Showing posts with label eksiden. Show all posts
Showing posts with label eksiden. Show all posts

Wednesday, July 25, 2012

tayar pecah

ni kejadian hari jumaat petang yang lepas tapi baru ada kekuatan nak bercerita...huhu ampun la gambar kemain lagi publish tapi cerita nan ado

aku masa tu on the way nak balik kuala nerang dari sungai petani, baru lepas RNR gurun dan dekat area bukit jenun tu ada bunyi kuat pastu macam keta goyang-goyang...masa tu terfikir apa jadi peluk syaza kuat-kuat

ambik masa dalam 5 minit jugak la untuk encik hubby keluar, kena tenangkan diri dulu..aku pun keluar jugak tengok nampak tayar belakang pecah, skirt ke bumper eh nama dia tu dah terkoyak plus cover lampu dah pecah jugak *hati pun rasa terkoyak masa tu...huhu

call abang aku kot-kot dia balik jugak tapi katanya tengah keja, call plus mintak bantuan, ada plan nak tukar sendiri tapi dua-dua laki bini x pandai...haha dok confuse nak putar kiri ka kanan

masuk balik lam keta x lama ada keta saga putih berenti belakang tanya apa masalah dengan keta, mintak jack apa semua nak tukar, dalam brapa saat ja dia longgarkan nat yang tadi kami dok confuse kiri ka kanan tu, elok dah longgar nat tu x sempat nak jack trus peronda plus sampai...orang tadi trus masuk keta dan blah

plus kata ada eksiden sebelum sampai alor star selatan dan depa nak p tengok sana dulu, dia buh kon belakang dan katanya try la tukar dulu kalau x berjaya gak japg dia datang balik

rasa nasib baik tadi keta putih tu kan dah longgarkan nat tu tinggal nak jack dengan tukar tayar ja... tu pun dok confuse gak kiri ke kanan...haha first experience ni encik hubby tukar sendiri, nasib jugak hari masih cerah, tukar tayar pastu gerak slow-slow, masa sampai dekat dengan alor star selatan nampak peronda plus ada lagi situ x sudah lagi, time nak angkat tayar yang pecah tu ke bonet, jari encik hubby luka sikit terkena dawai-dawai dekat tayar tu

besoknya cari kedai tukarkan tayar dua-dua belakang kos dalam rm300, cari kedai check arm kereta yang sebelah belakang sebab tayar tu haus sebelah dalam saja, punca boleh meletup tu, dia ketuk-ketuk arm tu tapi x mau duit, pastu tukar skirt skali cat dalam RM350, cover lampu x tukar lagi tapi kos dalam rm200++ gak la, alignment dengan chamber dalam rm42..huhu hutang dengan mak rm650 jugak tu

tapi apapun nasib baik x jadi apa-apa dekat kami berempat cuma kena keluar duit repair kereta ja