Sunday, November 14, 2010

revise edd(due date bersalin)

well peknen kali ni byk kali jugak la jumpa doktor dan check up memacam...yang terbaru hari isnin lepas jumpa untuk scan balik tgk due date yang dah lari jauh tu lepas tu tengok result test untuk anemia tu...alah yang ambik darah, urin dan stool tu...dan hasil ujian adalah x ada apa2 yang nak dibimbangkan sebab sebelum jumpa doktor tu ada jugak ambik hb dan hb terkini adalah 11.7(rasa sedikit lega kat situ) ohh time ambik hb ni rasa nak puji ckit dekat mlt yang ambik tu sebab macam ok jugak la dia ambik hb ni ckit pun x sakit...sebab pengalaman lepas ada nurse yang ambik hb ni sampai sakit hujung jari aku tu dekat 3 hari...sangat lah x pro dan nnt lepas beranak berkemungkinan aku kena hadap nurse tu lagi...huwaaa

ohh hasil scan dan tarikh masa scan hari tu dan yang terkini memang x berubah maka doktor kata x payah ikut tarikh period tu ikut yang scan dan due date baby adalah 15 april 2011...time dapat tau tarikh due date tu macam blank sekejap (oh tak habis2 nak blank) sebabnya sem depan kalau ikut kalendar aku akan exam final bermula 20 april dan kalau aku jadi bersalin 15 april maka lepas 5 hari beranak aku dah kena pegi duduk exam yang x kurang 3 jam tu...dan kalau bersalin sah2 la aku akan balik berpantang dekat kg di kuala nerang dan kena travel ke sungai petani nak ambik exam dan lepas tu balik ke kuala nerang balik...agak hazab jugak bunyinya...tapi lepas tanya mak aku dia kata doa lah supaya aku dimudahkan bersalin dan mudahlah jugak aku nak ambik exam nnt...aku pun harap2 macam tu jugak...amiiinnn

dan dengan ini makcik nak simpulkan yang tarikh terkini due date baby adalah 15 april 2011 dan bukan lagi 24 march 2011...harap2 dapat bersalin dengan mudah kali ni x nak lagi dah induce2 ni semua...aminnn

2 comments:

  1. jauhnya revise tarikh. nak dekat minggu.

    ReplyDelete
  2. jgn stress2..takpe exam leh tunda..amek cuti khas pn takpa pizet

    ReplyDelete