Thursday, July 29, 2010

penyakit melioidosis

aku baca paper hari, kemarin ternampak pasal penyakit ni dengan penyakit leptospirosis...kalau leptospirosis tu tau la sebab air kencing tikus dan soklan famous masa blajar cdc dulu tapi melioidosis...apa tu? dan jawapan selepas aku google lebih kurang cenggini la shortform dia aku ringkaskan supaya orang pun x pening nak membacanya

penyakit melioidosis

nama lainnya: jugak dikenali sebagai penyakit Whitmore atau penyakit pekebun Nightcliff
penyebab:sejenis bakteria gram negatif dengan nama Burkholderia pseudomallei yang boleh didapati dalam air bertakung, tanah dan pokok padi.

cara jangkitan: boleh menjangkiti manusia yang tersedut udara mengandungi partikel tanah tercemar dan tersentuh kulit ataupun dengan termakan makanan yang tercemar dengan bakteria ini.

epidemiologi: endemik di kawasan asia tenggara, sekali sekala di kawasan lainnya, timur laut Thailand mencatat kes tertinggi penyakit ini

diagnose: melalui ujian makmal dan pengambilan sampel darah, tisu, air kencing, nanah dan sapuan tekak

simptom: sakit di bahagian dada, tulang, atau sendi; batuk; jangkitan kulit, nod paru-paru, dan paru-paru berair (pneumonia), borok kulit, hilang selera makan, demam, sakit kepala, dan boleh menyebabkan encephalitis(pendarahan otak)
info dari pizet yang tiba-tiba concern pasal penyakit yang menyebabkan orang mati...hukhuk

2 comments:

  1. hmmm....i don't really get it....yg aku tau, dangerous, mati....

    ReplyDelete
  2. dahsyat laaaa... tersedut udara pun boleh menyebabkan kematian. hiiisshhh... bahaya betul

    ReplyDelete