Showing posts with label kampung aku. Show all posts
Showing posts with label kampung aku. Show all posts

Monday, August 15, 2011

scary

hari khamis malam hari tu dapat call dari mak kat kampung kata ada orang bunuh orang...yang membunuh tu aku x kenal sangat tapi yang mangsa bunuh tu memang kenal la sebab kawan arwah abah...kesian dekat arwah sebab kena bunuh oleh anak sendiri...cam scary je skang ni orang bunuh orang...huhu dah tu kat kampung aku plak tu...lagi la scary...dah la ada dah orang gila pompuan dok berkeliaran ni orang gila bunuh orang plak...

semalam pagi dapat call dari mak kata orang ni dah kena tangkap...alhamdulillah sebelum tu kampung aku tuh dah jadi macam kawasan darurat ja...kedai banyak tutup, orang x brani pegi menoreh getah...motosikal pun dah x lalu lalang depan rumah...ye lah orang bunuh orang kan, dah tu bawak lari parang yang guna untuk bunuh bapak dia tu plak...memang scary...dah la hutan dia lari tu boleh sambung ke rumah-rumah orang lain jugak...kampung kan mana la nak ada pagar-pagar ni sangat....


Suspek bunuh bapa ditahan

KUALA NERANG: Selepas lebih 48 jam menyembunyikan diri, suspek yang menetak bapa kandungnya hingga mati dengan parang ditahan ketika asyik menonton televisyen di rumah keluarganya di Kampung Pasir Puteh, Mukim Tualak, di sini, semalam.
Lelaki berambut panjang berusia 33 tahun itu pulang ke rumahnya kira-kira jam 1.45 pagi dipercayai akibat kelaparan, bagaimanapun tiada ahli keluarga ketika itu kerana berada di rumah saudara mereka.

Difahamkan, tindakan suspek membuka lampu rumah dan menonton televisyen disedari beberapa jiran dan adik iparnya, Mohd Nazrin Zainol, 32, yang membuat laporan polis. Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Ku Yaacob Ku Hamid, berkata ketika diserbu suspek tidak berbaju dan berseluar panjang tergamam dengan kehadiran anggota polis serta tidak sempat melarikan diri. “Ketika ditangkap, dia tidak bersenjata dan berehat sambil menonton televisyen di rumahnya. Ketika itu, dia terkejut mendapati anggota kami memasuki rumah berkenaan dan cuba melawan, namun gagal melepaskan diri. “Sebelum itu, kami mengepung rumah berkenaan bagi mengelak mangsa meloloskan diri. Apabila mendapati pintu rumah itu tidak berkunci salah seorang anggota menghendap mangsa dan menyerbunya pada masa sesuai,” katanya.
Ku Yaacob berkata, polis juga tidak menemui parang digunakan dalam kejadian dan ketika ditanya mengenai senjata itu, suspek hanya mengatakan dia tidak tahu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan suspek ditahan reman sehingga 20 Ogos depan bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 7 malam Khamis lalu, suspek menetak bapa kandungnya hingga mati selain mencederakan ibunya dengan parang selepas ditegur ketika keluarga berkenaan menunggu berbuka puasa.

Dalam kejadian itu, bapa suspek, Saman Siron, 65, ditetak di kepala, kedua-dua belah tangan serta putus kaki pada buku lali kanan manakala ibunya, Hasnah Abdul Majid, 51, cedera di belakang kepala.