Thursday, June 28, 2012

study week?

kalau orang yang study full time mungkin dah lepas kot study week ni...sebab kalau ikut jadual exam final dah pun bermula hari rabu hari tu, tapi untuk aku yang separuh masa ni mula sabtu ni, kira hari ni baru nak berstudy week

dengan lafaz bismillah, harap-harap akan ingat la apa yang patut diingat, . doakan daku dapat jawab ya sabtu ni, semester ni cuma ambil 3 paper ja. tapi biarpun 3 paper pun dah rasa kucar-kacir hidup... harap-harap tercapai la target nak naikkan lagi pointer untuk semester ni...mahu grad dengan result yang lebih cantik, insyaAllah

meja turun temurun ni dari semester 2 dok guna meja ni bila study...jugak tempat syauqi memanjat bila mak dia alpa
p/s: kursus bahasa melayu sudah tamat, ada kesilapan ejaan dak dalam post aku yang campur aduk bahasa ni? haha

9 comments: