Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Wednesday, June 15, 2016

akok mudah

bulan puasa dan dan teringin macam-macam..nak makan kuih ni tapi sini x jumpa orang menjual maka buat la sendiri..alhamdulillah menjadi dengan jayanya cuma masa buat gula kurang maka tak berkedut la sangat..boleh guna acuan muffin saja untuk buat ataupun pembakar roti.pemanggang ajaib pun boleh..

resepi asal akok kedut..

BAHAN-BAHAN
Tepung gandum 1/2 cawan
Telur 5 biji- nak lembut letak extra telur
Santan pekat 1 cawan
Gula gerek @ Nisan kerek 1 keping kalau besar @ 2 keping saiz kecik
Air 1 cawan

CARA-CARA
1. Blendkan semua bahan dan tapis untuk elakkan berketul.
2. Acuan muffin di gris minyak atau marjerin.
3. Bakar 20-30 minit 180 darjah celcius.

Monday, June 13, 2016

tart telur portugis

jadi jugak buat tart ni kalau beli mahai sungguh...gigih p cari puff pastry jumpa jugak..mudah saja nak buat rupanya kalau ada puff pastry tu
BAHAN-BAHAN
Puff Pastry (brand kawanku)
5 Sudu besar susu pekat
1/2 Cawan susu segar
1 Sudu besar esen vanilla
4 Biji telur

CARA-CARA
1. Griskan acuan guna minyak masak atau marjerin
2. Puff pastry di lenyek dan dibahagikan kepada 4 bahagian.
3. Potong 4 puff pastry dan disetiap bucu dipotong sedikit. Bahagian dipotong dicantum secara menyilang untuk jadi mcm acuan boleh isi inti. Letakkan dalam acuan muffin.
4. Untuk inti atau filling pulak. Campurkan semua bahan-bahan pukul sampai kembang. masukkan dalam jug untuk senang isi ke dalam pastry tadi.
5. Bakar dalam oven dengan suhu 180° selama 25-30 minit. Siap ^_^

Sunday, June 12, 2016

kuih lapis

first trial buat kuih ni..nak tunggu siap lama la sikit tapi bahan-bahan mudah sahaja..menjadi dengan eloknya

BAHAN-BAHAN
1 Cawan tepung beras
1/2 Cawan tepung gandum
1/2 Cawan gula
1 Kotak santan KARA (1 1/2 cawan kalau santan segar)
1 1/2 Cawan air (sebab santan KARA agak pekat tu jd 1 1/2 cawan kalau tak satu cawan dah cukup)

CARA-CARA
1. Blender semua bahan bagi sebati. tapis dan bahagikan kepada dua bahagian. Bahagian putih letak garam secubit bagi naik lemak. Satu lagi letak pewarna sirap ros.
2. Kukus selapis demi selapis selama 5 minit dan lapisan akhir sekali kukus 10 minit.

TIPS:
1. Panaskan air bagi banyak supaya x payah terjenguk-jenguk air di bawah takut terkering masa sibuk mengkukus.
2. Lapisan paling atas akhirkan dengan warna merah..feel nostalgic gitu.
3. Lapik plastik pada bekas sebab kuih ni spesies melekat dekat acuan jugak ni

Monday, June 6, 2016

Acar Ikan Talang

First time buat resepi ni prepare nak puasa ni...boleh la dapat dalam dua botol kaca yang beli RM15 tahun lepas...boleh bagi dekat mak sikit ^_^
BAHAN-BAHAN
1. Ikan masin (200gm atau dalam RM6-7) -ikan talang/ikan kurau rendam sekejap untuk hilangkan rasa masin ikan
2. Lobak masin -100gm potong kecil-kecil
3. Bawang merah 8 biji
4. Bawang putih 5 ulas
5. Halia di hiris memanjang
6. Cili padi 20 biji
7. Kismis (raisin)
8. Cuka 1 1/2 cawan
9. Gula 1 1/2 cawan
10. Garam kalau perlu
11. 1 sudu besar serbuk kari daging di bancuh dengan air

BAHAN BLEND
2 Biji bawang besar
4 Ulas bawang putih
10 Biji cabai kering (kalau dah blend dalam 3 sudu besar)

CARA-CARA
1. Bawang merah dan bawang putih dibelah 2 atau 3. Rebuskan bawang merah, bawang putih dan halia dalam cuka tadi selama 3 minit cukup dan padamkan api. biarkan sekejap (jangan dicampur air dalam ni).
2. Gorengkan ikan tadi sampai garing angkat dan ketepikan.
3. Kurangkan sikit minyak tadi, tumiskan bahan yang dah diblend tadi sampai naik minyak. tambahkan serbuk kari dan tumis lagi sampai naik minyak.
4. Masukkan bahan direbus tadi sekali dengan cukanya sekali. Tambahkan gula.
5. Masukkan cili padi, kismis, lobak masin kacau sebentar dan masukkan ikan masin tadi. Kacau dengan api perlahan sampai pekat dan likat kuahnya.
6. Akhir sekali rasakan garam kalau perlu, manis gula dan masam cuka.

Saturday, June 4, 2016

Sambal Totok

Sambal totok tapi bukan jawa tapi makan jugak sampai ketagih...hihi rasa pedas-pedas cabai tu plus rasa rangup-rangup ikan bilis boleh menambah nasik 3-4 pinggan ^_^
BAHAN-BAHAN
Segenggam ikan bilis di bersihkan dan ditoskan airnya
5-6 Biji cili api @ cabai melaka
2 Biji cili besar @ cabai besar
Secubit belacan
Sebiji limau kasturi atau sahiris limau nipis
Sebiji bawang besar dihiris nipis
Sebiji bawang putih

CARA-CARA
1. Goreng ikan bilis sampai garing, angkat dan ketepikan.
2. Goreng bawang besar dan bawang putih sampai layu angkat dan ketepikan.
3. Goreng cili api dengan cili besar. (Hati-hati sebab meletup-letup).
4. Tumbuk bawang dulu sampai hancur lepas tu tambah lada tumbuk sampai hancur masukkan belacan bagi sebati.
5. Perahkan limau nipis atau limau kasturi dan gaulkan, Masukkan ikan bilis tumbuk kasar dan sekejap saja bagi rangup dia tak hilang.angkat dan boleh makan dengan nasik. ^_^

Friday, June 3, 2016

Ayam Goreng Berempah

Ayam goreng berempah yang serdaknya kriuk kriuk boleh dimakan sekali dengan ayam...hihi

BAHAN-BAHAN
-Ayam dalam 5,6 ketul atau sebelah ayam
-1 Sudu kecil serbuk ketumbar
-1 Sudu kecil serbuk jintan manis
-1 Sudu kecil serbuk jintan putih
-1 Sudu kecil serbuk cili
-1/4 Sudu kecil serbuk kunyit
-1 Sudu kecil garam halus
(mesinkan 1 labu bawang merah, 1 inci halia , 2,3 biji bawang putih, 1 inci lengkuas kalau ada ai tak letak sebab malas nak pegi korek lengkuas)


CARA-CARA:
1. Gaul semua bahan dengan ayam dan biarkan sekurang-kurang 30 minit atau sejam untuk rasa rempah tadi melekat pada ayam
2. Goreng dengan api sederhana.
3. Siap ^_^.