aku ni bukan la jenis nak kempen-kempen nak pomot segala kat orang...jugak bukan jenis nak paksa2 orang ikut pendapat aku konon-konon pendapat aku je yang manjang betul, jugak bukan jenis nak influence orang supaya mendengar dan menurut segala kata-kata aku...dan memang aku malas semua-semua tu...tapi perasaan ni dah lama aku pendam nak berkempen dekat semua orang pasal kebaikan breastfeeding...ye tu la yang aku rasa sejak aku dianugerahkan gelaran baru sebagai seorang ibu...
tapi masa cuti hari raya hari tu aku jumpa ngan biras aku yang dalam pantang anak dia yang kedua...dan aku tengok dia dalam kategori bernasib baik la jugak sebab susu dia melimpah ruah...bayangkan ajelah dia baru ja habis menyusu anak dia dan boleh perah pulak susu dan dapat penuh botol kecik tu hanya pam sebelah pam...hebat kan?? (makcik sedikit jeles dengan situasi ni...memandangkan aku tengah dikala ketandusan susu dan pernah pam cuma dapat tutup botol ckit je)
tapi rasa kekaguman aku tu x lama sebabnya bila sembang-sembang dengan dia dan dia bgtau aku anak dia x nak minum expressed milk tu dan hanya nak direct feeding sahaja...ok fine aku pun cerita la masa syauqi kecik-kecik pun x nak minum expressed milk masa awal-awal aku pernah bagi susu guna shringe...demi susu ibu aku sanggup dan aku pun tanya la dah anak dia x nak minum expressed milk tu kan apa dia buat simpan buat stok ke? (time ni makcik dok bayang dah dekat penuh freezer umah mak mertua aku kat kampung tu)
dan korang tau dia jawab ape??? dia g buang kat sinki ja...gila kauuu aku nak pam dah penuh botol tu pun bercinta ni yang senang-senang dapat sekali pam sebelah breast boleh penuh botol g buang kat sinki...nak je aku mintak kasik dekat syauqi tapi mikir masa depan dan macam2 hal boleh jadi kalau bersaudara susuan ni...maka kansel niat nak mintak susu tu...tapiiii memang la sayang gila susu tu...hanya orang yang dah susah payah menyusu badan saja yang rasa semua tu....ku berdoa biras aku tu beroleh hidayah betapa pentingnya dia simpan susu tu untuk kegunaan anak dia kemudian hari...ohh aku ada jugak cerita pasal penyimpanan susu ibu ni macam mana, brapa kali pam setiap kali keja tapiiii still ke sinki jugak...tiap kali aku tgk memang rasa mcm nak halang je...jangannnn tapi susu orang kan...apa hak aku nak halang...tapi aku memang x puas hati!
kalau korang what will you do? aku still rasa kecewa jugak sampai hari ni...cite kat my hubby dia pun kata sayang nya!!
Sunday, September 26, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sayangnyer...jenis orang tak terdedah dengan kebaikan dan kaedah2 pasal simpan susu ibu nie kot...aduhai....
ReplyDeletesy rasa, pizet kene slow talk ngan dia..
ReplyDeletesy ade seorang kwan, yg mcm tu jugak..siap wat siram pokok bunga sbb susu byk sgt n expired..
pastu, anak kedua, dia dah takde peluang itu lagi. malah susu pon makin kering..
kene ingat, rezeki allah bagi jgn disia2kan..gunala sebaik2nya..
mane la tahu kan..nanti2...tup2 anak dia tamo direct feed..haa camno? gelabah la kan nak buat stock..ehehhe..
tula kan, kdg2 jeles gak ngan org len yg susu melimpah..tapi kita takpelah pizet..rezeki berbeza2 ikut individu..hanya kita leh nilaikan bertapa besarnya nilai susu ibu tu..
pizet, nnti 2nd bb, moga2 susu pizet melimpah ruah k..n dat time, jgn la plak p buang dlm sinki or siram pokok bunga nooo....ehehehe.:-)
pzet: kes biras hg sama cm akak ak kot...huhu..susu die memang byk...pernah tu klu pump dpt sebotol air minrel tau...ak tgk pon kgum..tp die tak ks anak die pon..cm jwpan biras ko gak..bby tak nk..so oleh kerana kesntukan masa die ta try lg..huhu.terbuang aje susu2 die..rugi...
ReplyDeleteaku dulu dalam rancangan memang nak breastfeed jer sampai umur 2 tahun. Tapi disebabkan aku duduk jauh dari anak dan suami, dah kurang susu dan akhirnya kering.
ReplyDeletePernah aku menangis sebab keluarga mertua aku kata baby nagis sebab susu tak cukup. Baby lapar lagi. Dan akhirnya bermulalah susu tepung.
Aku cukup salute ibu mana yang boleh breastfeed baby dia sampai 2 tahun atau lebih...