Showing posts with label ads. Show all posts
Showing posts with label ads. Show all posts

Wednesday, June 8, 2016

rekaan koleksi tudung terkini

anda sibuk?
tak sempat nak pegi kedai nak beli tudung?
tapi tudung dah outdated nak kena beli baru?
 Pemakaian tudung bagi wanita Muslim adalah sebahagian daripada tuntutan agama yang mewajibkan wanita menutup aurat. Sejak dahulu lagi terdapat pelbagai jenis tudung yang dipakai oleh mereka di Malaysia. Namun terdapat rekaan koleksi tudung terkini yang lebih moden dan sesuai dengan trend fesyen terbaru. Kemunculan kelompok hijabista yang mementingkan fesyen dalam penampilan mereka memainkan peranan yang amat penting akan peningkatan nilai pasaran tudung di Malaysia.

Selain itu, pereka-pereka fesyen tempatan yang peka dengan keperluan kelompok ini juga berani memberikan sentuhan menarik mereka dalam memodenkan rekaan tudung. Penambahan dalam jumlah blogshop dan online shopping website yang lain juga menyumbang kepada popularity pakaian tradisional wanita online.

macam-macam fesyen tudung boleh anda jumpa contoh tudung instant, shawl, tudung bawal dan lain-lain lagi

Mereka menawarkan koleksi trendy scarves online dengan pelbagai warna dan rekaan untuk anda. Mengambil keperluan untuk tampil anggun dan moden, cuba tambahkan aksesori dalam stail anda. Namun harus diingat ada pepatah mengatakan ‘less is more’, adalah lebih baik untuk meminimakannya agar tidak terlalu nampak ‘berat’ dan ‘disturbing’.

Padankan tudung ringkas dengan printed blouse atau baju kurung moden dengan tudung bercorak bunga-bungaan. Dapatkan juga yang bercorak tribal, geometrical atau urban di butik tudung online. Dengan adanya tudung print yang berbeza adalah lebih mudah untuk anda menggayakannya mengikut gaya personaliti anda sendiri.

Sempena perayaan Hari Lebaran yang akan datang ini anda pasti akan dapat lihat banyak koleksi tudung terbaru yang ditawarkan dalam pasaran. Di merata-rata tempat pasti ada yang menawarkan pelbagai pilihan tudung terbaru. Jadikan sambutan Hari Raya anda lebih bermakna dengan memadankan tudung terkini anda bersama baju raya pilihan anda agar kelihatan lebih menyerlah pada Hari Raya Aidilfitri 2015 ini!