Monday, April 29, 2013

syaza dan weaning off breastfeeding

as salam...

konon nak cerita pasal 2 tahun penyusuan yang indah itu tapi sebab x berkesempatan maka di upgradekan jadi cerita pasal weaning off sajalah...huhu

mula dulu masa dok fully bfkan syaza ada jugak terfikir macam mana nanti nak stopkan dia...sebab asal mak dia baring ja, datang la mintak nenen, asal mak dia dok depan laptop pun datang jugak mintak nenen, nak tido semestinya cari jugak candu dia tu, dalam kereta pun sama jugak...kiranya sebelum nak stopkan dia, dah berbulan-bulan dok pikir hal ni, tapi lastly fikir balik dulu mula pun x dak plan apa sangat kan, maka nak stopkan pun biarlah biasa-biasa saja..let go with the flow, bila tiba masa ikut saja rentaknya

hari jadi syaza jatuh pada 18hb april yakni hari khamis, kira hari rabu last day la usung beg pam kehulu ke hilir, hari khamis dah free dari proses biasa tu, hari jumaat plak dah sibuk prepare nak pegi kelas...x dan la nak celebrate besday ke apa pun, yakin ja pegi kelas x bawak kotak tong ais ala-ala orang p memancing tu, skali kena bengkak susu, pam la jugak tumpang peti ais dekat hotel

balik dari kelas masih lagi bagi susu dekat syaza, tapi direct feeding, hasil bengkak susu tu kira bekalan last hari isninnya...proses wean off betul-betul hari rabunya memang direct x bagi lansung, x ada cari ubat nak putus susu atau letak apa-apa pun..cuma kerap cakap dekat dia "adik dah besar, x boleh minum nenen lagi, kena minum susu dalam botol" aktiviti menangis adalah normal, siap merajuk p dok mengadu domba dengan papa dia perihal mama x mau bagi nenen dekat dia


tengah malam adalah proses yang meruntun jiwa la kot, menangis nak nenen siap nak selak sendiri baju, tapi tetap guna ayat yang sama, sambil peluk dan cium dia...awalnya menangis dan marah x mau peluk, tapi terlena jugak...susu dalam botol memang x layan la bila tengah malam, kalau buat pun x berusik

hari khamis pun sama jugak..kira 2 hari permulaan weaning off memang meruntun jiwa kalau hati x cekal memang gagal jugak...hari jumaat dah makin baik, sehari duduk dengan dia di rumah pun x dak proses menangis merajuk dah, bila dia mintak cuma cakap dia dah besar, x dak nenen..dan dia akan mintak susu dengan sendirinya

satu kebaikan yang sendiri nampak la dari proses ni, bila tido malam memang tido dia lebih nyenyak, x terjaga dah malam, mungkin sebab dah 2 tahun kot, berbeza syauqi dulu wean off sebelum 2 tahun, satu malam 3 kali bangun bancuh susu

makan lagi banyak dari biasa, dulu mungkin kenyang dengan minum susu dan kurang makan, tapi waktu makan sekarang lagi banyak dari biasa (potensi nak lagi bulat dari sekarang yang memang bulat pun)

tido lagi mudah, mak dia pun tido lagi lena..tak lagi bangun dengan sakit belakang, cuma 2 hari awal tu ja tido x lena sebab syaza mengamuk malam-malam nak nenen tapi x dapat, siap merajuk p tido dengan papa dia, peluk papa tapi tangan pegang tangan mama...hehe

sekarang kalau teringat still lagi datang mintak nenen cuma masih lagi guna ayat yang sama sambil peluk dan cium dia maka memang x mintak dah..dah faham kot takkan dapat..sudah besar dah anak dara sorang tu ^_^

kek besday yang selepas seminggu baru sempat beli dan celebrate kecil-kecil dekat rumah tok dia
 ni orang eksaited nak potong kek..sambil sebut kek jadi tek..makan kek pun banyak jugak..belum campur menu lain-lain lagi

 kenangan di masa dulu moga akan macam ni jugak untuk anak-anak yang akan datang..Alhamdulillah berjaya jugak target 2 tahun penyusuan tanpa bantuan supplement dari mana-mana produk, hanya berpandukan teknik penyusuan yang betul cuma akhir-akhir nak cukup dau tahun x brapa nak istiqamah dengan jadual mengepam
 hasil di masa awal-awal masuk kerja...insya Allah moga macam ni jugak untuk anak yang lain..masa ni simpan dulu kedua-dua breastpump kesayangan saya ^_^

5 comments:

  1. puas betul syaza bfeeding kan, sampai dua tahun...syabas mama :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengah jalan macam nak terkandas tapi demi nak cukupkan jugak 2 tahun nasib la berjaya jugak

      Delete
  2. Alhamdulillah..
    In Shaa Allah Mimie pn nak cuba bf smpi 2thn 2nd baby ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah boleh punya...asal betul cara dan kena betul2 rajin ikut jadual mengepam tu

      Delete
  3. farish baru setahun tapi i duk terbayang dah cmne la nak wean off nnti...ntah2 i yg sedih...hihi

    ReplyDelete