tengok semua orang dok cerita pasal hari raya baju raya, kuih raya, langsir raya, kusyen raya, semua2 lah pasal raya...dan belog aku?? huhu bukan apa aku keja sampai esok dan start cuti hari jumaat sampailah hari ahad akan datang dan masuk keja balik 20hb nanti...raya sakan la kan...muehehe
jangan lah dibuatnya malam ni pengunguman raya jatuh hari khamis maulah aku kelam kelibut nak mengemas semua...huhu tahun ni aku order kuih raya cuma 3 jenis tapi bila 3 jenis tu didarab dengan 3 bijik rumah maka lebih kurang macam 9 jenis jugaklah kuih aku order...kuih pun sama ja macam tahun-tahun lepas sebab aku hanya akan order kuih yang aku makan...yang aku x pandang memang la aku x order sebab nanti kalau x abis sapa lak nak makan kan?
baju raya dan kasut raya pun semua dah siap cuma tunggu nak diseterika dan dikemas masuk beg...biarpun keja sampai esok tapi aku rasa macam x semangat dah nak keje...huhu taun depan kena ambik cuti awal2 ni...kalau keja dan macam x keje dah x dak maknanya aku melanguk kat opis ni dah la nak mai opis pun macam nak p kemana ja...keta punya la banyak...tiba2 ja bandar sungai petani ni boleh jem...hebat2 dan penah hari ahad hari tu aku kena pusing 30 minit semata-mata nak cari parking...lagilah membuatkan aku malas berganda2 ni...hehe alasan2
oh dah malas nak panjang lebar...aku dengan rendah diri nak ucapkan selamat hari raya pada semua yang beragama islam dengan ucapan selamat hari raya...maaf zahir dan batin...pada yang sudi bolehlah datang rumah aku beraya...tapi lepas raya ke11 lah sebab masa tu baru aku wujud kan sungai petani ni...hehe
Wednesday, September 8, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment