Showing posts with label keja. Show all posts
Showing posts with label keja. Show all posts

Thursday, December 11, 2014

Semeling Street Art

ni la selingan dalam dok merayau-rayau carik pasal..siasat aduan area semeling borak-borak pasal street art dah alang-alang dekat singgah la tengok..menarik jugak inovasi yang dibuat...jadi hidup balik pekan lama ni..siap masa tu dah dekat tengah hari tapi ada famili yang singgah bergambar dengan dok tolak stroller anak lagi :)


coklat M&M pun jadi

hi baymax :)

patutnya duk ataih beskal tu ambik gambar tapi cam segan plak hihi










untuk sapa-sapa yang teringin nak singgah dekat sini boleh datang ke pekan semeling, yang terletak dalam daerah bedong, lokasi dia sebelum sampai ke pekan bedong..dalam kawasan Majlis Perbandaran Sungai Petani


5°42'06.8"N 100°28'21.1"E

5.701889, 100.472540

Tuesday, March 5, 2013

trip pendek ke dbkl

bertolak hari ni dan InsyaAllah kalau tiada aral esok akan balik semula ke pangkal jalan..eh ke sungai petani..hihi trip untuk belajar cara-cara menguruskan krematorium atau bahasa biasa orang guna adalah kubur.. ^_^

dengan harapan lepas ni akan bekerja dengan lebih cemerlang dan terbilang...mudah-mudahan

Friday, October 26, 2012

musibah...doakan kesihatannya


berita yang baru dapat petang kelmarin...dikala berapa hari lagi nak raya korban, sorang meninggal sorang lagi kritikal, semalam dipindahkan dari hospital langkawi ke hospital tldm dan dah pun dipindahkan ke hospital manjung..

apapun doakan abang haris selamat dan melepasi tahap kritikal dan sedar dengan baik

Mati kehabisan oksigen



ALOR SETAR: “Arwah sedang menyelam, tetapi masih tidak timbul untuk tempoh lama menyebabkan kami tidak sedap hati sebelum seorang rakan terjun ke dasar laut untuk melihat apa yang berlaku dan menemuinya dalam keadaan tidak sedarkan diri,” kata Azman Yusof, 39, rakan kepada juruteknik Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK), Rosli Mohamad Isa, 32, yang lemas ketika melakukan aktiviti menyelam di perairan Pulau Perak, kira-kira 60 batu nautika dari Langkawi, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi, mangsa bersama sembilan lagi rakan dikatakan pergi memancing di perairan berkenaan sejak Ahad lalu.

Bagaimanapun, mangsa dipercayai lemas selepas alat pernafasannya kehabisan oksigen dan tidak timbul ke permukaan dalam jangka masa lama sebelum ditemui kira-kira jam 11.45 pagi.
Azman berkata, arwah sedang menyelam bersama beberapa rakan lain di perairan berkenaan, namun tidak timbul selepas beberapa jam menyebabkan seorang daripada mereka menyelam semula untuk mencari mangsa.

“Seorang rakan kami, Haris Abdullah, 44, terus menyelam untuk mencari arwah kerana dia tidak timbul selepas beberapa jam menyebabkan kami risaukan keselamatannya.

“Apabila Haris menemui arwah didapati dia sudah meninggal dunia dipercayai alat pernafasan kehabisan oksigen manakala Haris dalam keadaan kritikal sebaik naik ke atas bot,” katanya yang ditemui di Jeti Kuala Kedah, semalam.
Abang mangsa, Yusof, 42, berkata arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan dan bersikap seperti biasa kerana meminati hobi memancing dan menyelam.

“Arwah meninggalkan seorang isteri dan dua anak. Kami pasrah dengan kejadian ini dan berdoa arwah ditempatkan dalam kalangan golongan beriman,” katanya.

Tuesday, October 2, 2012

langkawi

berkursus 3 hari 2 malam dekat sini...bawak rakyat sekali sambil kursus sambil kita jenjalan...since jadual ada senggang sikit sempat la kot jenjalan dekat certain place untuk kanak-kanak berhibur

both kanak-kanak adalah eksaited melampau, x sure sebab naik feri, tengok laut atau duduk hotel, aku rasa semua kot..tengok telefon dalam bilik hotel pun eksaited melampau...acanne tuh? haha

esok nak kena buat list ni apa yang best dekat ismail group dengan idaman suri...haha

Thursday, September 27, 2012

hutang

hari dah berjaya menambah lagi hutang...lepas ni boleh la nyanyi lagu tu gali lubang tutup lubang sebab nak bayar hutang...haha

buat loan baru sebab nak guna duit plus ambik kesempatan satukan loan kereta, personal loan...lepas ni kalau orang tgk payslip adalah kasihan sebab byk ja tolak dari payslip sebab hutang, sebelum ni rasa orang lain punya payslip banyak tolak sebab hutang tapi payslip aku bersih ja sebab dok bank in duit sendiri dekat bank, tapi dah tiap-tiap bulan dok rutin ulang atur bank maka lagi mudah kot potong dari payslip

cek ni sempat ambil gambar buat kenangan...haha feeling orang kaya, tapi kaya hutang, satu lagi cek x sempat ambil gambar...kena plan lebih baik lepas ni sebab bercita-cita nak bersara pilihan kan, kena buat pelan persaraan plak..hihi

Sunday, September 9, 2012

bilik gerakan di wisma

first time ni mesyuarat dekat bilik gerakan di wisma darul aman...jakun sikit, haha

bilik adalah besar dan rasa diri adalah kerdil, mesyuarat apa? biarlah rahsia...( sila nyanyi dalam nada dato' siti)

Wednesday, August 22, 2012

tamat sudah cuti-cuti malaysia

ya di hari raya ke4 sudah kerja...tapi x apalah tahun ni rasa dah puas beraya biarpun cuma 3 hari...cuti pun lama sangat satg mau kematu otak duduk rumah lama-lama...datang ofis hari ni adalah sangat heaven...parking yang banyakkk, pastu bos-bos cuti lagi...feeling jadi bos besar, makan kuih raya, cerita hari raya pastu kau tengok muka aku, aku tengok muka kau...cari agenda nak dibuat...yang tengah atas highway dengan traffic jam tu selamat bersabar la ye

kerja pulak biasa la cuti ke x memang ada ja kerja menunggu...oh minggu depan ada sambutan hari raya mpspk dekat pejabat baru, isnin 27hb ogos...jemput-jemput datang ya...

p/s: gambar raya belum diedit...tapi ada ka orang nak tengok muka aku ni? feeling retis


Thursday, July 26, 2012

kemas mengemas

biarpun katanya pindah secara rasmi lepas raya tapi hari ni dah prepare kemas-kemas, vakum karpet, lap cermin susun fail

nama ja gotong-royong tapi kenapa macam orang lain dok buat kerja dari tadi...haha

apapun tempat saya sudah bersih..lalala boleh duduk dengan selesa dah

Monday, July 23, 2012

dapat kurma free

hari ni dapat lagi kurma free..sebab aku kata lagi tu sebab sebelum mula posa hari tu ofis encik hubby dah bagi kurma free yusuf taiyob tu satu kotak

hari ni ofis ku bagi 2 kotak kurma yusuf taiyob jugak dengan kordial sunquick satu botol besar...acara wajib kot kurma dengan kordial tu setiap tahun selain dari dekat nak raya dapat beras pulut, :) suka la benda free kan jimat jugak dibulan posa ni

gambar kurma x yah ambik la kot..haha tayang gambar orang dapat kurma dah la :p
siap laga pipi dengan puan ydp...jangan x tido malam sudah la

Thursday, July 12, 2012

berkursus kita yer

bermula berkursus malam ni...3 hari 2 malam di sini harap-harap dapat la sedikit ilmu

kursus dengan big-big boss dalam mpspk ni sedikit gayat...huhu sedangkan nak jumpa dalam hari-hari biasa pun kalau boleh asyik nak mengelak ja..haha segan oh

dah dah sambung balik berkursus

Tuesday, July 10, 2012

ofisku



as-salam, hari ni nak bercerita pasal pejabat pizet...kalau dicongak-congak secara kasar dah nak masuk 5 tahun dah pizet keja dekat ofis ni...Alhamdulillah kejap ja masa tu bergerak kan...dulu masa nak apply keja kat sini adalah melalui interview...dapat tau dari paper masa cuti merdeka, then dah nak dekat tarikh tutup dah, gigih ni isi dan post guna post ekspress sebab masa tu masih lagi bekerja dekat majlis perbandaran klang, tapi dekat klang keja kontrak dan dekat sini offer keja tetap

dan memang rezeki kot bulan 1 dapat offer keja tapi mintak postpone sebab kena notis sebulan gaji kalau nak berenti, bulan 2 lapor diri dekat sini dan sampai sekarang dah menetap la kot di sini...hihi rumah pun sudah beli ,makanya mungkin sampai pencen kot dekat sini

dulu masa interview ydp masa tu ada tanya "kenapa awak mintak kerja dekat sini?", dengan penuh konfiden menjawab "sebab saya nak balik kedah"..haha "kalau offer rendah dari sekarang awak terima ka?" "ya! sebab saya nak balik kedah" selain dari ydp tu tanya boleh x cakap siam sebab pizet orang kuala nerang..haha pengalaman interview yang akan dikenang kot sebab sebelum  tu interview yang x macam interview *dah keluar dari bilik interview baru tau yang itu adalah ydp*
masa mula-mula datang sungai petani, sebab sebelum tu memang x penah jejak sini biarpun dalam negeri kedah jugak, pizet adalah sesat...haha bangunan sp plaza ni pun x kenal...tapi sekarang ni boleh dah kenal shortcut semua...hihi
kalau ofis orang lain mungkin bangunan sendiri tapi ofisku ini share sekali dengan shopping complex, dulu rasa macam x glamour la x dak bangunan sendiri tapi lama-lama rasa seronok sebab banyak jugak kemudahan duduk dalam shopping complex ni...masa rehat boleh pegi beli barang-barang keperluan, boleh window shopping, boleh beli baju anak, kalau sales boleh pilih-pilih mana berkenan, esok pegi tengok lagi...dah jadi kebiasaan waktu rehat masuk the store bawah ni beli macam-macam

dan kalau ditakdirkan pindah x lama lagi mungkin kebiasaan tu akan dirindui, biarpun duduk sini ada musim-musim dia sangat susah nak cari parking, orang yang ramai tapi bak kata orang 'alah bisa tegal biasa'

harap-harap dipejabat baru akan memberi pengalaman dan suasana kerja baru dan penuh harapan jugak lebih baik :)

p/s: gambar adalah ihsan encik google

Monday, July 2, 2012

di pejabat baru

hari ini seperti tahun-tahun lepas ada aktiviti ulang tahun mpspk cuma berbeza adalah buat dekat pejabat baru...

bak kata ydp dewan yang besar,ye memang sangat besar dan cantik

rasa x sabar plak nak masuk pejabat baru...haha cuma nak mengemas tu alahai...huhu jangan pindah masa bulan posa sudah la

Wednesday, June 27, 2012

hari ke2 berkursus

tajuk yang best, penceramah yang ceria... boleh disuggestkan untuk dihadiri oleh orang lain jugak

berkongsi antara kesalahan tatabahasa yang sering terjumpa dekat mana-mana
kedai makan= kedai makanan
tahun baru cina= tahun baharu cina
koay tiow= kuetiau
bihun= mihun
kolam memancing= kolam pancing
zon merokok= zon rokok
acara merentas desa= acara rentas desa
pusat membeli belah= pusat beli belah
ditegah meludah= ditegah ludah

info baru la kot untuk aku yang x penah tau... nasib la dah ambik spm, kalau x bungkus aku macam ni.. hehe

p/s:penceramah dari munsyi dewan bahasa

Tuesday, June 26, 2012

kursus bahasa melayu

3 hari ni kursus...lepas ni terer la buat memo dengan surat-surat rasmi...memo pun lepas ni ayat-ayat metafora la

bila orang hantar berkursus macam ni macam lebih relaks sebab bukan kursus biasa-biasa dok masuk

Sunday, May 13, 2012

organizer

rasa macam semenjak dua menjak ni...ataupun memang selama ni aku pening-pening lalat sikit bila membuat kerja..hukhuk dari pagi kepetang macam rasa workload yang ada tu melampau dari tahap kemampuan aku...nak diadukan pada siapa aku jugak x pasti...bila kerja yang cuma libatkan aku dan orang2 sekeliling aku boleh la aku buat takat mampu...tapi kalau masuk bab nak deal dengan orang luar yang dok kejan-kejan (read: paksa) maka sungguh menuntut kesabaran

aku bukan nak kata kerja aku susah..bak kata bos lama la, kerja paling senang dalam dunia...tapi kerja yang melibatkan orang luar yang x faham prosedur memang sabar banyakkk ja yang aku boleh kata...tu belum kira bebanan kerja lagi...aku pegang hal a, tiba-tiba si b telefon tanya masalah dia macam mana..ok hold dulu hal a kita tengok hal b dah jadi lagu mana...dok kira yang tu si c plak telefon tanya hal dia plak...abis bila nak selesai hal a tadi...dan perkara ni berulang sampai la ke petang...dan perkara ni boleh berulang sampai petang satg..hukhuk

tu blum aku cuti panjang macam cuti bersalin tu lagi...ada jugak meja yang macam sarang tikus (err la ni pun dah sarang tikus kot) mungkin aku kena cari tune baru kot..lagu pop kena tukar jadi balada ke rock plak kot...haha even satu masa tu tengah dok buat kerja boleh berenti sat pikir tadi aku tengah buat apa ek? kes kena maki ngan public la ni...huhu

agak-agak pegi bercuti boleh releasekan tensen dak?

Thursday, April 26, 2012

ofis baru

hari isnin hari tu sempat pegi melawat bakal tempat baru di ofis baru...biarpun pindah x jauh mana pun tapi dah rasa-rasa keletihan nak angkut barang jap lagi...nasib bukan bulan posa
pemandangan dari foyer depan...betul ka orang panggil foyer..haha tapi sini kira dah level 1 la sebab ada lagi level g...pastu parking macam banyak tingkat jugak...harap-harap x berebut parking lagilah lepas ni
semua ada 7 tingkat kalau x salah aku..nanti aku duduk dekat tingkat 3
kaunter di lobi...kaunter pertanyaan kot...sebelah kanan ada kaunter tempat bayaran cukai pintu
meja untuk N17...L-shape tu...lawa-lawa, ada yang berangan nak letak apa dah dekat ruang atas tu selain excited sebab ada kubicle...haha x penah merasa kan
bakal sudut aku yang baru..x leh panggil bilik sebab x dak pintu..consider sudut jugak...lebih dari yang diharapkan..alhamdulillah dah mula berangan macam-macam nak letak..haha belum masuk barang nampak la luas...tambah fail-fail dah serabut balik rasanya
pandangan jauh sikit...
pantry...kecik ja...tapi ada dua pantry...rasa nanti mesti ambik mana dekat ja kot
kaunter kat jabatan aku...wah ada yang kena duty kaunter pasni..hukhuk
bilik konsultasi katanya...nak consult apa jangan tanya aku...haha

baru pegi tengok dah mula pasang angan-angan macam-macam dalam kepala..haha tah hapa-hapa ja kan, moga nanti production kerja pun bertambah dengan ofis baru...gaji baru, tunggakan gaji..lalala sungguh x sabar...banyak dapat berita baik dua tiga menjak ni...harap berterusan la hendaknya

Saturday, March 31, 2012

blogger baru, gaji baru...earth hour

blogger pun dah berwajah baru...aku dah pelik tengok rupa blogger baru ni...haha ambik masa sikit dengan banda baru...

oh pekeliling gaji baru yang ditunggu-tunggu sudah keluar...lepas ni menunggu duit tunggakan dengan merasa gaji baru la plak...eksaited lebih la tengok pekeliling gaji ni kan ..nak kira gaji plak dekat sini

p/s: malam ni pukul 8.30 jangan lupa tau tutup lampu, kipas, tv semua sempena earth hour setiap tahun...cuma sejam ja padahal masa len kemain lagi kan guna letrik tu

Monday, March 26, 2012

duhai hati..

tba-tba tajuk dah macam orang emo plak kan..haha bukan apa cuma rasa stress dengan seseorang..yang x penah nak berpuashati dengan kesenangan orang lain...tidakkah dia tahu bila satu jari menunding pada kesalahan orang lain lagi empat jari menunding pada diri sendiri...tidakkah dia tahu bumi ini bulat mungkin hari ni kita dok belah ataih esok lusa mungkin kebawah plak...
doa aku cuma satu..kalau betul aku bersalah tunjukkan cara yang betul..kalau dia bersalah moga dilembutkan hatinya menerima jalan yang betul...muhasabah diri aku sendiri...moga lebih banyak kekuatan dan kesabaran dalam diri aku ni..amin

p/s: doa moga aku murah rezeki jugak...bulan miskin sebelum dapat duit tunggakan gaji

Friday, March 9, 2012

sbpa batal..guna ssm balik

pasal suspen kemarin kan...aku terima dengan alhamdulillah semua yang diucapkan PM semalam...apa-apapun kita tunggu pekeliling rasmi dulu la...harap-harap ada tunggakan..hehe kalau x dak pun redha je la...

mood: insaf dengan hasil kerja dan gaji yang diterima...balancekah gaji tu dengan output yang kita bagi?

Friday, February 3, 2012

si manis stevia


semalam selepas sesat barat mencari kilang produk minuman untuk inspection dan selepas sesi sejam setengah inspection berjumpa dengan satu fakta yang menarik untuk dikongsi dengan semua...jangan salah faham aku bukan nak jual produk depa ni cuma rasa menarik dengan apa yang diusahakan mereka.. :)

dan jugak selepas balik surf internet pasal pokok ni dekat cni, cni dan jugak sini..aku rasa macam semakin teruja nak kenal lebih lanjut..hihi pokok stevia kalau ikut nama orang kat kilang tu bagi kemarin pokok gula katanya...at first aku macam biasalah tengok kilang minuman...x fikir lebih lanjut..tapi bila dia bercerita pasal pokok stevia ni macam menarik...pokok ni adalah seperti tebu, ada rasa manis dari hujung pucuk ke hujung akar..hebat..dan dekat belakang kilang tu ada pokok tu dia kasi selai je pun untuk aku rasa dan ye memang manis pun..padahal aku cuma gigit sikit saja

antara lain kebaikan dia yang dibagitau
-boleh gantikan gula..ambik daun ni letak dalam dua helai yang fresh atau dah kering dalam air bancuh dah cukup manis dah
-air yang dibancuh tadi x kan menarik perhatian semut..hebat
-baik untuk penghidap kencing manis

dan paling aku suka bila dia kata pokok ni nak order cuma rm10 sepokok..haha dan-dan aku order
oh lepas ni lagi lambat la gula kat rumah aku nak bergerak..skang pun 2 bulan sekali beli gula..sebab jarang minum air bergula..kalau bancuh air cam milo ke teh banyak letak susu pekat dari gula..masak lagi la x letak gula..ke ada jugak orang goreng ayam letak gula??