skang ni macam jadi trend kan gaduh2 lam belog...si a kata si b, pastu c plak sokong trus komen2, post kata2 pastu wat report polis...owh memang scary harap2 dielakkan aku dari terjebak kancah macam ni...siyes aku memang x suka orang marah aku...even nak bergaduh ngan orang ni memang x best sebab ending dia sangat x best...aku penah merasa macam mana bergaduh dan ending dia biarpun dah bertegur sapa tapi dah x macam dulu...tegur tapi kesan efek bergaduh tu masih berbekas dalam ati...
tapi aku bukan bergaduh dalam belog ye bukan-bukan...aku gaduh kat real yang which is lagi scary...kalau sebelum tu memang ada yang gaduh2 biasa yang takat2 masam muka, aku pegi kanan pastu ko pegi kiri...pastu delete list nama dari friendster
sebab zaman ni friendster kan glemer pastu kutuk2 belakang, ish minah tu bla bla bla masa ni memang minah tu la yang paling keji konon diri sendiri sangat suci murni
gila keji pastu dah lama 2,3 bulan tegur balik trus baik kamceng macam x penah ada apa2 gila keji perangai macam tu...miahaha tapi tu la kot cara kami untuk elak dari berperang mulut kot
tapi bila jadi satu ketika kutuk2 belakang dah terlampau banyak pastu perasaan menyampah dah x terbendung trus bersua muka...biasa la bila bersua muka si batu api mesti nak defend diri kan trus la jd x tentu arah si batu api tu kan...dan yang jadi mangsa keadaan adalah kedua-dua pihak...team a x memang team b pun tidak...dua2 dapat rugi dua2 hilang kawan...even sampai sekarang suasana adalah hambar...kejadian bergaduh tu dah hampir 5 tahun kot berlalu tapi kesan dia sampai sekarang hubungan masih lagi hambar...rugi kan?
owh aku masa tu dalam salah satu team lah...yang jadi loser tu...dan sampai sekarang aku masih x berbaik dengan loser team lagi satu...bukan x berbaik maksud x bertegur sapa cuma x berbaik dalam erti kata kawan yang macam dulu...mungkin kata orang tua-tua 'kerana setitik nila rosak susu sebelanga' dan kerna satu peristiwa habis hilang semua memori indah yang satu belanga itu...
dan ku rasa biarlah berharmoni dalam berbelog kerna setiap individu itu Allah jadikan berlainan sifatnya, berlainan perasaannya, setiap orang ada pendapat masing2, even kalau si ina kata 'bunga taik ayam itu busuk', tapi si ani mungkin kata 'bunga taik ayam tu wangi'...dan mungkin si ina kata 'mamat tu hensem gila' t
aste dia la kot kan tapi mungkin si ani kata 'owh mamat tu huduh gila, hitam plak tu apa la yang si ina tu minat sangat...'
pendirian aku? aku x nak terlibat dalam mana2 pergaduhan biarlah mereka, aku bukan di tempat mereka x nak mau ambil tahu...kita x berada ditempat mereka dan merasa apa yang mereka rasa dan dengan itu aku ambil sikap tidak ambil peduli dan x nak tau...boleh x macam tu...hehe
footnote: dalam mood muhasabah diri