Sunday, September 30, 2012

anak bujangku dah 3 tahun :)

kelmarin secara rasminya syauqi dah menginjak ke 3 tahun...dah besar dah tapi masih lagi manja kemain

tahun ni x dak besday party ke apa, buat makan-makan kecik ja dekat rumah tok dia, cuma tempah kek, goreng bihun, order cream puff sudah...hadiah bagi la jugak untuk besday boy dengan adik yang bukan besday girl

pagi bawak p potong yang dah panjang, awal masa panjat tangga kemain berani...skali bunyi mesin dah nangis sebab takut..haha dah lama sebab dah selesa tersengguk-sengguk pulak sebab mengantuk

apapun happy birthday syauqi, dah makin besar dan makin pandai cakap, tapi still kencing dalam seluar, still menangis pagi-pagi masa hantar pegi rumah pengasuh dengan menangis masa nak balik dari rumah pengasuh, still manja dari adik..moga membesar jadi anak yang soleh dan mendengar kata
kek red velvet dengan deko ben 10 untuk besday boy

makan-makan...cream puff yang sedap
besday boy kena potong rambut..time ni macam dah redha ja potong rambut...tapi still papa teman kat tepi sebagai penguat semangat

Friday, September 28, 2012

pagi jumaat

salam pagi jumaat...hee yang kerja tu kerja elok-elok ya, hari ni plan nak mengemas rumah, petang karang nak balik kampung

jap lg bagi kanak-kanak mandi kolam, sempat la mop lantai kot, harapan ja ni moga-moga berjaya...haha

bekpes ni ja hari ni

Thursday, September 27, 2012

hutang

hari dah berjaya menambah lagi hutang...lepas ni boleh la nyanyi lagu tu gali lubang tutup lubang sebab nak bayar hutang...haha

buat loan baru sebab nak guna duit plus ambik kesempatan satukan loan kereta, personal loan...lepas ni kalau orang tgk payslip adalah kasihan sebab byk ja tolak dari payslip sebab hutang, sebelum ni rasa orang lain punya payslip banyak tolak sebab hutang tapi payslip aku bersih ja sebab dok bank in duit sendiri dekat bank, tapi dah tiap-tiap bulan dok rutin ulang atur bank maka lagi mudah kot potong dari payslip

cek ni sempat ambil gambar buat kenangan...haha feeling orang kaya, tapi kaya hutang, satu lagi cek x sempat ambil gambar...kena plan lebih baik lepas ni sebab bercita-cita nak bersara pilihan kan, kena buat pelan persaraan plak..hihi

Wednesday, September 26, 2012

tenggelam timbul

selalu sangat tenggelam timbul semenjak dua menjak ni...rasa rumah ni pun cam suram sikit

kerja masih lagi macam biasa, kehidupan macam biasa cuma vitamin M terlebih maka blogwalking pun x selalu, update belog lagi la kelaut, not good not good

minggu lepas dah rasmi masuk kelas untuk semester 10, fuh fuh kejap ja kan dah 10, padahal langkau 3 sem sebab pengecualian kredit...haha

untuk kurangkan suram rumah ni kasik bunga ni untuk tatapan korang...nah

Friday, September 21, 2012

2 orang kanak-kanak

bleh main hat ni pun seronok dah...musim hujan panas ni sesuai la bawak main mainan yang berbumbung ni, nak p taman x boleh

nak p legoland jauh sangat boleh hat ni pun jadi la

Monday, September 17, 2012

budak demam

hari ni dah brapa kali muntah, time ambik pun kelepet ja sebab x larat, peluk rapat ja sementara nak sampai rumah

adik plak menjeles bla peluk si abang dah upah nenen trus lena..macamkan tadi dekat rumah pengasuh x tido ja, jangan malam satg bangun main x mau tdo dah la

harap-harap x lama demam si abang ni..x aktif ni x dak plak sapa nak melasak dalam rumah ni


Saturday, September 15, 2012

testing

try update guna phone plak, sambil layan anak dara dok nenen dgn tgk upin ipin, dah rasa mcm taip sms pun ada gak dgn guna keypad ni

dua2 kanak2 dah sihat demam, cuma badan ada la suam2 dgn kurang makan..tiba2 trus plan nak g merayau jap lagi..almaklumla cuti 3 hari


Friday, September 14, 2012

virus selsema

dugaan dengan kunjungan selsema x sudah-sudah..huhu mula dengan encik hubby dulu yang dok soksek hidung pastu bagi baton dekat bini dia, dekat seminggu jugak la dok soksek ja hidung, tu pun gigih bila laki p kursus dekat pangkor hari tu drive sendiri balik kampung dengan dua assistant kecik, sila la imagine travel sejam 40 minit dengan sorang nak melompat depan belakang, termasuk la lapik hat belakang tu pun dia kerabat, si adik sekerat jalan nak nenen... kalau lain kali laki p otstesen ka kursus ka apa tobat aku dok rumah ja...haha

dah encik hubby balik pas balik baton kat dia, kali ni siap demam lagi punya penangan letih kursus sama kot, gaya nak baik demam si anak dara p konon nak bermanja dengan papa dia boleh p gigit hidung papa dia yang selsema..dah dapat pakej hidung berhingus, batuk kahak dan semalam dan siang tadi 4 kali muntah, aku suspek sebab kahak tu kot

dah adik tunjuk tanda nak baik si abang plak ambik baton, dah start suam-suam badan dia, kalau adik demam boleh ja makan dengan berselera tapi si abang kalau x sihat mesti x selera makan, dah la time sihat pun memilih makan...huhu

harap-harap x lama kot demam si abang tu, harap baton tu x dak orang ambik lagi dalam rumah ni, penat x cukup tido semalam dengan lembut lutut pun x hilang lagi ni...huhu

agaknya memang musim demam la kot skang ni, nak plak cuaca sat panas, sat sejuk ni kena tempias pun leh demam dah

Wednesday, September 12, 2012

menu petang ni

tetiba nak makan...boleh makan dah puas dah, nak buat sendiri malas..hihi

Sunday, September 9, 2012

bilik gerakan di wisma

first time ni mesyuarat dekat bilik gerakan di wisma darul aman...jakun sikit, haha

bilik adalah besar dan rasa diri adalah kerdil, mesyuarat apa? biarlah rahsia...( sila nyanyi dalam nada dato' siti)