Showing posts with label kengkawan. Show all posts
Showing posts with label kengkawan. Show all posts

Friday, October 26, 2012

musibah...doakan kesihatannya


berita yang baru dapat petang kelmarin...dikala berapa hari lagi nak raya korban, sorang meninggal sorang lagi kritikal, semalam dipindahkan dari hospital langkawi ke hospital tldm dan dah pun dipindahkan ke hospital manjung..

apapun doakan abang haris selamat dan melepasi tahap kritikal dan sedar dengan baik

Mati kehabisan oksigen



ALOR SETAR: “Arwah sedang menyelam, tetapi masih tidak timbul untuk tempoh lama menyebabkan kami tidak sedap hati sebelum seorang rakan terjun ke dasar laut untuk melihat apa yang berlaku dan menemuinya dalam keadaan tidak sedarkan diri,” kata Azman Yusof, 39, rakan kepada juruteknik Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK), Rosli Mohamad Isa, 32, yang lemas ketika melakukan aktiviti menyelam di perairan Pulau Perak, kira-kira 60 batu nautika dari Langkawi, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi, mangsa bersama sembilan lagi rakan dikatakan pergi memancing di perairan berkenaan sejak Ahad lalu.

Bagaimanapun, mangsa dipercayai lemas selepas alat pernafasannya kehabisan oksigen dan tidak timbul ke permukaan dalam jangka masa lama sebelum ditemui kira-kira jam 11.45 pagi.
Azman berkata, arwah sedang menyelam bersama beberapa rakan lain di perairan berkenaan, namun tidak timbul selepas beberapa jam menyebabkan seorang daripada mereka menyelam semula untuk mencari mangsa.

“Seorang rakan kami, Haris Abdullah, 44, terus menyelam untuk mencari arwah kerana dia tidak timbul selepas beberapa jam menyebabkan kami risaukan keselamatannya.

“Apabila Haris menemui arwah didapati dia sudah meninggal dunia dipercayai alat pernafasan kehabisan oksigen manakala Haris dalam keadaan kritikal sebaik naik ke atas bot,” katanya yang ditemui di Jeti Kuala Kedah, semalam.
Abang mangsa, Yusof, 42, berkata arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan dan bersikap seperti biasa kerana meminati hobi memancing dan menyelam.

“Arwah meninggalkan seorang isteri dan dua anak. Kami pasrah dengan kejadian ini dan berdoa arwah ditempatkan dalam kalangan golongan beriman,” katanya.

Monday, December 13, 2010

beringat sebelum terlambat...

aku bukan la arif sangat bab2 perubatan ni baik dari segi moden ataupun tradisional...tapi dari pengalaman dan iktibar aku rasa x salah kalau petua yang orang bagi selagi x memudaratkan aku akan ikut yang mana buruk dan x sesuai tu aku tinggalkan...

dan dari segi berpantang selepas bersalin mana yang mak aku pesan memang aku amalkan...sebab aku percaya ada hikmahnya dia suruh aku buat macam tu dan macam ni...mungkin ada rasional dia jugak bila difikirkan balik...x kisahla orang lain kata eh lamanya pantang aku dulu macam ni mamcam ni...pun aku x ambik kisah jugak lain orang lain la cara dia kan...

dan bila masa member aku yang sorang ni mengandung anak dia yang sulung aku pun tumpang gembira sama...ye lah member nak dapat anak kan aku la excited lebih dari dia...hehe siap tolong crkan list barang2 bb semua memang terexcited lebih la kan...

tapi mungkin suratan ataupun kebetulan anak dia x umur panjang...cuma sempat 7 bulan je dalam perut dan meninggal sebelum sempat lahir...time tu aku tumpang sedih sama...macamkan anak aku yang mati tu...dan macam2 spekulasi yang keluar la kan...gosip ni memang bergerak lebih pantas dari internet jalur lebar adanya...hehe ada yang kata sebab dia jatuh banyak kali tapi x p check la, ada yang kata sebab dia angkat benda berat2 la sebab dia sempat p main bowling lagi masa peknen tu, ada yang kata sebab hb dia rendah la, ada yang kata macam2 lagi la...

tapi macam mana pun aku rasa mungkin Dia bg pinjam buat sementara...mungkin lepas ni dapat anak kembar ke...ganti balik yang meninggal tu, x siapa yang tahu kan...dan aku rasa pendapat dan petua orang tua2 x salah kita amalkan dan beringat sebelum terjadi apa2...kalau dah berlaku nak tarik balik masa tu memang dah x boleh..

Wednesday, May 26, 2010

yang menang jadi arang yang kalah jadi abu

skang ni macam jadi trend kan gaduh2 lam belog...si a kata si b, pastu c plak sokong trus komen2, post kata2 pastu wat report polis...owh memang scary harap2 dielakkan aku dari terjebak kancah macam ni...siyes aku memang x suka orang marah aku...even nak bergaduh ngan orang ni memang x best sebab ending dia sangat x best...aku penah merasa macam mana bergaduh dan ending dia biarpun dah bertegur sapa tapi dah x macam dulu...tegur tapi kesan efek bergaduh tu masih berbekas dalam ati...

tapi aku bukan bergaduh dalam belog ye bukan-bukan...aku gaduh kat real yang which is lagi scary...kalau sebelum tu memang ada yang gaduh2 biasa yang takat2 masam muka, aku pegi kanan pastu ko pegi kiri...pastu delete list nama dari friendster sebab zaman ni friendster kan glemer pastu kutuk2 belakang, ish minah tu bla bla bla masa ni memang minah tu la yang paling keji konon diri sendiri sangat suci murni gila keji pastu dah lama 2,3 bulan tegur balik trus baik kamceng macam x penah ada apa2 gila keji perangai macam tu...miahaha tapi tu la kot cara kami untuk elak dari berperang mulut kot

tapi bila jadi satu ketika kutuk2 belakang dah terlampau banyak pastu perasaan menyampah dah x terbendung trus bersua muka...biasa la bila bersua muka si batu api mesti nak defend diri kan trus la jd x tentu arah si batu api tu kan...dan yang jadi mangsa keadaan adalah kedua-dua pihak...team a x memang team b pun tidak...dua2 dapat rugi dua2 hilang kawan...even sampai sekarang suasana adalah hambar...kejadian bergaduh tu dah hampir 5 tahun kot berlalu tapi kesan dia sampai sekarang hubungan masih lagi hambar...rugi kan?

owh aku masa tu dalam salah satu team lah...yang jadi loser tu...dan sampai sekarang aku masih x berbaik dengan loser team lagi satu...bukan x berbaik maksud x bertegur sapa cuma x berbaik dalam erti kata kawan yang macam dulu...mungkin kata orang tua-tua 'kerana setitik nila rosak susu sebelanga' dan kerna satu peristiwa habis hilang semua memori indah yang satu belanga itu...

dan ku rasa biarlah berharmoni dalam berbelog kerna setiap individu itu Allah jadikan berlainan sifatnya, berlainan perasaannya, setiap orang ada pendapat masing2, even kalau si ina kata 'bunga taik ayam itu busuk', tapi si ani mungkin kata 'bunga taik ayam tu wangi'...dan mungkin si ina kata 'mamat tu hensem gila' taste dia la kot kan tapi mungkin si ani kata 'owh mamat tu huduh gila, hitam plak tu apa la yang si ina tu minat sangat...'

pendirian aku? aku x nak terlibat dalam mana2 pergaduhan biarlah mereka, aku bukan di tempat mereka x nak mau ambil tahu...kita x berada ditempat mereka dan merasa apa yang mereka rasa dan dengan itu aku ambil sikap tidak ambil peduli dan x nak tau...boleh x macam tu...hehe

footnote: dalam mood muhasabah diri

Friday, May 14, 2010

in memories...



pic credited to facebook
 

my bestfriend may you rest in peace n ditempatkan di kalangan orang yang solehah...sungguh kita x punya masa untuk selalu bertemu dan aku kan merinduimu selamanya...maafkan aku yang tak mampu membendung air mata tatkala mengingati pemergianmu sungguh aku x mampu...

bagai terkenang-kenang lagi waktu kita bersekolah bersama-sama, tatkala kita bergelak ketawa, menangis bersama, tatkala aku khabarkan tentang majlis pernikahan aku dan juga kehadiran si kecil itu kau lah orang yang paling gembira...sungguh aku telah kehilangan...ku rasa seperti separuh dari kehidupan aku dan kenangan2 itu pergi meninggalkan aku kerna kau dah berada di sana...aku x punya ramai teman dan bila kau pergi aku rasa kosong...moga kau aman di sana...sama seperti semalam bila kurenung wajahmu yang aman seperti orang yang tidur...sungguh tenang sekali

to NURUL AIN BINTI YAHAYA semoga anda ditempatkan dikalangan orang yang soleh dan solehah al-fatihah



IN MEMORIES 1985-2010

Thursday, September 3, 2009

hepi besday to cik puan eika


hari ni 3 september dok fikir2 besday sape...dah tengah hari br ingat...huhu sori le wat tuan punye badan hehe anyway hepi besday dah menginjak umo ke 24 akhirnya(welcome to the club) hehe
footnote: gmbr tu ambik masa lepas akad nikah cik puan eika ni...time tgh cntik..adakah sekarang x cntik?? haha

Tuesday, December 23, 2008

congrat's eika

agak lmbt wish for eika but x pe lah congrat eika for your wedding...ni antara pic yang ai snap but sorry lah x de gmbr masa hari kenduri coz smpi masa pengantin lelaki sampai tgk derang makan beradab sambil membilang biji nasi...hehe lama tu makan then ai rasa malas nak snap gmbr dah..


ok ni gmbr bilik tdo die...jgn tgk lebey2 nnt perasan ada ckit kesamaan with my wedding pulak...hehe hanya org yang betul2 meneliti akan perasan kot tp x pe tema kaler wedding die lain...x perasan kot


ni gmbr masa hari akad nikah smpi kat rumah dia dah petangso pengantin lelaki dah balik dah...tp x pe la the reason ai p sebab nak ambik gmbr kat bilik tdo dia so x yah pengantin lelaki pun x pe...hehe





ni deco masa hari akad nikah...nampak classic..sebab bilik dia dinding kayu...kaler coklat pulak deco...cantik.. :)

macam manapun tahniah la dah jadi wife org...hehe