Wednesday, June 13, 2012

hari ke 3: tangisan yang meruntun jiwa?

semalam adalah hari ketiga training budak berdua tu tido sendiri...syauqi pun termasuk la kot sebab sebelum ni rupanya adalah salah cara yang aku buat...sebab biasa sebelum tido mesti bagi dia minum susu sampai tertido, kalau baru lepas ja minum susu mesti isi air dalam botol kasi hisap sampai tertido jugak

maka semalam adalah acara menangis mendayu-dayu aka merayu-rayu jugak mintak susu, x dapat susu tukar plak nak air dalam botol, nangis tahap air mata menjurai-jurai, then tukar lagi nak selimut, padahal boleh ja dia selimut badan dia sendiri, then dah selimut nak tepuk-tepuk suh dodoikan dia...ada la dalam sejam lebih gak nangis-nangis ni...huhu

encik hubby dok main game sambil dok tanya nak biar ka anak dok nangis tu...tu dia mula la x sampai hati dia tu kan...aku plak edisi mak tiri trus jawab laju-laju jawab biar ja...lepas sejam edisi menangis sampai adik dia pun terjaga sama masuk balik dalam bilik tengok dua-dua dah terbongkang...hihi moga malam akan datang lebih mudah

syaza dari malam semalam adalah mudah, bagi nenen seround dua dah kenyang bawak masuk bilik, bagi bantal peluk angry bird tu golek-golek dalam brapa minit dah terlena...mudah la plak anak dara tu..harap-harap malam seterusnya pun macam tu jugak, cuma masa edisi abang dia mendayu-dayu tu dia pun terjaga tapi x bangun pun dari tempat dia..cuma tengok ja abang dok menangis tu, badan jugak sudah x panas, harap-harap jangan la demam balik...susah hati mak dia nak keja..huhu demam x ada sign tiba-tiba badan panas then hari ni dah ilang macam tu saja

malam ni adalah malam ke 4 untuk sesi training tido ni...harap-harap dari sejam lebih tu berkurang atau lagi cepat proses dia...harap-harap la...huhu

p/s: korang ada tips lebih mudah ka nak mentidokan anak ni..aku takat cikgu dari youtube je la

6 comments:

  1. hehehe.. nak ajar jugak lah.. belajar kt utube eh??

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la...pz tgk video dari you tube pasal panduan ni...try search superananny how to teach kids to sleep by their own

      Delete
  2. kami baru nk start ajar Amsyar tido asing.... tu pon belum mula g psl bilik masih bogel xde katil, xde tikar smua...

    katil baby dia tido skng akan ganti adik dia lak nnt...

    takot2 ibu dia ni nanges sorg2 mlm2 ha3

    ReplyDelete
    Replies
    1. pz letak tilam ja dua2 belah..hihi kalau tgk video tu memang ada la adegan nangis2 ni

      Delete
  3. boleh dah pz.. cukup 21 ari..dia akan set dlm kepala bahawa dia mmg kna tdo sdiri.. mmg mcm2 ragam laa sblm dia btul2 faham n terima..

    ReplyDelete