Monday, March 12, 2012

family day mpspk 2012

hari sabtu lepas selepas brapa tahun tak ada family day aku ingat depa x mau buat lepas aku masuk..haha banyak aktiviti sebenarnya tapi sebab anak-anak aku x layak nak masuk acara apa-apa maka p main ayaq ja la

mula-mula lepas daftar kita round-round dulu pilih port nak terjun last-last nampak pool untuk kanak-kanak...suka la budak sorang tu nampak tempat ni..x bertangguh nak terjun padahal sebelum tu sikit lagi nak lemas dekat pool bawah tu pun tak insaf-insaf

pool kanak-kanak...ramai la kanak-kanak dah nama pun pool kanak-kanak motif nak ulang kanak-kanak tu banyak kali??
mama dan syaza...time ni duk la dua-dua orang tunggu beg ja...dah nama ramai risau la jugak nak tinggai beg tu dekat situ tanpa pengawasan...beringat sebelum kena..hehe
tester letak anak dara dalam pool..haha suka ko dia ni masuk lam air...gelak mengekek boleh kena air...kemain lagi
sudahnya kena la aku menapak pegi ke entrance balik cari pelampung..tu pun kejap ja syaza dok lam pelampung ni..si syauqi ambik kat dia selebihnya..siap lepas tu dah nek atas pun still berjalan dalam pelampung..haha over la hang syauqi oii
cubaan nak men dua-dua orang...galak depa dua orang ni bila dok lam ayaq..sampai kecut-kecut kaki tangan pun x mau naik lagi
anak bujang aku...jangan tak tau masa dia mandi ni dengan seluar jeans okeh...dah basah dah ngan baju ngan seluar tu aku pun malas dah la nak tukar baju len kat dia..hang terjun ja la ngan baju tu pun
ni tengok anak sapa ntah dok kat tebing ayaq tu makan eskrem dia pun teringin...satu scoop rm2..mahai la tapi skali skala bagi la jugak...ni zaman bila aku nak masuk lagi carnival ni x tau la kan...siap nak makan dok kat tebing tu jugak..sambil lunjur kaki goyang-goyang kaki lam ayaq..over sungguh tapi sat ja masa depan eksrem tu..x lama lepas tu terjun lam ayaq..kena kutip p buang
syaza lepas dah tukar baju..muka x redha kena naik awal sangat..kalau ikut depa ni nak duk ja lam ayaq tu x yah naik...

aku spend masa sat ja kat karnival ni..sebab sukaneka semua anak-anak aku x layak nak masuk makanya p main ayaq ja la...best jugak..hehe len kali boleh p dengan bajet sendiri selain tempat dekat ja dengan rumah

6 comments:

  1. menarik...kat mana ni cam best ja...hehehe

    ReplyDelete
  2. kak nizaa: dekat the carnival sp...nnt blk cuti p la men ayaq kat cni...best

    ReplyDelete
  3. Seronoknya tgk dia orang main air. Kat mana tu?

    ReplyDelete
  4. hana: dekat the carnival sungai petani...meh la datang try..hehe

    ReplyDelete
  5. As salam Pizet,

    Sekali-sekala seronok main air dgn anak2 nikan... Bila ada family day time tulah sambil menyelam minum air....hehehe

    Salam perkenalan :)

    ReplyDelete
  6. owhhh sp ada taman air lagu ni eh? x perasan lak... nmpk sgt jarang balik hu3

    ReplyDelete