hari ni sebenarnya cuti plan nak carikan tadika untuk syauqi sebab tahun depan dah nak masuk 4 tahun maka plan nak biasakan dia dengan alam sekolah plak, jumpa gak tadika best-best tapi since tahun mula tambah tolak darab bahagi semua maka decide try pasti depan rumah dulu, lagipun ada muka-muka dia kenal kan dekat pasti tu nanti, van plak boleh hantar terus sampai rumah pengasuh lepas sekolah
bangun pagi pun kemain awal sebab selain dari cari sekolah jugak kena bawak both kekanak pegi klinik, sorang timbang dengan makan ubat cacing, sorang lagi kena timbang dengan cucuk setengah tahun
kami main boling dekat central square ja, nak try lane baru dekat rumah di sejati tu macam belum buka, terlebih awal kot, park kereta dekat central square pun depan lif, jadi pelanggan first pulak tu..haha ambik dua game tu pun lelah melayan kekanak, sikit lagi syaza dengan mak dia nak jadi bola boling sebab syaza nak pegi try ambik pin boling
total score memang hampeh...haha sila maklum banyak kemudahan longkang yang memang digunakan sepenuhnya, start main pukul 10.30 kot sampai pukul 12 macam tu, best gak pegi awal sebab bawak kenit 2 orang maka lebih space lebih selesa
next time kalau nak pegi lagi kena p awal macam ni jugak dan lebih selesa melayan kanak-kanak, balik rumah syaza trus terlena sebab pagi belum tido, syauqi plak x lena-lena sampai last-last dah lunch, mandi dan makpak tido sama
Sunday, November 4, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment