syaza adalah tidak sihat..hari jumaat badan mula dedar-dedar dan sampai hari ni still demam..semalam dah mula batuk-batuk tahap extreme yang macam nak terkeluar anak tekak...air masak lansung x mau minum sejak kemarin, menambah lagi teruk keadaan kerongkong dia, maka hari ni mak dia sambung cuti bawak pegi klinik kanak-kanak...
perjalanan nak ke klinik yang dalam 15 minit dari rumah tu dah mula drama dah si adik la sebab x nak duk lam carseat, badan x sihat, abang cuit sikit pun dah melolong bukan main...nak mak dia peluk, maka aku kena drive sebelah tangan sementara nak sampai, nasib si abang main-main ok ja dalam kereta
dalam klinik plak, masa menunggu memang melampau punya lama...dekat 2 jam la jugak menunggu nak jumpa doktor, syaza dah mula boring, plus mengatuk, tido pun sekejap tapi x puas, si syauqi melasak macam biasa, ada pondok dalam tu, aku bagi dia main sorang-sorang, agak jauh gak dari penglihatan aku, tapi boleh dengar suara dia melasak tu..aku cuma seriau ja kalau dia buat anak orang, maka dok jenguk-jenguk tapi ada pun cuma dia ajak main macam tu ja
lepas 2 jam tunggu baru turn syaza, aku masuk jumpa doktor, syauqi duduk luar main dengan sue yah dia teman,syaza sebab ada kahak doktor suggest bagi nebulizer untuk cairkan kahak..first time oh rasa pegang anak kena nebulizer ni...macam nak kena sembelih ja kelupur bukan main..siap lepas habis neb tu aku peluk trus tertido, badan sebelum kena nebulizer 37.3, lepas neb doktor check balik dah jadi 38.1..demam balik aku rasa sebab terkejut dengan mesin tu..haha
kuar dari bilik doktor aku pegi duduk depan sebab dekat dengan tempat ubat, jugak dekat dengan tempat syauqi main pondok-pondok tu, syauqi dok ngendeng dekat pompuan cina ni, sebab anak dia dok main iphone, tiba-tiba aku dengar pompuan tu kata kat syauqi " go away, this is not a public place" serius time tu aku terkejut plus terasa..eh tu anak aku tau cakap lebih kurang macam tu..syauqi cuma pegang bahu dia sebab nak tengok budak tu main iphone..kalau ya pun nak kata macam tu..plus tu kat klinik bukan rumah ko...
trus aku tarik syauqi cubit sedas dua sambil cakap, orang x suka kat hang syauqi oi x yah dok dekat sangat...syauqi plak memang jenis x paham bahasa dok jerit "nak dok situ" means sebelah pompuan cina tu...memang aku bengang dan aku rasa dia x syak awal tu aku ni mak syauqi tu kot, boleh cakap lebih kurang macam tu...x pa la tengok nanti kalau orang cakap kat anak dia lagu tu..apa dia nak rasa...serius aku memang terasa, kalau syauqi p tarik iphone anak dia aku boleh accept tu memang kurang ajar, ni cuma nak ngendeng pegang sikit dah cakap lebih kurang, kalau orang besar bleh la paham, ni budak x makan saman macam tu...aku kata kat en hubby pasni beli la tab kat syauqi tu, at least x la nampak jakun sangat, tengok orang main iphone pun dan ngendeng bukan main
Monday, April 30, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ayoooo,....
ReplyDeleteni seyes aku pon terasa!!!!
pompuan cina tu, kalau bajet tu bkn public place, p sowh anak hang main iphone dlm toilet... menggong!!!!
anak kecil standard la suka tgk menda baru.... eiiiii sakit hati lak baca!!!
if that's not a public place then she's a vip with well reserved spot?
ReplyDeleteadehai.. dengan budak2 pon nak cakap cam tuh ke?? geram plak~
ReplyDelete