Saturday, October 29, 2011

cabaran membesarkan anak

wah baru anak dua dah bising-bising kan..orang lain anak sebelas x kecoh pun..haha tu derang la kan...aku ni anak dua pun dah semput...harap-harap dapat la lagi 3 tahun baru naik jadi 3 kot...huhu bagi chance kat aku besarkan dua orang ni dulu...

ku rasa bila tenung balik pikir-pikir dalam-dalam, aku ni memang x sesuai kot jadi fulltime housewife..huhu sebabnya bila satu hari suntuk duduk bertiga kat rumah dan bila petang menjelang, hasilnya aku adalah stress...dan bila stress mood adalah down...tapi nak x nak still kena la melayan...sorang tu lansung aku x leh hilang...bukan pegi jauh pun...even kalau aku bangun untuk simpan toys ke apa walaupun masa tu aku kat depan dia tapi x bersentuhan dengan dia, dah melalak macamkan orang sakit...huhu stress mak ni nak, padahal kalau ada sebelah boleh je dia menjoyah sambil main-main tu


dan lagi sorang pulak ada la saja benda nak dibuat...tengah aku solat datang baring melintang depan sejadah(lagi sorang pegang kaki sambil meniarap), pastu aku dok asyik baring menyusu sambil tengok tv boleh plak dia tutupkan tv tu, dok ralit-ralit aku tengok senyap ja rupanya main telefon rumah, pegi telefon sapa ntah..orang sana dok hello, hello dia pun hello,hello jugak...dok diam-diam skali tengok dok tuang bedak ngan baby oil konon nak sapu bedak kat muka dengan baby oil letak kat rambut tapi kat lantai yang lebih la(nak hensem tu adalah perlu), bagi makan nasi ngan minum air skali pegi tuang air masuk lam nasi...tu blum kira dia membuli adik dia...aku g sidai towel dia leh gigit jari adik dia, berebut mainan leh tampar kepala adik kuat-kuat...dan the list goes on....


tapi tadi selepas dah tdokan dua-dua bila tengok muka rasa sayang itu menebal dalam hati...rasa plak masa yang ada skrang ni x cukup pun aku spend dengan mereka...aku cuma ada 2 hari full untuk spend tu pun kalau aku x dak kelas hujung minggu...hari lain cuma waktu malam saja...hanya 3,4 jam sebelum derang tdo...syaza plak malam tdo awal, pukul 8 dah ngantuk, syauqi plak kul 10 habis lambat dah...huhu sungguh masa itu tidak cukup untuk tengok derang membesar...

kadang bila terkenang bila tingkah laku mereka boleh buatkan senyum sorang-sorang...si abang kalau wat perangai sikit..kata x nak kawan trus la buat cebek (juihkan) mulut pastu gaya-gaya nak menangis, si adik plak kemain dah nak main macam abang...kadang abang buat aksi naik beskal pun boleh mengekek gelak...tapi dengan syarat mama tu kena ada sebelah la...kalau bangun otomatik gelak tukar jadi raungan...otomatik gear 4 trus...haha

apa-apapun sungguh la mama sayang korang, harta yang paling x ternilai untuk aku...dua orang anugerah juga amanah yang paling besar untuk aku

2 comments:

  1. dua beradik ni muka sebijik. carbon copy betul la.
    tapi memang la kan, nak raise anak anak ni memang menguji kesabaran sungguh. masa marah, memang la kita marah. tapi kalau kat tempat kerja, bila teringatkan diorang, memang kita boleh senyum sorang sorang

    ReplyDelete
  2. bila anak2 semakin membesar lagi mencabar nak jaga emosi dan psikologi mereka:):)

    ReplyDelete