x nak kasi tau takut nanti menangis x sudah plak mengenangkan kucing kesayangan dia tu...lepas dia x ada la yang nak tunggu tepi tilam bila balik kampung, yang nak kalut lebih bila syauqi menangis, yang nak tahan kena buli dengan syauqi, sanggup tu dia tunggu syauqi duk buli dia...sabar je la

8. hari ahad depan nak kena scan bb untuk tengok progress dan boleh ketidak beranak normal, sangat nervous sebab masa scan klinik swasta tempoh hari doktor ada cakap pasal uri kat bawah, biarpun tempoh ni uri tu patut dah naik atas tapi masih lagi kat bawah, maka dah cuak...tapi x de pun bleeding, mungkin lambat ckit kot uri tu kembali ketempat asal..biarlah kali ni beranak secara normal...sakit bila sampai masa, x mo dah masuk ubat yang sangat menyeksa tu...huhu

9. dah nak masuk akhir2 pregnancy ni dah makin kerap aku menjengah toilet, ada ckit lagi rasa nak letak kerusi ngan meja tepi toilet, ish satg orang salah faham aku ni penjaga toilet plak, tapi series asyik rasa nak terkencing je, nak2 bila si kecik dalam perut ni tendang2 bawah...seksa jangan terkucil dalam seluar udah la...x pasal2 aku balik awal plak dari ofis

Thursday, February 10, 2011

innalillah...moga ditempatkan dikalangan orang yang beriman

agak lambat bercerita bukan apa minggu lepas agak sibuk selepas mendapat khabar yang tak diduga sampaikan aku dan encik hubby sedkit terkejar-kejar masa...tapi alhamdulillah semua urusan telah pun selesai dan sempat la aku bercerita...

hari sabtu dan ahad lepas kan aku macam biasalah ke puncak alam untuk sesi seminar kelas e-pjj aku, dan sem ni aku cuma pergi dengan kengkawan sekelas, encik hubby dan budak kecit tu duduk kat rumah, sebelum aku kekelas tu ada jugak encik hubby cakap kata ayah dia aka bapa mertua aku masuk spital, memang dia ada sakit2 tapi bukan sakit yang sampai x leh bergerak cuma sakit biasa2...dan plan kami nak ambik cuti raya cina balik kg

skali masa on the way blk dari kelas ahad tu akak ipar aku col cakap yang bapa mertua aku dah meninggal...trus cam kaku jap...dan member aku yang bawak keta trus jd 140km/j...hehe dan encik hubby pun asyik tanya jauh lg ke

balik rumah pun x sempat rehat apa trus pack barang dan gerak balik kelantan, time tu dah pukul 10 mlm, dengan minyak keta time tu ada la kot 5 bar nasib la sempat sampai jeli dan isi minyak, ada jugak stesen minyak 24 kat jeli, kalau x kami laki bini kena tolak keta...hehe smpi kampung dalam pukul 4 pagi kot, sempat la pejam mata 2 jam sebelum bangun plak...dan efek lepas travel non stop tu adalah sedikit serak suara aku...

encik hubby aku tgk macam steady je, aku x tau la apa dia rasa...kalau dia simpan dalam hati pun entah la kan...
arwah bapa mertua aku...moga dia ditempatkan dikalangan orang yang beriman...amiinnn

macam mana nak pos motosikal guna pos laju

ni sebab hari selasa hari tu aku poskan moto encik hubby pegi ke kl untuk kegunaan dia sepanjang dia kat sana dan lepas2 ni kalau ada orang tanya boleh je aku check balik sequel dia kat cni...dan kalau ada orang nak cari pengetahuan boleh jugak baca di sini saja...

aku masa awal tu byk jugak tanya orang kot2 sapa ada pengalaman kan dan lepas tu banyak la cerita yang aku dapat pasal harga, prosedur dan macam2 lagi la...sebabnya sepupu aku penah pos moto guna ktm dan dia cakap macam x secure sgt dan risiko side mirror patah x pun hilang, tapi harga memang murah, dia kata try la tanya nationwide

dan esoknya aku col la sambil google info yang mana berkaitan, lepas col nationwide, kangaroo ngan abx ngan pos laju ngan ktm dapat la sikit rumusan
-kalau ktm cas dia dalam RM107, estimate sampai dalam 2-3hari kena bawak geran sekali time nak pos moto dan tempat ambik adalah dekat kl sentral
-kalau nationwide pulak harga dalam RM140+10%tax, estimate sampai dalam seminggu
-kalau pos laju pulak harga dalam 160+20%tax estimate sampai dalam 4-5hari bekerja ambik dekat pejabat pos laju terdekat
-lain2 kurier dia cakap x terima moto
-minyak kena kasi minimum yang mungkin dengan alasan mengelakkan kebakaran

dan lepas fikir2 semua campur tolak darab aku ambik choice nak hantar guna pos laju, try la cari orang nak bawak moto tu pegi pejabat pos laju sebabnya masa tu encik hubby dah kat kl nun, aku plak memang lansung x reti bawak moto, takat tolak moto tu blh la...hehe last2 sepupu aku cakap boleh dan cari orang plak bunag minyak dalam tank sebab seminggu sebelum tu encik hubby isi penuh minyak moto dengan alasan sempat la dia pegi keja dan minyak tu tinggal suku, tapi x sempat bila jd kecemasan tempoh hari, minyak yang dah wak kuar tu aku bg ja trus kat orang yang tolong buang minyak tu...kalau aku ambik macam x guna gak

dah sampai pos laju isi borang dia cakap la kos nak pos dalam RM180, ohh cepat sungguh rega naik yer, tapi dah hntr kan ok aje la, then dia suruh buang side mirror dengan no plat belakang, time ni cam terkejut, tiba2 makcik nak kena jd mekanik nih, siap dia bg spana ngan skrudriver, puas usaha last sekali sepupu aku kata dia bawak g kedai repair keta dekat ctu, x sampai 3 minit dah datang balik, padahal sebelum tu dekat sepuluh minit kami usaha x berjaya...huhu dia kata minyak kena bg tinggal suku tank, ok yang tu done la kan...isi borang semua pastu dia tanya nak pos helmet x...oh boleh rupanya pos helmet sebab masa tu x bawak helmet sekali, time tu proceed ja pos yang mana ada

balik rumah ambik helmet pegi balik sana then kena tambah duit lg RM5.75 untuk helmet pulak.
kiranya summary hari tu adalah'
-kos untuk pos moto adalah RM180
-insuran kalau nak ambik adalah RM1.50 setiap seribu, aku ambik 2000 maka RM3
-kos nak pos helmet sekali RM5.75
-minyak kena kasi suku tank
-side mirror dengan no plat belakang kena cabut untuk elakkan patah tapi still pos sekali dengan moto
-kunci pun pos sekali jugak
-kalau pakai pos laju x yah bawak geran pegi sekali
-estimate masa sampai dia cakap habis lambat adalah seminggu

dan nasib baik jugak pegawai kat pejabat pos sangat mesra alam...suka aku nak pegi lagi...err nak pos keta boleh jugak ke eh? mana la tau kan malas nak drive smpi kl boleh kita poskan jugak...hehe

Wednesday, February 9, 2011

bukan x boleh tapi malas...

aku rasa semenjak dah kawen ni macam satu tabiat plak yang aku biasakan dan encik hubby pun memanjakan dan membiarkan tabiat aku tu berterusan sebabnya lepas kawen ada setengah benda yang sebelum kawen boleh ja aku buat tapi dah kawen macam orang x reti dan kalau boleh memang aku x kan buat antaranya:
-isi minyak keta sendiri...aku memang malas nak isi minyak keta kalau boleh sampai dah berkelip2 baru aku pegi stesen minyak dan biasanya encik hubby akan bawak pegi isi minyak keta..padahal yang bawak keta tu aku, dia nek moto ja g keja
-ambik duit kat atm...padahal kat bawah ofis aku ni ada dua atm, satu bank islam satu lagi cimb dan aku seboleh2nya sanggup lg bg dia pegang kad aku dan aku cuma mintak duit kat dia ja tiap2 hari...
-check angin tayar keta, ni lagi satu tabiat malas aku...hehe bawak je keta nak isi angin pun malas
-buangkan sampah...selalu aku bungkuskan ja siap2 dan encik hubby pegi buang
-bawak keta pegi basuh...padahal masuk mesin ja kan tu pun malas nak jejak...tapi nampaknya minggu ni kena la pegi jugak dah macam kelabu asap dah keta tu

oh dan semalam aku berjaya pegi isi minyak keta sendiri dan nasib baik stesen minyak tu ada assistant tolong isikan minyak, aku cuma pegi bayar kat kaunter ja...bagus2 lepas ni mesti aku jejak kaki lg ke sana...tapi bab2 lain tu alahai kena la jugak buat sendiri...dah berjauhan kan...lepas ni kena buat countdown la bila encik hubby nak balik kursus boleh aku x yah buat semua2 tu...haha (masih lg x insaf)

Tuesday, February 8, 2011

bermula semalam...

sejak dari semalam jadi la aku ibu tunggal sementara...huhu eh tidak aku belum lg dapat title j tu...biarlah x dapat smpi habis hayat...amiin sebab aku jadi ibu tunggal sementara sebab en hubby sejak dari semalam dah berada di hukm nun berkursus selama 6 bulan smpi hujung bulan 7 nanti baru dia blk cni...biarpun masa weekend blh je dia blk tapi tetap x sama dengan dia ada kat cni tiap2 hari...huhu tapi x apa lah demi kerjaya dia aku pejam ajelah sebelah mata biarpun 6 bulan kena tinggal...

sementara en hubby berkursus dia akan guna motosikal dia dan tadi dah selamat aku pegi pos dekat pejabat pos dan estimate masa sampai sana dalam seminggu katanya...sementara tu naik dulu la public transport ye encik hubby...

si budak kecit tu semalam dah start tunjuk perangai lepas video call ngan bapak dia dah start merengek ngan tunjuk perasaan semua...rindu kot sebab selalu kalau dia wat pangai bapak dia la yang memujuk ni tukang pujuk dah duk jauh...mak dia ni x brapa melayan sgt nasib la tok dia ada nak layan cucu seorang...ohh sementara encik hubby pegi jauh mak aku meneman kat umah smpi aku cuti bersalin nanti...nanti harap2 encik hubby dapat la bercuti seminggu sempena aku bersalin kalau x ish sedey gak ni bersalin tanpa encik hubby...

doa aku biarlah aku boleh jd ibu tunggal 6 bulan ni dengan selamatnya...lama jugak berjauhan ni...orang2 yang kawen tapi duduk jauh2 ni memang hebat menahan dugaan...moga2 aku pun macam tu la amiinn

Monday, January 24, 2011

khas buat ibu yang x mo menyusukan anak derang

artikel yang aku jumpa dalam metro hari ni dan rasanya x rugi untuk dikongsi dengan orang lain...
RAMAI wanita bimbang mengenai masalah payudara kendur sehingga ada yang mendapatkan pelbagai rawatan untuk menegangkan payudara. Ada pula berpendapat penyebab utama payudara kendur kerana sering menyusui anak.
Secara saintifiknya payudara adalah kelenjar yang berfungsi menghasilkan susu. Struktur utama payudara dibentuk oleh kilang kelenjar susu.

Di sekeliling kilang kelenjar terdapat tisu lemak, kolagen dan ligamen. Payudara tidak mempunyai otot atau tulang.

Oleh itu saiz payudara bukan saja dipengaruhi oleh kelenjar susu yang ada tetapi juga oleh berapa banyak terdapatnya tisu lemak dan kolagen di sekeliling kelenjar susu itu.

Menurut Konsultan Laktasi (IBCLC) dan Pensyarah Kanan, Unit Perkembangan Kesihatan Wanita, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Zaharah Sulaiman yang sekarang sedang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana (PhD) di Universiti La Trobe Melbourne, Australia dan membuat kajian mengenai penyusuan ibu di kalangan wanita bekerja dia menolak dakwaan mengenai faktor menyusu menyebabkan payudara kendur.

Katanya, ini kerana bentuk dan saiz payudara seseorang boleh dipengaruhi faktor umur, gen (keturunan), etnik dan pemakanan seseorang wanita. Adalah satu kebiasaan bagi payudara seorang wanita berbeza saiz antara yang kiri dan kanan di mana satu lebih besar dan kecil.

Dr Zaharah berkata, terdapat beberapa faktor menentukan bentuk payudara antaranya keanjalan ligamen yang menampung atau mengampu payudara serta tarikan graviti secara semula jadi yang akan menyebabkan payudara kendur.

"Payudara bersaiz besar dan lebih berat akan mempunyai tarikan graviti yang lebih. Tarikan graviti ini akan menyebabkan ligamen dan kulit payudara tertarik dan menyebabkan kekenduran.

"Bentuk dan saiz payudara yang normal juga berbeza-beza. Ada bersaiz kecil dan besar. Ada yang bulat dan ada bentuk panjang dan lonjong.

"Begitu juga dengan bentuk puting payudara. Ada puting timbul, leper dan tenggelam. Semua ini adalah kepelbagaian dalam bentuk normal," katanya.

Menurutnya, peningkatan usia penyebab utama kekenduran payudara.

Jelasnya, payudara kendur adalah proses semula jadi wanita kerana pembentukannya dipengaruhi hormon estrogen.

Katanya, kekenduran payudara menjadi lebih nyata semasa menopaus apabila aras hormon estrogen amat berkurangan.

Beliau berkata, proses kekenduran payudara tidak nampak ketara bagi wanita mempunyai saiz payudara amat kecil kerana mempunyai tarikan graviti lebih kecil.

"Merokok adalah penyebab utama kekenduran payudara. Ini kerana rokok merosakkan elastin iaitu sejenis fiber protein yang memberi ketegangan dan keanjalan kulit seseorang.

"Oleh itu apabila seseorang merokok, ini akan merosakkan elastin dan mempercepatkan kekedutan serta mengurangkan keanjalan pada ligamen.

"Merokok juga boleh merosakkan tisu ovari (kilang telur) yang bertanggungjawab menghasilkan hormon estrogen.

"Estrogen adalah sejenis hormon wanita yang dirembes oleh ovari untuk merangsang pembentukan payudara," katanya.

Menurut Dr Zaharah, kekerapan kehamilan juga punca kepada payudara kendur.

Jelasnya, ketika hamil, payudara seorang wanita mengalami perubahan ketara apabila kelenjar susu mula membesar sebagai persiapan untuk menghasilkan susu.

Katanya, pembesaran kelenjar susu mengurangkan tisu lemak pada payudara.

"Selepas bersalin dan apabila penghasilan susu tidak lagi diperlukan (sama ada wanita itu menyusui anaknya ataupun tidak), kelenjar susu akan kembali mengecut.

"Tisu lemak yang telah berkurangan tidak kembali semula ke peringkat sebelum hamil. Begitu juga dengan keanjalan ligamen yang mengampu payudara berkurangan.

"Justeru jika wanita kerap hamil, perubahan saiz payudara juga berlaku dengan kerap dan ini akan menyebabkan kekenduran boleh berlaku dengan lebih cepat," katanya.

Menurutnya, wanita kerap hamil walaupun tidak menyusukan bayi mempunyai risiko untuk mendapat payudara kendur lebih cepat.

Katanya, faktor terakhir ialah penurunan berat badan ketara menyebabkan tisu lemak berkurangan.

Jelasnya, namun kulit dan ligamen tidak menegang dengan pengurangan tisu lemak ini akan menyebabkan payudara kelihatan kendur.

Katanya, berdasarkan semua fakta di atas wanita tidak perlu takut menyusui bayi mereka kerana menyusu tidak meningkatkan risiko kekenduran payudara.

"Susui bayi anda kerana banyak manfaat kesihatan diperoleh bukan saja kepada bayi tetapi untuk ibu.

"Kajian menunjukkan wanita menyusui bayi berisiko lebih rendah mendapat kanser payudara dan kanser ovari daripada wanita yang tidak menyusui bayinya.

"Bayi yang mendapat susu ibu juga lebih sihat dan kurang risiko untuk mendapat jangkitan kuman.

"Namun kajian ini tidak membandingkan antara wanita yang menyusui dengan wanita yang tidak menyusui bayi terhadap kekenduran payudara. Kajian ini melihat apakah faktor yang menyebabkan kekenduran payudara. Ini adalah dua pernyataan yang berbeza," jelas Zaharah.

Katanya, wanita yang tidak pernah mengandung atau menyusui anak juga turut berdepan dengan masalah payudara kendur kerana proses penuaan dan perubahan semula jadi.

Apa yang berbeza, ujar beliau, kekenduran berlaku lebih ketara kepada wanita yang mempunyai risiko seperti di atas.

Kekenduran berlaku dengan lebih ketara ketika wanita mengalami menopaus kerana kekurangan aras hormon estrogen. Wanita yang mempunyai payudara yang lebih besar (oleh itu payudara lebih berat) boleh mengalami kekenduran dengan lebih cepat disebabkan tarikan graviti yang dialaminya lebih ketara," ujarnya.

Menyedari kepentingan payudara sama ada untuk menyusui bayi atau dianggap sebagai aset kecantikan wanita, kebanyakan wanita mencari rawatan bertujuan mengembalikan keanjalan payudara. Di pasaran terdapat pelbagai produk kecantikan bertujuan untuk mencantikkan payudara. Secara umumnya Zaharah berpendapat kesan diperoleh hanya bersifat sementara terutama ketika produk ini digunakan. Apa yang harus diperhatikan adalah kemungkinan kesan sampingan produk itu yang boleh berlaku sama ada dalam jangkamasa pendek atau panjang.

Ada juga wanita yang menjalani pembedahan plastik payudara sama ada untuk membesar atau mengecilkan payudara untuk mendapatkan saiz dan bentuk yang diidamkan. Ini juga tidak bertahan lama dan pada kebiasaannya perlu dilakukan beberapa kali untuk mengekalkan bentuk yang diingini. Lebih-lebih lagi untuk yang beragama Islam, perbuatan ini haram di sisi agama kecuali pembedahan itu dilakukan atas sebab-sebab kesihatan (seperti membuang ketumbuhan).

"Saya merasakan apa juga yang dilakukan hanya mampu untuk melambatkan proses kekenduran, hakikatnya kekenduran payudara akan tetap berlaku. Ini adalah kerana proses penuaan adalah fitrah. Payudara seperti juga organ lain, ia anugerah Allah. Jika seseorang suami atau lelaki tertarik kepada wanita hanya disebabkan ketegangan payudara yang dimiliki oleh wanita itu, maka lelaki itu hanya mengimpikan sesuatu yang sementara saja.

"Ini kerana proses penuaan ini bukan saja dialami wanita tetapi lelaki. Jika isteri atau wanita mengalami penuaan, maka suami atau lelaki juga mengalami fasa penuaan yang dikenali sebagai andropaus. Keberkatan dan kebahagiaan rumah tangga bukan terletak semata-mata pada rupa paras fizikal tetapi juga keserasian dan kebolehan pasangan untuk menerima pasangan masing-masing seadanya dengan kekurangan masing-masing," katanya.


Panduan menjaga payudara:

1. Jangan merokok

2. Menyusukan bayi. Ini kerana menyusu anak adalah hak seorang anak untuk mendapatkan nutrisi terbaik dari ibunya. Lebih-lebih lagi ia benteng terbaik yang boleh mengurangkan jangkitan kuman kepada bayi dan mengurangkan risiko kanser payudara pada ibu.

3. Penggunaan coli. Terdapat banyak pendapat mengenai cara penggunaan coli. Walau bagaimanapun, setakat ini tiada kajian menunjukkan penggunaan coli boleh mengelak payudara kendur. Ada kajian yang mengatakan coli boleh mengurangkan kekenduran hanya pada masa coli itu dipakai. Apa yang lebih penting adalah menggunakan coli yang sesuai dengan saiz dan bentuk payudara seseorang. Coli yang terlalu ketat boleh menyebabkan ketidakselesaan, kesakitan pada tulang belakang (belikat) dan juga tidak baik untuk postur. Terdapat coli yang dibuat sesuai digunakan untuk mengampu payudara ketika menjalani aktiviti sukan.

4. Senaman. Secara umumnya, senaman fizikal bertujuan untuk menguatkan otot. Walau bagaimanapun, kelenjar payudara tidak mempunyai otot. Tetapi payudara hanya terletak di atas otot dada. Oleh itu senaman fizikal yang boleh menguatkan otot dada ialah berenang kerana secara tidak langsung boleh meletakkan payudara pada tempat yang lebih kemas. 

artikel dari paper metro...maka lepas ni kalau x mau bagi susu dekat anak jangan dok buat alasan kata breast kendur ke apa...carilah alasan lain (read:nada tensen dengan orang yang buat alasan nak lawa pastu x mo bg susu kat anak...kalau alasan kesihatan ke x cukup ilmu ke boleh lagi diterima)

Sunday, January 23, 2011

kalendar akademik baru...

nampaknya betul la aku akan bercuti sem lebih panjang macam entri aku yang sebelum ni pasal cuti yang lebih panjang tu...tapi mestilah ada pro dan cons dia kan, sebabnya lepas tu lansung x ada cuti sem...ambik kau lepas exam trus start kuliah baru...mungkin sebab nak selaraskan masa kot...dan semester lepas tu cuti sem dia pun x panjang sangat...cuti pendek ja...huhu dan lebih buruk ckit cons dia bila tgk tarikh tamat belajar aku habis cepat pun jadi 2014 bukan lagi 2013...huhu lambat jugak nak dapat ijazah...tu pun kalau x ada sangkut paper dan la aku grad 2014 kalau dak jadi la 2015 ke 2016...ishh nauzubillah mintak2 la sempat 2014 tu aku grad...amiin


nak tengok lebih lanjut g kat cni... owh harap2 sem ni dapat la flying colour yang di idam2kan...harap2 lah

Wednesday, January 19, 2011

legionnaire

tengok akan tajuk kat atas cam eh ape benda kan legionnaire tu..ooh tiba-tiba makcik jadi rajin nak bercerita pasal penyakit alah ada la selit-selit sikit pasal study dah nama pun student separuh masa kan...itu baru separuh habis kalau sepenuh masa?? fikir-fikirkan haha ni sebab pagi ni terbaca cerita psal penyakit ni dekat bali yang entah bila aku nak jejak kaki...

sedutan akhbar kosmo
DENPASAR - Pihak berkuasa Indonesia masih menyiasat laporan tentang wabak penyakit legionnaire yang merebak di pulau peranginan Bali, kata seorang pegawai semalam selepas 10 warga Australia pulang ke negara asal mereka dengan dijangkiti penyakit tersebut.
Ketua Jabatan Kesihatan Bali, Nyoman Sutedja berkata, kerajaan Australia telah memberikan maklumat mengenai kemungkinan berlakunya wabak tersebut tetapi setakat ini tiada tanda-tanda penyakit itu ditemui.
"Kami sedang menyiasat selepas menerima satu laporan daripada konsulat Indonesia. Kami tidak menerima laporan mengenai individu yang dijangkiti penyakit legionnaire daripada hospital-hospital di sini," katanya.
"Pihak kami percaya penyakit itu berpunca daripada hotel-hotel yang gagal menyediakan bekalan air bersih," tambahnya.
Jabatan Kesihatan Australia Barat memberi amaran kepada rakyat negara itu yang melawat Bali baru-baru ini supaya berwaspada mengenai simptom penyakit legionnaire yang boleh membawa maut jika tidak dirawat segera.
Simpton penyakit legionnaire menyerupai selesema yang antara lain seperti demam, ketar, sakit otot, sakit kepala, letih, hilang selera makan, cirit birit, batuk kering dan sukar bernafas.
Penyakit itu berpunca daripada bakteria yang membiak dalam air terutamanya persekitaran panas seperti tab mandi, tangki air panas, sistem paip air dan sistem penghawa dingin. - AFP
sedikit info yang aku baca dari laman web plak

penyebab sakit ini adalah dari bakteria Legionella
  • boleh merebak melalui air dan sistem penyejuk udara bangunan besar(air cond) dan juga shower tetapi tidak merebak dari manusia kepada manusia.
  • simptom penyakit ini adalah demam, menggigil, dan batuk. ada juga yang mengadu tentang sakit kepala dan sakit otot.
  • simptom biasa berlaku selepas hari ke 2-14 selepas terdedah kepada bakteria tersebut.
  • penyakit ini sukar dibezakan dengan pneumonia lain kerana simptom yang hampir sama.
  • penyakit ini boleh dikesan dengan ujian x-ray ataupun ujian makmal bagi menentukan bakteria penyebab penyakit.
kumpulan berisiko

  • berumur 65 tahun keatas
  • perokok
  • menghidap masalah jantung
  • menghadapi sistem imuniti yang lemah

biasa dirawat dengan antibiotik Erythromycin

sedikit info selingan di pagi hari...

Tuesday, January 18, 2011

sem baru...kepala udah ting tong

pejam celik pejam pejam ehh dah terlebih pejam kan rupanya dah masuk semester 4 aka semester 7 aku ambik degree rupanya...result adalah hampeh jugak semester lepas maka silalah salahkan diri sendiri sambil hempas2 kepala dekat bantal tanda sedih dengan result yang malu nak tunjuk dekat orang tu...hahaha lain la aku dapat ad nnt masa tu baru la aku nak war-warkan dekat satu dunia kata aku dapat ad kan...ni dah dapat result pun cukup2 makan lepas tu jatuh pointer dari semester lepas padahal orang lain beranak pinak jugak masih jugak score 3 pointer lebih...huhu

ok habis dah sesi mukadimah aka ceramah tengah hari untuk diri sendiri...huhu hari sabtu dengan ahad lepas (dikala warga kedah bercuti am sebab besday sultan kedah) aku dengan selamatnya dah masuk kelas untuk semester baru dengan harapan berkobar2 nak baiki result semester sudah2, harap2 dapat la aku pointer yang lebih membanggakan diri sendiri hendaknya...amiiinn

dan mengikut kata2 pensyarah semester baru ni kena selalulah menjenguk ke iclass dan meninggalkan jejak anda disana...aku pun dah kata semangat berkobar2 kan balik esok tu trus buka iclass dah kata esemen, nota, kena check dan donlod kat sana...tapi adalah hampeh! apa pun x ada...dah jadi clueless lecturer x upload ke sistem masalah ke mata aku masalah sebab aku x nmpak sebarang butir esemen pun dekat ctu...err ada wakil2 mana nak komen?

semester ni jugak aku ambik mandarin sebagai bahasa ketiga dengan harapan lepas ni jumpa mana2 apek cina ke minah2 amoi ke leh la aku tegur dengan confidennya dalam mandarin...chewahh angan2 tu harap2 jadi la realiti...tapi itulah masuk first class pun lidah cam tergeliat...first class kot baru lagi orang kata...lepas ni terer la kot...selain dari lepas ni nak kena cari lab yang guna alat yang buat western blotting...jangan tanya aku apa benda alat tu nanti lepas aku jumpa lab yang ada alat tu baru aku cerita lebih2...kalau x jumpa lab gov terpaksa la aku kuar duit g bp lab x pun apa2 lab swasta yang ada kat sp ni...nasib sp banyak gak lab swasta...ehh hubby aku bukan keja lab ke...hehe

maka semester ini jugak aku dengan ini berazam nak rajin2 baca x nak dah last2 minit...sudah2 la duduk pointer cukup2 makan tu...nak gak merasa 3 keatas dan atas...amiiinnn

Friday, January 14, 2011

watermark untuk diorder

sticky post untuk 48jam yer...untuk entri baru silalah scroll down ke bawah

sekarang ni banyak orang suka uploadkan gambar naik ke internet kan...macam-macam jenis gambar pun ada kan dan untuk nak selamatkan gambar anda dari diciplak atau orang copy masuk page orang lain dan jugak nak bagi gambar tu lebih eksklusif hanya anda ja boleh ada hak untuk gambar tersebut bolehlah letak nama anda dekat gambar tu...canne ekh nak buat?

alah skang ni kan orang letak nama dekat gambar tu apa nama lain orang panggil waterwark...kiranya gambar itu adalah ekslusif hanya anda yang punya...lebih kurang macam tu la...

maka bila ada watermark bolehlah nak mark gambar macam ni
ataupun macam ini
dan jugak begini

harga yang ditawarkan pun murah-murah sajo dari serendah RM3 anda boleh memiliki watermark anda sendiri. Berminat? kalau berminat boleh la masuk dan lihat-lihat dekat dalam belog ni eh http://2watermarks.blogspot.com/  sebarang pertanyaan pasal cara nak mengorder bolehlah bertanya pada tuan empunya belog tersebut...jangan tanya kat makcik plak x reti eden bab-bab membuat watermark ni haa...tanya yer jangan x tanya...nak runding harga pun tanya beliau jugak yer...hehe

Thursday, January 13, 2011

trifle yang teringin last2 siap jugak buat :)

selepas berapa hari dok teringin pastu barang beli siap2 tapi hasil x nampak2 kan sampai encik hubby dah perli2 bila nak siap trifle aku maka semalam dengan bantuan encik hubby siap jugak la trifle yang diidam-idamkan...lalala

Trifle
bahan-bahan
1 gulung swiss roll / kek coklat / kek buah (ni aku guna swiss roll chocolate)
1 tin fruit coktail (aku tukar guna nata de coco sebab x suka sgt fruit cocktail)
1 gelas susu cair
2 gelas air
1 sudu esen vanilla
3 sudu makan tepung kastad
2 – 3 sudu makan gula
1 kotal serbuk jeli berperisa strawberry (aku guna perisa blueberry...pun sedap jugak)

Caranya
1. potong kek dan susun dalam bekas...kena bg mampat2 ckit kek tu
2. Tapiskan nata de coco daripada airnya. Jiruskan air ke atas kek.(agak2 bagi kek basah dah ok la sebab air die kan manis)
3. tabur nata de coco atas kek.

Cara membuat kastard :-
1. Campurkan tepung kastard, gula, susu cair, air, esen vanilla. Kacau di atas api yang kecil hingga bahan ini cukup masak dan berkilat. (kena kacau selalu dan satu arah ja kacau tu...kalau x nanti berketul)
2. Kemudian curahkan adunan kastard tadi ke dalam mangkuk kek dan taburkan pula ½ tin lagi baki buah dalam tin tadi ke atas kastard dan biarkan ia beku sedikit. (tunggu la dalam 15 minit cam tu kalau x nnt x cukup keras dan campur dengan jeli)

Cara membuat Jeli (pz guna kristal jeli nona) :-
masak dengan 2 cawan air atau ikut sukatan label 400ml air dan kacau supaya tidak berketul. Akhir sekali tuangkan jeli ke atas kastard dan sejukkan………

ni masa tengah susun2 kek...encik hubby yang potong dan susun...aku jadi mandur...haha guna bekas dadih ni dapat dalam 20 bekas sekali buat
susun2 nata de coco plak sebab bekas comel je maka potong nata de coco tu jd 8 bhgn kecik2 baru nmpk comel2 ckit dalam bekas
ni lepas isi kastard...
ni plak step last isi jeli tapi sebab kastard x betul2 beku dah letak jeli panas tu maka ada setengah bekas jeli tu bercampur dengan kastard...rupa adalah sedikit tidak comel
ni bekas yang masih comel la...hehe
bila dah siap kita susun2 dalam peti ais bg sejuk supaya lebih sedap dimakan...hehe jemput2 semua

Tuesday, January 11, 2011

cuti yang lebih panjang??

sebelum ni cuti semester dalam 3 bulan yakni mei sampai julai tapi bila tgk announcement baru kat web istudent nampaknya lagi lama la aku bercuti semester ni...wah sempat la bb nanti besar ckit baru kena tinggal/ travel ngan mak dia pegi kelas...wa wa lama tu mei sampai september goyang2 kaki...lalala

korang masih muyskil? haa p la tengok kat link ini dan jugak ini

set bersalin

aku sebelum ni guna set bersalin leesa formula...idak la nak kata produk tu x bgs cumanya masa berpantang itu hari ada masalah sembelit dan lama jugak aku sembelit makan masa 3 bulan jugak la...sampai jadi trauma aku nak membuang air besar...huhu

makanya untuk berpantang kali ni aku dalam kiraan nak try set bersalin brand ni plak sebabnya dari review yang aku dapat kira macam testimoni pengguna la si a: ok la aku guna x sembelit pun nak membuang lancar ja
si b: ok la dah x sembelit macam pantang sebelum ni

maka selepas dapat testimoni yang macam tu aku pun jd konfiden la nak try brand ni...harap2 lepas guna tiada lagi masalah sembelit macam hari tu...bengkung plak memang aku x beli br kot guna je yang sebelum ni yang akak ipar aku bg...sgt menjimatkan...hehe

ohh korang kalau ada pendapat yang lain dari testimoni si a dan si b tu boleh la bgtau yer...sebab aku belum lg nak beli ubat ni nnt dah masuk 8 bulan br beli kot

Monday, January 10, 2011

teringin...

tekak tiba2 rasa nak makan puding trifle pulak...kena tgk kerajinan hari ini...kalau berjaya boleh la aku tepekkan gambar dekat blog ni...hehe sebelum ni dah penah buat tapi gmbr x beruploadkan atas sebab2 kerajinan jugak...hehe

gambar yang menterliurkan aku...huhu dan2 tu jugak aku g beli swiss roll td...jangan last2 swiss roll tu habis makan macam tu saja sudah lah...hehe

Sunday, January 9, 2011

wishlist 2011

ok masa untuk mengupdate wishlist kat sebelah ni dah brapa hari dah masuk tahun baru tapi wishlist masih lagi 2010 sangatlah x up to date kan...tapi untuk 2011 ni rasanya x nak lah wish byk2 sebab riso x tertunai biar padat tapi semua tercapai kan..kan

untuk 2011 ni wish aku x byk cuma 5 je

yang pertama


harap2 dalam sebulan dua lagi bolehlah aku merasa beli breastpump ni...dah tanya2 jugak dekat orang jual breastpump ni moga tercapai la wishlist aku yang ni ini hendaknya

yang kedua

ni pun sudah siap perancangannya jugak cuma tunggu masa kalau x ada aral boleh la kot aku merasa wishlist ni jugak

yang ketiga


ni sebenarnya dah ada satu hadiah masa syauqi lahir hari tu...cuma saiz dia agak membataskan aku nak usung dengan kereta kecik aku tu...dok kenen2 dekat encik hubby dan tgk rezeki nnt boleh la beli yang saiz comel ckit yang bila lipat mudah nak simpan dekat but kereta...x de lah nak beli sampai ribu2 kan yang murah pun ok cuma boleh masuk but keretalah

yang keempat

tahun lepas cuma bercuti sambil berkursus harapan tahun ni biarlah betul2 pergi sebab bercuti...santai2 dekat atas bukit pun x apa tepi laut pun boleh...janji namanya adalah bercuti

yang kelima

nak jadi insan yang lebih baik pada diri sendiri, famili dan jugak pekerja yang lebih baik insyaallah...hari yang mendatang moga akan bagi yang leibh baik dari semalam hendaknya...amiin

debit kad

skang ni byk gak bank promo debit kad eh...apa beza yer debit kad dengan kad kredit? ada yuran tahunan cam kad kredit x? ni bukan apa ni sebab dua tiga menjak ni byk la jugak iklan2 pasal debit kad ni menerjah aku makanya jadi cam berminat tapi tu la kan byk sangat pilihan maka terfikir jugak mana yang lagi ok mana yang lagi mudah nak berurusan....

kalau nak suruh pakai kad kredit memang aku big no no la kan sebab sebelum ni ada jugak pakai kad kredit dari dua bank tapi bila fikirkan interest selepas guna pastu nak kena byr balik maka aku lebih pilih debit kad sebab konsep dia masukkan duit dulu baru guna kalau x ada duit dalam kad tu maka duk je diam2...hehe macam ok jugak macam tu...x nak la nnt utang makin bertimbun sebab terlebih guna...

mungkin bagi setengah orang fikir alah baik pakai je kredit kad senang...tapi bg aku yang gaji x seberapa ni maka berfikir byk kali jugak sebab kredit kad kan konsep dia lebih kepada hutang...utang yang ada pun asyik dok kira bila nak habis byr kan abis nak tambah lagi utang2 tu...tidak sama sekali...huhu

so korang mana debit kad yang lagi ok yer?

Wednesday, January 5, 2011

roti jala

rasa macam lama plak aku x cerita2 pasal aktiviti masak memasak ni...ye lah asyik masak ala kadar je kalau masak pun siap je trus ngap x de dah ambik2 gambar ni...x nyempat sebab ada sorang budak yang pantang nmpk apa je aku masak atau beli mesti trus bunyi nak2...kalau x bg plak skarang ni dah pandai wat tunjuk perasaan...tp tgk time jugak la aku nak melayan tunjuk perasaan dia tu...hehe aku kan ibu tiri...ngeh ngeh

 ni semasa proses masih lagi dalam blender...saje kan nak snap2 gak...owh masa tgh kirai x sempat plak snap2...dah satu kerugian nih
 ni la assistant kecik yang slalu tlg mama dia time mama dia masak...acara yang ditolong adalah memunggah perkakasan dapur dengan masuk berdiri dalam periuk lepas tu susun2 semua barang tu dekat ruang tamu...sanggup tu angkut semua barang dari dapur bawak pegi ruang tamu...bila suruh senyum trus buat muka macam tu...heh
ni plak adalah selepas siap dan sebelum dingap...jimat masa makcik boleh buat makan malam dan sambung skali bekfes pagi td...nyum nyum jemput makan semua

Tuesday, January 4, 2011

tahun baru...

macam agak lambat nak wish dekat org tahun baru tapi nak gak wish happy new year dekat semua orang... :) semoga sukses2 selalu dan tercapai la azam2 anda untuk tahun yang baru ini...moga tahun baru ini lebih bermakna dari tahun2 yang lepas...

azam aku tahun ni rasanya agak sama kot dengan tahun lepas dan kalau boleh nak tunaikan azam tahun lepas selain nak jadi muslimah yang lebih baik, ibu yang lebih baik, isteri yang lebih solehah(chewahh) dan juga anak yang lebih baik insyaallah...pendek kata nak jadi baik la semuanya...

dan kalau boleh nak perbaiki mana kekurangan dalam diri aku ni baik dari segi kerjaya dan jugak pendidikan...sem lepas agak hancuss kan maka kena la menginsafkan diri dan lebih muhasabah (owh tiba2 terus insafkan)

tapi rasanya dalam kepala otak aku ni banyak fikirkan pasal baby kot yelah dalam bulan 4 dah nak masuk anak dua, dengan preparation baby x ready lagi, dengan kewangan yang gelong2 ni...kena rajinkan diri bekerja...tahun lepas ada jugak plan nak berbisnes tapi sampai hari ni impian masih lagi jadi imian...rasa org yang buat bisnes tu dah kaya raya aku jugak dok macam ni...hmmm

owh korang dah pegi update buku asb ker? semalam tgk maybank memang sgt pack dengan manusia...teringin jugak nak tengok dividen simpanan aku yang ciput tu tapi bila bank yang biasa x berorang tu tiba2 pack dengan manusia buat aku fikir 5,6 kali jugak la nak jejak dalam tu...hmmm

apa-apapun selamat tahun baru pada semua :)

Monday, January 3, 2011

mencari-cari

sejak aku dah tak guna broadband dari line c tu skang ni macam x berinternet la dekat rumah kan...macam boring la plak duk rumah bila x keja, selain melayan budak kecit yang duduk x diam seminit tu melainkan time tdo selain tu macam bosan je x ada aktiviti sangat makanya harus cari alternatif kan...

dan dah puas jugak aku cari2 pakej internet yang mampu pakai dan balik modal, bukan apa dulu masa pakai broadband ni kena pilih tempat baru line dia laju dan x putus2 tapi bila tempat macam x sesuai line susah nak connect, x pun kejap sambung pastu putus pastu bila dah sambung balik lansung x boleh buka page apa pun...makanya broadband dulu bg kat abg aku biar dia je sambung guna dan bayar bulan sebab bulan 10 tahun ni br habis kontrak...

nak pakai w1max plak kat rumah aku x masuk dalam kawasan coverage nak try maxis atau digi dan risau takut jadi cam broadband dulu makanya buat keputusan nak guna streamyx...tapi dok usha2 rega ni nape yer mahal bebenor kalau sampai rm110 sebulan cam x balik modal la plak memang la dia bg line telefon tapi nak buat apa aku nak internet je telefon ada satu skang ni cukup la...macam kan aku ni gila bergayut plak nak guna byk2 line...ada gak encik hubby buat lawak dia kata kalau dah pakai pakej rm110 tu x yah dah pakai line skang ni telefon tu kan x dak wayar usung je la g pejabat...ngeh ngeh sabor je la aku nak usung telefon cordless tu merata2

mungkin aku kena buat lawatan ke pejabat tmnet kot tanya lebih lanjut...malu bertanya sesat jalan kan...tunggu la esok atau lusa bila keja tidak la menunggu...bila yer??

Wednesday, December 29, 2010

impian 2010 dan impian 2011

tahun lepas aku siap wat target kan apa nak capai tahun ni tapi nampaknya byk yang x tercapai cuma ada satu dua je yang tercapai lain2 hancuss dan ada jugak impian tu yang memang x kan tercapai...huhu bukan apa ada aral yang telah menyebabkan impian tu x kan mungkin akan tercapai atau aku yang x cukup kuat kot? be strong pizet!! dan tahun depan masih lagi simpan angan2 dan kalau boleh kali ni biarlah tercapai jugak hendaknya

tahun depan aku pun masih x fikir apa target aku sebab skrang ni pala otak asyik pikir barang2 bb dan sem baru dan keja2 dan keja...nak target ape yer??

so korang apakah target anda untuk tahun baru...dan sudah tercapaikah target anda di tahun 2010 ni?

Tuesday, December 28, 2010

check p pregnancy 24 minggu

pabila baby dah bergerak maka kena la inject untuk kancing gigi bagi pregnancy kali ke 2 nih...huhu hasilnya sekarang tangan adalah lenguh2...kesan mungkin lagi ketara mlm2 ckit nnt kot...skrang ni macam lite2 lagi(boleh ke guna ayat nih??) tapi rasa kena bersyukur gak sebab bila second pregnancy cuma kena cucuk sekali ja banding dengan masa anak sulung dulu kena cucuk 2 kali...dan rasa 2 lenguh!!

hari ni hasil check up macam biasa2 je bp normal 107/70, berat naik lagi 2.5kilo dan nurse x suruh pun ulang ambik bp uih sangatlah bersyukur nak buat macam mana kan rasa nak makan je selalu...hehe jantung bb pun normal dalam 149permin kira ok la tu...sihat2 la kau kat dalam perut tu ye nak... :)

skrang ni kalau jumpa yang kenal2 mesti tanya dah scan ke belum bb boy ke girl? owh makcik masih lagi x pegi scan sebab doktor kata hari tu 7 bulan baru nampak clear...biarpun hati adalah x sabar nak tahu jantina baby tapi tetap x pegi lagi scan tunggu 28 weeks kot...tiba2 jadi excited nak shopping barang bb...hehe jangan x tau list barang bb masa 4 bulan hari tu dah siap2 buat dah apa nak beli...duit untuk upgrade breastpump pun dah hampir2 nak cukup, harap2 sebelum bersalin dah boleh dapat breastpump idaman kalbuku...nak tau?? tunggu makcik berjaya beli baru boleh tunjukkan hasil :)

till then daa :)

Thursday, December 23, 2010

minggu berkursus

bila dah hujung tahun semua baru nak kalut2 kan nak bg cukup 7 hari kursus...kalau tgk 7 hari tu macam x la lama sangat...ala p situ 2 hari p cni plak 3 hari last2 hitung2 blk dah cukup dah 7 hari...tapi tu kena tengok jugak orang tu nama dia selalu terpilih ker??

yang aku berkata ni pasal nak kena organize kursus last minute...huhu sebabnya ada lagi staff bawah seliaan aku yang x p kursus lagi...biarpun nampak ckit ja 7 hari tu tapi kalau dah semua x penah pegi memang x ada la nak cukup 7 hari tu...lagipun bila orang2 ni nama x penah terpilih...memang aku pernah pasang impian nak organize kursus sendiri tapi last minute ko...di kala nak masuk ambang tahun baru ni...fadan la muka makcik ni haa..

tapi x pe sebab dah nak bg cukup jugak 7 hari aku dah korek2 aktiviti yang ada derang2 ni dah blh la dapat 3 hari dan minggu depan satu minggu dari ahad sampai rabu kursus ja trus...putih la mata sorang2 ngadap penceramah dengar taklimat...ehh tapi cuma 2 hari ja taklimat 2 hari lagi praktikal kira ok la tu...x la putih mata sangat...

ohh tujuan makcik dok bebel2 dari tadi sebabnya nak bgtau minggu depan makcik nak berkursus seminggu...lalala kursus best makan pun best jangan tambah berat lagi sudahlah...dapat ilmu baru lagi lah hendaknya...amiinnn

Wednesday, December 22, 2010

pabila cuti dah tinggal ciput...huhu

tu la kan awal tahun tengah tahun cuti melampau2 dari yang carry forward tahun lepas dengan tahun ni memang aku cuti2 ikut dan je kan bajet cukup sampai ujung tahun skali dah tinggal ciput ni si kecik tu demam plak dan aku kena p keja jugak...huhu sangat sedih bila kena keja tapi ati teringgal dekat rumah ingatkan anak yang kena hntr dekat pengasuh...rasa nak bg3g ja satu hari tgk macam mana keadaan dia...tapi x pe lah kejap lg ambik half day kot...bawak g klinik jumpa doktor ambik ubat...

ni kes berjangkit la ni...balik kampung br ni ramai yang demam sebab ujan x benti kat kg tu...nak g shopping dekat pekan rantau panjang tu pun macam x brapa nak best sebab ujan tapi dah gaji kan...beli la jugak...hehe tapi bila ujan ramai yang demam dan semalam si kecik tu demam jugak...

dari dulu sampai skrang ni aku cam confuse jugak...apa beza ekh klinik pakar kana2 dengan klinik biasa dan klinik kerajaan...adakah ubat derang tu berbeza atau servis yang lebih tip top...tapi dari segi servis tu aku ada la penah gak g klinik kanak2 ni dan dari segi servis memang aku kata x la tip top sangat..doktor agak kasar...trus aku pangkah x mau p dah...pastu dok pikir nak p klinik mana2 plak...payah2 sgt jap g aku g klinik panel ja...jimat dari segi kos...

Tuesday, December 14, 2010

jumpa doktor lagi dan lagi

asyik2 jumpa doktor je kan...nak buat macam mana peknen kali ni doktor tu suka jumpa aku...haha ayat perasa x boleh blah abis dah sebulan sekali ja mesti jumpa doktor sampai naik bosan dah aku pegi klinik tu tapi demi kesihatan diri sendiri dengan orang dalam perut ni kan pegi je lah jumpa doktor tu ambik amanat dengan nasihat serba sikit...

kali ni jumpa doktor sebab last week aku kena derma ambik darah untuk check hormon tiroid aku dan nasib baik tgk result td dah kembali normal dalam range yang sepatutnya...rasa lega time tu sebab lepas ni x payah dah aku dok kena p menderma ambik darah lagi...nak nak plak aku ni kan takut jarum...haha serius wei memang aku takut dengan benda tajam tu...masa praktikal dulu kena ambik darah patient nak check denggi pun dah seram badan ni nak cucuk hb bulan2 mesti aku pandang sebelah lain...janji aku x nampak jarum tu..padahal nak ambik hb tu secuit ja pun, tu pun aku dah ketar lebih..hehe

masa dok tunggu nak jumpa doktor tu ada sorang akak ni tegur aku jumpa doktor sebab minum air gula x lepas ker? uih akak ni dan dan je buat kesimpulan tersendiri...aku pun cakap la nak review keputusan ambik darah minggu lepas...dah borak2 rupanya akak tu kena minum air gula pastu result dia x lepas kena la jumpa doktor...tu aku pikir macam scary je mintak2 aku time peknen sekarang dan akan2 datang x akan kena minum air gula...tgk plak macam ramai je skang ni bila peknen kena diabetes lagi aku takut...jgn la aku terkena jugak...ulang ambik darah pun dah buat aku cam serik...huhu

ujung bulan ni dah masuk 6 bulan rupanya aku peknen macam kejap la plak peknen kali ni...nak lagi lama...huhu nak2 plak bila bb asyik dok tendang2 je skang ni x kira masa...sangat seronok :)

Monday, December 13, 2010

beringat sebelum terlambat...

aku bukan la arif sangat bab2 perubatan ni baik dari segi moden ataupun tradisional...tapi dari pengalaman dan iktibar aku rasa x salah kalau petua yang orang bagi selagi x memudaratkan aku akan ikut yang mana buruk dan x sesuai tu aku tinggalkan...

dan dari segi berpantang selepas bersalin mana yang mak aku pesan memang aku amalkan...sebab aku percaya ada hikmahnya dia suruh aku buat macam tu dan macam ni...mungkin ada rasional dia jugak bila difikirkan balik...x kisahla orang lain kata eh lamanya pantang aku dulu macam ni mamcam ni...pun aku x ambik kisah jugak lain orang lain la cara dia kan...

dan bila masa member aku yang sorang ni mengandung anak dia yang sulung aku pun tumpang gembira sama...ye lah member nak dapat anak kan aku la excited lebih dari dia...hehe siap tolong crkan list barang2 bb semua memang terexcited lebih la kan...

tapi mungkin suratan ataupun kebetulan anak dia x umur panjang...cuma sempat 7 bulan je dalam perut dan meninggal sebelum sempat lahir...time tu aku tumpang sedih sama...macamkan anak aku yang mati tu...dan macam2 spekulasi yang keluar la kan...gosip ni memang bergerak lebih pantas dari internet jalur lebar adanya...hehe ada yang kata sebab dia jatuh banyak kali tapi x p check la, ada yang kata sebab dia angkat benda berat2 la sebab dia sempat p main bowling lagi masa peknen tu, ada yang kata sebab hb dia rendah la, ada yang kata macam2 lagi la...

tapi macam mana pun aku rasa mungkin Dia bg pinjam buat sementara...mungkin lepas ni dapat anak kembar ke...ganti balik yang meninggal tu, x siapa yang tahu kan...dan aku rasa pendapat dan petua orang tua2 x salah kita amalkan dan beringat sebelum terjadi apa2...kalau dah berlaku nak tarik balik masa tu memang dah x boleh..

Thursday, December 9, 2010

bukan mudah nak kaya...

sejak berchrup chrup ni buatkan aku sedar bukan mudah nak kaya sebabnya chrup chrup akan bayar certain amount untuk apa yang kita tweet memang task tu agak mudah tapi nak kumpul rm100 tu bukan senang...takat ni jumlah chrup chrup aku br mencecah RM0.53...haha x pe pizet usaha tangga kejayaan...nnt2 cukup la rm100 tu kan...macam nuffnang dulu gak masa br cash outkan duit nampak amount kosong dalam balance dok pikir ohh bila la nak naik amount tapi skang pun aku x cash out jugak...bila ntah nak wak kuar duit tu...tunggu bersalin nnt kot...hehe

skang ni macam makin byk mlm kan...macam2 jenis orang nak berniaga ni...tapi x pe x payah nak mai iklan kat aku...memang aku x kan join...dulu masa tengah bodo-bodo alang ada gak aku terkena satu...dan sampai skang x dapat balik duit modal yang kononnya lepas 10 bulan blh balik modal...dan lepas tu memang x ada satu pun aku nak join...kirim salam ajelah

p/s: thank pada yang reply post aku pasal impiana hotel ipoh tu, tapi sorry la aku x dapat menziarah rumah anda...mungkin lain masa kot

Monday, December 6, 2010

bersiaran dari impiana hotel, ipoh

sebenarnya aku ada kursus ni 3 hari 2 malam dekat cni tapi memandangkan kursus dia agak relax dan sangat fleksibel dan moderator yang sporting dan bek hati maka aku boleh beronline plak...hehe ye lah dia kasik pinjam modem wimax ko..maka marilah kita pakat2 beronline kat dalam dewan ni...muahahaha

oh ni first time kot aku guna wimax sebab kat sp mana ada tempat boleh aku nak try2 guna kat rumah aku lagi lah harem nak ada line kan...dan komen aku adalah ok la modem dia laju jugak dan ramai boleh beronline bersama2 sebabnya dia ada guna cable dan guna wireless pun boleh jugak...pakat online ramai2...best2

hotel pun best...bilik pun selesa, makan pun sedap dan kursus pun best makanya lepas ni jangan la berat aku mencanak2 naik lagi yer...tapi kalau dah bekpes pun ulang ambik makanan sampai tiga pat kali macam mana berat x mencanak naik yer??? hmmmm jawab pizet jawab!!

Tuesday, November 30, 2010

the little one kicking...

dulu masa pregnantkan syauqi bila check kat klinik mesti nurse tanya baby dah gerak belum...masa tu anak sulung kan aku memang blur..siap tanya balik dekat nurse macam mana nak rasa kalau baby tu gerak?? haha gila punya x tau dan aku dapat injection untuk kancing gigi pun lambat sebab asyik x rasa2 pun baby tu tendang2

tapi kali ni memang awal gila aku rasa dia tendang2...naik 4 bulan kot trus rasa...salah satu rasa yang best bila pregnant adalah rasa tendangan kecil kat perut tu...nak2 pulak dia berpusing ke summersault kat dalam tu sampai baju pun ikut gerak skali dengan dia...tapi memang best perasaan masa tu...agaknya sebab dulu lambat aku rasa kali ni awal2 lagi dah boleh rasa baby...dan feeling nak bercakap dengan dia pun lebih ckit...semua benda nak cerita dekat baby...hehe macam poyo je

dan aku dah siapkan baby checklist awal2 kali ni...bukan apa x nak kalut2 (macam poyo je bunyinya) tapi betul la orang cakap next baby ni list dia lebih pendek dari first baby...cuma dalam hati pasang jugak angan2 kalau baby adalah girl bolehlah beli barang2 kaler pink dan x terkecuali headband...hehe sebab masa pregnantkan syauqi dulu dok usya2 jugak headband tapi bila dah scan kata lelaki dan orang2 sekeliliang pun kata lelaki aku pun cancel la angan2 nak bg dia pakai headband...harap2 dapat girl kali ni...harap je la kan kalau tiba2 boy pun aku terima dengan redha...anak kan rezeki

sangat tak sabar nak tunggu pegi scan tengok jantina baby...senang ckit nak pilih nama dan prepare barang2 dia...skang dah 20 weeks boleh ke scan jantina ekh? tadi pagi check up 5 bulan dan berat aku memang melampau2 naiknya dah 3.5kg naik...haha makan sedap kan makanya ulang lagi la ke klinik tu ambik bp...alfadan lah muka tapi selang 2 hari x macam bulan lepas tiap2 hari...janji aku dan baby sihat sudahlah...

Sunday, November 28, 2010

berpisah dengan anak...aku memang x sanggup

hari tu kan aku kena pegi seminar alah x lama pun dari 21-23hb dekat kl dan budak kecit debab tu aku tinggal dengan tok dia dekat kampung...dan masa tu baru aku rasa kot macam mana mak2 yang keja jauh tu kena berpisah dengan anak derang...yang jumpa 2 minggu sekali or sebulan sekali...seriously memang aku x sanggup...duduk dalam rumah tu dah macam orang gila bayang je...dulu gila bayang dekat bapak dia tapi skang gila bayang bila berpisah dengan anak dia...memang aku x rela...buat semua benda asyik teringat dia je...dan masa tu aku fikir mak2 yang tinggal anak derang tu hati memang cekal sebab bukan senang dok jauh dari anak ni...tapi aku x la sampai berendam air mata kan cuma bila teringat sangat2 tu aku col la tanya dia dok buat apa...

dan hari jumaat lepas dengan nekadnya ajak encik hubby balik ambik dia dekat kampung...esok ambik cuti jaga dia sebab pengasuh dia mintak cuti...korbankan la cuti tahun aku yang tinggal sejemput tu...layan budak kecit tu kat rumah...dan hari ni encik hubby jadi mr mama jaga dia sorang2 kat rumah even tadi balik sekejap ja hantar lauk dengan nasi untuk derang...esok turn aku plak...hmmm

Wednesday, November 24, 2010

rasa marah itu tidak menguntungkan...

hari ni pagi2 lagi kena berhadapan dengan manusia yang pemarah...x faham jugak kadang2 x boleh kah kalau bercakap dengan bahsa yang sopan apakah bila marah2 tu anda akan dilayan dengan lebih sempurna?? tapi aku rasa kalau cakap dengan bahasa yang lebih sopan ni layanan orang pun lebih dan orang pun x rasa nak sumpah2 kita...

kes dia macam ni dia datang tu dengan muka yang ala2 samseng sebabnya anjing dia kena tangkap olah bahagian kami...ye la bila dah lepas luar dari kawasan gate rumah dia dah jadi satu kesalahan ikut undang2 kan lepas tu bila dah kena tangkap nak suruh staff tu lepaskan anjing dia balik tanpa budi bicara dah jadi satu kesalahan dah kalau buat macam tu...dah x boleh lepas maka datang kat ofis marah2..konon nanti anjing dia x makan la duduk kat dalam tahanan tu lepas tu anak dia menangis la...walau apa pun alasan dia salah tu tetap la salah tapi x bolehkah bercakap dengan bahasa yang sopan...budi bahasa kan budaya kita...berfikirlah secara rasional sebab x ada salah bila bercakap dengan lebih sopan ni...

dan bila dia marah2 orang yang berlawan cakap dengan dia pun naik moody sama2 jugak tapi tu lah kan customer is always right walau macam mana pun nada dia bercakap tetap x boleh marah balik dekat dia tapi dia tetap kena ingat kakitangan kerajaan ni tetaplah manusia ada hati dan perasaan yang bekerja takat terdaya...x bolehkah anda bercakap dengan nada yang lebih sopan sebab tu tidak merendahkan martabat anda pun...sungguh aku x faham

Saturday, November 20, 2010

berkursus...lalala

lepas raya trus p berkursus...nun di tengah kl dekat2 dengan pwtc...21-23hb...
apa syauqi? oh budak kecit tu duduk dengan tok dia jd budak kampung kejap...pandai2lah tok dia melayan kejap mak dia p berjalan...hehe lgpun tok dia dah sangat exsaited sebab cucu duduk dengan dia sebelum ni mak dia memang x nak bg kan...ok lah apapun daaa...

Tuesday, November 16, 2010

selamat hari raya aidiladha

wah esok dah nak beraya dah kan? tapi kenapa yer mood nak beraya haji kali ni memang sangat2lah tidak ada...kuih raya satu habuk pun aku x beli...baju raya pun pakai balik baju raya posa yang lepas ja...tapi dalam x semangat tu ada satu je aku semangat sangat...semangat nak cuti...hehe ye lah kedah kan cuti raya haji 2 hari dah raya hari rabu, sambung ke khamis lepas tu jumaat dan sabtu cuti am campur2 dah jadi 4 hari...yeay

mak aku pun macam x sabar je asyik dok tanya bila aku nak blk...last2 dah aku pening sangat bila tanya banyak2 kali ni aku dah terjawab kata nak nak balik hari rabu...opsss hehe hari rabu kan dah raya ada jugak yang nak kena sekeh sebab nak balik pagi raya...hehe

apa2pun selamat hari raya buat semua...selamat menjalani ibadah korban jangan korbankan diri sudah... :)

Sunday, November 14, 2010

revise edd(due date bersalin)

well peknen kali ni byk kali jugak la jumpa doktor dan check up memacam...yang terbaru hari isnin lepas jumpa untuk scan balik tgk due date yang dah lari jauh tu lepas tu tengok result test untuk anemia tu...alah yang ambik darah, urin dan stool tu...dan hasil ujian adalah x ada apa2 yang nak dibimbangkan sebab sebelum jumpa doktor tu ada jugak ambik hb dan hb terkini adalah 11.7(rasa sedikit lega kat situ) ohh time ambik hb ni rasa nak puji ckit dekat mlt yang ambik tu sebab macam ok jugak la dia ambik hb ni ckit pun x sakit...sebab pengalaman lepas ada nurse yang ambik hb ni sampai sakit hujung jari aku tu dekat 3 hari...sangat lah x pro dan nnt lepas beranak berkemungkinan aku kena hadap nurse tu lagi...huwaaa

ohh hasil scan dan tarikh masa scan hari tu dan yang terkini memang x berubah maka doktor kata x payah ikut tarikh period tu ikut yang scan dan due date baby adalah 15 april 2011...time dapat tau tarikh due date tu macam blank sekejap (oh tak habis2 nak blank) sebabnya sem depan kalau ikut kalendar aku akan exam final bermula 20 april dan kalau aku jadi bersalin 15 april maka lepas 5 hari beranak aku dah kena pegi duduk exam yang x kurang 3 jam tu...dan kalau bersalin sah2 la aku akan balik berpantang dekat kg di kuala nerang dan kena travel ke sungai petani nak ambik exam dan lepas tu balik ke kuala nerang balik...agak hazab jugak bunyinya...tapi lepas tanya mak aku dia kata doa lah supaya aku dimudahkan bersalin dan mudahlah jugak aku nak ambik exam nnt...aku pun harap2 macam tu jugak...amiiinnn

dan dengan ini makcik nak simpulkan yang tarikh terkini due date baby adalah 15 april 2011 dan bukan lagi 24 march 2011...harap2 dapat bersalin dengan mudah kali ni x nak lagi dah induce2 ni semua...aminnn

no connection...

aku kan hari tu dok bising2 kata broadband line c tu macam lembab nak mampus kat rumah aku maka lepas bincang2 dengan en hubby dan kalau nak stop plan tu memang x bleh sebab kontrak masih berbaki setahun dan akhirnya offer kat abg aku dia nak x ambik broadband tu cuma sambung bayar bil bulan2 dalam rm50...dan dia pun setuju maka aku pun x lg boleh beronline dari rumah cuma kat ofis ja boleh online sekejap2 dan oh memang seksa beronline kat ofis ni...sebabnya...2 minggu lepas server kat ofis aku problem...maka senyaplah aku dari dunia internet...hambik kau...belog pun dah x berupdate...semua cerita x boleh nak cerita dekat belog...isk2(sedih woo...)

ohh dalam pada tu ada jugak bercita-cita nak ambik streamyx tapiiii aku kan x lama lagi nak tambah lagi sorang in the family dan expense jugak mungkin bertambah...maka impian itu mungkin x dapat direalisasikan lagi...huk huk (sambung sedih)

tapi x pe hari ni line sudah ok...hoyeah...(gelak ketawa yang jahat) dan exam final untuk sem ni jugak sudah habis hari jumaat lepas (sambung lagi gelak jahat) maka hari rabu ini aku boleh beraya sakan...biarpun en hubby cuma cuti hari rabu saja dan dia akan keja balik hari khamis dan jumaat tapi x pe sebab aku cuti dari hari rabu membawak ke hari sabtu....lalala ok nnt2 aku sambung story mory ye...till then daaaa

Sunday, October 31, 2010

baby kuning...petua dan pengalaman

pregnancy kali ni macam risau ckit takut adik syauqi kena kuning macam abg dia...yelah masa syauqi hari tu dia kena kuning agak lama jugak 34 hari dan masa adik syauqi kalau boleh biarlah x lama macam tu atau kalau boleh x ada lansung...tapi kalau nak dikira ikut kata2 nurse tempoh hari dan dari pembacaan kalau dah ada anak yang kena kuning ni anak2 yang kemudian berisiko agak sama...risau lah jugak

kalau ikut dari segi pembacaan anak yang ada ciri-ciri ni boleh terkena demam kuning
1. ibu punya darah tak sama dengan anak (biasa pada ibu rhesus negatif atau darah o) = ni dua2 aku x ada tapi syauqi tetap jaundis jugak
2. G6PD dalam darah bayi - ni pun x ada jugak
3. bayi yang tidak cukup bulan = ni pun bukan

dan dari segi petua plak masa syauqi dulu antara yang aku amalkan
1. jemur baby masa pagi antara pukul 7-9 pagi = ni boleh dikatakan tiap2 pagi mak aku buat cuma pakaikan pampers dan duduk kat depan pintu masa matahari pagi ni tapi x berkesan jugak
2. susukan dengan susu ibu = memang syauqi menyusu susu ibu cuma hari pertama sampai hari ke3 ja dia kena minum susu formula tu pun sebab nurse kat hospital yang bg
3. beri bayi minum air masak supaya tahap biribulin turun dengan cepat = ni memang aku x amalkan sebab baby hanya patut minum susu mak dia je masa 6 bulan pertama
4. jika mak ambil jamu atau ubat masa pantang baik stop dulu sampai anak baik dari kuning = ubat memang aku start lambat sebab takut jugak effect bb tapi macam x ada beza pun
5. rebus bendi atau tonyoh bg keluar lendir bg bb minum - ni dah try x berkesan jugak
6.bg bb minum susu kambing - ni aku x try sebab org kata susu kambing panas lgpun susu mak dia kan banyak
7. bg bb minum air sengkuang cina - ni pun dah try jugak x berkesan
8. bg minum air anggur hitam dalam 2 titik - ni x sempat try sebab lepas tahu petua ni x lama tu pegi check dah baik dari kuning
9. bg bb mandi dengan daun inai - jugak x berkesan
10. bg bb mandi dengan nila - ni pun x berkesan jugak
11. air serbuk mutiara cina - ni pun x jadi jugak
12. mandian herba buah keranda cina - ni pun x berkesan jugak
13. mak dia makan nasi dengan lada hitam - ni buat kami panas badan adalah jugak x sesuai
14. letak daun keranda bawah bantal bb dengan bawah tempat tidur bayi -  agak berkesan tapi penat mencari dan ni
15. amalkan makan buah delima masa mengandung - ni br nak try kot2 berkesan
16. amalkan makan buah bendi masa mengandung - ni dah try x berkesan jugak
17. amalkan minum air kelapa muda - ni dah try jugak bb memang kulit bersih tapi kena kuning jugak

mungkin ada jugak petua lain yang boleh diamalkan tapi aku x listkan sebab yang aku listkan ni semua petua masa syauqi tempoh hari tapi selagi petua tu x salah dan tidak memudaratkan bolehlah diamalkan sebab dari segi pengalaman aku hari tu sampai naik kesian bila hampir tiap2 hari kena ulang pegi hospital ambik darah kat ujung kaki bb...dari bb x rasa sakit sampaikan trus menangis2 sakit...sayu je hati ni bila jadi macam tu...kalau boleh biarlah pengalaman kali kedua ni adalah bebas dari anak kuning ni...trauma tu huhu

update:masa syauqi mungkin x berapa tau lagi tapi masa syaza alhamdulillah cuma 7 hari tu pun sebab awal tu makan jamu maka kuning naik balik..kena ingat kuning ni adalah berpunca dari sel darah merah yang mati dan x boleh dikeluarkan dari badan baby...baby kena berak atau kencing at least 8 kali sehari baru kuning akan turun..petua paling mujarab yang aku buat adalah bagi baby menyusu 30 minit sekali..kena konsisten dengan kira waktu semua...kalau x memang x cukup..baby time tu minum x banyak...maka waktu kena lebih kerap..kalau mandi daun apa pun tapi baby x minum susu ibu dengan cukup memang x kan turun kuning tu..tiada yang lebih baik dari susu ibu tu sendiri

Wednesday, October 27, 2010

check up adik syauqi 18 weeks/16 weeks

dah masuk 4 bulan rupanya...tu la bila x dirancang ni maka dah brapa bulan pun macam confuse dah la tarikh due ikut period dengan scan adalah tidak sama...tarikh scan lagi lambat dari tarikh period...beza banyak la jugak dekat 23 hari...dan nurse check perut pun cakap dia ukur tinggi rahim baru 16 minggu bukan 18 minggu...ish bb x nak kuar awal kot kali ni nak duduk lama2 kot dalam perut mama dia...hehe

dan masa check kali ni x kena ambik hb..huh nasib baik sebab makcik memang scary dengan ambik darah padahal hb tu ambik secuit ja kat jari tu haa...tapi yang x best sebab nurse kata hasil ujian darah hari tu suspect ada tiriod dan kena ambik darah ulangan 11hb nanti, lepas tu kena jumpa doktor untuk tengok result ambik sample darah, urin dengan stool hari tu lepas tu scan lagi sekali sebab tarikh due yang lari jauh antara dua tu...x kisah la nak scan ke apa kan...tapi sebut bab ambik darah tu...ermmm memang susah hati sungguh...suka sangat la ambik darah orang ni kan...

bila turn timbang berat kena plak lagi sekali sebab berat naik 3kg dari 48kg dah jd 51kg...nurse tu kata kena ulang ambik bp untuk 5 hari...hmmm sungguh berat makcik ni memang x diduga kejap x naik2 kejap dah naik terlebih plak sampai kena ulang ambik bp tapi cuma satu hari je pegi kat klinik tu hari lain ambik kat farmasi je dan bayar rm1 kos ambik bp...janji dekat dengan ofis...hehe

tapi macam confuse la jugak pasal tiroid tu sebab sebelum ni x ada kan tiba2 suspect kata ada...ape effect die ekh kat bb? pastu kalau ada kena makan ubat ke, kena pantau sajakah? kena ulang ambik darahkah? macam rumit je prosedurnya...apapun kena ambik darah lagi...sungguh tidak suka bab2 ambik darah ni...huhu

Sunday, October 24, 2010

dalam dilema....

kan x lama lagi dapat ckit imbuhan kan duit ihsan katanya tapi besar maknanya dekat aku ngan encik hubby ni dan dulu plan tiap2 tahun nak pegi holiday biarlah tempat dekat2 pun x pa janji ambik cuti dan pegi berjalan biar 2,3 hari tapi bila dah start beli rumah ni dan aku pun sambung belajar maka semua impian nak pegi holiday tu macam jauh panggang dari api...hmmm tapi masih lagi la teringin

dan baru ni aku dok bising2 jugak dekat encik hubby nanti dah nak tambah lagi sorang dan aku plan nak beli breastpunp baru yang x payah guna tangan dan boleh guna time driving...skang ni memang la aku guna manual dan manual tu masih lagi elok tapi tahun depan kena pikir banyak sebab encik hubby nak pegi berkursus 6 bulan dan selama 6 bulan tu aku kena jadi ibu tunggal dan uruskan anak2 dan aku rasa breastpump yang x payah guna tangan adalah lebih convinient dan aku nak ringan2 je (demand lebih...hehe)

dan encik hubby pun bila dengar aku merungut2 ni macam x nak hampakan aku so dia kata nnt dah dapat duit imbuhan tu boleh la beli cuma tambah ongkos ckit lagi ja...lagipun dia consider sebab nak tinggalkan aku 6 bulan kot...(kalau ikut hati nak ja aku ikut...tapi x boleh utang banyak) tapi macam dilema gak sebab sebelum ni konon bila dapat duit imbuhan tu nak pegi holiday jalan2 bawak budak kecik tu makan angin dan plan macam tak jadi je kali ni...hmmm sangat berbelah bahagi darab campur hati ni

oh pasal encik hubby nak pegi berkursus...dia mungkin berkursus dari bulan 2 kot sebelum aku deliver dan sampai bulan 8 kalau tiada aral atau mungkin sampai bulan 11...agak lama jugak tempoh tu aku pun x tau aku boleh survive ke tidak...kalau dia balik lambat pun aku dah merungut-rungut ni x balik lansung cuma ujung minggu ja sekali sekala...uhh dugaan besar tu...nasib la cuti bersalin boleh ambik 90 hari boleh la aku duduk di kampung bawah ketiak mak lama2 ckit...hehe

maka sekarang ni dua pilihan


bercuti


breastpump baru

...hmmm

Sunday, October 17, 2010

cabaran...dugaan?

peknen kali ni first time ambik hb kena darah rendah agak rendah jugak la sebab cuma 10.6...dan kena jumpa doktor dan bila jumpa kena ambik darah, urin dan stool untuk check...kalau darah dan urin x kesah sangat tapi bila stool macam ohh sampai macam tu skali nak di check sabar aje lah memang dugaan...darah katanya untuk full blood count dan memang result nampak la kurang hemoglobin tu...urin plak untuk check darah dalam urin dan hasil tunjuk ada la darah dalam urin tu cuma menunggu kata2 doktor plak dan stool plak nak check cyst dalam stool atau kata lainnya cacing...hmmm yang ni masih x dapat result tunggu kata doktor jugak...dugaan sungguh

time cerita kat orang kata darah rendah ni x payah cakap la sermua kata makan hati dengan kerang banyak2...memang agak tensen dengar nasihat sama ni padahal dah naik muak dah makan hati ngan kerang ni..pantanh jumpa beli menu tu asyik hati ,kerang, esok hati balik, lusa kerang balik...kalau x naik jugak hb tu lepas ni x tau la...dah naik muak dah makan menu dua ni...huhu moga2 lepas ni kembali normal la hb tu

dikala entry ni ditaip makcik dilanda sakit kepala dan hidung berair...selsema ni kes berjangkit dari syauqi la ni...minggu lepas dia demam 2 hari selsema dan batuk batuk...pastu hari jumaat makcik pulak start sok sek soksek...hmmm tapi masih berdegil x nak makan ubat (mungkin pasal ni la anak pun payah nak makan ubat kan) nasib la...biar dia lega sendiri lagi ok kot tambah imuniti (masih lagi x nak makan ubat...hehe)

Wednesday, October 6, 2010

dah macam roda impian plak...hehe

buka nuffnang pagi tgk visitor trus rasa macam roda impian plak...berkaler-kaler...hehe tba2 post aku pasal shaun the sheep blh jd glemer...ramai org tgh tgk shaun the sheep kot...

those that visiting...mekasih byk..ada jugakm sudi singgah dekat belog yang ntah hapa2 ni :)

Tuesday, October 5, 2010

snap for syauqi besday party

x byk sangat gmbr sebab orang lain yang ambik selain bizi makan dan makan dan makan...hehe

acara potong kek...tapi nape macam mak dia yang over nih...hehe kek ni beli tambah sebenarnya...selain dari order cupcakes kat member encik hubby...kek adalah black forest...yummy dan lembut2 gitu
ni la kek si besday boy...besday boy cuma makan cikit2 sebab bizi dok angkut sumi
ni plak cupcakes...comel kan??
biasa budak bertuah ni x suka ada benda atas kepala mesti nak buang tapi topi ni boleh menten plak atas kepala dia...rasa lain kot pakai topi ni tapi sayang talinya udah putus...ramai sangat berkenan...jadi la macam tu
saya dah setahun...yeay
apa nak sumi saya...x bley x bley

lain-lain menu hari tu: bihun goreng, pulut kuning, rendang ayam dan jajan-jajan...hehe

Wednesday, September 29, 2010

hari ni pada setahun yang lalu saya dilahirkan...

saya dah jadi toddler bkan lagi baby...makan pun nak suap sendiri.x mo dah orang suapkan (err tpi kadang-kadang layan gak orang suapkan makanan...hehe)

Sunday, September 26, 2010

kecewa...

aku ni bukan la jenis nak kempen-kempen nak pomot segala kat orang...jugak bukan jenis nak paksa2 orang ikut pendapat aku konon-konon pendapat aku je yang manjang betul, jugak bukan jenis nak influence orang supaya mendengar dan menurut segala kata-kata aku...dan memang aku malas semua-semua tu...tapi perasaan ni dah lama aku pendam nak berkempen dekat semua orang pasal kebaikan breastfeeding...ye tu la yang aku rasa sejak aku dianugerahkan gelaran baru sebagai seorang ibu...

tapi masa cuti hari raya hari tu aku jumpa ngan biras aku yang dalam pantang anak dia yang kedua...dan aku tengok dia dalam kategori bernasib baik la jugak sebab susu dia melimpah ruah...bayangkan ajelah dia baru ja habis menyusu anak dia dan boleh perah pulak susu dan dapat penuh botol kecik tu hanya pam sebelah pam...hebat kan?? (makcik sedikit jeles dengan situasi ni...memandangkan aku tengah dikala ketandusan susu dan pernah pam cuma dapat tutup botol ckit je)

tapi rasa kekaguman aku tu x lama sebabnya bila sembang-sembang dengan dia dan dia bgtau aku anak dia x nak minum expressed milk tu dan hanya nak direct feeding sahaja...ok fine aku pun cerita la masa syauqi kecik-kecik pun x nak minum expressed milk masa awal-awal aku pernah bagi susu guna shringe...demi susu ibu aku sanggup dan aku pun tanya la dah anak dia x nak minum expressed milk tu kan apa dia buat simpan buat stok ke? (time ni makcik dok bayang dah dekat penuh freezer umah mak mertua aku kat kampung tu)

dan korang tau dia jawab ape??? dia g buang kat sinki ja...gila kauuu aku nak pam dah penuh botol tu pun bercinta ni yang senang-senang dapat sekali pam sebelah breast boleh penuh botol g buang kat sinki...nak je aku mintak kasik dekat syauqi tapi mikir masa depan dan macam2 hal boleh jadi kalau bersaudara susuan ni...maka kansel niat nak mintak susu tu...tapiiii memang la sayang gila susu tu...hanya orang yang dah susah payah menyusu badan saja yang rasa semua tu....ku berdoa biras aku tu beroleh hidayah betapa pentingnya dia simpan susu tu untuk kegunaan anak dia kemudian hari...ohh aku ada jugak cerita pasal penyimpanan susu ibu ni macam mana, brapa kali pam setiap kali keja tapiiii still ke sinki jugak...tiap kali aku tgk memang rasa mcm nak halang je...jangannnn tapi susu orang kan...apa hak aku nak halang...tapi aku memang x puas hati!

kalau korang what will you do? aku still rasa kecewa jugak sampai hari ni...cite kat my hubby dia pun kata sayang nya!!

Thursday, September 23, 2010

dulu dan sekarang...

dulu: masa peknen rasa macam kulit huduh gila tgk bedak compact tu pun rasa nak campak tepi(ohh memang pun bedak tu dah selamat syauqi men campak-campak pun, hancur berkecai)
sekarang: kulit rasa biasa-biasa saja tapi rasa nak melawa tu lebih dari masa peknen yang dulu

dulu: time peknen rajin gila tiap2 hari cari resepi baru dan balik try...x jadi ke jadi tu belakang kira, perut tengah memboyot pun rajin je masak, bulan posa cuma 2,3 kali je beli luar
sekarang: malas gila masuk dapur cuma untuk masak air dan basuh membasuh, resepi tu rajin gak cari tapi x terbuat-buat, bulan posa kalau boleh tiap-tiap hari nak beli kat luar...kalau masak pun ala kadar je

dulu: makan apa pun x dak masalah, boleh ja ke hulu hilir macam bukan peknen pendek kata x dak lansung morning sickness tu semua
sekarang: terlebih sensitif la plak...tiap2 pagi gaduh ngan encik hubby sebab deodorant dia aku kata busuk, bau goreng-goreng pun pening, lepas makan mesti loya ngan pening-pening...nasib la cuma baru sekali aku muntah tahap melampau lain cuma loya-loya ngan pening-pening lalat

dulu: balik keja petang-petang mesti kelepek je macam orang baru balik hiking penat tahap melampau, tahap dimana nak angkat tangan pun x larat...huhu
sekarang: pun letih jugak tapi x boleh nak baring-baring ikut dan je sebab ada makluk kecik mai lompat-lompat atas perut, x pun tarik rambut, tarik mata...mana-mana la janji melayan dia

dulu: cuma berdua..zaman berdua bersama
sekarang: ohh dah bertiga kejap lagi nak berempat pula

apapun aku rasa betul la orang cakap tiap anak tu peel dia lain-lain...dan memang x sama peknen dulu dan sekarang(err kalau girl pulak pun ok jugak...hehe) biarpun rasa loya-loya dan pening-pening still rasa gembira jugak sebab masih diberi rezeki untuk menambah anak lagi...

Monday, September 20, 2010

kembali ke pejabat...bekerja

oh macam lama ja aku cuti dari hari khamis petang sampai la hari ahad kemarin...lama sungguh beraya sampai mood nak masuk opis pun kemana...huhu tu la bila cuti lama2 ja mesti malas semacam ja nak kerja...sabaq je la

ohh hari ni budak kecik tu terpaksa minum susu ibu topup dengan susu formula...dengan terpaksanya ku campur jua sebabnya semalam balik rumah tgk susu dalam freezer semua cair sebab masa bila ntah automatik jentat dan semua susu dah selamat cair dan x sejuk lansung pun...huhuhu tanya pengasuh dia tadi katanya minum nak tak nak je sebab rasa die lain kot...aku try anmum essential dulu sebab yang tu je ada pek kecik...any other idea yang buleh aku try?? apapun tadi tengah hari dah p bg sebotol hasil perahan kejap tadi...moga2 boleh la biarpun hanya sebotol... :(

cerita pasal raya nanti esok la aku cerita lepas upload gambar masuk ke pc...ada gmbr baru seronok bercerita...ye lah idea campur gambar...hehe tapi tahun ni memang rasa la meriah beraya sebab si kecik tu dah boleh berjalan...satu rumah dia pusing menjelajah dengan mulut bebel bahasa baby dia tu...sampaikan orang lain yang tgk pun geram sebab mulut tu becok sangat... :)

apapun selamat hari raya semua :)

Wednesday, September 15, 2010

masih bercuti

update laju2 sebab masih lagi bercuti dan perasan belog aku dah sedikit lain...tunggu pas cuti jelah tukar layout br...daaa