Showing posts with label famili. Show all posts
Showing posts with label famili. Show all posts

Sunday, December 16, 2012

selamat pengantin baru...my cousin

kelmarin majlis kesyukuran sempena sepupu aku nan seorang itu dah selamat menjadi isteri orang...tahniah pada sepupuku nurul umi syafina dan pasangan mohd fitri...majlis akad nikah pada hari jumaat malam dengan sekali lafaz dah selamat jadi suami isteri...*cam kagum dengan sekali lafaz boleh sebut semua dengan jelas...* tok kadi adalah tok kadi yang sama masa daku bernikah 4 tahun yang lepas, masjid sama cuma masa yang berbeza *tetiba feeling nostalgic*

majlis bertandang pulak pada minggu depan di pulau pinang...*agak-agak ada menu nasi kandar x?* insya Allah kalau x ada aral akan join jugak majlis bertandang nanti..boleh la interfrem muka belakang pengantin pun jadi la

malas nak bercerita panjang-panjang layankan gambar sajalah yer












Monday, December 3, 2012

demam

still lagi x habis passing baton, tapi nampaknya bukan pass baton sebab syaza masih lagi demam, syauqi sahaja yang betul-betul sihat cuma batuk ringan-ringan, makpak dia dua-dua dah berjangkit demam, nak plak hari ni haruss kerja duk lam ekon maka elok makan ubat peluh sekejap, habis effect ubat jadi la seram sejuk, habis meremang bulu-bulu roma di badan, dapat duduk bawah matahari dah nikmat sangat dah...haha

pagi tadi hantar rumah pengasuh dan dapat tau si ibu depa, si ayah, atuk dan si damia pun demam, kesan berjangkit dari syauqi...si budak petah tu ja dah sihat lepas menjangkiti orang lain...haha yang aku kesiankan sebab syaza adalah batuk, batuk teruk yang sampai malam kelmarin muntah sebab batuk teruk sangat...huhu

oh x lupa jugak kesan dari demam si syaza tempias kat mak dia sebab demam dia x lalu makan, dah bengkak susu...aku sangka nak hujung-hujung perjalanan penyusuan ni x rasa kot bengkak susu...huhu dah la masa balik kampung satu botol pun x bawak balik, semalam dan hari ni pam pun masih bengkak lagi...sakit kot bengkak ni, huhu ka sebab tu boleh demam jugak?

harap-harap cepat la demam ni berlalu...lama kot x demam last demam masa lepas pantang hari tu...huhu
kasik tayang muka budak manja yang demam ni


Sunday, December 2, 2012

lobster

minggu lepas which is 27november adalah ulang tahun kelahiran abang saya yang ke 30+ dan masa tarikh tu dia masih lagi di labuan urusan kerja... dan kelmarin baru sempat celebrate kecil-kecilan... kali ni tambah dengan menu special terbang khas dari labuan...which is lobster ^,^ masing-masing dok confuse nak masak apa sebab x penah kot makan dan masak dia...hihi last skali steam dan makan beramai-ramai

abang kata ni sekilo rm150 tapi untuk dua ekor x sampai pun sekilo, jadi la boleh rasa spesies payah nak jumpa dekat sini kan kan...petangnya baru potong kek besday.... oh hari lahir abg saya jugak adalah hari arwah abah tinggalkan kami, tahun ni dah 6 tahun jadi anak yatim, dah lepas 18 tahun kira anak yatim lagikah? haha

baton demam tu masih lagi bersambung, mula dari syauqi pastu syaza pastu encik husband jangan ada sambung lagi dekat aku plak sudahlah...huhu susah hati plak tengok kesayangan aku pakat-pakat demam ni...huhu

ok nak mengemas baju bajan nak balik sp plak...sok mau kerja...dah 4 hari cuti jadi misi tak bertauliah...misi yang paksa rela memberi ubat untuk orang demam, tiga-tiga orang adalah susah nak makan ubat...huhu

Sunday, November 25, 2012

chef-chef cilik pengacau suro'

read: bubur asyura

kebetulan balik kali ni ada acara buat dan makan bubur asyura...kalau sapa yang asal kelantan x pun ada jodoh dengan orang kelantan tau la kot bubur asyura version sini lain sikit dari version kedah nun...ada letak rempah ratus, ayam, daging, bawang, lain-lain lagi lah...at first dulu memang aku x boleh nak makan tapi dah lama-lama ok ja...kata tekak universal kan kan

si kekanak sorang pun x nak makan tapi x pa makpak dia makan lebih...buat dua kawah satu letak daging, satu lagi letak ayam...sedap nyum nyum

dah petang sikit si kekanak ambik alih kawah-kawah semua...kemain lagi kacau mengacau ni...sabar je la..siap awal tu senyap-senyap pegi belakang sebab nak kacau kawah tu...haha nasib la api dah betul-betul padam time tu

















Tuesday, November 13, 2012

diwali

happy deepavali to all indian friends...biarpun member india aku brapa kerat ja tapi still aku feel nak ucap gak sebab cuti kan hari ni...esok keja pastu cuti pastu cuti dan cuti...haha bab cuti bila-bila pun best

hari ni plan nak pegi kenduri sepupu jap...tapi sementara ibu mertuaku ada dirumah, kita masak sedap-sedap dulu, menu hari ni nasi ayam, ayam bakar madu, sayur sawi dengan sup ayam...karang petang sikit baru bertolak balik untuk makan kenduri plak...


Saturday, September 15, 2012

testing

try update guna phone plak, sambil layan anak dara dok nenen dgn tgk upin ipin, dah rasa mcm taip sms pun ada gak dgn guna keypad ni

dua2 kanak2 dah sihat demam, cuma badan ada la suam2 dgn kurang makan..tiba2 trus plan nak g merayau jap lagi..almaklumla cuti 3 hari


Friday, September 14, 2012

virus selsema

dugaan dengan kunjungan selsema x sudah-sudah..huhu mula dengan encik hubby dulu yang dok soksek hidung pastu bagi baton dekat bini dia, dekat seminggu jugak la dok soksek ja hidung, tu pun gigih bila laki p kursus dekat pangkor hari tu drive sendiri balik kampung dengan dua assistant kecik, sila la imagine travel sejam 40 minit dengan sorang nak melompat depan belakang, termasuk la lapik hat belakang tu pun dia kerabat, si adik sekerat jalan nak nenen... kalau lain kali laki p otstesen ka kursus ka apa tobat aku dok rumah ja...haha

dah encik hubby balik pas balik baton kat dia, kali ni siap demam lagi punya penangan letih kursus sama kot, gaya nak baik demam si anak dara p konon nak bermanja dengan papa dia boleh p gigit hidung papa dia yang selsema..dah dapat pakej hidung berhingus, batuk kahak dan semalam dan siang tadi 4 kali muntah, aku suspek sebab kahak tu kot

dah adik tunjuk tanda nak baik si abang plak ambik baton, dah start suam-suam badan dia, kalau adik demam boleh ja makan dengan berselera tapi si abang kalau x sihat mesti x selera makan, dah la time sihat pun memilih makan...huhu

harap-harap x lama kot demam si abang tu, harap baton tu x dak orang ambik lagi dalam rumah ni, penat x cukup tido semalam dengan lembut lutut pun x hilang lagi ni...huhu

agaknya memang musim demam la kot skang ni, nak plak cuaca sat panas, sat sejuk ni kena tempias pun leh demam dah

Friday, July 13, 2012

sehari tinggal..

baru sehari tinggal rumah encik hubby sms pagi tadi kejadian dia dengan anak bujang dia...syauqi duduk dengan papa dia waktu malam, siang hantar rumah pengasuh petang karang ambil balik duduk rumah dengan dia

sms pagi tadi "syauqi kencing atas tilam besar" dan dan terbayang situasi nak kena handle balik satg...huhu

encik hubby cakap anak bujang dia tu minum air banyak sebelum tido maka terbocor...huhu kalau biasa dia tdo tilam bujang dia tapi since tinggal berdua tido tilam besar la

hwaaaa tilam ku

Thursday, May 17, 2012

tok dan cucu

hari ni kira hari terakhir la tok mengasuh si cucu berdua tu...macam-macam hal la jugak bila tok duduk dengan cucu ni..haha kadang tu layan jugak bila tok dok cerita pasal cucu-cucu dia, ye la kan cucu mak aku baru masuk 3 orang kalau nak banding dengan mek aka ibu mertuaku dah nak masuk 26 orang..jauh sungguh la beza..bila sikit sempat lagi terlayan

hari first dok ngan cucu macam ok ja, aku goreng kuey tiow siap-siap pagi tu...encik hubby cuti tapi pegi training untuk sukan weekend..balik petang tu syauqi dok tido kat depan, syaza lam bilik..tok kata syauqi x mau tido...dah paksa pun nak tido depan tv jugak...aku pesan la budak tu kena paksa tido lam bilik baru cepat lena..kalau x macam tu la dah kul 5 baru nak tido petang..malam macam rutin biasa balik...abang aku datang rumah plak malam tu...tapi still tido waktu biasa jugak

hari kedua x sempat masak apa-apa untuk breakfast, encik hubby belikan nasi lemak, mee untuk syauqi...syauqi x makan pun mee, tok kata syaza plak makan ayam, tok makan nasi saja..tapi cucu punya pasal ok ja...susu minum 3 bekas ja..tok plak kalau cucu x mau bukan dia nak paksa sangat

hari ketiga..en hubby beli nasi lemak 2 bekas...sampai petangnya mak aku x masak..reason kenyang sampai petang...dok gaduh nasi lemak bukan lauk ayam...cucu dia x leh dok usung ayam macam sebelum tu...sepetang dok bercerita pasal cucu-cucu dia, apa syauqi buat, apa syaza buat..dok kata syaza bagus la apa la, syauqi plak asyik dok x mau buat bila disuruh

hari keempat...aku balik dua-dua dah sambut depan pintu...moment paling best kot bila balik rumah...petang ni kena upah apa-apa la dekat dua orang tu...hihi petang ni apa cerita plak tok dengan cucu tu...sorang makin petah bercakap sorang lagi dok tunjuk-tunjuk apa dia nak..bergaduh pun ya jugak, kalau buas main sesama pun ya jugak...karang jap lagi boleh la tok rindu-rinduan cucu plak minggu depan

Thursday, March 15, 2012

krisis bahasa

bukan aku tapi anak bujang aku..haha sebab aku dengan encik hubby adalah bertutur dalam bahasa yang tidak sama...biarpun kebanyakan words yang kami guna tu macam sama tapi ada certain benda tu memang nampak la bezanya...dan aku rasa si syauqi tu macam confuse la jugak nak guna word yang mana satu..ikut mama ke papa..haha kadang tu macam lawak pun ada jugak bila kami dua-dua kalut dok sebut bagi syauqi ikut konon cam lawan sapa lagi teror nak bagi si syauqi ni sebut..haha

antara perkataan yang slalu la x sama tu yang aku rasa selalu dok guna

1. tengok dua-dua gambaq tu nampak la dua benda berbeza kan satu kasut satu lagi selipar...dan encik hubby pun sebut dua-dua ni selipar dan kasut..tapi haha dekat kedah ni dua-dua biasa panggil kasut...sandal ka, selipar ka, kasut ka semua adalah kasut...aku rasa si syauqi panggil semua adalah kasut

2. hat ni lagi satu...kalau atas adalah roti hat bawah tu biskut tapi kat kedah atas tu roti keping kot, bawah pangge roti mayat x pun roti 4 sagi...haha hari tu beria-ria encik hubby ajar anak dia sebut biskut tapi syauqi dok bunyi roti la jugak..maybe sebab pengasuh dia pun kedah jugak maka bunyi sebutan dia lebih kearah kedah jugak..nasib aku x dak bibik kalau dak indon la anak aku
3. ni plak nama biasa dia basikal la kan..kat kedah nama dia bertukar jadi gerek..haha syauqi selalu sebut gerek la plus pelat dia lagi..so encik hubby mesti suh aku translate dulu apa anak bujang dia nak bagitau
4. hat ni plak common la kot kat kedah ni orang panggil ayaq..encik hubby plak air..penah dulu syauqi balik kampung tokmek dia trus confuse, orang tanya nak air x? dia diam ja dah lama tu dok jerit-jerit nak ayaq, nak ayaq..haha ada skali tu sebut dua-dua plak, ayaq banyak, air banyak haha

5. hat ni paling aku suka..haha sebab dari rumah aku nak ke bertam tengah dok buat jalan sebab projek kereta api laju tu..maka banyak la kenderaan ni kat jalan..encik hubby panggil kereta nyodok..read:dalam slang klate yer, aku plak panggil backhoe..syauqi plak sebut ho..mean backhoe...pastu pakat gelak2 laki bini..haha encik hubby pastu dengan ayat sedih..syaza la ikut papa haha

betul la bahasa dia backhoe..tak caya ampa p google tengok mesti image tu yang kluaq...haha

Monday, March 12, 2012

family day mpspk 2012

hari sabtu lepas selepas brapa tahun tak ada family day aku ingat depa x mau buat lepas aku masuk..haha banyak aktiviti sebenarnya tapi sebab anak-anak aku x layak nak masuk acara apa-apa maka p main ayaq ja la

mula-mula lepas daftar kita round-round dulu pilih port nak terjun last-last nampak pool untuk kanak-kanak...suka la budak sorang tu nampak tempat ni..x bertangguh nak terjun padahal sebelum tu sikit lagi nak lemas dekat pool bawah tu pun tak insaf-insaf

pool kanak-kanak...ramai la kanak-kanak dah nama pun pool kanak-kanak motif nak ulang kanak-kanak tu banyak kali??
mama dan syaza...time ni duk la dua-dua orang tunggu beg ja...dah nama ramai risau la jugak nak tinggai beg tu dekat situ tanpa pengawasan...beringat sebelum kena..hehe
tester letak anak dara dalam pool..haha suka ko dia ni masuk lam air...gelak mengekek boleh kena air...kemain lagi
sudahnya kena la aku menapak pegi ke entrance balik cari pelampung..tu pun kejap ja syaza dok lam pelampung ni..si syauqi ambik kat dia selebihnya..siap lepas tu dah nek atas pun still berjalan dalam pelampung..haha over la hang syauqi oii
cubaan nak men dua-dua orang...galak depa dua orang ni bila dok lam ayaq..sampai kecut-kecut kaki tangan pun x mau naik lagi
anak bujang aku...jangan tak tau masa dia mandi ni dengan seluar jeans okeh...dah basah dah ngan baju ngan seluar tu aku pun malas dah la nak tukar baju len kat dia..hang terjun ja la ngan baju tu pun
ni tengok anak sapa ntah dok kat tebing ayaq tu makan eskrem dia pun teringin...satu scoop rm2..mahai la tapi skali skala bagi la jugak...ni zaman bila aku nak masuk lagi carnival ni x tau la kan...siap nak makan dok kat tebing tu jugak..sambil lunjur kaki goyang-goyang kaki lam ayaq..over sungguh tapi sat ja masa depan eksrem tu..x lama lepas tu terjun lam ayaq..kena kutip p buang
syaza lepas dah tukar baju..muka x redha kena naik awal sangat..kalau ikut depa ni nak duk ja lam ayaq tu x yah naik...

aku spend masa sat ja kat karnival ni..sebab sukaneka semua anak-anak aku x layak nak masuk makanya p main ayaq ja la...best jugak..hehe len kali boleh p dengan bajet sendiri selain tempat dekat ja dengan rumah

Monday, February 27, 2012

new family member

sebenarnya kakak ipar aku bersalin hari jumaat hari tuh...tapi sebab ribut-ribut hari tu maka baru nak update hari ni...huhu sedikit terlambat..dan muka anak sedara pun belum tengok muka lagi sebab jarak yang jauh...nun di johor nun..

tapi sudah mintak mms gambar si comel.. kejap-kejap lagi lepas dah dapat mms boleh la sambung tayang gambar si comel plak..ohh nama dia


nur qaireen sofia
betul ke idak ni makngah eja nama ni? hehe

Saturday, January 28, 2012

kejadian petang kemarin

hari jumaat adalah hari untuk aku feeling-feeling konon jadi suri rumah sebabnya encik hubby pegi keja, aku plak duk rumah dengan anak-anak...tunggu la encik hubby balik petangnya..kadang je tengah hari dia balik..huhu dan sebab x dak benda nak dibuat selain melayan budak berdua tu makan, berak, mandi, tdo, menyusu..maka tertimbul la idea nak buat karipap....haha

y karipap? sebab seumur hidup aku x penah aku buat karipap..haha ada la tengok mak aku dok buat tapi takat tengok dan makan..haha serius aku x pandai..then lepas google-google dapat la ilham nak buat kan...pegi potong-potong bahan nak buat inti...sebab lama sangat dok potong maka vitamin m datang..siap potong-potong simpan dulu dalam peti ais..haha bawak budak 2 orang tu tdo...

kul 4 baru sambung balik buka tenet..(eh bukan tadi pasal mood buat karipap ka?) dalam pukul 4.30 baru dok uli doh nak buat kulit dia...baru ingat aku x ada roller nak lenyek kulit..dah blur kejap...tapi doh dah uli..huhu nak x nak kena la sambung jugak...dalam kul 5.30 encik hubby balik..aku plak baru nak kelim-kelim karipap...encik hubby x kata apa pun..sambil kelim sambil lari-lari dari syaza

dah siap kelim-kelim semua baru nak goreng...aku goreng separuh, lagi separuh masuk freezer..konon lain kali boleh goreng lagi...haha dah goreng kasik dekat encik hubby mintak komen...nak tau ka dia komen apa? nak tau?

ni karipap ka cik mek molek?

kejam tau...mentang la rupa x cantik...rasa dia dah ok...huhu kejam sungguh, tengah malam tu ada la balance lagi sebiji..encik hubby tanya tu x mau perabih ka lagi sebiji cik mek molek tu? cis cis

p/s: gambar x mungkin aku upload sebab rupanya yang x cantik tu

Tuesday, November 22, 2011

jalan-jalan ke bukit bendera

aktiviti siang tadi...sempena ibu mertuaku datang ke rumah, bawak la jenjalan dekat cni..padahal sendiri teringin nak pegi..haha duduk keja dekat je ngan penang tapi asyik la g jalan-jalan ke batu feringgi ja yang x ada apa..maka decide pegi la plak bukit bendera..siap print map tu ko..haha yelah orang x dak gps hatta smart phone gitu la kekdahnya..tapi sampai la jugak ke bukit bendera tu akhirnya..lalala

sebelum apa-apa kita bergambar dulu dalam keta..kan kan
ni plak si syauqi yang pantang tengok kamera mesti bunyi senyum, senyum yang dalam maksud senyum tu adalah kamera...si papa syauqi yang bergaya dengan spek baru...semalam baru ambik
kami berempat
ni masa dalam feri..dua-dua budak itu suka la sangat tengok air ni..apa yang best x taulah
keta kecik kami
syaza dengan sue yah...kemain lagi syaza tengok kamera
ibu mertuaku...saja bawak naik feri..ni kali pertama syaza naik feri...awal-awal tu kemain lagi peluk
si kecik yang selalu ceria
abang syauqi yang dah pandai buat gaya macam-macam bila orang nak ambikkan gambar
stroller yang last-last abang syauqi conquer
adik redha je la duk lam carrier...tapi ok gak sebab x lama lepas tu dah lena dia dalam tu...sedap kot rasa macam kena peluk
kadar harga nak naik train...nasib semu bawa ic kalo x kena cas rm30 sorang..tunjuk ic sorang rm8 ja tapi musykil sebab adik ipar aku kena rm4..tu harga untuk kanak-kanak 3-12 tahu..adakah sebab gambar ic masa 12 tahun..haha jimat la rm4 sebab time nak turun balik baru perasan harga tu
gambar kat situ...orang sibuk nak beli tiket kita yang x buat apa-apa marilah kita ambik gambar
budak ni kemain pegi bersandar nak suh kita ambikkan gambar
time membeli...last-last apa pun aku x beli...harga ok la x mahal sangat jugak x murah sangat
gembar sebelum turun
kami berdua
adik last-last boleh jugak duduk dalam stroller..kejap je la time naik train nak turun kena peluk sebab takut jugak budak ni bila naik train

best jugak sebenarnya sekali sekala pegi bukit bendera ni...ke sebab aku dah lama x pegi jalan-jalan...balik semua ketiduran sebab penat kot...anak dara tu pun sampai berdengkur tidur