Showing posts with label keta. Show all posts
Showing posts with label keta. Show all posts

Wednesday, October 24, 2012

arm kereta

mula-mula dengar macam eh kereta pon ada arm kah? jangan tak tau, mahal tu nak menukar..ada sebut axle ada sebut arm

mula dengan tayar belakang asyik haus sebelah dalam, kejap-kejap kena dok tukar, buat alignment dengan balancing pun x ok masalah masih lagi ulang selang 3,4 bulan.. perit kot nak bayar sekali tukar tayar tu

pastu insiden tayar pecah dekat highway tu, masa tu kata arm tu bengkok, boleh ketuk katanya bawak g repair tapi standard kot jalan kat malaysia ni ada ka yang cun tanpa lubang-lubang ni *cer habaq mai* jadi balik la makan tayar sebelah dalam tu

p kedai baru tau kalau myvi tayar depan saja boleh alignment atau balancing, kalau tayar belakang arm dia adalah fixed x boleh adjust kalau rosak tukar baru kena seketul terus, perodua nak charge RM1800 untuk total kos dan upah..huhu cam nak tercekik tulang ja dengar

tanya kengkawan seofis yang bahagian mekanikal dia cari sparepart dengan kedai charge dalam RM730 untuk tukar, jimat banyak kot di situ, hantar pagi tengah hari dah siap, petangnya hantar pegi tukar tayar dengan balancing dan alignment habis dalam RM320 jugak la

baru bulan ni seronok dah hbs bayar cik myvi tu, skali lebih lagi duit kena keluar, x pa la sebab dok guna hari-hari kan, harap-harap tahan lama la x rosak lagi kali ni
rupa arm tu lepas dah buang...nampak macam x bengkok tapi tengok betul-betul memang bengkok

Thursday, October 18, 2012

cerita bateri

malam kemarin di kala gigih mengepam sebab susah hati stok dah kais-kais ayam pastu nak pegi kelas plak esok lusa *dah langgar dinding baru kalut kan* perasan bateri freestyle aku tu dah kelip-kelip mintak charge...ok pegi charge dan masuk tido, kebiasaan bila bangun tido dah full charge boleh guna time seterusnya...

bangun pagi tengok tulis BAtt yang maksud dia dok charge lagi, hati mula la gundah ni, tanya en laki dia tutup plug ke apa semalam, dia kata x usik pun...ok jangan tuduh sebarangan, bawak pegi ofis sambung charge dekat ofis plak

pukul 9 lebih dah masa biasa nak buka production ambik encik pump still dok lambang BAtt lagi, ish musykil sudah ni, x pa pump dulu, pastu keluar kejap naik balik pukul 1 still sama dok lambang tu jugak *malas nak taip BAtt sebab kena tekan shift* hati makin gundah, plus meja selerak tambah lagi double gundah...haha esemen tak siap berdouble gundah

cari no talian hayat yang ada, cik puan dayah kata bateri kong tu, lagi gundah la hati, cari no lactaequip dan call *ha kau, belum apa2 dah gelabah, padahal encik google kata charge dulu 24 jam undisturb tengok ok ke tidak* dan sah-sah la lactaequip pun bagi jawapan yang sama...masa tu sapa-sapa tanya apa pun aku bagi jawapan x sama dengan kehendak soalan..ambik ipad tengok trymasak... *motif tengok resepi?

dah dekat pukul lima, tengok lambang BAtt dah hilang, tapi lambang bateri dok charge dah bertambah sikit...ok kurang dah gundah, bajet balik rumah nak sambung charge lagi...kemas barang nak balik

elok nak start kereta ada bunyi x best, try lagi, dan lagi...huhu bateri kereta kong..nasib kawan ada lagi dia try start 2 kali dah hidup...ok call en laki ajak pegi tukar bateri sebab kewangan dekat dia biarpun aku tau kedai, fulus x dak adalah tidak berguna *serius dah jadi camtu jangan matikan enjin, pegi ja kedai terus tukar, karang dok kena jumper-jumper plak*

hasilnya terbang duit rm170 petang tadi tukar bateri kereta, tapi baik bateri kereta dari bateri encik pump kot sebab encik pump bateri dia cecah 300++..huhu lagi mahal dari bateri kereta yang x sampai 200 tu, berjasa jugak bateri bosch tu 2 tahun 4 bulan untuk myvi aku tu
bukan bateri ni kena tukar
tapi hat ni...redha ja la dah pakai kereta ni kan

p/s: dah 3 kali kena dengan bateri kering ni...huhu memang tiba2 ja dia kong tanpa warning, ka aku yang x perasan?

Wednesday, July 25, 2012

tayar pecah

ni kejadian hari jumaat petang yang lepas tapi baru ada kekuatan nak bercerita...huhu ampun la gambar kemain lagi publish tapi cerita nan ado

aku masa tu on the way nak balik kuala nerang dari sungai petani, baru lepas RNR gurun dan dekat area bukit jenun tu ada bunyi kuat pastu macam keta goyang-goyang...masa tu terfikir apa jadi peluk syaza kuat-kuat

ambik masa dalam 5 minit jugak la untuk encik hubby keluar, kena tenangkan diri dulu..aku pun keluar jugak tengok nampak tayar belakang pecah, skirt ke bumper eh nama dia tu dah terkoyak plus cover lampu dah pecah jugak *hati pun rasa terkoyak masa tu...huhu

call abang aku kot-kot dia balik jugak tapi katanya tengah keja, call plus mintak bantuan, ada plan nak tukar sendiri tapi dua-dua laki bini x pandai...haha dok confuse nak putar kiri ka kanan

masuk balik lam keta x lama ada keta saga putih berenti belakang tanya apa masalah dengan keta, mintak jack apa semua nak tukar, dalam brapa saat ja dia longgarkan nat yang tadi kami dok confuse kiri ka kanan tu, elok dah longgar nat tu x sempat nak jack trus peronda plus sampai...orang tadi trus masuk keta dan blah

plus kata ada eksiden sebelum sampai alor star selatan dan depa nak p tengok sana dulu, dia buh kon belakang dan katanya try la tukar dulu kalau x berjaya gak japg dia datang balik

rasa nasib baik tadi keta putih tu kan dah longgarkan nat tu tinggal nak jack dengan tukar tayar ja... tu pun dok confuse gak kiri ke kanan...haha first experience ni encik hubby tukar sendiri, nasib jugak hari masih cerah, tukar tayar pastu gerak slow-slow, masa sampai dekat dengan alor star selatan nampak peronda plus ada lagi situ x sudah lagi, time nak angkat tayar yang pecah tu ke bonet, jari encik hubby luka sikit terkena dawai-dawai dekat tayar tu

besoknya cari kedai tukarkan tayar dua-dua belakang kos dalam rm300, cari kedai check arm kereta yang sebelah belakang sebab tayar tu haus sebelah dalam saja, punca boleh meletup tu, dia ketuk-ketuk arm tu tapi x mau duit, pastu tukar skirt skali cat dalam RM350, cover lampu x tukar lagi tapi kos dalam rm200++ gak la, alignment dengan chamber dalam rm42..huhu hutang dengan mak rm650 jugak tu

tapi apapun nasib baik x jadi apa-apa dekat kami berempat cuma kena keluar duit repair kereta ja

Saturday, July 21, 2012

kejadian petang kelmarin

selamat berpuasa pada semua

Wednesday, October 5, 2011

tinted keta...done

selepas 2 hari bertangguh...tolak kemarin sebab aku mc aci x?? hehe plan dari hari ahad padahal hari ahad tu dah round depan kedai tinted tu tapi hati adalah tidak yakin untuk singgah sebab encik hubby cakap macam mahal ja kedai tu...balik dulu dan fikir-fikir lepas tu ayat standard encik hubby macam selalu la kan "esok mama pegi la tinted keta tu" ohh balik-balik acik jugak tau...menci la baru nak feeling-feeling manja encik hubby buatkan...take note yang aku jugak bawak keta tu pegi servis dan check tayar, nasib la angin ngan isi minyak encik hubby isikan...abess dah aku yang dok bawak hari-hari haruss la aku belajar buat menda-menda tu...kekeke

kedai tinted dekat taman desa meranti sana nun..pagi tadi time minum pagi jengah sekejap pegi tinggalkan kereta...bincang-bincang rega semua, sebab cermin depan dah tinted dulu kali ni cuma tinted tepi ngan belakang, kalau semua dalam rm600 tapi tolak depan dalam rm400 kira-kira mintak diskaun lebih kurang dapat la rm350...ok la sebab dapat 5 tahun warranty...murah ke idok? kalau kate mahal sentap hati ku ini yang x pandai nak survey-survey kedai ni haa

tengok tadi banyak jugak keta yang baru beli dan belum ada no plat hantar pasang tinted kat situ...tu la dulu men beli je keta x mintak tintedkan sekali kan dah tunggu 4 tahun lebih baru nak tinted...nasib la baby aku sorang tu...huhu tadi bawak keta feeling sejuk sebab dah tinted kan..ohh weekend ni boleh travel ngan feeling-feeling sejuk keta lepas tinted...haha over la kan

Thursday, June 23, 2011

aku yang blur

orang kata bila bermasalah carilah kesalahan tu punca dia dari mana...kat mana silap...kenapa jadi macam tu kalau punca dari diri kita sendiri mintaklah maaf dekat orang yang kita buat salah tu...dan kalau orang lain yang buat salah tu macam mana plak?? takkan kita nak mintak orang tu minta maaf kat kita?? ish kalau orang tu sedar salah dia baguslah kalau dia sendiri x sedar pun kata dia dah ada buat salah macam plak?? sampai ke sudah dia x kan mintak maaf kan??

dan kita plak yang orang buat salah dekat kita ni akan rasa x puas hati...pastu pendam dalam diri pastu bila lama rasa x puas hati tu akan makan diri sendiri...aku rasanya jenis yang agak susah nak pegi dekat orang yang aku ada buat salah dan cakap "i'm sorry" sungguh perkataan tu susah sangat nak terluah dari mulut aku...macam time tu ada emas berketul-ketul dalam mulut...dan kalau aku rasa nak marahkan orang pun aku susah sangat nak marah orang tu...selalunya aku akan menghindar diri...dok jauh-jauh elak tak mo jumpa biar hati sejuk sendiri...

dan bila timbul satu-satu masalah selalunya aku jenis bukan automatik bising-bising tapi ambik masa dulu...dok diam-diam pikir awat jadi lagu tu...kot aku step salah sampai jadi macam tu...even member aku kata aku ni blur...tapi biarlah aku blur kalau tu blh selamatkan keadaan...selalunya time membeli barang langkah blur ni x menolong aku...contoh masa beli baju yang tak letak price tag...skali tanya mungkin lebih dari harga yang aku harapkan...tapi sebab aku kan blur dan-dan je kuarkan duit dari purse dan bayar...biarpun patutnya aku blh ja tawar-menawar dulu kot-kot dapat rega yang aku nak...tapi blur kan bayar je harga yang mahal tu

dan sebab kes-kes macam tu selalunya aku lagi senang p beli barang dekat tesco ke giant sebab sah-sah tempat macam tu ada price tag dia siap-siap...dan kalau aku lalu tengok rega dia blh je aku letak balik kalau rasa mahal...kalau lepas timbang tapi rasa mahal sempat ja ilang blur aku dan boleh buat option untuk tidak mau beli...err kalau kedai-kedai kiosk dia jual baju-baju, tudung-tudung dekat tepi-tepi giant ngan tesco tu ada gak aku terkena sebab kedai macam tu tak dak price tag...huhu

tapi kali ni dan di masa ni...sungguh sikap blur tu tak boleh nak tolong aku...sebab kena ada satu kata putus dan tindakan yang perlu aku buat untuk selesaikan masalah...kalau tak masalah tak boleh nak selesai setiap keja tak boleh nak siap...huhu perlu ke aku mohon balik cuti bersalin 90 hari?? tapi pejabat aku belum endorse ish kena cuti tak bergaji ni (macam la lari dari masalah boleh tolong selesaikan masalah aku tu...huhu)

footnote: dari aku yang masih nak sesuaikan diri dengan feeling kerja selepas bercuti lama...huhu

Wednesday, March 2, 2011

bateri keta...

last week macam biasalah sesi belajar ke puncak alamlah kita untuk menuntut ilmu...kali ni pegi kelas cuma bertiga je lagi sorang pegi lambat ckit dan kali ni naik kete aku plak...nama pun sistem gilir2 kan...tapi orang yang bawak keta adalah sama sebab die sorang je laki dalam 4 orang kami tu...nasib la ada sorang untuk tolong bawak kete ngan jadi penguat semangat dikala emergency...

dan memang pun kali ni ada jugak emergencynya...sebelum ni macam dah terfikir dah pasal bateri kete tu...sebab dah lebih dari setahun...kali terakhir aku tukar adalah 8hb8 2009 masa ni dan lepas setahun orang kat kedai tu adalah cakap pasal kena berjaga-jaga sebab bila-bila masa ja bateri tu boleh mampos...dan kali ni lansung x ada tanda-tanda kata dia dah weak ke apa...

malam tu aku bertolak macam biasa dan kali ni plan nak rehat dekat lepas kuar tol rawang tu...plan konon nak tdo kat surau la apa la...skali surau pompuan berkunci dan aku ngan memberlagi sorang kena la tdo lam keta je...paginya lepas siap mandi, wangi-wangi semua dan bila nak hidupkan keta bunyi cam x nak hidup...try lagi dan lagi still x nak hidup...dah la 3-3 bukan expert sangat bab-bab keta ni...

nak panggil plus peronda tapi x lalu pun...ada skali lalu sebelah bertentangan tapi x sempat nak tahan...time tu la perasan pasal etiqa smart assist tu...call dia dan dia cakap la awak sanggup ke tunggu ni...sementara mekanik nak sampai...hello apa jenis soalankah itu? macamkan kami masa tu ada pilihan lain untuk tidak menunggu..call etiqa dalam pukul 7 lebih masa matahari baru nak jenguk-jenguk muka...still sejuk-sejuk tapi lepas mekanik tu sesat pegi entah kemana dalam pukul 9.30 macam tu baru dia sampai...perut tu masa tu dah berlagu rock, nasib jugak la kami berhenti dekat hentian tepi tu bukannya tepi jalan kalau x rasanya mesti berderet-deret tol truck nak tolong bg servis derang...

lepas dia check bateri guna apa benda tah, pastu dia kuarkan jumper untuk startkan keta...jumper dia lebih kurang rupa gambar kat atas ni la...dan masa tu boleh dok kagum tgk jumper tu...haha dan magicnya lepas guna jumper tu trus hidup enjin keta...cis kalau awal-awal tadi dia senang start macam tu kan ok...x la kena tunggu lama kat situ...pastu mekanik tu tanya la nak tukar ke x bateri tu..lagi satu soalan, macam la masa tu kami ada pilihan lain...dia cakap total cost kalau nak tukar dalam rm215...owh mahal ckit tapi dah terdesak macam tu trus setuju ja...tapi bila tgk balik dalam blog ni last time tukar harga memang 170 lebih tapi campur kos labour le apa la last2 jadi 200 lebih gak, kira sama la kan

bateri kali ni jenama bosch dan bateri kering jugak...untuk orang yang malas nak check selalu bateri ni baik guna bateri kering sahaja...senang tapi kena hati-hati la lepas setahun...mana tau jadi macam kali ni lagi...

hari tu kami sampai dekat puncak alam dalam pukul 10 lebih dan kawan aku yang sorang sempat masuk untuk jawab test sahaja sebab kelas dia sepatutnya start pukul 8.30, aku ngan lagi sorang tu start pukul 10.45 sempat la pegi bekpes dulu dan masuk kelas betul-betul ontime pukul 10.45...kira ok la tu

kesimpulan yang aku dapat adalah memang berguna etiqa smart assist tu sebab dikala macam tu ditempat yang kita x kenal sapa-sapa bantuan dari etiqa smart assist tu sangatlah berharga...pasni confirm renew insuran dekat ctu lg

Wednesday, January 6, 2010

sesi menjaga keta...huhu

hari ni lepas beberapa hari dah tertunggak akhirnya ada gak kesempatan p tukar tayar keta...lalala duit pun makin menipis...lalala
see see dia tgh tukaq tayar my baby...

ni plak time alignment...tinggi gila sah2 aku x brani drive lalu bwh ni...haha

total of the day kos sebiji tayar 145(falken), balancing wheel 16 hengget, balancing tayar 10 hengget, alignment 14 hengget bolt kat tayar tu 56 hengget...(jgn ko tanya nape rega dia gitu sebab aku pun x tahu...aci dak hehe)tp yang aku tau alignment tu adalah murah dari perodua punya...

Friday, December 11, 2009

bye2 'p'

akhirnya selepas menunggu selama 2 tahun 1 bulan(1 bulan tu sebab lmbt p jpj...hehe) dapat juga lesen penuh...lalala bukan ape nak p jpj kat sp ni adalah kat ujung pekan nun maka amatlah terasa malasnya nak pegi

tengok2 ku sudah dpt lesen penuh...ada ckit nada riak dalam post ni...tp ku x kira dah dapat lesen penuh...oh yeah lalala abaikan gmbr beruniform itu ye...tu gmbr bidan terjun sebab gmbr tu je yang ada lam wallet at that time ambik je la nak pegi cuci malas...hehe
ni la jpj tu masuk je ambik no duduk x smpi 3 saat trus die panggil no...g kaunter bayar rm30 kasik gmbr sekeping trus die laminate siap...hehe proses yang x sampai 5 minit padahal nak pegi ckit punye mls...korang blh bayang x aku bawak kete x de lesen pastu kena roadblock 2 kali...muke pucat gile tp cool pizet buat je muka x bersalah...(nasib la aku pakai uniform time tu)
maka dengan itu terpaksalah saya mengucapkan selamat tinggal pada 'p' yang dok tempek kat kete itu...huhu bukan p aka my hubby ye(sebab kat kelantan his famili panggil die p...dont ask me kenapa...)

footnote: post ni adalah auto publish semasa post ni publish diri die sendiri saya adalah bercuti dirumah...

Thursday, August 20, 2009

bateri keta...

hari isnin ptg tu time aku nak start enjin keta tba2 je enjin die cam susah je nak idup...aku dah jd cuak dah time tu yelah kan aku dah la sorang2 nak blk keja ngan letih lg kan tba2 je keta wat hal....blh je dia idup tp mcm x confiden...chewah hehe ape lg trus call my hubby cakap keta mcm something je pastu my hubby ckp try dulu blk rumah...huhu kite dah nervous kan ckp la kalau x leh idup nnt mati tgh jalan mcm mana...trus my hubby marah kate aku ni pikir bukan2 sedih trus kena marah ni biasa la semenjak peknen ni jd cam sensitif ckit pantang my hubby marah mest trus sedih punya...hehe

oh ye bila start je keta td meter dia menyala lambang bateri tu pastu o/d off menandakan masalah bateri kot ngan automatic...

buat sape2 yang x faham keta myvi lebih kurang mcm ni la meter dia...aku google je gmbr ni...hehe yang hujung tu bateri yang lg satu aku bulat merah tu tmpt lambang o/d off tu, keta myvi ni kalau tgh drive blh je kita wat o/d off ni tp pick up jd mcm laju ckit pastu bunyi mcm org nak berlumba gitu...haha tp bila die berkelip sendiri o/d off tu tandanya something wrong la tu...aku try nak off kan o/d off tu tp x blh pastu terpaksa la aku drive jugak blk ngan lmbang o/d off tu dok berkelip2, ambik jalan yang paling x byk keta or jalan belakang la, jauh ckit dr jalan biasa tp janji x la mampus kat tmpt org ramai kan...nnt malu lak...hehe

nasib le blh selamat smpi rumah, pastu yang angin nye bila sampai rumah mudah plak die idup...jd cam terkonpius jap, my hubby ingat aku mereka2 cite lak...huhu esoknye try nak start kete mcm susah gak tp still blh idup lg...sebab time tu aku nak p klinik gagahkan dulu la pegi kan sbb nnt lmbt g klinik doktor x de plak...call driver opis aku die ckp kalau x start nnt derang dtg tolong, elok hbs jumpa doktor ok plak blh idup...aku gagahkan jugak g opis(sgt dedikasi ye nak masuk keje...haha)

ptg nye time aku nak blk ditambah plak ngan hujan yang agak lebat(sgt membantu aku...haha) lansung dah x leh hidup keta aku tuh..huhu nasib la ofismate aku blum blk trus call die ckp enjin x leh hidup...die datang ngan jumper bersama assistant yang agak ramai...soka sebab ramai datang nak tolong hehe terexcited tba2...so ptg tu selamat lah duit aku melayang kira2 RM150 menukar bateri...aku ambik bateri kering brand century je sbb kedai tu ada bateri kering je tinggal bateri basah yilek...kira ok lah aku kan malas check air bateri ni...hehe warranty setahun kalau x sampai setahun blh je tukar free...kalau dah lebih setahun kena waspada la sbb anytime je blh jd bateri weak tu...dia ambik bateri lama RM10 kira orait la aku onkan je pastu br tau kalau perodua bateri kering RM195, basah skali tukar RM206++, pastu bateri lama derang ambik x byr pun, pastu certain kedai ambik bateri lama rm3 je...

nampaknye pasni byk lg la kena belajar bab kete ni...org kedai tu cakap jugak bateri weak memang susah nak start kete tp bila dah drive dia akan recharge n time masih panas enjin senang kite nak hidupkan kete blk tp bila dah cool down kete tu jd la susah nak start blk tu...br aku faham situasi awal yang jd kat aku tu...pelajaran br tu...hehe

Tuesday, August 4, 2009

budi bahasa budaya kita??

baru2 ni time aku driving untuk ke tempat keja...biasalah nak ke opis aku dari rumah kena melalui at least 6 traffic light kan...time stop kat traffic light yang pertama ada la satu keta wira kan depan aku n depan wira tu keta proton saga aeroback kot kalau x salah la...ala keta yang ada stripe hitam keliling tu...

keta wira tu mcm senget kekiri ckit...pastu mcm biasa la dah benti kat traffic light suka la enjak ckit2 kedepan tu kan...kadang aku pun suka gak buat mcm tu chewah kadang tu...haha skali tgh sedap dia dok enjak ckit2 sambil aku dok tgk la...lgpun dah btul2 depan aku kan...bunyi kepap...n aku tgk keta saga aeroback tu bergoyang...uih pastu driver aeroback tu cam dok tgk2 mirror belakang tp org yang dlm wira tu leh relax ja muka x bersalah...pastu nak masuk gear reserve...aku wat dunno ja la...

tp x lama pastu lampu isyarat dah jd kaler hijau n aku tgk dua2 keta trus gerak mcm tu je...memang la keta saga aeroback tu x de calar ape2 pun sbb cuma kena stripe hitam die tu...tp aku x nampak pun driver wira tu nak say sorry ke apa ke...nampak sgt pemandu skrang ni dah kurang berbudi bahasa kat atas jalanraya...nasib la eksiden x truk...kalau x maunya trauma aku yang melihat ni..huhu dah la semenjak 2 menjak ni makin byk je eksiden...ngeri gak...huhu

Monday, June 22, 2009

mcm mana nak ambik geran kete kat bank??

lately rasa mcm agak tension memikirkan geran keta ku yang masih di bank...huhu nape ekh padahal sblm ni x kesah pun sgt pasal geran tu...hehe pastu ngan rasa berkobar2 nak p ambik orang kat bank tu ckp x blh ambik lg la plak...alasan dia my car masih br kena at least 2 thn br lbh ambik...btl ke??? y certain people blh trus ambik geran even just after one year...y at me kena tunggu 2 thn??? bkn ai skip byr pun...tiap2 bln x penah miss??? x faham... my point here is ....
1. brape lamakah tempoh yang perlu kita tunggu untuk ambik geran kete ni??
2. perlukah ku membelakangi mereka dengan renew insuran thru saluran lain then br derang hegeh2 nak blk gerna kete ku itu???
3. perlukah ku bohong dengan alasan tah hape2 hanya untuk ambik geran kete ku itu???(tp alasan ape)
4. any idea???

Tuesday, June 9, 2009

perodua servis...

sebelum ni tiap2 kali p servis keta ni aku main bayar je...maklumla masih dlm proses nak mengenali benda2 pasal keta ni...tapi lepas dah brapa kali servis dah aku terperasan yang tiap kali kita p servis keta ni x kisah la mana2 tempat pun mesti dia akan masukkan charge untuk windshield washer...

kalau tgk dalam pakej servis perodua x dak pun dia tulis kena tukar windshield washer ni...memang la kalau nak dikira dalam harga tu cuma berapa ringgit ja tp kalau dah sampai 4 unit buat apa yang banyak2 sgt dia isi tu...pulak tu x penah plak bekas dia ke balance air windshield tu ke dia bg blk...yang ada selalunya pun minyak hitam lain tu memang x penah pun dia bg blk...bkn nya prejudis terhadap ketulusan org2 perodua ni...cuma ada ckit rasa quiry kat dlm hati ni....musykil....hehe

ingin jugak nak tau...kalau keta org lain yang servis kat perodua ni dia still charge untuk windshield washer ni ka?? kalau dah 4 unit tu letak kat mana...biasa kalau yang kita beli kat kedai tu pun guna hbs tinggi dlm 2 ja...kalau 4 dia isi kat mana ekh??? lagipun kadang2 berfikir gak nak cr kedai biasa ja service keta ni...tp rasa x yakin plak...takut kena tipu...huk2 adakah aku ni terlalu prejudis??