sebelum ni aku x pandai jugak bab-bab ni...bila travel je gelabah cari hotel yang ada peti ais...bila x dak mula la gelabah macam mana nak pastikan susu anak menten sejuk...huhu lepas banyak google-google blog ibu-ibu lain yang menyusukan anak dan jugak selalu travel dari ctu aku belajar
mula-mula bagi show off dulu tuan punya susu...galak budak ni pantang orang agah mesti senyum dah la mulut banyak...suka sangat bebel ntah apa-apa, dok sorang-sorang leh membebel, nak menyusu bebel, dah menyusu nak terlena pun bebel jugak...mulut banyak sungguh
sebenarnya kalau nak travel tapi masa tu ongkos lam poket x banyak x perlukan kos banyak pun...mula-mula dulu aku guna kotak ais ni ja...kalau kat tesco atau giant boleh beli RM6 kot satu...letak botol susu, pastu tabur ais ketul, dan option tambahan boleh tabur garam bagi suhu sejuk tu tahan lama...aku buat macam ni tahan untuk 24 jam atau lebih x payah dah masuk lam peti ais...lepas tu boleh tukar ais tu masukkan ketul ais baru
ni plak dah mampu cikit aku beli kotak cantik sikit, dekat tesco dalam RM60++ dan kat giant aku x sure berapa tapi rasanya harga nak sama kot tambah tolak ckit la...rutin yang sama gak aku buat...susun susu, kali ni tambah bubur syaza, then tambah ais ketul...dan rasanya nak lebih kurang je daya tahan ais tu...cuma bekas lebih cantik dan mudah nak dibawa
ni plak memudahkan encik hubby kasi syaza minum susu dan makan bubur time mama dia masuk kelas...beli masa zaman syauqi time tu RM149.90 dekat kedai baby...sekarang lagi murah kot...ada yang x sampai RM100 pun...syaza ada dua warmer, satu yang 2in1 untuk aku guna bila travel sebab boleh plug in dalam keta, satu lagi yang cuma boleh plug dekat rumah...yang tu beli masa motherhood expo dekat midvalley hari tu satu set dengan sterilizer...warmer kasi dekat pengasuh guna...sterilizer sendiri guna kat rumah
satu lagi pesanan...kotak ais tu kena letak dalam tempat sejuk yang mana masa travel letak kat dalam keta bukan dekat bonet...sebab belah dalam keta ada aircond x lah cepat ja ais tu mencair...tapi ada gak aku berenti makan tinggal kotak ni lam keta...suhu masih lagi ok
Tuesday, October 25, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
dimana ada kemahuan disitu ada jalan kan :)
ReplyDeletekeep on breastfeeding!
bestnya tgk org bawak bem stocks. saya ni ha... stok ciput, lg2 dah pregnant ni. mujur la takde emergency yg kena tinggal fahim lama2. most of the time, mmg bagi direct feed dan stock ebm yg ada kat rmh, cukup je utk keperluan si tecik tu.
ReplyDeleteiydzar: breastfeed tu mudah ja sebenarnya...janji betul cara..
ReplyDeleterosie rose: pregnant memang drop susu...salah kes pz serik nak peknen sebelum anak 2 tahun...zaman syauqi dulu2, sampai menitik air mata sebab anak nak susu tapi susu x dak...huhu
nak ty,tabur garam tu garam halus ye?berapa bnyk?
ReplyDeletegaram halus tu agak2 bg selaputkan ketul ais...tabur ja tp jgn sampai garam over dari ais
Delete