hari jumaat macam biasa la hari cuti, duduk rumah, kemas rumah, budak-budak tu plak sepahkan rumah...masuk petang sikit bawak budak-budak paksa tdo dalam bilik..masa tu dah pukul 2 lebih x silap aku, masuk pukul 3 petang dah terjaga dengar guruh kuat x jadi nak kuar bilik sebab anak teruna aku tu takut bunyi guruh...dok tepuk-tepuk dia bagi x terkejut...masa ni sliding door kat ruang tamu x bertutup..si anak dara plak tdo sambil nenen kat mulut..lagi la mak dia malas nak bangun kan..
x lama tu guruh masih lagi kuat dan hujan dah mula turun tapi hujan tu macam lebat sangat selain dari angin yang kuat...aku dah naik takut dah masa ni...dan jangkaan aku tepat..haha syauqi dalam mamai-mamai tu jerit tiba-tiba lepas bunyi guruh sekali tu yang kuat sangat...peluk aku dari belakang..si syaza plak pusing kiri kanan tdo sambil meniarap sambil aku peluk kot depan...tunggu la sampai hujan reda dengan guruh dah x kuat baru boleh bangun
masa ni bunyi angin adalah kuat rasa macam bunyi angin berpusing...takut ohh time ni..pastu dengar benda terbalik..aku suspek penyidai aku la mungkin dah masuk longkang lagi..padahal dah sendal batu dah tu...huhu
dah lama sikit maybe 15 minit lepas tu kot, macam dah reda sikit nak langkah keluar bilik nampak air dah bergenang depan pintu bilik, banjir okeh ruang tamu aku sebab sliding door x tutup..huhu sibuk dok mop lantai la kejap sebelum budak berdua tu bangun...jenguk kat luar memang sah la penyidai aku, bukan masuk longkang tapi lepas kat tanah selepas longkang...dekat pagar dah..pokok pisang rumah jiran dah sembah bumi, sian dia dah la pisang tu baru kuar buah...jiran selang sebelah tepi plak cakap bumbung dapur dia dah terangkat atap genting tu..basah dapur dia..baru masa tu cam terfikir ohh memang ribut tadi rupanya
tengok ruang tamu aku dekat siling macam basah sikit, tanya member ofis ada kenal tukang mana-mana x nak naik tengok bumbung...pengasuh budak-budak ni tanya rumah macam mana, dia cakap bumbung surau dah teruk...dan encik hubby plak balik keje cakap banyak jugak pokok tumbang sepanjang jalan...wah scary..nasib la kat rumah aku tu cuma sikit ja kat sepanjang jalan memang teruk..pokok besar pun boleh terangkat dengan akar-akar sekali...huhu
aku x ada la ambik gambar kejadian tapi boleh tengok sumber di sini, sini, sini dan jugak sini...bersyukur rumah aku x seteruk depa-depa ni...kedai-kedai makan tepi jalan pun ada yang hancur terus
Sunday, February 26, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment