Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Sunday, March 27, 2011

pabila anak demam...

syauqi selalu akan demam tiap kali kena cucuk dan aku kiranya bernasib baik sebab masa-masa lain dia agak payah demam melainkan dia sendiri pegi mengacau orang yang demam dan berjangkit...setakat umur dia setahun setengah ni cuma 2 kali dia demam sebab berjangkit, lain-lain demam tu sebab kena cucuk imunisasi...dan apa yang aku amalkan bila dia demam adalah:
1. mula-mula sekali mesti la ambik cuti kan untuk jaga anak...biarpun pengasuh dia blh diharap nak jaga dia bila dia x sihat tapi biarlah aku berkorban janji demam anak aku tu x melarat
2. bg makan ubat kalau ada...kalau masa tu time tu ubat dah expired nak ke klinik pun makan masa silalah ambik langkah alternatif lain...dah la budak sorang tu memang payah nak makan ubat...kena sorang pengang sorang lagi suapkan ubat
3. kalau time malam, biasa aku lap badan dia dalam 15-30 minit sekali...lap ni satu badan dan masa tu memang aku x bg pakai baju lansung...bunyi cam kejam je kasik anak pakai pampers semata...tapi suhu badan dia x la mencanak sangat naik, agak-agak cepat sangat badan dia panas balik aku sambung balik lap badan dia. even kadang tu 5 minit sekali.
4. kalau waktu siang aku mandikan dia lebih kerap...blh jadi 5 kali sehari...pun reason x mau bg panas badan dia naik mencanak jugak.
5. bila petang nak maghrib tu biasa aku mandikan dengan air asam jawa....slalu budak tu mesti nangis sebab geli...tapi memang berkesan untuk turunkan panas badan dia...cara dia, lepas dah jirus ckit badan dia lumurkan air asam tu satu badan pastu biar dalam seminit dua x pun 5 minit pastu baru bilas balik

dan aku rasa orang lain mesti lainkan cara amal derang...kalau nak share-share jugak boleh la share...mana tahu apa yang kita amal tu berkasan untuk anak orang lain jugak...tapi yang kat atas ni apa yang aku amalkan la...sebab bagi aku cara traditional itu lebih bagus dari bagi anak makan ubat demam....

Monday, December 13, 2010

beringat sebelum terlambat...

aku bukan la arif sangat bab2 perubatan ni baik dari segi moden ataupun tradisional...tapi dari pengalaman dan iktibar aku rasa x salah kalau petua yang orang bagi selagi x memudaratkan aku akan ikut yang mana buruk dan x sesuai tu aku tinggalkan...

dan dari segi berpantang selepas bersalin mana yang mak aku pesan memang aku amalkan...sebab aku percaya ada hikmahnya dia suruh aku buat macam tu dan macam ni...mungkin ada rasional dia jugak bila difikirkan balik...x kisahla orang lain kata eh lamanya pantang aku dulu macam ni mamcam ni...pun aku x ambik kisah jugak lain orang lain la cara dia kan...

dan bila masa member aku yang sorang ni mengandung anak dia yang sulung aku pun tumpang gembira sama...ye lah member nak dapat anak kan aku la excited lebih dari dia...hehe siap tolong crkan list barang2 bb semua memang terexcited lebih la kan...

tapi mungkin suratan ataupun kebetulan anak dia x umur panjang...cuma sempat 7 bulan je dalam perut dan meninggal sebelum sempat lahir...time tu aku tumpang sedih sama...macamkan anak aku yang mati tu...dan macam2 spekulasi yang keluar la kan...gosip ni memang bergerak lebih pantas dari internet jalur lebar adanya...hehe ada yang kata sebab dia jatuh banyak kali tapi x p check la, ada yang kata sebab dia angkat benda berat2 la sebab dia sempat p main bowling lagi masa peknen tu, ada yang kata sebab hb dia rendah la, ada yang kata macam2 lagi la...

tapi macam mana pun aku rasa mungkin Dia bg pinjam buat sementara...mungkin lepas ni dapat anak kembar ke...ganti balik yang meninggal tu, x siapa yang tahu kan...dan aku rasa pendapat dan petua orang tua2 x salah kita amalkan dan beringat sebelum terjadi apa2...kalau dah berlaku nak tarik balik masa tu memang dah x boleh..

Sunday, October 31, 2010

baby kuning...petua dan pengalaman

pregnancy kali ni macam risau ckit takut adik syauqi kena kuning macam abg dia...yelah masa syauqi hari tu dia kena kuning agak lama jugak 34 hari dan masa adik syauqi kalau boleh biarlah x lama macam tu atau kalau boleh x ada lansung...tapi kalau nak dikira ikut kata2 nurse tempoh hari dan dari pembacaan kalau dah ada anak yang kena kuning ni anak2 yang kemudian berisiko agak sama...risau lah jugak

kalau ikut dari segi pembacaan anak yang ada ciri-ciri ni boleh terkena demam kuning
1. ibu punya darah tak sama dengan anak (biasa pada ibu rhesus negatif atau darah o) = ni dua2 aku x ada tapi syauqi tetap jaundis jugak
2. G6PD dalam darah bayi - ni pun x ada jugak
3. bayi yang tidak cukup bulan = ni pun bukan

dan dari segi petua plak masa syauqi dulu antara yang aku amalkan
1. jemur baby masa pagi antara pukul 7-9 pagi = ni boleh dikatakan tiap2 pagi mak aku buat cuma pakaikan pampers dan duduk kat depan pintu masa matahari pagi ni tapi x berkesan jugak
2. susukan dengan susu ibu = memang syauqi menyusu susu ibu cuma hari pertama sampai hari ke3 ja dia kena minum susu formula tu pun sebab nurse kat hospital yang bg
3. beri bayi minum air masak supaya tahap biribulin turun dengan cepat = ni memang aku x amalkan sebab baby hanya patut minum susu mak dia je masa 6 bulan pertama
4. jika mak ambil jamu atau ubat masa pantang baik stop dulu sampai anak baik dari kuning = ubat memang aku start lambat sebab takut jugak effect bb tapi macam x ada beza pun
5. rebus bendi atau tonyoh bg keluar lendir bg bb minum - ni dah try x berkesan jugak
6.bg bb minum susu kambing - ni aku x try sebab org kata susu kambing panas lgpun susu mak dia kan banyak
7. bg bb minum air sengkuang cina - ni pun dah try jugak x berkesan
8. bg minum air anggur hitam dalam 2 titik - ni x sempat try sebab lepas tahu petua ni x lama tu pegi check dah baik dari kuning
9. bg bb mandi dengan daun inai - jugak x berkesan
10. bg bb mandi dengan nila - ni pun x berkesan jugak
11. air serbuk mutiara cina - ni pun x jadi jugak
12. mandian herba buah keranda cina - ni pun x berkesan jugak
13. mak dia makan nasi dengan lada hitam - ni buat kami panas badan adalah jugak x sesuai
14. letak daun keranda bawah bantal bb dengan bawah tempat tidur bayi -  agak berkesan tapi penat mencari dan ni
15. amalkan makan buah delima masa mengandung - ni br nak try kot2 berkesan
16. amalkan makan buah bendi masa mengandung - ni dah try x berkesan jugak
17. amalkan minum air kelapa muda - ni dah try jugak bb memang kulit bersih tapi kena kuning jugak

mungkin ada jugak petua lain yang boleh diamalkan tapi aku x listkan sebab yang aku listkan ni semua petua masa syauqi tempoh hari tapi selagi petua tu x salah dan tidak memudaratkan bolehlah diamalkan sebab dari segi pengalaman aku hari tu sampai naik kesian bila hampir tiap2 hari kena ulang pegi hospital ambik darah kat ujung kaki bb...dari bb x rasa sakit sampaikan trus menangis2 sakit...sayu je hati ni bila jadi macam tu...kalau boleh biarlah pengalaman kali kedua ni adalah bebas dari anak kuning ni...trauma tu huhu

update:masa syauqi mungkin x berapa tau lagi tapi masa syaza alhamdulillah cuma 7 hari tu pun sebab awal tu makan jamu maka kuning naik balik..kena ingat kuning ni adalah berpunca dari sel darah merah yang mati dan x boleh dikeluarkan dari badan baby...baby kena berak atau kencing at least 8 kali sehari baru kuning akan turun..petua paling mujarab yang aku buat adalah bagi baby menyusu 30 minit sekali..kena konsisten dengan kira waktu semua...kalau x memang x cukup..baby time tu minum x banyak...maka waktu kena lebih kerap..kalau mandi daun apa pun tapi baby x minum susu ibu dengan cukup memang x kan turun kuning tu..tiada yang lebih baik dari susu ibu tu sendiri