Showing posts with label syaza. Show all posts
Showing posts with label syaza. Show all posts

Monday, April 29, 2013

syaza dan weaning off breastfeeding

as salam...

konon nak cerita pasal 2 tahun penyusuan yang indah itu tapi sebab x berkesempatan maka di upgradekan jadi cerita pasal weaning off sajalah...huhu

mula dulu masa dok fully bfkan syaza ada jugak terfikir macam mana nanti nak stopkan dia...sebab asal mak dia baring ja, datang la mintak nenen, asal mak dia dok depan laptop pun datang jugak mintak nenen, nak tido semestinya cari jugak candu dia tu, dalam kereta pun sama jugak...kiranya sebelum nak stopkan dia, dah berbulan-bulan dok pikir hal ni, tapi lastly fikir balik dulu mula pun x dak plan apa sangat kan, maka nak stopkan pun biarlah biasa-biasa saja..let go with the flow, bila tiba masa ikut saja rentaknya

hari jadi syaza jatuh pada 18hb april yakni hari khamis, kira hari rabu last day la usung beg pam kehulu ke hilir, hari khamis dah free dari proses biasa tu, hari jumaat plak dah sibuk prepare nak pegi kelas...x dan la nak celebrate besday ke apa pun, yakin ja pegi kelas x bawak kotak tong ais ala-ala orang p memancing tu, skali kena bengkak susu, pam la jugak tumpang peti ais dekat hotel

balik dari kelas masih lagi bagi susu dekat syaza, tapi direct feeding, hasil bengkak susu tu kira bekalan last hari isninnya...proses wean off betul-betul hari rabunya memang direct x bagi lansung, x ada cari ubat nak putus susu atau letak apa-apa pun..cuma kerap cakap dekat dia "adik dah besar, x boleh minum nenen lagi, kena minum susu dalam botol" aktiviti menangis adalah normal, siap merajuk p dok mengadu domba dengan papa dia perihal mama x mau bagi nenen dekat dia


tengah malam adalah proses yang meruntun jiwa la kot, menangis nak nenen siap nak selak sendiri baju, tapi tetap guna ayat yang sama, sambil peluk dan cium dia...awalnya menangis dan marah x mau peluk, tapi terlena jugak...susu dalam botol memang x layan la bila tengah malam, kalau buat pun x berusik

hari khamis pun sama jugak..kira 2 hari permulaan weaning off memang meruntun jiwa kalau hati x cekal memang gagal jugak...hari jumaat dah makin baik, sehari duduk dengan dia di rumah pun x dak proses menangis merajuk dah, bila dia mintak cuma cakap dia dah besar, x dak nenen..dan dia akan mintak susu dengan sendirinya

satu kebaikan yang sendiri nampak la dari proses ni, bila tido malam memang tido dia lebih nyenyak, x terjaga dah malam, mungkin sebab dah 2 tahun kot, berbeza syauqi dulu wean off sebelum 2 tahun, satu malam 3 kali bangun bancuh susu

makan lagi banyak dari biasa, dulu mungkin kenyang dengan minum susu dan kurang makan, tapi waktu makan sekarang lagi banyak dari biasa (potensi nak lagi bulat dari sekarang yang memang bulat pun)

tido lagi mudah, mak dia pun tido lagi lena..tak lagi bangun dengan sakit belakang, cuma 2 hari awal tu ja tido x lena sebab syaza mengamuk malam-malam nak nenen tapi x dapat, siap merajuk p tido dengan papa dia, peluk papa tapi tangan pegang tangan mama...hehe

sekarang kalau teringat still lagi datang mintak nenen cuma masih lagi guna ayat yang sama sambil peluk dan cium dia maka memang x mintak dah..dah faham kot takkan dapat..sudah besar dah anak dara sorang tu ^_^

kek besday yang selepas seminggu baru sempat beli dan celebrate kecil-kecil dekat rumah tok dia
 ni orang eksaited nak potong kek..sambil sebut kek jadi tek..makan kek pun banyak jugak..belum campur menu lain-lain lagi

 kenangan di masa dulu moga akan macam ni jugak untuk anak-anak yang akan datang..Alhamdulillah berjaya jugak target 2 tahun penyusuan tanpa bantuan supplement dari mana-mana produk, hanya berpandukan teknik penyusuan yang betul cuma akhir-akhir nak cukup dau tahun x brapa nak istiqamah dengan jadual mengepam
 hasil di masa awal-awal masuk kerja...insya Allah moga macam ni jugak untuk anak yang lain..masa ni simpan dulu kedua-dua breastpump kesayangan saya ^_^

Monday, December 3, 2012

demam

still lagi x habis passing baton, tapi nampaknya bukan pass baton sebab syaza masih lagi demam, syauqi sahaja yang betul-betul sihat cuma batuk ringan-ringan, makpak dia dua-dua dah berjangkit demam, nak plak hari ni haruss kerja duk lam ekon maka elok makan ubat peluh sekejap, habis effect ubat jadi la seram sejuk, habis meremang bulu-bulu roma di badan, dapat duduk bawah matahari dah nikmat sangat dah...haha

pagi tadi hantar rumah pengasuh dan dapat tau si ibu depa, si ayah, atuk dan si damia pun demam, kesan berjangkit dari syauqi...si budak petah tu ja dah sihat lepas menjangkiti orang lain...haha yang aku kesiankan sebab syaza adalah batuk, batuk teruk yang sampai malam kelmarin muntah sebab batuk teruk sangat...huhu

oh x lupa jugak kesan dari demam si syaza tempias kat mak dia sebab demam dia x lalu makan, dah bengkak susu...aku sangka nak hujung-hujung perjalanan penyusuan ni x rasa kot bengkak susu...huhu dah la masa balik kampung satu botol pun x bawak balik, semalam dan hari ni pam pun masih bengkak lagi...sakit kot bengkak ni, huhu ka sebab tu boleh demam jugak?

harap-harap cepat la demam ni berlalu...lama kot x demam last demam masa lepas pantang hari tu...huhu
kasik tayang muka budak manja yang demam ni


Sunday, December 2, 2012

lobster

minggu lepas which is 27november adalah ulang tahun kelahiran abang saya yang ke 30+ dan masa tarikh tu dia masih lagi di labuan urusan kerja... dan kelmarin baru sempat celebrate kecil-kecilan... kali ni tambah dengan menu special terbang khas dari labuan...which is lobster ^,^ masing-masing dok confuse nak masak apa sebab x penah kot makan dan masak dia...hihi last skali steam dan makan beramai-ramai

abang kata ni sekilo rm150 tapi untuk dua ekor x sampai pun sekilo, jadi la boleh rasa spesies payah nak jumpa dekat sini kan kan...petangnya baru potong kek besday.... oh hari lahir abg saya jugak adalah hari arwah abah tinggalkan kami, tahun ni dah 6 tahun jadi anak yatim, dah lepas 18 tahun kira anak yatim lagikah? haha

baton demam tu masih lagi bersambung, mula dari syauqi pastu syaza pastu encik husband jangan ada sambung lagi dekat aku plak sudahlah...huhu susah hati plak tengok kesayangan aku pakat-pakat demam ni...huhu

ok nak mengemas baju bajan nak balik sp plak...sok mau kerja...dah 4 hari cuti jadi misi tak bertauliah...misi yang paksa rela memberi ubat untuk orang demam, tiga-tiga orang adalah susah nak makan ubat...huhu

Wednesday, November 21, 2012

wordless wednesday...aktiviti kekanak bila balik kampung

sorang dok sibuk nak bg ayam makan selang 5 minit sekali, sorang lagi sibuk main game





Thursday, November 8, 2012

kenit bertiga

sorang dah kemain lagi melompat-lompat, sorang lari2, sorang lagi merangkak...main bola rebut-rebut sambil gelak mengekek, apa yang best tak tau la, nasib malamnya x ngigau...heee

Sunday, November 4, 2012

testing bawak kekanak main boling

hari ni sebenarnya cuti plan nak carikan tadika untuk syauqi sebab tahun depan dah nak masuk 4 tahun maka plan nak biasakan dia dengan alam sekolah plak, jumpa gak tadika best-best tapi since tahun mula tambah tolak darab bahagi semua maka decide try pasti depan rumah dulu, lagipun ada muka-muka dia kenal kan dekat pasti tu nanti, van plak boleh hantar terus sampai rumah pengasuh lepas sekolah

bangun pagi pun kemain awal sebab selain dari cari sekolah jugak kena bawak both kekanak pegi klinik, sorang timbang dengan makan ubat cacing, sorang lagi kena timbang dengan cucuk setengah tahun

kami main boling dekat central square ja, nak try lane baru dekat rumah di sejati tu macam belum buka, terlebih awal kot, park kereta dekat central square pun depan lif, jadi pelanggan first pulak tu..haha ambik dua game tu pun lelah melayan kekanak, sikit lagi syaza dengan mak dia nak jadi bola boling sebab syaza nak pegi try ambik pin boling

total score memang hampeh...haha sila maklum banyak kemudahan longkang yang memang digunakan sepenuhnya, start main pukul 10.30 kot sampai pukul 12 macam tu, best gak pegi awal sebab bawak kenit 2 orang maka lebih space lebih selesa

next time kalau nak pegi lagi kena p awal macam ni jugak dan lebih selesa melayan kanak-kanak, balik rumah syaza trus terlena sebab pagi belum tido, syauqi plak x lena-lena sampai last-last dah lunch, mandi dan makpak tido sama

Thursday, October 18, 2012

setahun 6 bulan

hari ni genap setahun enam bulan perjalanan penyusuan susu ibu untuk syaza..ada lagi enam bulan nak cukupkan dua tahun penyusuan ekslusif susu ibu

harap dipermudahkan perjalanan lagi suku ni, stok dah kais mengais dah...tapi masih lagi cukup untuk syaza sebab dah makan solid ni dah x susah hati sangat

selalu jugak encik laki buli dia time nak menyusu dah pandai marah encik laki x bagi syer nenen dia, balik petang nak nenen siap suruh mama dia baring atas toto, tarikkan bantal, kalau ada sapa-sapa duduk port tu memang dia akan
marah...garang jugak anak dara ni

setakat ni masih lagi tidak bergantung pada apa-apa supplemen dan haeap-harap penuh la dua tahun tanpa supplemen...mudah-mudahan

Wednesday, October 10, 2012

kids

anak korang yang girls ada x melasak macam ni..memang peel kanak-kanak kot nak-nak tengah zaman melasak ni ke anak dara ku ja macam ni

skang ni apa si abang buat semua dia nak tiru..ni masa dekat langkawi tempoh hari dia lagi advance dari si abang kot..mula-mula abang main telefon dia pun ikut, abang panjat kerusi dia ikut jugak, abang dah senyap sekejap main game dia tarik kerusi pegi panjat kabinet..huhu

si bapak melayan ja si anak naik atas tu tapi seriau jugak kalau jatuh, ambik letak bawah p panjat lagi..sudahnya si abang pun nak ikut jugak

p berjalan dah x nak dukung-dukung, feeling besar nak berjalan sendiri

hai la anak

Friday, September 21, 2012

2 orang kanak-kanak

bleh main hat ni pun seronok dah...musim hujan panas ni sesuai la bawak main mainan yang berbumbung ni, nak p taman x boleh

nak p legoland jauh sangat boleh hat ni pun jadi la

Friday, July 20, 2012

tips ajar anak nak berus gigi

ni adalah dari pengalaman aku yang beranak dua ni ja yer... tapi mana la tau boleh jadi panduan untuk orang lain jugak.. hihi

tau tak gigi kanak-kanak seusia 2 tahun sudah boleh rosak atau rongak kalau x diberus setiap hari, dulu masa syauqi kecik-kecik penah la beli silicon tu untuk berus gusi dan gigi tapi anak aku x mau, meraung macam sakit lagi

lepas tu masa peknenkan syaza, pegi ekspo motherhood dekat midvalley time tu borong sakan barang syaza tapi untuk syauqi tak dak... last-last ambik berus gigi brand MAM untuk dia, kenapa MAM? aku pun x tau, mungkin masa tu tengah obses brand tu kot...haha perlu diingat brand apa pun x kisah sebenarnya selagi anak tu rasa selesa

antara perkara aku dan encik hubby buat bagi dia nak gosok gigi adalah:-

1. tiap kali mandi mesti suruh dia gosok gigi.
2. kalau mandi dengan dia tunjukkan yang kena gosok gigi, ni makpak gosok gigi sendiri la, bagi dia pegang sendiri berus gigi dia
3. offerkan untuk tolong dia beruskan gigi dia sambil tunjuk apa dia perlu buat, sampai ke kumur-kumur tu skali
4. jadikan satu rutin supaya dia biasa dan selesa nak berus gigi dia

setakat ni syauqi memang dah ok untuk gosok gigi bila mandi tapi still aku la yang gosokkan, lepas tu kasik la dia gosok-gosok konon dia gosok sendiri, syaza masih dok train sebab bila mintak tunjuk gigi akan sua lidah dia...hihi selain dari bila suruh kumur mesti telan air tu..masih dalam proses nak biasakan dia, tapi apa abang dia buat mesti nak tiru jugak...both ada berus gigi sorang satu, letak ubat gigi untuk kanak-kanak tu

berus gigi syauqi yang sekarang ni brand colgate ja.. ada gambar spongebob dekat berus gigi tu, janji mudah untuk dia pegang

harap boleh la try untuk anak korang jugak, mana tau berkesan kan..kan kasik tayang gigi...dok tunggu gigi geraham bila nak ada
sorang satu berus gigi :)

anak daraku nan sorang

susah hati sebenarnya dua hari ni...huhu sebab bila ambik anak dara ni dari rumah pengasuh susu yang bagi x luak... cuma guna dalam 3 botol tu pun ibu dia cakap syaza minum x habis pun setiap botol... hisap sikit dah x nak padahal awalnya dia mintak nak susu

sekarang ni kalau nak apa-apa dah pandai tarik tangan orang bawak pegi dekat tempat dia nak tu, aktif tu masih lagi macam biasa

petang kemarin muntah plak 2 kali tapi badan x panas pun...kalau sebab nutrigen tu dia muntah dah rasa bersalah plak mak dia ni sebab biasa aku rasa dulu sikit sebelum bagi dekat dia tapi semalam sebab posa bagi ja trus...huhu

hari ni ibu dia cakap susu memang lansung x nak trus... bila offer dia akan gelengkan kepala...balik rumah trus x nak berenggang dengan nenen...macam orang lapar sebulan x makan

nak alih bulan kot ek? ke dah masa upgrade puting? ke susu dah rasa lain? ke rasa diri dah besar cuma nak makan nasi? tapi bila balik kemain lagi direct feeding... musykil di situ

okeh kasi show gambar anak dara ambik gambar diri sendiri...haha plus berangan nak naik motor tu padahal kaki pun x sampai lagi dekat pedal

Sunday, July 15, 2012

hasil tuaian

ni cerita kemarin ni tapi baru sempat nak bercerita, hasil tuaian semasa berkursus di kl tempoh hari, berkat mengepam selang 3-4 jam... daku memang bukan pengepam tegar sebab kalau boleh lebih prefer direct feeding...balik-balik sampai rumah trus cari syaza untuk diect feeding

total hasil tuaian... dalam liner ada 5 liner x 7oz, botol 3.5oz x 5 botol... murah rezeki syaza :) botol untuk bekalan hari ni, liner untuk dibekukan, liner sudah habis, huhu kena tunggu ujung bulan baru beli liner lagi

Monday, June 25, 2012

hujan rahmat

lama ni tunggu hujan....selain dari jerebu tu tapi memang rasa macam dekat 2 minggu jugak area rumah aku ni hujan x turun, pokok pun macam makin kuning

si anak dara tu kemain lagi eksaited tengok hujan...brapa kali panggil baru nak pusing, masih lagi selsema anak dara ni..dah 2 hari hidung berair ja

Friday, June 1, 2012

my kids

ustaz syauqi dan ustazah syaza...kih kih kih

Thursday, May 17, 2012

tok dan cucu

hari ni kira hari terakhir la tok mengasuh si cucu berdua tu...macam-macam hal la jugak bila tok duduk dengan cucu ni..haha kadang tu layan jugak bila tok dok cerita pasal cucu-cucu dia, ye la kan cucu mak aku baru masuk 3 orang kalau nak banding dengan mek aka ibu mertuaku dah nak masuk 26 orang..jauh sungguh la beza..bila sikit sempat lagi terlayan

hari first dok ngan cucu macam ok ja, aku goreng kuey tiow siap-siap pagi tu...encik hubby cuti tapi pegi training untuk sukan weekend..balik petang tu syauqi dok tido kat depan, syaza lam bilik..tok kata syauqi x mau tido...dah paksa pun nak tido depan tv jugak...aku pesan la budak tu kena paksa tido lam bilik baru cepat lena..kalau x macam tu la dah kul 5 baru nak tido petang..malam macam rutin biasa balik...abang aku datang rumah plak malam tu...tapi still tido waktu biasa jugak

hari kedua x sempat masak apa-apa untuk breakfast, encik hubby belikan nasi lemak, mee untuk syauqi...syauqi x makan pun mee, tok kata syaza plak makan ayam, tok makan nasi saja..tapi cucu punya pasal ok ja...susu minum 3 bekas ja..tok plak kalau cucu x mau bukan dia nak paksa sangat

hari ketiga..en hubby beli nasi lemak 2 bekas...sampai petangnya mak aku x masak..reason kenyang sampai petang...dok gaduh nasi lemak bukan lauk ayam...cucu dia x leh dok usung ayam macam sebelum tu...sepetang dok bercerita pasal cucu-cucu dia, apa syauqi buat, apa syaza buat..dok kata syaza bagus la apa la, syauqi plak asyik dok x mau buat bila disuruh

hari keempat...aku balik dua-dua dah sambut depan pintu...moment paling best kot bila balik rumah...petang ni kena upah apa-apa la dekat dua orang tu...hihi petang ni apa cerita plak tok dengan cucu tu...sorang makin petah bercakap sorang lagi dok tunjuk-tunjuk apa dia nak..bergaduh pun ya jugak, kalau buas main sesama pun ya jugak...karang jap lagi boleh la tok rindu-rinduan cucu plak minggu depan

Monday, May 14, 2012

bukan rezeki kot

tadi pagi gigih ni pegi nurseri yang dekat dengan ofis sebab nak tanya kalau-kalau boleh nak letak kenit berdua tu dekat situ..tapi agaknya bukan rezeki kot, cikgu situ cakap dah penuh then kalau nak daftar pun untuk tahun depan boleh la kot...hukhuk bukan rezeki kot syauqi dan syaza duduk situ...sambil-sambil tu aku tanya la jugak hal-hal dekat taska tu

dekat situ ada taska dan jugak tadika..taska untuk bawah 4 tahun..kalau nak letak anak kat tadika dan jugak taska pun jugak boleh sebab dalam ruang yang sama ja..taska kanan, tadika kiri, kalau hantar anak lebih dari sorang ada jugak harga diskaun...kalau tadika rm100 untuk separuh hari, full day campur daycare jadi rm240, tu untuk pukul 7pagi ke 7 petang..kalau ambik awal pukul 6 jadi la rm220..kalau hantar 2 orang anak jadi la rm180 kot sorang...

dan bila jawapan dia kata dah penuh aku rasa macam lega..eh bukan patut sedih ka? haha tapi masa aku tengok condition kat situ aku rasa x best..kenapa? yang tu aku x dapat nak pastikan..sama ada bukan dari bayangan aku ataupun memang lumrah tadika memang macam tu

masa aku sampai tu ada ramai la jugak budak-budak kat situ mungkin ada yang half day ada yang full day tapi suasana agak bising bila dah ramai-ramai, taska plak cuma ada 3 orang cikgu untuk 22 orang kanak-kanak, tempat bagi aku agak sempit dan pendapat aku jugak macam x selesa nak belajar...kalau tahun depan plan nak masukkan syauqi ke tadika mungkin bukan jugak disitu kot

apapun kena cari plan b plak..tadika dan taska lain...ada suggestion kah untuk area sungai petani ni???

Thursday, May 10, 2012

hai la pengasuh part 2

wah dah berpart-part pulak kan...itulah orang bagi cadangan kat aku hari tu tapi masih lagi berlembut...makin lama macam aku rasa makin x sudah jugak..dan aku rasa pun dia x tau yang aku ni x suka part-part cuti mengejut ni..bukan aku ni kejam ok..bukan aku x ada rasa tapi aku jugak ada kerja..huhu

alkisahnya kemarin tengah dok serabut hal keja tiba-tiba pengasuh depa mesej..aku kalau dapat mesej dia time ofis hour memang aku dah cuak semacam..mesti ada hal la kan..x kan seronok-seronok nak tanya aku buat apa plak..dia sms mintak kalau boleh nak aku ambik kenit 2 org tu awal, dan nak cuti keesokkannya...wah macamkan aku pegi pasar yang bila-bila masa boleh balik je kan..reason dia ayah dia masuk wad..ok reason macam boleh terima tapi senang je kan nak cuti mengejut macam tu...

akal jahat datang..aku kata x boleh, reason aku ada meeting, habis cepat pun 4.30petang, dia kata ok sempat kemas apa patut...dan pukul 2 camtu dia sms plak x pe la ambik cam biasa pun, esok hantar la dulu nak ambik cuti ahad isnin la, boleh jaga ayah lama sikit..wah kan macamkan kalau dia cuti tu aku leh ja bawak anak2 aku tu pegi ofis dok congok kat ofis aku tu...serius aku dah tensen time tu..apa pun aku x balas

bincang dengan ofismate, encik hubby dan jugak my mom trus decide cari taska, kalau dapat end of this month saja tempoh kent berdua tu duduk dengan pengasuh..lepas tu duduk taska je la..ramai pun x pe la leh berkawan kan, kalau jauh dari rumah pun x pe la, janji mudah aku nak terjah...tapi kena tengok hasil carian dulu la..kalau x dapat kena la aku redha sampai hujung tahun ni..menambah kan lagi sakit kepala pikir hal ni...hukhuk

serius kemarin lepas dia sms macam tu terus aku x jadi apa satu pun keja...hukhuk suka sangat nak sms time ofis hour, suka suh ambil awal la, nak cuti mengejut la..serius semua tu aku x leh terima, belum lagi sms komplen hal kenit berdua tu yang bagi aku hal-hal small matter ni...

moga Allah permudahkan urusan aku kali ni...amin

Friday, May 4, 2012

syaza besday party

sebelum dok bertangguh sampai besday syauqi plak satg baik aku upload dan siarkan gambar...haha banyak sangat bertangguh ni, besday syaza 18hb4 hari tu tapi sebab aku kena pegi kelas weekendnya makan tangguh ke 28hb..haha sempena bersih ka? dak2 cuma masa tu aku free pun
menu hari tu..tapai ngan ketupat mak aku bawak, soto, nuget, chicken fries sebab kes tengok iklan lam tv terus tergoda dan beli, haha pastu kek la semestinya, buah tembikai dan bihun goreng..masa ni bihun dok atas dapur lagi
mak aku la tukang goreng ni...aku kalau setengah bungkus pass la kot nak goreng, lebih dari tu aku surrender dah la
kek untuk besday girl...tapi syaza x jamah pun sebab hari tu still demam, cuma nenen dan nenen saja..lain semua x layan pun, nuget pun makan sikit ja buang lagi banyak dari makan..bersepah rumah dia cubit kecik-kecik dan buang
syauqi dan syazwan yang macam anjing dengan kucing..x leh jumpa asyik nak bergaduh, kalau x jumpa rindu-rinduan la plak..nyampah aku
besday girl yang x boleh letak...nangis ja manjang...last skali aku buh lam buai bagi tdo..lena sungguh sampai kul 3 lebih kot baru bangun buat perangai balik
dengan papa yang dok x mo, x mo bla aku ambik gambar
see nak ambik gambar pun x mau senyum dah...ada lagi 2 keping aku snap tapi dah cebek semacam ja..huhu hai la anak

dengan orang jauh...dari bangi tuh..hehe suka aku jumpa member blogger ni..selalu pegi rumah di alam maya ja..ni jumpa tuan punya blog dengan imaan n nouri...behave sungguh nouri..sepanjang dok rumah aku x dak lansung kuar sora dia..karang kalau balik kedah lagi singgah la sp naa..
ni last dah petang...kul 7 lebih dah..si bapak rajin sambil kemas-kemas offer budak 2 orang ni nak mandi kolam dak...x yah tanya la kan bukan main excited dah la...riuh kemain lagi mandi kolam skali ngan bapak dia pun lencun sama

tips untuk nak buat party kecil-kecilan jugak:
1. buat menu yang senang-senang ja, skang ni banyak dah yang segera-segera ni...boleh ja guna dan jimat masa...leh prepare masak-masak sendiri
2. bekas air ngan kuah sup memang aku beli, kalau ada member dah ada boleh ja kot pinjam...aku beli sebab karang nak buat lagi dah mudah dah, bekas makanan skang banyak gak pakai buang, senang x yah basuh membasuh dah
3. jumlah makanan ikut panggilan kut, contoh cam aku hari tu panggil member, jiran2, sedara cuma guna ayam 2 setengah ekor ja...tu pun lebih jugak, bihun goreng 2 bungkus, soto 10 bungkus ja...next time kena tukar menu laksa plak kot.hehe
4. aku x prepare pun goodies bag sebab banyak yang datang bukan kanak-kanak tapi mak bapak budak dah maka x yah la goodies bag ni
5. oh hari tu masalah space nak hidang...mungkin kena pikir ruang tambahan nak letak makanan

selain dari tu lain-lain adalah ok bagi aku...seronok jugak buat makan-makan ni...kena plan lagi lain kali

Monday, April 30, 2012

serius terasa

syaza adalah tidak sihat..hari jumaat badan mula dedar-dedar dan sampai hari ni still demam..semalam dah mula batuk-batuk tahap extreme yang macam nak terkeluar anak tekak...air masak lansung x mau minum sejak kemarin, menambah lagi teruk keadaan kerongkong dia, maka hari ni mak dia sambung cuti bawak pegi klinik kanak-kanak...

perjalanan nak ke klinik yang dalam 15 minit dari rumah tu dah mula drama dah si adik la sebab x nak duk lam carseat, badan x sihat, abang cuit sikit pun dah melolong bukan main...nak mak dia peluk, maka aku kena drive sebelah tangan sementara nak sampai, nasib si abang main-main ok ja dalam kereta

dalam klinik plak, masa menunggu memang melampau punya lama...dekat 2 jam la jugak menunggu nak jumpa doktor, syaza dah mula boring, plus mengatuk, tido pun sekejap tapi x puas, si syauqi melasak macam biasa, ada pondok dalam tu, aku bagi dia main sorang-sorang, agak jauh gak dari penglihatan aku, tapi boleh dengar suara dia melasak tu..aku cuma seriau ja kalau dia buat anak orang, maka dok jenguk-jenguk tapi ada pun cuma dia ajak main macam tu ja

lepas 2 jam tunggu baru turn syaza, aku masuk jumpa doktor, syauqi duduk luar main dengan sue yah dia teman,syaza sebab ada kahak doktor suggest bagi nebulizer untuk cairkan kahak..first time oh rasa pegang anak kena nebulizer ni...macam nak kena sembelih ja kelupur bukan main..siap lepas habis neb tu aku peluk trus tertido, badan sebelum kena nebulizer 37.3, lepas neb doktor check balik dah jadi 38.1..demam balik aku rasa sebab terkejut dengan mesin tu..haha

kuar dari bilik doktor aku pegi duduk depan sebab dekat dengan tempat ubat, jugak dekat dengan tempat syauqi main pondok-pondok tu, syauqi dok ngendeng dekat pompuan cina ni, sebab anak dia dok main iphone, tiba-tiba aku dengar pompuan tu kata kat syauqi " go away, this is not a public place" serius time tu aku terkejut plus terasa..eh tu anak aku tau cakap lebih kurang macam tu..syauqi cuma pegang bahu dia sebab nak tengok budak tu main iphone..kalau ya pun nak kata macam tu..plus tu kat klinik bukan rumah ko...

trus aku tarik syauqi cubit sedas dua sambil cakap, orang x suka kat hang syauqi oi x yah dok dekat sangat...syauqi plak memang jenis x paham bahasa dok jerit "nak dok situ" means sebelah pompuan cina tu...memang aku bengang dan aku rasa dia x syak awal tu aku ni mak syauqi tu kot, boleh cakap lebih kurang macam tu...x pa la tengok nanti kalau orang cakap kat anak dia lagu tu..apa dia nak rasa...serius aku memang terasa, kalau syauqi p tarik iphone anak dia aku boleh accept tu memang kurang ajar, ni cuma nak ngendeng pegang sikit dah cakap lebih kurang, kalau orang besar bleh la paham, ni budak x makan saman macam tu...aku kata kat en hubby pasni beli la tab kat syauqi tu, at least x la nampak jakun sangat, tengok orang main iphone pun dan ngendeng bukan main


Wednesday, April 18, 2012

hepi besday syaza

kejap saja dah setahun..dah berjalan kedek-kedek nampak macam x stabil tapi laju la jugak, tapi kalau nampak mama ke papa still sua tangan mintak dokong..manja lebih dari si abang..kalau bab berebut barang dengan abang kemain lagi..siap jerit-jerit nak menang tapi kalau dah kalah nangis-nangis mintak bantuan..hihi

tido macam biasa still nak peluk-peluk..slalu dok tengah la antara papa ngan mama sebab tangan tu mesti depang luas-luas raba bagi dua-dua ada kat sebelah..slalu gak si papa tertindih tangan kecik tu...vocab dah makin banyak selain dari dah pandai bebel-bebel dalam bahasa baby dia..kalau nak sumtin pandai dah tunjuk dengan jari tunjuk tu...dah pandai minum air guna straw...ni rasa dari bulan lepas kot

hopefully membesar dengan sihat dan bijak jugak macam si abangnya...suka tengok budak-budak membesar ni...selain dari melayan derang bercakap..tiba-tiba rasa macam nak tambah baby lagi..aci dak? hehe tapi berangan je la kan dulu sebab ada tempoh lagi 2 tahun untuk berehat bersama implanon ni..hihi
time ambik dari rumah pengasuh ja dia duk dalam carseat ni..time lain dah x mau dah..perasan diri tu besar
suka bawak lari remote control tv dengan remote astro gak...tengah sedap layan channel apa-apa selalu ja dia tekan jadi channel lain..kita sembunyi dekat mana-mana gigih ni g cari nak ambik balik
ni cubaan mintak didokong..kalau x layan jerit la sekuat hati
cubaan ambik gambar...time ni dia x perasan lagi
dah sedar mama ambik gambar..senyum kemain lagi..nampak gg bawah dua batang, sebelah atas baru nak naik lagi 2 batang..lambat jugak la gg dia naik
cubaan merebut kamera...muka comel :)
dah berposing plak...hihi

kejap ja dah setahun...macam baru ja lahirkan dia

p/s: sedar x sedar dah berjaya setahun fully breastfeedkan dia..leh claim degree dah in breastfeeding :)