Showing posts with label home. Show all posts
Showing posts with label home. Show all posts

Wednesday, June 5, 2013

dasar..

lepas brapa lama menunggu ni untuk dapat hasil bunga matahari yang cun melecun ni...lama kot, ni pun baru gaya nak kembang tapi tuan dia dah tak sabar terus snap kasi upload dalam alam maya...haha padahal baru gaya nak tunjuk kembang dia...dah la penuh semut keliling bunga tu dengan haiwan apa ntah warna putih kecik tu...esok nak spray ridsect la..agak-agak mati tak benda putih tu?

encik hubby bleh plak buat lawak
hubby: pastu dah kutip matahari blum?
me: blum lagi la
hubby: y x kutip?
me: ye lah sok kutip, pastu boleh tanam pokok kacang plak pastu upgrade, pastu tanam pokok api depan pokok kacang..

dasar laki bini gila main game...haha semangat plant vs zombies tak habis-habis lagi

Sunday, November 4, 2012

testing bawak kekanak main boling

hari ni sebenarnya cuti plan nak carikan tadika untuk syauqi sebab tahun depan dah nak masuk 4 tahun maka plan nak biasakan dia dengan alam sekolah plak, jumpa gak tadika best-best tapi since tahun mula tambah tolak darab bahagi semua maka decide try pasti depan rumah dulu, lagipun ada muka-muka dia kenal kan dekat pasti tu nanti, van plak boleh hantar terus sampai rumah pengasuh lepas sekolah

bangun pagi pun kemain awal sebab selain dari cari sekolah jugak kena bawak both kekanak pegi klinik, sorang timbang dengan makan ubat cacing, sorang lagi kena timbang dengan cucuk setengah tahun

kami main boling dekat central square ja, nak try lane baru dekat rumah di sejati tu macam belum buka, terlebih awal kot, park kereta dekat central square pun depan lif, jadi pelanggan first pulak tu..haha ambik dua game tu pun lelah melayan kekanak, sikit lagi syaza dengan mak dia nak jadi bola boling sebab syaza nak pegi try ambik pin boling

total score memang hampeh...haha sila maklum banyak kemudahan longkang yang memang digunakan sepenuhnya, start main pukul 10.30 kot sampai pukul 12 macam tu, best gak pegi awal sebab bawak kenit 2 orang maka lebih space lebih selesa

next time kalau nak pegi lagi kena p awal macam ni jugak dan lebih selesa melayan kanak-kanak, balik rumah syaza trus terlena sebab pagi belum tido, syauqi plak x lena-lena sampai last-last dah lunch, mandi dan makpak tido sama

hari kemas mengemas

since dah siap kabinet tengah tu maka plan kemas sikit bilik belakang, dan hari ni adalah hari paling x dak plan untuk kemana-mana kot sempat la kemas bilik belakang tu nampak la macam "eh! ada ruang lagi rupanya boleh sumbat-sumbat lagi...haha rumah x dak stor kan, nasib la bilik ketiga jadi stor sementara anak-anak masih lagi berhimpit dengan makpak, sebelum ni punya la main campak-campak barang dalam tu sampai nak jejak kaki pun x lepas

kejap je kot kemas pun sebab bangun dah lambat, masak-masak dulu, makan kenyang-kenyang, bagi si kecik tido baru mula kemas, siap kemas dah pukul 2 lebih, bagi kanak-kanak mandi lagi, siap-siap pegi makan dan balik membuta..haha cam apa ja jadual hari cuti, x pa besok kalau jadi plan kita buat aktiviti berfaedah sikit..plan ukur mall ke apa plak

skang ni manjang ja hujan kan..dari sudut positifnya ok la tido malam sejuk ja x yah pakai ekon, jimat karan aku bulan ni tapi sudut negatifnya kat rumah ni malam-malam banyak sangat nyamuk longkang tu..yang bila nak tengah malam masa orang nak tido banyak je, maybe sebab air longkang asyik penuh kot senang dia membiak, masa lain longkang x dak air, tapi benci la aku dengan nyamuk tu, gatal oh kalau kena gigit
ni kalau hantar balik dekat whoopee agak-agak dia bagi pampers free dak? banyak peket gak ni dok support bisnes dia
selepas di susun-susun boleh kasik lagi kemas kot, ada lagi benda boleh dibuang atau bagi kat orang

Wednesday, October 17, 2012

deco ruang menonton

separuh jalan siap...hari jumaat ni pasang kabinet gantung, kabinet untuk dry kitchen x termasuk top dia, tu pun skang ni asyik golek-golek situ anak beranak biarpun tivi tu belum connect astro sebab wayar x sampai

penuh harapan nak tengok hasil akhir yang memuaskan hati ni :)

Monday, October 1, 2012

home deco

projek mencantikkan rumah tapi baru mula sikit-sikit sebab kekangan masa...huhu weekend pun belum tentu melekat dekat rumah sebab ada kelas lagi, x pa menuntut ilmu satu ibadah kan kan

ni semalam punya agenda la, cat ruang tengah tu sebab in future plan nak buat ruang menonton dekat situ, letak kabinet tv, hat tu x dan survey lagi sebab x sempat, minggu depan baru boleh kot

beli cat 5liter tapi guna x sampai suku tin pun..haha kena tipu ngan tokei kedai hardware tu suh beli 5 liter padahal ruang nak cat cuma 7x10 ja...bajet cat lebih tu boleh kot cat ruang dalam bilik tido plak supaya tidak membazir
*baru tau cat sendiri adalah lebih seronok*

Friday, September 28, 2012

pagi jumaat

salam pagi jumaat...hee yang kerja tu kerja elok-elok ya, hari ni plan nak mengemas rumah, petang karang nak balik kampung

jap lg bagi kanak-kanak mandi kolam, sempat la mop lantai kot, harapan ja ni moga-moga berjaya...haha

bekpes ni ja hari ni

Friday, July 6, 2012

aktiviti hari ni

feeling macam supermak hari ni, nak pegi pasar dengan ganti lampu kereta plus isi minyak dengan kanak-kanak, bila en hubby tanya boleh ka? konfiden ni jawab boleh...haha kita tunggu dan lihat berjaya ke tidak

gambar pokok dengan pewangi tu hasil window shopping lepas habis exam hari tu...bajet nak beli pokok letak dalam bilik air ja tapi time membayar sampai rm60 lebih...haha kan dah takut nak claim balik

harap-harap umur panjang la pokok ni duduk dalam bilik air tu..bilik air tengah x boleh nak letak..satg umur x sampai sehari pun kanak-kanak jagakan

Monday, June 25, 2012

hujan rahmat

lama ni tunggu hujan....selain dari jerebu tu tapi memang rasa macam dekat 2 minggu jugak area rumah aku ni hujan x turun, pokok pun macam makin kuning

si anak dara tu kemain lagi eksaited tengok hujan...brapa kali panggil baru nak pusing, masih lagi selsema anak dara ni..dah 2 hari hidung berair ja

Sunday, February 26, 2012

cerita hari jumaat: ribut-ribut dekat rumah

hari jumaat macam biasa la hari cuti, duduk rumah, kemas rumah, budak-budak tu plak sepahkan rumah...masuk petang sikit bawak budak-budak paksa tdo dalam bilik..masa tu dah pukul 2 lebih x silap aku, masuk pukul 3 petang dah terjaga dengar guruh kuat x jadi nak kuar bilik sebab anak teruna aku tu takut bunyi guruh...dok tepuk-tepuk dia bagi x terkejut...masa ni sliding door kat ruang tamu x bertutup..si anak dara plak tdo sambil nenen kat mulut..lagi la mak dia malas nak bangun kan..

x lama tu guruh masih lagi kuat dan hujan dah mula turun tapi hujan tu macam lebat sangat selain dari angin yang kuat...aku dah naik takut dah masa ni...dan jangkaan aku tepat..haha syauqi dalam mamai-mamai tu jerit tiba-tiba lepas bunyi guruh sekali tu yang kuat sangat...peluk aku dari belakang..si syaza plak pusing kiri kanan tdo sambil meniarap sambil aku peluk kot depan...tunggu la sampai hujan reda dengan guruh dah x kuat baru boleh bangun

masa ni bunyi angin adalah kuat rasa macam bunyi angin berpusing...takut ohh time ni..pastu dengar benda terbalik..aku suspek penyidai aku la mungkin dah masuk longkang lagi..padahal dah sendal batu dah tu...huhu

dah lama sikit maybe 15 minit lepas tu kot, macam dah reda sikit nak langkah keluar bilik nampak air dah bergenang depan pintu bilik, banjir okeh ruang tamu aku sebab sliding door x tutup..huhu sibuk dok mop lantai la kejap sebelum budak berdua tu bangun...jenguk kat luar memang sah la penyidai aku, bukan masuk longkang tapi lepas kat tanah selepas longkang...dekat pagar dah..pokok pisang rumah jiran dah sembah bumi, sian dia dah la pisang tu baru kuar buah...jiran selang sebelah tepi plak cakap bumbung dapur dia dah terangkat atap genting tu..basah dapur dia..baru masa tu cam terfikir ohh memang ribut tadi rupanya

tengok ruang tamu aku dekat siling macam basah sikit, tanya member ofis ada kenal tukang mana-mana x nak naik tengok bumbung...pengasuh budak-budak ni tanya rumah macam mana, dia cakap bumbung surau dah teruk...dan encik hubby plak balik keje cakap banyak jugak pokok tumbang sepanjang jalan...wah scary..nasib la kat rumah aku tu cuma sikit ja kat sepanjang jalan memang teruk..pokok besar pun boleh terangkat dengan akar-akar sekali...huhu

aku x ada la ambik gambar kejadian tapi boleh tengok sumber di sini, sini, sini dan jugak sini...bersyukur rumah aku x seteruk depa-depa ni...kedai-kedai makan tepi jalan pun ada yang hancur terus

Friday, December 2, 2011

mari menanam dengan penuh kasih sayang

sempena aku beli cabai rm0.50sen sebijik kan..trus insaf...nak tanam sendiri...kalau jadi ok la jimat duit beli cabai pasni...kalau jadi jugak tapi x makan boleh ja sedekah rumah jiran angan-angan x agak-agak
try semai dalam pasu kecik ni dulu..kalau jadi baru transfer pasu besar..ni mudah nak siram, letak pun tepi tingkap ja
kasi close up...baru kuarkan akar..

Thursday, August 11, 2011

kabinet dapur baru

dah seminggu siap baru dan nak update dekat blog...ye lah sibuk ngan aktiviti ntah apa-apa...skang ni plak bila malam memang x sempat...rutin lepas buka puasa dah nak mandikan syaza, tidokan dia, pastu sambung basuh pinggan, susun susu syaza untuk esok, update stok susu, siapkan susu syauqi, dan mata pun dah kuyu-kuyu trus nak rehat...sedang elok ja siap semua tu dan dekat kul sepuluh...kalau sempat sikit boleh la lipat baju ngan kemas rumah sikit-sikit

ohh kabinet ni betul-betul siap dan boleh pakai hari sabtu lepas...sebelum tu lain-lain tu semua dah siap cuma belum sambung gas ke cooker hod...ye lah dah banyak kali delay...tunggu la korang bila aku cuti baru boleh nak masuk dalam rumah...nasib la dapur ni wet kitchen dah asing dengan dry kitchen dan boleh kunci pintu sambungan tu...maksudnya bila derang datang buat keja tapi masa tu aku plak pegi keja boleh la kunci ja pintu tengah dan buka pintu belakang tinggal kasi derang masuk


ni adalah sebelum pasang kabinet...barang cam bersepah x ada tempat nak letak...nasib la dapat rezeki bawak kuar duit kwsp lepas dah sah jawatan...boleh la pasang kabinet dapur untuk susun barang dengan lebih cantik dan kemas...hihi
ni plak lepas dah siap..ohh peti ais ni memang yang asal cuma pindahkan dia letak kat dapur supaya lebih senang nak ambik barang bila nak masak...dan memang pun senang nak ambik barang dan simpan barang time masak memasak...habit dah kot bila masak mesti sambil mengemas dan basuh pinggan...senang nak jimatkan masa
ni plak belah tepi letak sinki yang dua tu...ok la ni sebelum angkut barang masuk sini...skang cam semak balik...hehe sebab rak untuk letak pinggan yang baru basuh belum beli lagi...oven tu pun dah rasmi hari tu buat ayam bakar...tapi guna oven kecik ke besar tetap lah sama ja rasa dia...cuma lebih cantik oven pasang kat dalam ni...sanggup pegi survey 6 kedai untuk cari oven dengan harga yang berkenan di hati...hihi

en hubby plak sebab dah beli oven baru tuh dan dan suh aku buat kuih raya sendiri...tengok la pada keadaan nanti...hari-hari bekerja ni memang flat la nak tambah masa malam-malam plak nak menguli tepung ni...kena tengok hari cuti plak

semalam dah pegi pasar ramadhan buat pertama kalinya untuk membeli juadah sebab teringin nak makan tepung pelita...tapi x pandai buat kena la beli...tapi bukan tepung pelita ja beli bila pegi ni macam-macam teringin lepas tu nasib la nasi lemak semalam buat sendiri

Thursday, June 23, 2011

tm homeline...

selepas berukband telco m menghampakan linenya...aku dengan redha dalam ati ambik tm homeline...pakej pun yang basic rm60 sebulan...janji boleh beronline kat rumah...oh yeahhh saya ada no tepon rumah...lalala blh gayut ngan mak guna no rumah je...tm ke tm kan free

Tuesday, March 22, 2011

confusing...

selepas 4 hari tinggalkan rumah semalam baru sempat tgk surat2 dalam mail box dan semalam dapat surat pasal statement bank islam brapa dah bayar brapa lagi balance...statement personal loan macam normal ja tapi statement loan rumah macam sedikit pelik...err ada sapa2 yang buat loan rumah dengan bank islam jugakkah?? normalkah ada rebate untuk bayaran tiap2 bulan sebabnya statement tu dari bulan 6 smpi bulan 12 dan tiap2 bulan ada rebate...baik hati sangatkah bank islam nak bagi rebate tiap2 bulan tu...contoh kata aku bayar rm600.00 sebulan dan lepas tu rebate dia pun lebih kurang rm600.00 tu jugak...total rebate untuk 6 bulan lebih kurang dekat rm5000.00 jugak...byk tu dan makcik sudah konfius...

encik hubby cakap tunggu dia blk nanti sambung belek lg statement tu...aku iyakan saja

Tuesday, June 22, 2010

lampu hunting

hari ahad hari tu me ngan encik hubby pegi melawat kedai lampu2 comel untuk letak kat home sweet home kami....well bajet ciput ja maka lampu pun saiz ciput2 ja...janji rumah itu berlampu sudah...

memang rumah tu dah lama kami duduk dan skrang ni dah ada lampu basic2 cuma skang ni ada rezeki lebih maka upgrade ckit bagi lebih cantik dan kipas pun yang lebih sejuk...kipas sekarang?? emm kadang2 ku rasa macam mau lempaq dalam lombong pun ada sebab nak pusing macam nak x nak ja...ok enuff kutuk kipas tu

masa ni dah rambang mata melihat lampu yang chomel2 :)


lampu ni dia bg diskaun maka aku yang memang mudah terpengaruh ni trus setuju...sob2 trus ilang bajet untuk ventilation fan dekat dapur


besar kan mentol ni...tapi jangan tertipu aku x beli pun muehehe
hasil belian...hari khamis ni baru orang letrik ehh tenhnician ehh wiring man...ape2 je lah nama yang sesuai die kan datang pasang kat rumah...nanti gmbr sebelum dan selepas makcik tempek lagi yerr

Monday, June 21, 2010

peti ais baru... :)

seperti kan tajuk diatas...makcik keciwi dpt peti ais br...horeyyy thank encik somi i love you forever gila materialistik...ehhh tak kalau x dapat peti ais ni pun i still love him forever errr kalau bukan 2 pintu buka atas bawah, 2 pintu buka kot tengah pun ai x kesahhh

ni yang lama...byk jasa ni...tempat ku simpan susu syauqi, tempat simpan lauk2, tempat simpan sos, kicap, tempat aku simpan puding2 kasik sejuk2 nak makan sedap alah zaman gila masak dulu2...skang ni??? even gula pun aku simpan lam peti ais...haha

ni plak barang baru idaman kalbu aku 2...dapat gak aku peti ais 2 pintu...bak kata encik hubby kat my mom "dia nak buka kilang susu, kena la yang 2 pintu...ehh ni nasib 2 pintu kalau aku merayu2 deep freezer kang,...hehe
proses memunggah bawak masuk lam rumah...ehh tertangkap gmbr montot pekerja tu plak...halal je la ni je gmbr yang teringat nak snap

ruang dalam peti ais...even sampai hari ni x penuh pun...haha x pa2 nanti nak beli barang kasi penuh peti ais...lalala
owh jgn tanya benda apa ni...yang penting jangan ada frost lagi udahlah...tu yang penting

sekian makcik yang keciwi ini melaporkan :) :) :)

Tuesday, May 4, 2010

cuti exam


hari ni makcik akan bercuti dan berada di sini sebab tgk kipas besar shopping di jj exam...wish me luck la yer...paper last tu pastu bley la berjimba jimba...sila col kalau nak ajak sebab makcik free lepas ni selama 3 bulan...kalau col bulan 8 memang makcik pelangkung sebab time tu dah sem baru balek dah...muehehe

tp adakah orang yang nak haku yang beranak kecik ni berjimba jimba??? owh memang tanda soal disitu

tp kalau tba2 dah ada kat cni tu kira halal la yer...dah dapat cuti satu hari kan..harus diguna sebaik mungkin kan kan

Wednesday, April 7, 2010

grill baru

ni hari sabtu lepas tp nak tempek gak...dengan niat nak bagitau yang umah ku ada grill sudah...selepas 6 bulan duduk umah x de grill ni br pasang untuk satu rumah...lambat? ye la tgk keadaan kewangan kan...ni br ada rezeki lebih br blh pasang...kalau x duduk je la x de grill...pasang pun petak2 jer janji bergrill kan? kan?

bak kata encik somi raya ni blh la raya ngan grill baru... motip?? ni mest kes keciwi ni mesti...hehe
nak masuk gate pun mest bunyi 'ish rumah sapa tu lawanya ada grill' muehehe memang keciwi la....

Friday, March 5, 2010

rosak sudah

mood petang semalam adalah sgt superb...aku balik awal ambik syauqi, my hubby pun blk awal siap2 trus pegi rumah abg aku siram pokok kat umah dia *dia p subang 2 bulan so aku kena la siram pokok2 sayur segala kat umah dia tu*
sambil gerak pegi umah abang aku sempat la dok borak2 ngan my hubby pasal yang dia x bawa aku lagi pegi melawat anak kawan dia yang bersalin 2 bulan awal dari aku...ye lah dari aku peknen sampai syauqi dah blh menerap...kan lama tu then laki aku pun kata la x pe lah pas siap siram pokok kita p melawat kat umah dia...trus my hubby ajak g beli adiah untuk anak dia *merasa la kejap aku beli barang untuk bb girl*
then p siram pokok, melawat member dia kitorang pun blk la umah kan *ni baru cite utama ye tuan2 dan puan2**gigih tu* balik je umah memang niat nak bg dak kecit tu tdo trus, smbil dukung dia ngan tgn sebelah lg nak buka pintu blk... skali kau aku mcm dah pelik nape la mcm susah sgt nak buka, rupanya terkunci dari dalam...uhhh memang berpeluh aku time tu *kes x bawak kunci bilik p berjalan*
puas dicuba cara baik tp x berjaya hasil selepas ditendang2...jd la mcm ni....

see see dah pecah....
dan lg...

hmmm pasni memang harus tukar pintu br...pintu blh lg la tutup tp nmpk la pecah tu

Tuesday, February 9, 2010

kaktus ku...

remember post ku dulu pasal pokok kaktus aku yang tunggang langgang anak jiran kejekan....blk keja smlm tgk dia dah berbunga....sgt comel..pink plak tu ai love pink hihi


dari 6 pokok yang aku beli ni ja survive...syabas betty...tp x pa nnt ada rezeki p cameron aku borong lagi pokok kaktus...lalala

Friday, January 29, 2010

bilikku sudah ada aircond....lalalala

tgk la apa org tu tgh buat...jeng jeng...hehe pasni tdo mlm ku kena guna conforter dan sudah tidak payah lg syauqimakpak die naik kete malam sebelum tdo...bukan ape kes tahan panas...
kasik tayang ckit

tayang skali lg...hehe
ok sudah sudah la tayang makcik nak p layan si kecik tu meniarap jap...dah bising2 org x layan dia...hehe