maka tadi google-google sikit pasal tanda-tanda nak bersalin dan macam mana nak tau kot-kot aku ni dah ada simptom-simptom dia...jap eh nak check:
Bayi Turun Ke Bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
Keluar Lendir Pekat/Berdarah
Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital. (blum lg)
Sakit Belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda. Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi. Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda. Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring. (x plak)
Pecah Air Ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital. (haa yang ni lagi la x)
kiranya satu, dua simptom tu sudah ada...masih ada masa lagi kot untuk aku berjalan-jalan pegi kelas weekend ni...pastu kalau baby nak kuar pun x pe la...dah ready menunggu orang baru ni...exsaited pun ada jugak :)
hrap semuanya ok...aminn
ReplyDeletedah nak dpt anak kedua ye...laju betui hang ni...insyaAllah sampai rezeki aku boleh la dpt baby jgk..
ReplyDeletesaya mula rasa cramp mcm ni seminggu before delivery.. mmg tanda2 awal gak la tu
ReplyDelete