Saturday, June 30, 2012

satu sudah satu lagi on the way

pagi tadi dah selesai jawab satu paper, hari rabu ni plak lagi satu paper....belajar x seberapa tapi semangat nak cuti semester tu lebih...haha biarpun cuti semester cuma lebih relaks sebab x payah baca buku tapi pegi keja macam biasa tapi tetap excited nak cuti sem ni..haha

harap-harap paper hari rabu ni boleh jawab macam hari ni jugak, baru la x rasa macam nak hantuk kepala dekat meja exam dekat dalam dewan, x pun jadi hisreria jerit-jerit lari keluar dewan sebab soalan spot x naik dalam soalan betul...haha

dah dah sambung lagi study paper kedua...biochemistry for environmental health

Friday, June 29, 2012

perlu kah banding-banding

dalam kongkonon sibuk baca buku tu kan sempat lagi nak membebel dalam blog....huhu rasa x puas hati bila ada yang tanya brapa eh duit nuffnang anda? aku akan jawab la jugak brapa yang ada...aku berblogging hanya suka-suka, cerita pasal hidup aku, famili kecik aku, sekitar aku, tambah kawan baru...dan dapat duit dari nuffnang tu adalah bonus...tapi kalau dapat banyak mesti la suka kan..

tapi perlu kah nak banding-banding, rezeki masing-masing la kot, kalau dapat lebih itu rezeki anda, tahniah la...aku dapat seratus pun tu sebab aku dapat banyak tu....kalau nak tanya tip dapat be, macammana nak letak iklan yang tu aku tak kisah sebab kongsi ilmu ni x salah...mana yang aku tau akan aku share tapi bila tujuan nak cakap follower anda ramai, hits anda tinggi, duit nuffnang anda banyak, hentikan la dah macam riak plak satg

lebih kurang aku bila tengok facebook orang yang masuk skim mlm plak, dah dapat duit tunjuk brapa balance, p shopping pun tunjuk barang apa beli, baju designer pun nak tunjuk, tau la anda-anda tu dapat duit banyak ribu-ribu, tapi bila menunjuk-nunjuk ni boleh mendatangkan iri, umpatan, keji...macam-macam lagi la

aku nak kata aku ni bagus sangat pun tak la jugak, kalau ada yang simpan rasa iri kat aku tu aku mintak maaf jugak, kot ada entri aku buat orang terasa tanpa aku sedar

p/s: mood muhasabah diri

Thursday, June 28, 2012

study week?

kalau orang yang study full time mungkin dah lepas kot study week ni...sebab kalau ikut jadual exam final dah pun bermula hari rabu hari tu, tapi untuk aku yang separuh masa ni mula sabtu ni, kira hari ni baru nak berstudy week

dengan lafaz bismillah, harap-harap akan ingat la apa yang patut diingat, . doakan daku dapat jawab ya sabtu ni, semester ni cuma ambil 3 paper ja. tapi biarpun 3 paper pun dah rasa kucar-kacir hidup... harap-harap tercapai la target nak naikkan lagi pointer untuk semester ni...mahu grad dengan result yang lebih cantik, insyaAllah

meja turun temurun ni dari semester 2 dok guna meja ni bila study...jugak tempat syauqi memanjat bila mak dia alpa
p/s: kursus bahasa melayu sudah tamat, ada kesilapan ejaan dak dalam post aku yang campur aduk bahasa ni? haha

Wednesday, June 27, 2012

hari ke2 berkursus

tajuk yang best, penceramah yang ceria... boleh disuggestkan untuk dihadiri oleh orang lain jugak

berkongsi antara kesalahan tatabahasa yang sering terjumpa dekat mana-mana
kedai makan= kedai makanan
tahun baru cina= tahun baharu cina
koay tiow= kuetiau
bihun= mihun
kolam memancing= kolam pancing
zon merokok= zon rokok
acara merentas desa= acara rentas desa
pusat membeli belah= pusat beli belah
ditegah meludah= ditegah ludah

info baru la kot untuk aku yang x penah tau... nasib la dah ambik spm, kalau x bungkus aku macam ni.. hehe

p/s:penceramah dari munsyi dewan bahasa

Tuesday, June 26, 2012

2 menu

satu untuk kanak-kanak satu lagi untuk makpak depa...

habiskan doh piza yang buat kemarin, mi pulak sebab kanak-kanak adalah kurang makan bila mengadap piza

kursus bahasa melayu

3 hari ni kursus...lepas ni terer la buat memo dengan surat-surat rasmi...memo pun lepas ni ayat-ayat metafora la

bila orang hantar berkursus macam ni macam lebih relaks sebab bukan kursus biasa-biasa dok masuk

Monday, June 25, 2012

pizza homemade

first trial ni....topping ikut sesedap rasa...base pun sesedap rasa jugak...hihi

hujan rahmat

lama ni tunggu hujan....selain dari jerebu tu tapi memang rasa macam dekat 2 minggu jugak area rumah aku ni hujan x turun, pokok pun macam makin kuning

si anak dara tu kemain lagi eksaited tengok hujan...brapa kali panggil baru nak pusing, masih lagi selsema anak dara ni..dah 2 hari hidung berair ja

abang atm

gigih snap gambar kereta kebal ni....ingat plak dulu-dulu kalau nampak kenderaan tentera lintas depan rumah mesti lari-lari pegi tengok macamkan x penah jumpa...haha

dah besar ni abang yang sulung masuk tudm, bila melawat dia kat kem mesti jumpa macam-macam lagi yang berkaitan tentera, still teruja jugak...haha

ni setiap pagi dok nampak transport tentera still lagi teruja...bila nak hilang rasa teruja tu pun x tau la..hihi

Sunday, June 24, 2012

syauqi dan potty training...

boleh dikatakan adalah success kot... aku mula train dia balik dari hari jumaat minggu yang sudah, cuti 3 hari...

hari mula ada la 3 kali adegan lap lantai sebab bocor...tu pun sebab berak x cakap..

hari ke2 plak ada la sekali kot kena basuh cadar, selimut, dengan sarung bantal, hat ni pasai tidoq petang... dah terbabas kat selimut.. nasib baik jugak jenis tdo waktu mana pun nak selimut... lega la x kena tillam, kalau dak satu pasal plak nak jemur tilam plak...huhu

hari ke 3 ada la 3 kali gak lap lantai... tapi si bapaknya ada, tukar syif la pulak.. hihi

hari-hari lain aku bangun awal kasik mandi siap-siap hantar rumah pengasuh dengan x pakai pampers, hari mula balik berpampers, hari ke2 x pakai dah cuma tdo siang pengasuh dia bg pakai, selepas-selepas tu sah x pakai-pakai dah...cuma tido malam ja bg pakai lagi

wiken hari tu gigih la makpak dia belikan underwear dekat dia...hihi makpak plak semangat lebih ni....hihi

kadang bila time nak pakaikan dia seluar boleh plak dia mintak nak pakai pampers, bila cakap syauqi dah besar x yah dah pakai pampers..boleh dia jawab satg kencing kat situ, sambol tunjuk dekat tempat dia dok main game...cakap pandai!!

teaser...

testing update blog dari mendalah ni....huhu jakun lg ni

wordless sunday: jadi la cashier yang jujur


kejadian hari jumaat malam hari tu...peringatan untuk diri sendiri di akan datang..kalau beli barang lebih dari rm200 cash tu make sure kira not tu selai-selai dan bagi selai-selai jugak dekat dia...huhu

Friday, June 22, 2012

iPad baru

Dah dapat refund kan...Harus gantikan dengan wish list yang lama dah x tertunai ni....haha say hi to the new ipad

Thursday, June 21, 2012

menu bulan posa

dah brapa lama berangan ni...majalah rasa yang keluaran edisi bulan posa pun dah kemain lagi study (study untuk exam pun dak lg!!) siap dok rangka-rangka lam otak nak buat menu untuk sebulan posa...haha kemain lagi kalau bab makan kan...

so far dah nampak brapa menu yang ada lam perancangan..harap-harap menjadi la aku masak tu..bukan menjadi seperti resepi atau tidak cuma risau kalau vitamin M datang...harapan tinggal harapan je la...resepi nanti maintain jadi resepi je la..haha tapi satu ja lagi kerisauan dalam hati..agak-agak tahun ni macam tahun lepas ke tidak...tahun lepas memang ke laut la..ofis aku memang bagi balik awal..pukul 4.30 dah boleh balik...tu orang lain la kot..aku sampai rumah pukul 7 dah besar rahmat...huhu sebabnya tahun lepas aku kena check bazar ramadhan..jangan marah aku ya peniaga-peniaga bazar ni...saya hanya menjalankan tugas...kalau x mau saya saman ambik la kad suntikan awal-awal ni...huhu

tahun ni belum ada keputusan lagi...kalau jadi lagi jawabnya masak aje la mana sempat..nak bersuka ria beli lauk kat bazar adalah x berani...huhu kang ada yang santau aku plak marah sebab saman depa..huhu

p/s: dilema jadi ik

Wednesday, June 20, 2012

lazada...bagi balik duitku!! part 2

rentetan dari entri aku pasal lazada tempoh hari...dan semalam selepas panggilan telefon dekat customer service dia yang entah kali keberapa..katanya dalam tempoh 2 hari akan dapat balik duit refund tu...sempat lagi tanya kenapa lambat sangat proses refund ni..dan katanya proses refund ni memang ambik masa sebab ramai nak refund..jawab aku adalah lain kali kalau dah lama jangan la cakap 8-10 hari, bagitau je 30 hari ka..x la rasa nak marah sangat kan kan

petangnya pulak dapat call dari lazada cakap dia adalah manager customer service tu la kot...dan katanya dalam tempoh 2 hari akan settlekan refund ni...dan kalau x dapat jugak boleh call marah-marah dia...okeh tunggu dan lihat

pagi ni kejap tadi rasa nak buka dan tengok cimbclicks tu...tengok-tengok angka dah berubah...lalala suka-suka rasa macam satu beban sudah hilang dari atas kepala...hihi harap-harap ini adalah kali terakhir aku berurusan dengan lazada ni kot..kalau korang nak beli barang dari dia aku x galakkan jugak x menegah..pendapat masing-masing..mungkin masa aku beli tu barang dah out of stock dan proses refund ambik masa lambat..kalau barang tu ada x lah jadi macam kes aku kot..lagipun tengok orang yang like lazada kat facebook nak cecah 10ribu dah..kira ok la kot company ni

kes adalah solved...tutup buku

p/s: mood suka hati


Tuesday, June 19, 2012

ketagihan

ni namanya ketagihan yang memudaratkan...huhu minggu lepas la ni..makan tengah hari dengan ofismate tengok dia order neslo ais...teringin nak ubah deria rasa kononnya..try la order sudahnya ketagihan..asal nak order air ja mesti neslo ais..bukan tak tau effect kat badan sendiri kalau terlebih kaffein nescafe ni dalam badan...huhu

hari ni order lagi..petang bajet x mau order dah sebab konon x mau terlebih kafein tapi ofismate seorang lagi order dan sudahnya paksa rela kena tolong habiskan air dia...biarpun suku ja aku minum tapi kepala sudah ding dong...huhu

esok mau order lagi tapi kena sukat jangan lebih dari segelas sehari...tapi esok mau posa..okeh postpone minggu depan
neslo yang membuat daku ketagihan...bila nak ilang ketagih tunggu dan lihat sajalah

Monday, June 18, 2012

lazada...bagi balik duitku!!

ni selepas memendam perasaan seberapa lama...email jugak sudah x dibalas oleh cutomer service dia..bila call janji nak call balik tapi sampai ke sudah x call...kalau aku kata penipu nak marah plak kan...nak plak sekarang ni memang makin gah iklan dia dimerata-merata..menambahkan lagi sakit hati didada...

tengok orang guna ipad dah macam trauma okeh!! ipad kemana duit kemana...aku beli 10 april okeh...cer kira dari 10 april ke hari ni dah brapa hari...pastu refund dari 30 may sebab asyik brarang out of stock baik la ambik duit balik...dia janji 8-10 hari bekerja...cer kira lagi dari 30 may ke hari ni dah brapa hari...agak-agak 10 hari derang tu brapa la

konon la kan gah sangat south east asia la dia punya kawasan liputan..habis tu x kan nak bayar balik duit aku yang rm1599 pun x mampu...kalau dah untung ribu riban brapa sangat la duit aku tu kan...aku cuma mintak duit aku balik ja..dah macam tahap pengemis dah aku rasa ni...silap-silap nak raya nanti belum tentu aku dapat duit aku tu apa??

p/s: mohon lebih kesabaran dalam berurusan untuk duit aku ni...huhu

Sunday, June 17, 2012

training mentidokan anak2 dan potty training

ni selepas beberapa hari rasanya dah makin regular masa untuk tido depa cumanya drama waktu sebelum tido masih lagi berlansung, biarpun waktu drama dah makin berkurangan tapi tetap ada drama...sorang nak chichin(read:kencing), ibi(read:tv) dan sorang lagi menangis dalam bahasa dia yang aku pun x leh nak translate dia nak apa...dan aku suspek lagi sorang tu nak peluk-peluk sambil bergayut dekat nenen dia macam selalu...

dan bila aku duduk tunggu kat situ sementara dua-dua lelapkan mata sebenarnya drama air mata tu akan berlansung kurang dari 5 minit atau lagi kurang sebenarnya...saja nak drama-drama jugak kan? kan? cuma rasa macam syaza akan ambik masa lagi lama dari syauqi kot sebab lepas 2,3 jam tido mesti terjaga dan nangis, kalau x layan datang tido atas aku ataupun tengah-tengah antara mak dengan pak dia...kata hat kecik skali kan, manja lebih la sikit

potty training plak rasa macam kagum la jugak dengan pencapaian 3 hari ni...boleh ka buat feeling lagu tu..bukan apa sebelum ni selang 15 minit mesti aku kena dok lap lantai...ni dalam 3 jam gak la, then dia habaq nak kencing ka apa...cuma berak memang masih fail..dah kantoi sikit baru bgtau...tapi kira ada improvement la jugak...sok pagi kena bangun awal la aku supaya sempat mandikan depa dan hantar syauqi ke rumah pengasuh diaperless...(wah berangan la kau pz nak bangun awal...huhu) biarpun hari first ada la 3 kali adegan lap lantai, hari second basuh cadar ngan selimut..hari ni tukar syif bapak dia lap lantai dengan kerusi...hihi tapi harap-harap sebelum besday dia yang 3 sempat la bagi dia x pakai pampers trus dah

p/s: 3 hari cuti dah rasa cam mahu sambung lagi cuti...huhu


Friday, June 15, 2012

3 hari cuti

biarpun semenjak 2 menjak ni aku rasa macam kelibat aku adalah sangat kurang dekat ofis...tapi bila dapat cuti umum tambah sehari ahad ni jadi 3 hari cuti tetapla rasa excited...haha boleh dak lagu tu...tapi since tengah-tengah bulan yang mana expenses bulan ni agak la banyak maka dah jadi miskin sebelum gaji dan simpan la semua harapan nak pegi kemana-mana...huhu cuti 3 hari pun kita duduk rumah je la ye

tapi bila fikir dari sudut yang positif..eceh ni ayat mengubat hati sendiri la ni...sebab dah brapa kali wiken aku x lekat dirumah...berjalan ja kan x pa la wiken ni 3 hari pun kita duduk rumah je la..kemas rumah, siapkan esemen, study, dann ajar syauqi potty training...hihi

hari ni macam ok la training dia, bab nak kencing boleh ja dia cakap tapi buang air besar 3 kali membuang 3 kali jugak terbabas...huhu redha je la lap lantai hari ni...bersih la lantai aku 2,3 hari ni...badan masih lagi suam-suam dengan kurang selera makan, banyak minum air ja, susu pun x brapa nak laku hari ni

petang tadi pengasuh dia buat surprise datang tengok syauqi...risau kot sebab kemarin aku ambik awal dah demam panas sangat...merengek pun banyak jugak...maka hari ni since dia x jadi balik kampung datang la tengok anak bujang tu...dulu pantang ibu datang mesti nak ikut balik tapi hari ni kemain lagi x mau ikut...

p/s: duit refund aku dari lazada yang kemain gah masih lagi x dapat..konon janji 8-10 hari...ni hari ke 11 dah..email pun x berjawab dah...kemain lagi gah nama company service adalah hampeh

Thursday, June 14, 2012

musim demam

mula dengan si syaza yang x dak pasai tiba-tiba badan panas dan demam...bagi ubat dalam turutan 3 kali trus lega demam tu...dan lepas tu anak si pengasuh plak si damia ambik turn selepas si syaza..dan esoknya lega jugak, dah damia sihat syauqi plak ambik turn tu...tapi rupanya si syauqi adalah tahap merengek lagi dasyat dari syaza...sebab syaza badan panas tu bila bagi ubat sekejap ja dah kebah, tapi syauqi peluh tu peluh tapi dok suam-suam macam tu jugak

besar la harapan aku supaya esok dah kebah demam dia...sebab biasa yang dok melasak dalam rumah ni adalah dia...bila dia dok x aktif dan merengek macam susah hati plak...huhu selain dari masa ni la adik ambik kesempatan buli balik...abang dok baring dia dengan sengajanya bawak mainan ka botol susu p ketuk kepala si abang..si abang sebab x larat menjerit dan menangis je la...adik plak gelak mengekeh suka hati

kalau esok dah sihat boleh la buat aktiviti tertangguh yang sampai la ni x berjaya lagi yakni potty training dia...sebab sampai ahad ni aku cuti dapat la 3 hari training...lama sangat tertangguh...jeles dekat ofismate aku yang anak dia sebaya syauqi jugak boleh tiba-tiba x mau sendiri pakai pampers dan bila nak kencing atau berak dia akan cakap...

p/s: kanak-kanak ni sentiasa ja ada benda yang akan buat kita kagum...

Wednesday, June 13, 2012

hari ke 3: tangisan yang meruntun jiwa?

semalam adalah hari ketiga training budak berdua tu tido sendiri...syauqi pun termasuk la kot sebab sebelum ni rupanya adalah salah cara yang aku buat...sebab biasa sebelum tido mesti bagi dia minum susu sampai tertido, kalau baru lepas ja minum susu mesti isi air dalam botol kasi hisap sampai tertido jugak

maka semalam adalah acara menangis mendayu-dayu aka merayu-rayu jugak mintak susu, x dapat susu tukar plak nak air dalam botol, nangis tahap air mata menjurai-jurai, then tukar lagi nak selimut, padahal boleh ja dia selimut badan dia sendiri, then dah selimut nak tepuk-tepuk suh dodoikan dia...ada la dalam sejam lebih gak nangis-nangis ni...huhu

encik hubby dok main game sambil dok tanya nak biar ka anak dok nangis tu...tu dia mula la x sampai hati dia tu kan...aku plak edisi mak tiri trus jawab laju-laju jawab biar ja...lepas sejam edisi menangis sampai adik dia pun terjaga sama masuk balik dalam bilik tengok dua-dua dah terbongkang...hihi moga malam akan datang lebih mudah

syaza dari malam semalam adalah mudah, bagi nenen seround dua dah kenyang bawak masuk bilik, bagi bantal peluk angry bird tu golek-golek dalam brapa minit dah terlena...mudah la plak anak dara tu..harap-harap malam seterusnya pun macam tu jugak, cuma masa edisi abang dia mendayu-dayu tu dia pun terjaga tapi x bangun pun dari tempat dia..cuma tengok ja abang dok menangis tu, badan jugak sudah x panas, harap-harap jangan la demam balik...susah hati mak dia nak keja..huhu demam x ada sign tiba-tiba badan panas then hari ni dah ilang macam tu saja

malam ni adalah malam ke 4 untuk sesi training tido ni...harap-harap dari sejam lebih tu berkurang atau lagi cepat proses dia...harap-harap la...huhu

p/s: korang ada tips lebih mudah ka nak mentidokan anak ni..aku takat cikgu dari youtube je la

Tuesday, June 12, 2012

manisnya senyumanmu

hari ni melayan kenit ni...bila badan dah x panas jadi galak la plak...tanya apa pun senyum...panjat kerusi senyum, berak pun senyum!! tanya la apa saja dibalas dengan senyum...bila senyum nampak plak 6 batang gigi...buat mak dia geram ja


model iklan ubat gigi sesuai dak ni...hihi

parenting study...

wah dah jadi mak-mak kan maka kena la study sikit nak besarkan anak ni..saya kan mak budak baru belajar...since semalam dok layan you tube pasal cara nak tidokan anak, nak wean offkan susu malam-malam...feeling mat saleh plak...haha

dan hari ni aku el kerana si kecit debab tu tiba-tiba demam...reason demam? aku pn x tau...tapi dah bagi mandi, makan ubat dan tido..harap-harap kebah la jap lagi...dan since dah el plus aku posa ganti hari ni...x yah susah-susah nak masak memasak...leh sambung study you tube lagi...haha

just sharing antara video yang aku tengok..yang aku rasa macam boleh eh buat lagu tu...agak kejam tapi dalam masa seminggu ikut kata nanny tu akan berkesan...janji rutin yang sama diwaktu sama setiap malam..perlu tegas dan waktu sama tunjukkan kasih sayang...





some info jugak dari cni

Monday, June 11, 2012

anak dara??

ok ni ceritera pasal trip to kelantan hari tu...sesi kursus tamat pada petang jumaat maka dalam pukul 5 lebih tu pakat decide nak pegi PCB...naik bas la tapi ada jugak x mau pegi dari 2 bas tolak-tolak tinggal sebiji bas...bos besar naik starex pegi jugak

dah sampai PCB ujan lebat jugak...x jalan jauh pun la...pegi 2,3 gerai pastu decide dan pegi pilih lauk-lauk..bab nak tanya-tanya aku tanyakan share makan yang celup-celup tepung tula...air kelapa kongsi 3 orang...agak berbaloi la makan...total air kelapa rm3.50 sebiji campur air gula, celup-celup tepung tu rm20...share 3 orang tu..malam dah x makan malam dah

dah makan kenyang-kenyang ada la mamat yang keja kat gerai tu macam nak mengorat..dah masuk level mak-mak orang ni bila orang ngorat pun macam blur kata ko...dah jalan separuh baru member aku tu kata..wei depa tu ngorat kita la...terus aku tengok ngko, ngko tengok aku..yang kata tu tengah bawak perut anak no 2 tapi perut x brapa nampak lagi, yang lagi sorang anak memang dah dua jugak macam aku...trus betul-betulkan tudung perasan lawa kejap...muahaha

p/s: opps encik hubby tumpang lalu yer...haha

ajar anak tido sendiri

umur berapa yang sesuai ya? so far syauqi sekarang ni aku letak tilam asing kat sebelah dan train dia tido situ...kalau balik kampung tu bentang toto kat sebelah tilam bagi dia landing situ..memang nak x nak kena asingkan jugak sebab dah sempit..tido plak dua-dua beradik adalah buas sangat...tengah malam kaki ke atas kepala ke bawah...ada jugak kena tendang dengan anak...sabar je la

awal-awal ajar ni syauqi kalau terjaga tengah malam mesti datang menyempit kat tilam kami..jadinya selalu jugak bapak dia yang tido tilam dia..dia plak konker tempat bapak dia...orang tido menegak dia plak tido melintang...huhu tapi 2,3 malam ni selalu plak terjaga nangis sedu-sedu sorang-sorang..bila tanya baru cakap nak susu padahal sebelum ni boleh ja kejutkan bapak dia mintak susu..tapi aku perasan jugak biarpun dia nangis sedu-sedu tu dia x lagi datang menyempit..sampai ke pagi dia stay dekat tilam dia..cuma kadang-kadang bapak dia join sekali kat tilam dia sebab dia mintak nak peluk ke apa

dan sejak semalam aku kata kat encik hubby kena train syaza plak tido sendiri...ambik lagi satu tilam letak sebelah aku plak..haha reason? aku x nak syaza jadi cam syauqi bila lambat ajar tido asing lagi susah nak tido sendiri...tu baru asing tilam..kalau asing bilik agak-agak ada yang datang nangis-nangis x? *jeles tengok anak dato' sheikh muzafar tu tido bilik asing dari mak pak dia

tengok si adik macam agak berdikari dari si abang..bukan nak dibanding-banding cuma berbeza kot anak lelaki dan perempuan ni..syaza bangun pagi-pagi tanpa disuruh dah usung botol-botol susu abang dia nak bawak pegi sinki...nak pegi rumah pengasuh dia yang panggil abang dia..si abang dok melangut tengok tivi lagi...ka sebab dia anak nombor dua...sebab biasa tengok anak nombor 2 lebih pandai bawak diri dari anak pertama yang sebenarnya lebih manja dari anak selepas dia

eh balik cerita asal..hehe harap-harap berjaya la jugak ajar syaza tido asing...biarpun malam-malam aku kena bangun jugak la pegi tilam dia tapi lama-lama biasa la kot...dan lagi cepat boleh train dua-dua tido bilik sendiri...setakat ni asingkan tilam dulu sebab kalau nak ajar bilik sendiri nak kena deko-deko dulu...yang tu ambik masa sikit...takat ni tilam sendiri-sendiri dulu

tunggu nak deco macam ni

koman-koman pun lagu ni pun x pa

ka lagu ni
atau lagu ni...wah berangan x ingat dah...haha nak ajar anak tido sendiri ka nak lawakan rumah ni??? haha

Sunday, June 10, 2012

alhamdulillah

dalam wondering yang macam-macam tu selamat jugak aku berpergian 3 hari 2 malam dan selamat sampai petang kelmarin..pegi dengan bas balik dengan kereta..sebab balik awal lagi cepat leh peluk anak-anak...hehe lagipun takut lambat sampai syaza menanti-nanti mama dia ni..hehe

dan nasib baik la boleh tumpang member aku tu...sebab bas sampai dalam pukul 10 lebih kurang lepas tu yang naik bas majoriti sambung cuti lagi hari ni...nasib jugak aku x cuti..maka hari ni tunggu ofis la kita yer...aku sampai ngam-ngam pukul 5 encik hubby ambik dekat ngan rumah member aku tu...sampai rumah pengasuh depa dalam dekat kul 6 balik rumah trus peluk si kecik aku tu..

sampaikan encik hubby tanya dekat syaza rindu aku ka rindu nenen dia..sebab kalau boleh x mau berpisah dah...aku bangun kejap dah menjerit suh baring dia nak menempek ja..haha

si syauqi x macam-macam karenah cuma excited jumpa balik dengan mak dia..peluk-peluk kejap pastu sambung aktiviti main game dia...kejap ja ciwi nak jumpa mak dia kot...dok dengan encik hubby pun masih lagi ok..dah makin besar anak bujang aku tu

moral travel kali ni:
1. kotak coleman tu x muat untuk travel 3 hari 2 malam, perlu yang upgrade saiz sikit lagi
2. ke tempat yang selalu aku pegi agak la boring tapi feel je la macam tourist kat situ..bila orang jual tu cakap klate aku jawab balik bahasa tu jugak...hehe ingat aku x faham ka?
3. len kali kena bgtau lagi awal nak cuti...sebab dari pagi asyik menguap ja ni
4. macam mana aku tinggalkan stok susu macam tu jugak berganti bilangan dia...alhamdulillah
5. aku memang x leh berjauhan dengan anak kot sebab 2-2 malam aku x terjaga pun nak pam susu...huhu jam tu nyanyi la sorang2 kul 5 lebih masa azan subuh baru aku jaga..bunyi azan lebih mudah buat aku terjaga

apa-apa pun rasa lebih confident nak kursus lama-lama...syaza dah makin berdikari bila jauh dari aku...hihi

p/s: tenkiu jugak dekat encik hubby yang kilatkan dapur sepanjang ketiadaan aku...nasib la dapat bini x rajin kemas2 ni...encik hubby plak memang rajin kemas rumah..sayang awak...hihi

Wednesday, June 6, 2012

wondering...

on:
1. esok sudah mau ke kota bharu 3 hari 2 malam di sana...penuh harapan moga kali ni syaza boleh duduk dengan pengasuh dia selama tempoh tu...penuh harapan jugak moga susu syaza adalah cukup selama aku berpergian...syaza jangan notty2 ok..jangan mintak ibu selak baju plak sebab nak nenen tau

2. esok dari jam 9-5 petang kawasan rumah aku adalah x dak karan..blackout sebab kerja-kerja tnb...petang ni nak kena beli stock ice cube byk2 nak letak atas susu dalam freezer dengan harapan sampai ke pukul 5 susu adalah menten terpelihara...biarpun potensi nak buka peti ais adalah kurang sebab aku x ada dirumah dan encik hubby bekerja tapi rasa risau tetap ada

3. syauqi sepanjang peninggalan akan duduk di rumah pengasuh siang hari, malam dengan super daddy dia..haha sebab dah besar sikit syauqi kurang sikit risau aku..cuma harap dia dapat tido on time macam selalu..dan jugak x notty dan banyak sepahkan rumah

4. brapa botol susu suppose aku bawak ek since 3hari2mlm ni...dah dua hari kira masih x ok...silap-silap sat lagi aku bawak liner ja bagi banyak...huhu

5. eh nak pegi 3 hari 2 malam ja kan dah macam nak pegi berbulan-bulan...huhu dah jadi mak-mak ni mesti berfikir akan anak sebelum berfikir pasal diri sendiri...huhu duduk sorang-sorang untuk masa bagi diri sendiri pun masih teringat akan anak..huhu encik hubby??? tu nombor brapa plak? abis diri sendiri??

Tuesday, June 5, 2012

dugaan sakit

selepas brapa lama x jatuh sakit kemarin satu hari aku cuma mampu tido, bangun sekejap untuk makan, mandi, pam susu dan sambung balik tido...tu pun kemain lagi berdenyut-denyut kepala..agaknya sebab hari sebelum tu tido x cukup, travel pegi kelas, balik kena tempuh traffic jem yang hebat dekat highway dari tapah ke alor star, makan lambat...balik sampai rumah dah sengal-sengal badan..bangun plak pukul 5 pagi berkemas nak balik sungai petani...hasilnya kemarin tido jela keja aku...encik hubby balik pukul 4.30 lebih ajak pegi klinik tapi dah malas nak keluar dari rumah...telan active fast 2 bijik trus berpeluh-peluh...kalau x rasa seram-sejuk ja satu badan...

hari ni ada lagi sisa-sisa sakit kot..mulut pun still rasa kebas, cakap pun ada ja salah...nak sebut sejuk jadi panas, nak taip lama jadi mala...hehe ni kalau entri ni ada salah ayat tu nasib la...hasil tuaian pun cam merudum jugak kemarin sebab x sihat kot..total cuma 9oz..huhu dah la tengah giat nak kumpul stok sebab wiken ni nak ke kota bharu 3 hari untuk berkursus...stok baru 10 ketul...kena at least 16 ketul jugak untuk 3 hari 2 malam ni..harap-harap syaza ok la duduk dengan pengasuh dia nanti

2-3 minggu ni mood berkerja jugak x berapa nak best bila ada persatuan ngo yang kacau kerja-kerja rutin ni..huhu moga diberi lebih kesabaran dalam menempuh hari-hari mendatang...dugaan yang moga member lebih mudah kerja dihari-hari mendatang...moga lebih memberi pengajaran dan pengalaman hendaknya...bos aku kata: glemer la dah masuk paper...ye la tu huhu

Friday, June 1, 2012

my kids

ustaz syauqi dan ustazah syaza...kih kih kih