Sunday, June 12, 2016

kuih lapis

first trial buat kuih ni..nak tunggu siap lama la sikit tapi bahan-bahan mudah sahaja..menjadi dengan eloknya

BAHAN-BAHAN
1 Cawan tepung beras
1/2 Cawan tepung gandum
1/2 Cawan gula
1 Kotak santan KARA (1 1/2 cawan kalau santan segar)
1 1/2 Cawan air (sebab santan KARA agak pekat tu jd 1 1/2 cawan kalau tak satu cawan dah cukup)

CARA-CARA
1. Blender semua bahan bagi sebati. tapis dan bahagikan kepada dua bahagian. Bahagian putih letak garam secubit bagi naik lemak. Satu lagi letak pewarna sirap ros.
2. Kukus selapis demi selapis selama 5 minit dan lapisan akhir sekali kukus 10 minit.

TIPS:
1. Panaskan air bagi banyak supaya x payah terjenguk-jenguk air di bawah takut terkering masa sibuk mengkukus.
2. Lapisan paling atas akhirkan dengan warna merah..feel nostalgic gitu.
3. Lapik plastik pada bekas sebab kuih ni spesies melekat dekat acuan jugak ni

No comments:

Post a Comment