Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Friday, July 20, 2012

tips ajar anak nak berus gigi

ni adalah dari pengalaman aku yang beranak dua ni ja yer... tapi mana la tau boleh jadi panduan untuk orang lain jugak.. hihi

tau tak gigi kanak-kanak seusia 2 tahun sudah boleh rosak atau rongak kalau x diberus setiap hari, dulu masa syauqi kecik-kecik penah la beli silicon tu untuk berus gusi dan gigi tapi anak aku x mau, meraung macam sakit lagi

lepas tu masa peknenkan syaza, pegi ekspo motherhood dekat midvalley time tu borong sakan barang syaza tapi untuk syauqi tak dak... last-last ambik berus gigi brand MAM untuk dia, kenapa MAM? aku pun x tau, mungkin masa tu tengah obses brand tu kot...haha perlu diingat brand apa pun x kisah sebenarnya selagi anak tu rasa selesa

antara perkara aku dan encik hubby buat bagi dia nak gosok gigi adalah:-

1. tiap kali mandi mesti suruh dia gosok gigi.
2. kalau mandi dengan dia tunjukkan yang kena gosok gigi, ni makpak gosok gigi sendiri la, bagi dia pegang sendiri berus gigi dia
3. offerkan untuk tolong dia beruskan gigi dia sambil tunjuk apa dia perlu buat, sampai ke kumur-kumur tu skali
4. jadikan satu rutin supaya dia biasa dan selesa nak berus gigi dia

setakat ni syauqi memang dah ok untuk gosok gigi bila mandi tapi still aku la yang gosokkan, lepas tu kasik la dia gosok-gosok konon dia gosok sendiri, syaza masih dok train sebab bila mintak tunjuk gigi akan sua lidah dia...hihi selain dari bila suruh kumur mesti telan air tu..masih dalam proses nak biasakan dia, tapi apa abang dia buat mesti nak tiru jugak...both ada berus gigi sorang satu, letak ubat gigi untuk kanak-kanak tu

berus gigi syauqi yang sekarang ni brand colgate ja.. ada gambar spongebob dekat berus gigi tu, janji mudah untuk dia pegang

harap boleh la try untuk anak korang jugak, mana tau berkesan kan..kan kasik tayang gigi...dok tunggu gigi geraham bila nak ada
sorang satu berus gigi :)

Saturday, July 16, 2011

petua nak mudahkan bersalin

aku hari tu kan masa nak bersalinkan syaza terlebih due date 3 hari...dah kata nak bagi cepat bersalin maka macam-macam petua yang orang bagi aku try...selain dari petua yang aku google kat internet...hehe tapi bese la kan iklan banyak maka lambat sikit nak share pasal petua ni...cuma sempat share guna sms je dengan sesetengah kengkawan yang sms kat aku tanya pasal petua-petua ni semua...hehe

antara-antara petua yang aku try masa mengandung kat syaza hari tu:

1. minum air kelapa muda
yang ni macam x brapa nak berkesan dekat aku, mungkin sebab aku try pun dah minggu-minggu last dekat-dekat nak due date...bak kata mak aku "dah satu mayang buah nyoq aku bg hang makan tapi x beranak-beranak jugak, ni nak masuk mayang baru dah" hehe apa boleh buat kan..kalau ikut pembacaan aku kena mulakan sejak masuk perut tujuh bulan lagi tapi masa mengandung kat syaza aku x rajin sangat minum air kelapa

2. banyakkan berjalan
berjalan dari segi maksud tiap-tiap hari ye tuan-tuan dan puan-puan...ni aku dapat petua lama dah sejak mengandung dekat syauqi lagi, sorang akak yang aku jumpa masa btn petua kat aku sebabnya dulu masa dia mengandung dia hari-hari kejar lrt...haha dan dia cakap masuk labour room pun ambik masa x lama untuk keluarkan baby...tapi masa mengandung dekat syaza aku adalah malas nak bergerak...sanggup tunggu lif biarpun ambik masa 5 minit konon sayang lemak kat badan siap ambik cuti awal duk kampung sudahnya terlebih 3 hari dari due date...mungkin sebab hari sebelum bersalin aku nek keta dari kampung pegi sungai petani (err naik keta kira berjalan dak??)

3. kerapkan mencangkung
yang ni aku x tau kat mana lojiknya...tapi petua ni aku goolge kat tenet...balik tu trus aku mencangkung sental bilik air kat rumah mak aku...sudahnya bilik air berkilat, mak aku hepi tapi aku x beranak jugak...apa kes??

4. kerapkan bersama
ni dari segi maksud together-together la ngan encik hasben tapi petua ni x bleh aku praktik masa tu sebab aku pjj dari sebelum syaza kuar sampai la skang...kat orang lain yang x pjj bleh la praktik kot..ikut pembacaan aku air mani lelaki boleh mencepatkan contraction...

5. mandi bagi kerap
ni aku amal masa syauqi dulu bila dah buka brapa-brapa cm tu aku mandi bagi lama sampai gigil-gigil badan pastu kerapkan mandi..memang berkesan sebab cepat ja contraction tu dari 2 cm naik ke 4cm sampai la bersalin

6. makan minyak yang ditanak
yang ni mak ndak aku kasi petua ni tapi aku x try pun sebab zaman skang ni sapa la nak menanak minyak sendiri ni kan...kalau ikut petua dia naik perut 6 bulan tu dah boleh try sehari satu sudu macam makan ubat plak

7. lepas mandi tu ambil air hujung rambut selawat 3 kali minum
ni plak aku dapat dari mak bidan yang datang rumah...pun aku try tapi mungkin belum masa x nampak hasil dia pun

8. minum air teh ngan kuning telur
ni aku dapat dari sapa ntah tapi aku try jugak dan berkesan kot sebabnya minum hari ni malamnya sakit esok beranak...cara dia air teh tu bancuh dalam secawan letak gula macam biasa pastu campur kuning telur x kesah la telur ayam kampung ke ayam bandar dan minum...rasa dia macam air teh susu je...ikut petua tu kalau dah masa memang cepat la bersalin kalau belum masa x jadi jugak

tu petua-petua yang aku dapat la...kalau ada sesapa ada petua-petua lain bolehla share...yang bakal melahirkan bolehlah try nanti, sekadar berkongsi ilmu

Wednesday, March 30, 2011

tanda-tanda hampir bersalin...

sejak kebelakangan ni macam selalu terasa-rasa macam sakit dekat pangkal paha dan sakit perut macam cramp dan dalam hati dok bertanya-tanya "ish dah makin hampir ke" biarpun ini adalah kelahiran yang kedua tapi masih lagi blur aku ni dalam bab-bab tanda ni...ye lah anak sulung acik guna ubat maa...induce 3 kali trus kuar

maka tadi google-google sikit pasal tanda-tanda nak bersalin dan macam mana nak tau kot-kot aku ni dah ada simptom-simptom dia...jap eh nak check:

Bayi Turun Ke Bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:


  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.(dah rasa...nak jalan pun susah ckit)




  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing (slalu gak g toilet tp last time lg kerap kot...sebab 30 minit skali...ni masih blh tahan lg)




  • sakit perut, memulas (ni slalu gak rasa)




  • kerap buang air besar (ish x pasti lak, rasa masih lg cam biasa cuma x la kerap)




  • kerap terkentut (pun x jugak...budak bucuk tu lg kerap dari mak dia)



  • Keluar Lendir Pekat/Berdarah
    Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
    Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital. (blum lg)

    Sakit Belakang
    Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda. Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi. Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda. Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring. (x plak)

    Pecah Air Ketuban
    Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital. (haa yang ni lagi la x)

    kiranya satu, dua simptom tu sudah ada...masih ada masa lagi kot untuk aku berjalan-jalan pegi kelas weekend ni...pastu kalau baby nak kuar pun x pe la...dah ready menunggu orang baru ni...exsaited pun ada jugak :)

    Wednesday, March 9, 2011

    2nd motherhood expo 2011

    sangat teringin untuk menghadirkan diri...harap-harap hari tu berkesempatan la menjejakkan kaki dekat sini...huhu

    Thursday, February 10, 2011

    macam mana nak pos motosikal guna pos laju

    ni sebab hari selasa hari tu aku poskan moto encik hubby pegi ke kl untuk kegunaan dia sepanjang dia kat sana dan lepas2 ni kalau ada orang tanya boleh je aku check balik sequel dia kat cni...dan kalau ada orang nak cari pengetahuan boleh jugak baca di sini saja...

    aku masa awal tu byk jugak tanya orang kot2 sapa ada pengalaman kan dan lepas tu banyak la cerita yang aku dapat pasal harga, prosedur dan macam2 lagi la...sebabnya sepupu aku penah pos moto guna ktm dan dia cakap macam x secure sgt dan risiko side mirror patah x pun hilang, tapi harga memang murah, dia kata try la tanya nationwide

    dan esoknya aku col la sambil google info yang mana berkaitan, lepas col nationwide, kangaroo ngan abx ngan pos laju ngan ktm dapat la sikit rumusan
    -kalau ktm cas dia dalam RM107, estimate sampai dalam 2-3hari kena bawak geran sekali time nak pos moto dan tempat ambik adalah dekat kl sentral
    -kalau nationwide pulak harga dalam RM140+10%tax, estimate sampai dalam seminggu
    -kalau pos laju pulak harga dalam 160+20%tax estimate sampai dalam 4-5hari bekerja ambik dekat pejabat pos laju terdekat
    -lain2 kurier dia cakap x terima moto
    -minyak kena kasi minimum yang mungkin dengan alasan mengelakkan kebakaran

    dan lepas fikir2 semua campur tolak darab aku ambik choice nak hantar guna pos laju, try la cari orang nak bawak moto tu pegi pejabat pos laju sebabnya masa tu encik hubby dah kat kl nun, aku plak memang lansung x reti bawak moto, takat tolak moto tu blh la...hehe last2 sepupu aku cakap boleh dan cari orang plak bunag minyak dalam tank sebab seminggu sebelum tu encik hubby isi penuh minyak moto dengan alasan sempat la dia pegi keja dan minyak tu tinggal suku, tapi x sempat bila jd kecemasan tempoh hari, minyak yang dah wak kuar tu aku bg ja trus kat orang yang tolong buang minyak tu...kalau aku ambik macam x guna gak

    dah sampai pos laju isi borang dia cakap la kos nak pos dalam RM180, ohh cepat sungguh rega naik yer, tapi dah hntr kan ok aje la, then dia suruh buang side mirror dengan no plat belakang, time ni cam terkejut, tiba2 makcik nak kena jd mekanik nih, siap dia bg spana ngan skrudriver, puas usaha last sekali sepupu aku kata dia bawak g kedai repair keta dekat ctu, x sampai 3 minit dah datang balik, padahal sebelum tu dekat sepuluh minit kami usaha x berjaya...huhu dia kata minyak kena bg tinggal suku tank, ok yang tu done la kan...isi borang semua pastu dia tanya nak pos helmet x...oh boleh rupanya pos helmet sebab masa tu x bawak helmet sekali, time tu proceed ja pos yang mana ada

    balik rumah ambik helmet pegi balik sana then kena tambah duit lg RM5.75 untuk helmet pulak.
    kiranya summary hari tu adalah'
    -kos untuk pos moto adalah RM180
    -insuran kalau nak ambik adalah RM1.50 setiap seribu, aku ambik 2000 maka RM3
    -kos nak pos helmet sekali RM5.75
    -minyak kena kasi suku tank
    -side mirror dengan no plat belakang kena cabut untuk elakkan patah tapi still pos sekali dengan moto
    -kunci pun pos sekali jugak
    -kalau pakai pos laju x yah bawak geran pegi sekali
    -estimate masa sampai dia cakap habis lambat adalah seminggu

    dan nasib baik jugak pegawai kat pejabat pos sangat mesra alam...suka aku nak pegi lagi...err nak pos keta boleh jugak ke eh? mana la tau kan malas nak drive smpi kl boleh kita poskan jugak...hehe

    Wednesday, January 19, 2011

    legionnaire

    tengok akan tajuk kat atas cam eh ape benda kan legionnaire tu..ooh tiba-tiba makcik jadi rajin nak bercerita pasal penyakit alah ada la selit-selit sikit pasal study dah nama pun student separuh masa kan...itu baru separuh habis kalau sepenuh masa?? fikir-fikirkan haha ni sebab pagi ni terbaca cerita psal penyakit ni dekat bali yang entah bila aku nak jejak kaki...

    sedutan akhbar kosmo
    DENPASAR - Pihak berkuasa Indonesia masih menyiasat laporan tentang wabak penyakit legionnaire yang merebak di pulau peranginan Bali, kata seorang pegawai semalam selepas 10 warga Australia pulang ke negara asal mereka dengan dijangkiti penyakit tersebut.
    Ketua Jabatan Kesihatan Bali, Nyoman Sutedja berkata, kerajaan Australia telah memberikan maklumat mengenai kemungkinan berlakunya wabak tersebut tetapi setakat ini tiada tanda-tanda penyakit itu ditemui.
    "Kami sedang menyiasat selepas menerima satu laporan daripada konsulat Indonesia. Kami tidak menerima laporan mengenai individu yang dijangkiti penyakit legionnaire daripada hospital-hospital di sini," katanya.
    "Pihak kami percaya penyakit itu berpunca daripada hotel-hotel yang gagal menyediakan bekalan air bersih," tambahnya.
    Jabatan Kesihatan Australia Barat memberi amaran kepada rakyat negara itu yang melawat Bali baru-baru ini supaya berwaspada mengenai simptom penyakit legionnaire yang boleh membawa maut jika tidak dirawat segera.
    Simpton penyakit legionnaire menyerupai selesema yang antara lain seperti demam, ketar, sakit otot, sakit kepala, letih, hilang selera makan, cirit birit, batuk kering dan sukar bernafas.
    Penyakit itu berpunca daripada bakteria yang membiak dalam air terutamanya persekitaran panas seperti tab mandi, tangki air panas, sistem paip air dan sistem penghawa dingin. - AFP
    sedikit info yang aku baca dari laman web plak

    penyebab sakit ini adalah dari bakteria Legionella
    • boleh merebak melalui air dan sistem penyejuk udara bangunan besar(air cond) dan juga shower tetapi tidak merebak dari manusia kepada manusia.
    • simptom penyakit ini adalah demam, menggigil, dan batuk. ada juga yang mengadu tentang sakit kepala dan sakit otot.
    • simptom biasa berlaku selepas hari ke 2-14 selepas terdedah kepada bakteria tersebut.
    • penyakit ini sukar dibezakan dengan pneumonia lain kerana simptom yang hampir sama.
    • penyakit ini boleh dikesan dengan ujian x-ray ataupun ujian makmal bagi menentukan bakteria penyebab penyakit.
    kumpulan berisiko

    • berumur 65 tahun keatas
    • perokok
    • menghidap masalah jantung
    • menghadapi sistem imuniti yang lemah

    biasa dirawat dengan antibiotik Erythromycin

    sedikit info selingan di pagi hari...

    Thursday, July 29, 2010

    penyakit melioidosis

    aku baca paper hari, kemarin ternampak pasal penyakit ni dengan penyakit leptospirosis...kalau leptospirosis tu tau la sebab air kencing tikus dan soklan famous masa blajar cdc dulu tapi melioidosis...apa tu? dan jawapan selepas aku google lebih kurang cenggini la shortform dia aku ringkaskan supaya orang pun x pening nak membacanya

    penyakit melioidosis

    nama lainnya: jugak dikenali sebagai penyakit Whitmore atau penyakit pekebun Nightcliff
    penyebab:sejenis bakteria gram negatif dengan nama Burkholderia pseudomallei yang boleh didapati dalam air bertakung, tanah dan pokok padi.

    cara jangkitan: boleh menjangkiti manusia yang tersedut udara mengandungi partikel tanah tercemar dan tersentuh kulit ataupun dengan termakan makanan yang tercemar dengan bakteria ini.

    epidemiologi: endemik di kawasan asia tenggara, sekali sekala di kawasan lainnya, timur laut Thailand mencatat kes tertinggi penyakit ini

    diagnose: melalui ujian makmal dan pengambilan sampel darah, tisu, air kencing, nanah dan sapuan tekak

    simptom: sakit di bahagian dada, tulang, atau sendi; batuk; jangkitan kulit, nod paru-paru, dan paru-paru berair (pneumonia), borok kulit, hilang selera makan, demam, sakit kepala, dan boleh menyebabkan encephalitis(pendarahan otak)
    info dari pizet yang tiba-tiba concern pasal penyakit yang menyebabkan orang mati...hukhuk