Monday, October 24, 2011

pengalaman itu memang berharga

ada sorang best friend aku penah bertanya..."ang kerja, belajar pastu ada anak lagi...macam mana ang handle masa?" soklan bonus tu sebabnya aku pun tidak tahu..haha jawapan aku pada dia mudah sahaja "nanti ang ada anak ang tau la" ohh "ang" tu maksud "hang" dalam bahasa kedah atau bahasa baku adalah awak atau kamu

sebabnya masa first sambung belajar aku baru mengandungkan syauqi then lepas bersalin di hari ke 30, aku kena menduduki peperiksaan...nasib aku di kira baik sebab sambung belajar pjj dekat uitm yang mana banyak cawangan dia dekat malaysia ni...aku berpantang dekat kuala nerang pastu menumpang exam dekat uitm sungai petani yang perlu travel cuma 2 jam perjalanan...kira nasib baik lagi la kan, sebab aku penah juga dapat message dari facebook sorang teman ni tanya macam mana nak apply pjj course yang aku ambik sebab dia ambik pjj usm tapi kena masuk kelas intensif 3 minggu(x sanggup aku berpisah dari anak 3 minggu...x rela sungguh)

then rezeki Allah untuk aku, mengandung lagi anak ke2, di semester ke3(kalau ikut uitm aku semester5) dan ulang balik rutin sebelumnya, hari ke14 berpantang kena travel untuk ambik exam...(pastu trus pasang implan sebab serik nak study dengan anak keliling aku..haha) sampai ada pensyarah aku penah cakap "eh tiap-tiap sem i jumpa you mesti you pregnant...masa bila yang you x pregnant?" ye lah encik lepas ni saya tunggu konvo baru pregnant balik...hihi

kadang ada jugak rasa penat sambung belajar ni...tapi bila fikir nanti bila anak aku mengadu belajar tu payah x kan aku nak cakap dulu aku pun belajar separuh jalan...ohh tidakk maka biarpun susah aku kena kuatkan hati...lagi 2 tahun setengah sebelum boleh rehat dari penat ni..huhu dan sungguh la pengalaman itu lebih banyak mengajar aku sebenarnya...

nanti bila anak-anak dah besar bolehla aku cerita macam mana aku sambung belajar masa derang masih kecik...dan jugak pengalaman orang yang x berapa sukakan budak-budak ni menjaga anak...sungguh lepas dapat anak baru aku belajar sebenarnya...sebelum ni nak pegang baby pun aku x pandai!

maka jawapan aku mula-mula tadi lebih meyakinkan aku.."nanti ang ada anak ang tau la" hihi buat kawan aku tu... next sem boleh la rasa yer...hihi owh kawan aku ni sambung jugak course aku dan bakal dapat anak tahun depan...masa tengah sem...mungkin jugak ambik exam cam aku dulu..dalam pantang...p exam pakai stokin ngan sweater dengan duduk kepit-kepit, tengah jawab exam rasa bengkak di dada sebab tinggal anak kat mak kat kampung...ko ada?? hihi

4 comments:

  1. kami mmg tabik la kat ampa..kami mmg nk sambung master, tp kami rasa mcm penat lak..huhu..niat dan semangat berkobar2 tp ntahla..huhu

    ReplyDelete
  2. tahniah.. kak pon x penh rasa pengalaman mcm ang adik oiii

    ReplyDelete
  3. betul kan.. bila dah ada anak, insyaAllah ada je jalannya... buat apa pun sbnrnya takde had. diri sendiri je sebenarnya kena kuat sikit. :) untung tau anak2 yg ibunya msh blaja ... kan?

    ReplyDelete
  4. cik ah: x pa ampa ada degree dah...kami br terkial-kial nak merasa degree

    mama eiqa: x pa ang sambung gak ang tau la...hihi

    rosie rose: pengalaman tu berharga nanti leh cerita kat anak-anak...kan? kan?

    ReplyDelete