Showing posts with label me. Show all posts
Showing posts with label me. Show all posts

Tuesday, April 2, 2013

hye April

cepatnya masa itu bergerak...macam dah tak terkejar je kan...dah masuk bulan april dah ha...hukhuk keja pun makin menimbun sampai bilik dah penuh macam sarang tikus..harap-harap diberi sedikit masa nak kemas tempat sendiri...hukhuk

kerja rumah pulak macam biasa la kan sentiasa saja ada yang nak dibuat...tak pernah pun nampak macam dah habis..habis kerja rumah bila mata dah terpejam..tertido masa menidokan anak-anak tu perkara biasa...sambil berfikir-fikir macam mana la masa nak wean offkan syaza nanti sebab kurang dari sebulan dah cukup 2 tahun umur anak dara tu...dah makin petah bercakap, pentiru gaya si abang yang tegar...abang buat apa semua nak diikut...

semester baru untuk program pjj pun dah mula jugak...ada lagi 3 semester berbaki sebab banyak sangat drop paper maka habis lambat setahun dari orang lain...tahun ni jugak kena ambik semula muet sebab expired tahun ni..nak konvo tahun depan..maka kena ambik semula..satg ada jugak orang lambat konvo sebab muet x ambik..selain dari berusaha untuk siapkan esemen tulis tangan dari lecturer tersayang..hehehe pasni selim melim jari ai sebab banyak guna jari sebab selalu taip je kan bukan menulis..ala-ala jawab soalan final la sebab soalan final ja bertulis...harap-harap motivasi adalah kekal sampai ke hujung semester...demi masa depan yang gilang gemilang kononnya...chewahh

tapi sampai sekarang masih tak dapat jugak jawapan pada satu soalan yang ditanya... "what will you do when you finish your degree?" wah kalau ikut hati memang la nak pegang title jawatan baru tu pun kalau ada rezeki, tapi macam teringin nak tukar profesyen kerja pun ada jugak...nak berhenti kerja pun ya jugak...ish! fikiran yang berbelah bahagi maka lebih elok tumpukan untuk sudahkan degree dulu..lain-lain adalah kemudian fikir semula...menjenguk jugak website spa tengok peluang yang ada :)

Monday, February 25, 2013

permulaan yang teruk tak semestinya gagal ^_^

hari sabtu pagi bangun dengan malas, dan bermalas-malasan pastu lapar nak tak nak masuk jugak dapur siapkan makan pagi...sesi makan macam biasa penuh sepah oleh kanak-kanak, lepas makan pun sesi biasa kanak-kanak main air di bilik air sambil kejap-kejap keluar sampai basah lantai rumah skali...mak dia plak siap-siap pegi mesyuarat bank persatuan...si bapak jadi mr mama mengasuh kanak-kanak dirumah

sampai di pintu pagar IKM cukup-cukup masa jam 10, maksudnya dah lambat..huhu parking plak tak ada plak, pusing-pusing cari parking sampai masuk ruang sempit yang muat-muat sebiji kereta dan didepan pun ada jugak kereta yang tengah cari parking dan nun dihadapan ada sebiji kereta dah halang jalan sebab nak angkut barang entah apa...10 minit berlalu masih lagi macam tu jugak...hilang sabar keluar tegur samaada lama lagi atau tidak, masuk balik kereta dan menunggu

selang 10 minit sama jugak makin menipis sabar dalam diri keluar lagi dan tegur..katanya dah nak sudah tapi aku kata la kalau undur kebelakang dan bagi kami-kami ni keluar dulu pun boleh kot..berjaya but kereta tu ubah kedudukan dan jalan keluar memang sempit..huhu parking jauh sangat dari dewan, masuk dewan selepas 30 minit majlis bermula..dan ke agenda ke 3 kot masa tu...dengar pengunguman tentang calon perwakilan diminta kehadapan lepas dipanggil nama...aku sekadar mencuba nasib masuk pencalonan dengan harapan kalau-kalau terpilih boleh ke mensyuarat agung dan dapat imbuhan lebih... ^_^

pertama kali kot masuk percalonan macam tu..debar usah cakap la pertama kali dan berdiri di depan orang asing yang penuh dewan..huhu tunggu keputusan pun sangat berdebar-debar sebab dari 56 percalonan cuma 30 akan terpilih, tapi dah nasib kot dapat jugak terpilih untuk nombor ke 26..

untuk yang hadir mesyuarat tu dapat RM50 bagi setiap yang hadir, berminat? boleh la masuk jadi ahli bank persatuan di cawangan berdekatan..ada dividen tahunan jugak

biarpun awalnya masuk lambat, kena cari parking jauh, jalan jauh tapi akhirnya dapat jugak jadi perwakilan ^_^

Friday, February 22, 2013

mesin jahit dan RM5

lama dah kot berangan nak ada mesin jahit sendiri ni...tahun ke tahun dok cita-cita rangka dalam minda dan angan-angan penuh berbunga-bunga nak jahit macam-macam sendiri, nak plak sekarang ni kan upah jahit baju kurung biasa pun boleh tahan harga upah dia, blum kira baju melayu lagi harga upah lagi mahal dari harga kain, kain langsir pun sama jugak maka lagi panjang la list cita-cita nak jahit sendiri...

puas karang ayat bunga-bunga cinta dekat en hubby nak beli mesin jahit tapi asyik la tak lepas huhu sekali lagi kecewa..paling kemuncak sekali masa submit loan nak settlekan hutang kereta, beli mesin air gedabak tu dengan sikit settlement personal loan..kalau ada lebih pun ada jugak karang angan-angan untuk mesin jahit idaman kalbu tu, tapi biasalah kan sebelum dapat duit list untuk belanja tu mesti lebih dari list duit yang dapat..nak plak list wang proses, list advance payment dengan duit setem segala tu list duit yang dapat lagi short dari harapan..hukhuk sekali lagi postpone untuk beli mesin jahit idaman

tengok member baik simpan duit rm5 sampai boleh daftar pegi haji maka timbul jugak idea nak simpan jugak duit rm5 tu...mula dari hujung bulan 10 tahun lepas dan hujung bulan 1 tahun ni cukup duit untuk beli mesin jahit idaman..tak aim pun brand apa sebenarnya sebab plan adalah simpan sampai cukup rm750 lepas tu cari ja mana mesin jahit yang ada dengan harga tu...rezeki kot masa tu kedai dekat depan intan sungai petani tu buat offer dari harga asal RM849 jadi RM699..rezeki rezeki, nak tiru jugak idea ni? senang ja bila dapat duit RM5 sekeping tu simpan, tak kisah la bila beli dapat, sengaja tukar RM50 sebab nak RM5 janji RM5 sekeping..cuma tak bestnya RM5 ni kalau yang lama banyak koyak, di salotep hilang hujung-hujung, macam-macam lagi la. dulu try simpan RM10 sekeping tak pun RM1 tapi macam asyik nak terguna maka tak berjaya

dah lepas satu aim yang lama dok postpone bertahun-tahun, dan sekarang ni pun still simpan lagi duit RM5 tu tapi aim untuk benda lain plak...tunggu lepas raya puasa nanti baru boleh spend duit simpanan RM5 tu.. ^_^

Thursday, February 21, 2013

erti sebuah keputusan

dekat seminggu kot dapat keputusan dan dekat seminggu ambik masa untuk terima realiti dan hakikat...huhu ye kali ni keputusan exam adalah sangat teruk dan paling teruk untuk semester yang ada...satu gagal dua lagi cuma cukup-cukup makan memang buatkan daku terkedu dan merasakan yang itu semua adalah mimpi-mimpi buruk dan akan berakhir bila dah bangun...huhu

tapi tak tu memang realiti...hakikat tiap-tiap semester mesti bersungguh-sungguh di awal semester, banyak berlengah di tengah semester dan usaha di akhir semester dan kali ini memang tidak lagi berkesan...huhu otak banyak digasak dengan soalan akhir waktu memang jem...banyak kot soalan tak yakin jawab maka dapat la keputusan yang ngeri untuk dikenang tu

nak salah orang memang tak kot memang dah salah diri sendiri maka seminggu ambik masa nak terima hakikat keputusan yang ngeri tu adalah hasil dari apa yang diusahakan...perlu lebih tingkatkan usaha..nak berputus asa dah tak boleh cuma tinggal 3 semester lagi untuk usaha lebih..huhu

dan tinggal lagi brapa hari sebelum bermula semester baru kena lebih tingkatkan usaha..x mau lagi berangan di tengah semester dan sedih tengok keputusan yang sedih tu..huhu

p/s: nampaknya perancangan nak tambah ahli keluarga kena la hold dulu...huhu

Monday, December 3, 2012

demam

still lagi x habis passing baton, tapi nampaknya bukan pass baton sebab syaza masih lagi demam, syauqi sahaja yang betul-betul sihat cuma batuk ringan-ringan, makpak dia dua-dua dah berjangkit demam, nak plak hari ni haruss kerja duk lam ekon maka elok makan ubat peluh sekejap, habis effect ubat jadi la seram sejuk, habis meremang bulu-bulu roma di badan, dapat duduk bawah matahari dah nikmat sangat dah...haha

pagi tadi hantar rumah pengasuh dan dapat tau si ibu depa, si ayah, atuk dan si damia pun demam, kesan berjangkit dari syauqi...si budak petah tu ja dah sihat lepas menjangkiti orang lain...haha yang aku kesiankan sebab syaza adalah batuk, batuk teruk yang sampai malam kelmarin muntah sebab batuk teruk sangat...huhu

oh x lupa jugak kesan dari demam si syaza tempias kat mak dia sebab demam dia x lalu makan, dah bengkak susu...aku sangka nak hujung-hujung perjalanan penyusuan ni x rasa kot bengkak susu...huhu dah la masa balik kampung satu botol pun x bawak balik, semalam dan hari ni pam pun masih bengkak lagi...sakit kot bengkak ni, huhu ka sebab tu boleh demam jugak?

harap-harap cepat la demam ni berlalu...lama kot x demam last demam masa lepas pantang hari tu...huhu
kasik tayang muka budak manja yang demam ni


Friday, September 28, 2012

pagi jumaat

salam pagi jumaat...hee yang kerja tu kerja elok-elok ya, hari ni plan nak mengemas rumah, petang karang nak balik kampung

jap lg bagi kanak-kanak mandi kolam, sempat la mop lantai kot, harapan ja ni moga-moga berjaya...haha

bekpes ni ja hari ni

Thursday, September 27, 2012

hutang

hari dah berjaya menambah lagi hutang...lepas ni boleh la nyanyi lagu tu gali lubang tutup lubang sebab nak bayar hutang...haha

buat loan baru sebab nak guna duit plus ambik kesempatan satukan loan kereta, personal loan...lepas ni kalau orang tgk payslip adalah kasihan sebab byk ja tolak dari payslip sebab hutang, sebelum ni rasa orang lain punya payslip banyak tolak sebab hutang tapi payslip aku bersih ja sebab dok bank in duit sendiri dekat bank, tapi dah tiap-tiap bulan dok rutin ulang atur bank maka lagi mudah kot potong dari payslip

cek ni sempat ambil gambar buat kenangan...haha feeling orang kaya, tapi kaya hutang, satu lagi cek x sempat ambil gambar...kena plan lebih baik lepas ni sebab bercita-cita nak bersara pilihan kan, kena buat pelan persaraan plak..hihi

Tuesday, August 7, 2012

vaseline lotion

tetiba rasa nak membeli lotion...haha bukan apa dah rasa macam dah lama x pakai lotion, sampaikan mak sedara dekat kampung komen kata tangan aku lagi kasar dari tangan dia, segan tetiba

beli lotion ni dekat watson tadi, cari botol yang paling kecik untuk percubaan nak memakai, suka plak bau koko dengan butter ni, harap-harap rajin la pakai, selalunya tahan 2 minggu lebih ja lepas tu orang ke mana lotion ke mana

Friday, July 6, 2012

aktiviti hari ni

feeling macam supermak hari ni, nak pegi pasar dengan ganti lampu kereta plus isi minyak dengan kanak-kanak, bila en hubby tanya boleh ka? konfiden ni jawab boleh...haha kita tunggu dan lihat berjaya ke tidak

gambar pokok dengan pewangi tu hasil window shopping lepas habis exam hari tu...bajet nak beli pokok letak dalam bilik air ja tapi time membayar sampai rm60 lebih...haha kan dah takut nak claim balik

harap-harap umur panjang la pokok ni duduk dalam bilik air tu..bilik air tengah x boleh nak letak..satg umur x sampai sehari pun kanak-kanak jagakan

Monday, June 25, 2012

abang atm

gigih snap gambar kereta kebal ni....ingat plak dulu-dulu kalau nampak kenderaan tentera lintas depan rumah mesti lari-lari pegi tengok macamkan x penah jumpa...haha

dah besar ni abang yang sulung masuk tudm, bila melawat dia kat kem mesti jumpa macam-macam lagi yang berkaitan tentera, still teruja jugak...haha

ni setiap pagi dok nampak transport tentera still lagi teruja...bila nak hilang rasa teruja tu pun x tau la..hihi

Thursday, May 3, 2012

tak bersempat

aku rasa macam sibuk dua tiga menjak ni..sibuk apa? aku pun x pasti..haha boleh dak macam tu...nak kata sibuk keja tapi keja x siap2 jugak, kerja rumah tu rutin la kot..x pernah berhenti, kerja sekolah? pun x settle lagi...banyaaak lagi x siap..huhu layan internet...ni lagi aku x pasti sebab nak pegang ja laptop ni ada ja yang dah conquer...ni sempat jugak belogwalking, update blog halai balai (lebih kurang) pastu layan fesbuk...

karang dah nak kena ambik kenit dua orang...rasa banyak masa spend kat kenit berdua tu lebih kot...oh syaza dah baik demam..kemarin macam nak panas balik, tengah hari kena kejar-kejaran balik kasik direct feeding sebab refuse susu dalam botol, pastu kasik antibiotik...pagi tadi dah lasak macam x penah demam maka harap ambik petang jugak segar bugar hendaknya

cuma bila mak dia masuk dapur tetap jugak ikut sambil nangis-nangis pegang kaki mak dia...hukhuk kalau mak dia landing depan tivi tengok dia main ok ja..jangan ja masuk dapur, masak skang ni pun macam skill makin teruk, buat mee rasa masin, bancuh air macam kurang manis..ke kena lagi rajin memasak lagi kot

dah nak sambung rutin membuat kerja rumah...daa

p/s: malam2 sikit jika laptop x diconquer boleh update pasal besday syaza...hopefully la dapat jugak

Friday, April 20, 2012

sehari as suri rumah

hari jumaat..macam biasa la encik hubby keja dan aku cuti...dan rutin aku dihari jumaat adalah kerja-kerja rumah sahaja, mula dari ambik kesah budak berdua tu, kemas rumah, basuh baju, sidai baju basuh lagi, sidai lagi, masak-memasak..dan belumpun petang dah rasa out of energy...huhu

penat jugak buat kerja rumah ni sesungguhnya..lagi penat dari kerja di pejabat...tapi non-stop kerja-kerja rumah ni sebab masih ada baju belum dilipat, bag nak pegi kelas esok belum pack lagi, nota pun belum sempat pegang lagi hari ni...wah kerja pegi cari tido siang dulu ni..kumpul tenaga balik...hehe

okeh tuan rumah nak pegi golek-golek sambil layan anak dara mengempeng sambil berangan kalau-kalau ada doreamon muncul dari pintu suka hati :P

Thursday, April 12, 2012

petang kemarin

standard kan di hari cuti yang x berapa banyak aktiviti..dah masak, lunch..berkejar-kejaran makan, kejar-kejar simpan pastu mandikan budak berdua tu, then bagi tido skali dengan makpaknya tertido sama...haha terjaga balik dalam pukul 4 lebih sebab panas sampai berpeluh-peluh padahal dah pasang aircond dengan kipas keluar dari bilik pegi ruang depan, si syaza sibuk main motosikal si abang, aku plak sebab panas dah berbaring atas lantai, pastu bangun pegi tengok grill depan..sambil dok pikir nak basuh grill sebab penuh dengan taik burung..tensen ja aku dengan burung-burung ni...habis grill aku

x lama tu encik hubby panggil ada call dia kata..fatin tanya aku rasa dak bergoyang, ada gempa..aku jawab ja dak pun..dia marah la plak kat aku kata orang lain semua rasa, aku ja dak..haha dia dekat tesco pun diarah keluar..tapi serius memang aku x rasa apa-apa, tanya encik hubby pun dia kata x dak rasa apa..ok kira memang kami yang x rasa la kot..ka sebab aku dok mamai bangun tdo tu kot?

lepas tu tengok berita harian online dengan tv memang ada pun gempa...dekat acheh sana 8.9 skala ritcher..hmm kira aku ja kot x rasa..nasib ja la

Wednesday, April 11, 2012

cuti umum

dari kemarin rancang nak buat apa...
plan 1: g jenjalan
kemain dua-dua orang laki bini dok tanya nak g mana, kau tanya aku aku tanya kau..last-last sampai skang x kemana-mana pun, nak balik kampung baru ja balik sini hari isnin lagipun cuti sehari ja cam x berbaloi plak, last-last si syaza tengah mentido kat ruang depan, syauqi dok melasak cam biasa main sorang-sorang, si bapaknya tdo lam bilik..aku? tengah dok pikir x sudah-sudah nak masak apa tengah hari

plan 2: nak kemas rumah
dah siap kemas dapur sikit-sikit, ruang depan, tengah, tinggal nak basuh baju ngan lipat baju yang menimbun..kalau la ada mesin lipat baju kan...how i wish...

plan 3: nak iron baju keja
hat ni tengok tahap kerajinan lepas settle plan 2 tadi..haha tu belum campur masak, cuci pinggan ngan kemas dapur lagi sekali..hukhuk

korang hari ni pegi jenjalan kah?

Tuesday, April 3, 2012

tukang paip yang gagal!

aku la tu...haha bukan apa adat la kot duduk rumah sendiri ni dah lama-lama mesti ada ja yang rosak mintak ditukar..barang asal tah developer guna high quality ka low quality ka mana nak tau kan...mula dengan paip sinki dekat ruang tengah...tu rosak dari masa syauqi pandai merangkak, dia p godek-godek dekat bawah tempat air dok keluar tu dah menitik-nitik..nasib la sistem paip dia semua ada tempat tutup..maka tutup dulu dan dah baiki sebelum besday ke2 dia hari tu..

lepas tu sinki lam bilik..hat ni paling lama kot sejak dari dok bawak perut dekat syaza, tapi sebab sinki ni dalam bilik air yang master bedroom maka cam segan nak panggil orang tukar...satgi kena lalu bilik tdo aku yang x serba cantik tu..huhu dok biar la x guna pun padahal kepala paip dia beli lama jugak sekali dengan kepala paip dekat dapur masa buat kabinet dapur tu..haha pastu berangan nak baiki sendiri..usaha kan main..encik hubby lansung x pandang dengan alasan dulu masa sekolah x terror kemahiran hidup..alasan tah hapa-hapa..cuba len kali habaq malas ja kan lebih mudah aku terima alasan tu...huh

nak lagi best...skali paip dekat bilik air tengah plak patah...dengan ada saki baki dok dalam paip lagi...paip tu dok guna sambung ayaq ke mesin basuh...nasib lagi ada tempat tutup tapi bila basuh baju kena dok angkut ayaq buh lam mesin..manual la plak..penat sepasal..nak mandikan budak-budak tu buka la ayaq lepas tu tutup..basuh baju buka lagi pastu tutup..lap-lap tepi mesin lagi bila ayaq tumpah..penat sungguh bila kenang..haha

pastu shower lam bilik air master bedroom pun patah..sebelum ni dah dia bagi hint-hint dah dia nak pergi tu..tapi buat-buat x paham, guna ja selagi boleh...hat tu senang ja tukaq...trus cam confiden nak tukar paip dekat sinki sendiri..dok usaha kemain last-last give up jugak la aku, ok tunggu gaji nanti kita cari la tukang paip

dan kemuncak dia bila paip dekat belakang rumah yang dok guna siram pokok jugak patah...hat ni pun sebenaqnya ada tempat untuk tutup tapi kan..haha kan aku buat kabinet dapur tu...dah terlindung oleh oven aku..encik hubby kata mai la dia nak buang oven tu sebab nak tutup paip...ciss lagi la jawapan yang x munasabah..oven dengan paip mana lagi mahal? dah kena tutup dekat meter diluar rumah...patah waktu petang dan malam tu x bertangguh dah aku cari tukang paip bertauliah..haha

dan disebabkan panggil tukang paip bertauliah bayaq la RM40 untuk paip di sinki, paip dalam bilik air dan paip di luar rumah, semua paip-paip tu aku beli bagi dia cuma mai pasang ja...aku rasa cam mahal tapi kalau kenang pun bukan aku reti repair pun..redha je la

Wednesday, March 28, 2012

demi masa

eceh...sungguh la belog ni dah timbul tenggelam..haha kat rumah dah rutin-rutin harian kerja-kerja rumah maka last-last tertdo dengan anak dara...ataupun sungguh-sungguh penat dan terlena maka x ada la sesi blogwalking, facebooking, update belog..hatta i-class yang wajib dibuka untuk sesi e-pjj jugak tergendala...

minggu lepas sangatlah susah hati..dah masuk semester baru tapi bulan ni agak miskin nak bayar yuran yang secoet pun semput..padahal aku rasa orang lain ambik subjek lagi banyak dari aku..tapi sungguh Allah itu maha mendengar..jangan jemu untuk berusaha maka nanti akan Dia tunjukkan jalan pada kita...usaha itu kena lebih dari bertawakkal..insyaAllah sebelum dateline sempat jugak aku nak bayar yuran...sumber? haha biarlah rahsia

tapi buku masih belum sempat aku jenguk atau kuis-kuis pun..huhu kena lebih rajin nih...kalau x sesia je usaha dengan plan-plan semua...rutin aku di hari-hari kerja adalah
pagi:bangun siap-siap pegi kerja..kalau awal dari pukul 7 sempat la aku buat bekpes semua
petang: balik kerja, mandi-mandi solat dulu, dalam pukul 6 baru ambik budak 2 org tu, biasa aku basuh botol siap-siap dengan sterile, masak air panas in case syauqi balik-balik trus nak susu, dia kalau adik dok ngempeng slalu jeles nak susu jugak
pukul 7: kalau belum letak nasi, baru letak nasi, bagi mandi 2 org tu, aku siap-siap nak solat maghrib, sambil siapkan depa, tukar baju-baju dalam beg depa dengan tambah pampers bekalan untuk esok
pukul 8: bagi si anak dara ngempeng kejap sambil sambung masak-masak...biasa aku spend dekat dapur memang lama sebab iklan banyak dengan budak 2 org tu
pukul 9: makan malam, siapkan botol susu, susu, air panas, ni dah preparation nak tdo dah...sebab waktu malam memang kami x keluar dari bilik, bawak masuk botol susu, air panas letak kat hujung tilam syauqi
pukul 10: anak dara sure ngamuk dah nak tdo..selalu la time ni aku terbabas tdo skali...kirim salam la nak bangun balik mengepam ka, surf tenet ka, baca buku ka

dan rutin tu sama jugak besok-besoknya selagi aku berkerja..cuma mungkin tambah sesi melipat baju, sesi sapu sampah, sesi lap lantai yang tumpah, iron baju keja..hukhuk ada ke pembantu yang boleh tolong aka doraemon... leh la ringan sikit kerja-kerja rutin di rumah ni

macam mana la orang yang anak ramai-ramai kan? kerja-kerja rumah plus uruskan anak-anak membesar yang macam-macam peel ni..dah jadi mak orang baru paham macam mana penatnya mak jaga aku dulu...even mak aku kata kat syauqi...tu baru sebelah kaki mak hang ja tu..nampak sangat aku dulu lagi lasak dari dia

Wednesday, March 21, 2012

jadual hari cuti

kemarin dengan hari ni aku el...sekali sekala cuti mengejut ni seronok la plak..haha rutin lebih santai dan relaks...si pp kuih pau dan macam sihat..badan dah x panas, boleh ceria senyum-senyum tunjuk gigi 2 puntung dia, mandi boleh relaks-relaks main air..cuma tadi dalam pukul 2 macam nak panas..dah paksa rela kena minum ubat demam...dan kembali ceria macam biasa...

dek kerna cuti dan x dak kerjaan nak dibuat selain melayan si pp kuih pau..maka aku buat urusan laundry hari ni...sampai cadar ngan kain selimut pun aku basuh..haha bab lipat ja lemah sikit..tunggu tahap kerajinan sebab karang pp kiuh pau rajin gak tolong aku 'lipatkan' sama baju tu nanti..haha

masak pun kemain rajin siap buat nasi lemak..kes protes encik hubby takmo tapaukan nasi lemak kat kedai depan tu kat aku...dia suh aku jalan kaki pegi beli...aku kan sayang lemak di badan..maka buat sendiri je la nasi lemak dengan apa yang ada lam peti...si pp kuih pau merasa la sikit..x macam semalam semua x nak..asyik nenen ja ni kasi bubur dia pun dah boleh nak makan kira orait dah la tu

tapi feeling fulltime housewife ni kalau seharian x buat apa memang boring..hadap laptop pun dah x tau nak google apa dah..karang petang kena paksa rela encik hubby bawak aku jalan-jalan jugak..x kira haha

Tuesday, March 6, 2012

what will you do?

apa akan anda buat kalau orang yang anda kenal, tapi x rapat, x la tahap mesra pun, cuma bila jumpa tegur...dan tiba-tiba satu hari dia cakap kat aku "x makan ubat apa-apa ka? lepas dah anak dua ni nampak teruk sangat, kena la jaga penampilan, beza sangat masa belum kawin dengan lepas dah anak dua ni"

serius walaupun aku tau niat dia tegur aku tu iklas sebab orangnya jenis straight forward dan x ada niat lain tapi memang terasa oh...tua sangat dah ka muka aku ni...kerana tidak make-up kah? kerana berkedutkah? dah hitamkah? macam-macam oh dok lam kepala ni...sedih pun ada jugak..huhu

p/s: kalau korang ada orang cakap macam tu..apakah reaksi korang?

Saturday, March 3, 2012

hari cuti

boleh berblogging di hari cuti..sambil mendengar bunyi lagu motosikal yang budak berdua ni tengah naik..perut plak dah kenyang makan nasi lemak alas daun pisang lauk sambal sardin...memang heaven...indahnya boleh bercuti

Wednesday, February 22, 2012

planning yang hancus..haha

1. siapkan beg budak-budak untuk kerumah pengasuh
hat ni masa maghrib tu time aku mandikan depa dah prepare awal-awal...tukar baju kotor masuk bakul, masukkan 3 pasang baju bersih..pampers 5 lai

2. basuh botol-botol
hat ni masa balik keja aku dah siapkan awal-awal..basuh botol-botol, sterile pastu bagi kering dekat rak botol..skali dengan barang-barang breastpump

3. prepare bubur syaza
ni pun masa sambil-sambil masak makan malam dah buat siap-siap masuk bekas kasi ready tinggai sok pagi buh lam beg ja

4. tdo awal
kira bajet lepas masak, makan, prepare botol-botol syauqi, susu dah ready tido sebelum pukul 11

5. prepare untuk masak bekpes sok
pun dah ready..sambil masak makan malam sambil potong bahan-bahan ni semua siap-siap

tapiiii huhu pagi tadi awat aku boleh tutup balik jam weh..elok dah dia bunyi pukul 6.15 tu..hancus lagi impian nak bangun pagi buat bekpes dan berbekpes sebelum masuk keja..kuciwaa sungguh la huhu

footnote: result exam sem lepas dah keluar..biarpun x dapat 4flat tapi lulus semua dan naik sikit pointer kira oraitlah...mood hepi :)