Thursday, February 10, 2011

macam mana nak pos motosikal guna pos laju

ni sebab hari selasa hari tu aku poskan moto encik hubby pegi ke kl untuk kegunaan dia sepanjang dia kat sana dan lepas2 ni kalau ada orang tanya boleh je aku check balik sequel dia kat cni...dan kalau ada orang nak cari pengetahuan boleh jugak baca di sini saja...

aku masa awal tu byk jugak tanya orang kot2 sapa ada pengalaman kan dan lepas tu banyak la cerita yang aku dapat pasal harga, prosedur dan macam2 lagi la...sebabnya sepupu aku penah pos moto guna ktm dan dia cakap macam x secure sgt dan risiko side mirror patah x pun hilang, tapi harga memang murah, dia kata try la tanya nationwide

dan esoknya aku col la sambil google info yang mana berkaitan, lepas col nationwide, kangaroo ngan abx ngan pos laju ngan ktm dapat la sikit rumusan
-kalau ktm cas dia dalam RM107, estimate sampai dalam 2-3hari kena bawak geran sekali time nak pos moto dan tempat ambik adalah dekat kl sentral
-kalau nationwide pulak harga dalam RM140+10%tax, estimate sampai dalam seminggu
-kalau pos laju pulak harga dalam 160+20%tax estimate sampai dalam 4-5hari bekerja ambik dekat pejabat pos laju terdekat
-lain2 kurier dia cakap x terima moto
-minyak kena kasi minimum yang mungkin dengan alasan mengelakkan kebakaran

dan lepas fikir2 semua campur tolak darab aku ambik choice nak hantar guna pos laju, try la cari orang nak bawak moto tu pegi pejabat pos laju sebabnya masa tu encik hubby dah kat kl nun, aku plak memang lansung x reti bawak moto, takat tolak moto tu blh la...hehe last2 sepupu aku cakap boleh dan cari orang plak bunag minyak dalam tank sebab seminggu sebelum tu encik hubby isi penuh minyak moto dengan alasan sempat la dia pegi keja dan minyak tu tinggal suku, tapi x sempat bila jd kecemasan tempoh hari, minyak yang dah wak kuar tu aku bg ja trus kat orang yang tolong buang minyak tu...kalau aku ambik macam x guna gak

dah sampai pos laju isi borang dia cakap la kos nak pos dalam RM180, ohh cepat sungguh rega naik yer, tapi dah hntr kan ok aje la, then dia suruh buang side mirror dengan no plat belakang, time ni cam terkejut, tiba2 makcik nak kena jd mekanik nih, siap dia bg spana ngan skrudriver, puas usaha last sekali sepupu aku kata dia bawak g kedai repair keta dekat ctu, x sampai 3 minit dah datang balik, padahal sebelum tu dekat sepuluh minit kami usaha x berjaya...huhu dia kata minyak kena bg tinggal suku tank, ok yang tu done la kan...isi borang semua pastu dia tanya nak pos helmet x...oh boleh rupanya pos helmet sebab masa tu x bawak helmet sekali, time tu proceed ja pos yang mana ada

balik rumah ambik helmet pegi balik sana then kena tambah duit lg RM5.75 untuk helmet pulak.
kiranya summary hari tu adalah'
-kos untuk pos moto adalah RM180
-insuran kalau nak ambik adalah RM1.50 setiap seribu, aku ambik 2000 maka RM3
-kos nak pos helmet sekali RM5.75
-minyak kena kasi suku tank
-side mirror dengan no plat belakang kena cabut untuk elakkan patah tapi still pos sekali dengan moto
-kunci pun pos sekali jugak
-kalau pakai pos laju x yah bawak geran pegi sekali
-estimate masa sampai dia cakap habis lambat adalah seminggu

dan nasib baik jugak pegawai kat pejabat pos sangat mesra alam...suka aku nak pegi lagi...err nak pos keta boleh jugak ke eh? mana la tau kan malas nak drive smpi kl boleh kita poskan jugak...hehe

10 comments:

  1. pos kereta sambil tuan kereta dok dalam tu ke..hahaha lawak pulak ayat last tu

    ReplyDelete
  2. ooo
    sy dulu time belajar..kat terengganu mmg ade kedai yg sedia khidmat pos motor ke shah alam, johor & kedah

    depa guna lori. tapi pos camtu je. tinggal ngan salinan geran je..then seminggu sselamat sampai kat tangan..hehehe..rege tak ingat
    tapi masa tu dah lama tahun 2005
    dalam 80 hengget rasanya...:-)

    ReplyDelete
  3. k.syuhada dulu pos dr perlis-shah alam pernah, shah alam-melaka pun pernah. sbb motor ada tong kat belakang, jd semua plat, side mirror dan helmet letak dlm tong je. tp depa x pesan pulak minyak kena suku tank. x ingat pon masa tu minyak ada byk mana.. hehe

    ReplyDelete
  4. salam. kak pos moto jenis apa ya? sbb sy pun nk pos moto jugak rabu ni.

    ReplyDelete
  5. yamaha LC..rasa baik p tanya kat pejabat pos sebelum pos moto tu

    ReplyDelete
  6. tenk yu cik puan...aku nak pos moto ke penang....

    ReplyDelete
  7. @kak syuhada.. nak tye la.. pos moto sekali box kat blkg tu ea.. dowg caj x utk box tu?? lg 1, kena balut ke box tu.. takut calar.. tenkiuu.. huhu

    ReplyDelete
  8. boss, kalau nak post motor dari melaka ke sabah mcm mana erk? huhu,..

    ReplyDelete
  9. salam akak..bape lame moto 2 sampai kat hubby akak, coz sy pos moto dh seminggu lebihn pun xsampai lg...dh la tgh terdesak..pening2..

    ReplyDelete