pg semlm aku meeting berkenaan H1N1 ni bersama pengamal2 perubatan yang blh dipercayai n antara fakta2 yang disampaikan yang boleh aku rumuskan adalah:
1. 80% penduduk akan dijangkiti penyakit ini kerana semua orang tidak mempunyai daya tahan atau antibodi terhadap penyakit ini.
2. H1N1 bukan lah satu penyakit yang merbahaya kerana dlm kategori mild sahaja dan blh sembuh sendiri dengan mengambil masa 7-10 hari untuk sembuh, pengambilan tamiflu dan ubat yang sewaktu dengannya adalah untuk mempercepatkan proses penyembuhan ini sahaja supaya boleh kembali bekerja seperti biasa.
3. simptom penyakit ini adalah demam(>38C), batuk dan sakit tekak sama seperti selsema biasa tp seeloknya dinasihatkan segera diperiksa untuk tindakan lanjut.
4. pemakaian mask hanyalah wajib bg org yang bergejala dan berisiko sahaja kerana org yang bergejala boleh merebakkan penyakit ini pada org yang sihat dan org yang berisiko akan mudah mandapat penyakit ini.(oh ye mask tu tahan sehari je sebab die pakai buang)
5. H1N1 adalah gabungan selsema burung, selsema babi dan selsema manusia, maka bukanlah salah babi sahaja sebenarnya dan sebab itulah namanya kini ditukar kepada influenza A(H1N1) dan bukan lg swine flu atau selsema babi lg...(mutasi baru ye)
6. selsema ini merebak melaui droplet(titisan) dari org yang bergejala dan masuk melalui saluran pernafasan dan oleh sebab itu digalakkan semua org menjaga kebersihan diri dengan sentiasa membasuh tangan(7 step washing hand) dan elak dari menyentuh hidung
7. droplet yang jatuh dari org yang bergejala blh tahan 2-6 jam diluar badan tetapi blh mati jika anda membasuh tangan(x kisah la apa2 sabun pun, jgn percaya pada iklan2 yang mengambil kesempatan itu..haha)
8. jika anda dijangkiti masa pengeraman virus ini adalah 1-4 hari untuk menunjukkan tanda dengan purata 2 hari akan tetapi sebelum tunjuk tanda pun dah blh tersebar kat org disekitar anda juga...
9. mask yang paling sesuai dipakai adalah mask jenis n95(ala yang keras ngan bulat tu) pastu 3ply mask(ni yang luar kaler hijau or biru n putih kat dalam...mcm doktor bedak itu) kena diingat bukan mask kosmetik tu ye...
10. sampel yang diambil adalah throat swab
11. jika bergejala dinasihatkan duduk dirumah sehingga sembuh untuk mengelakkan merebak pada org lain dan memakai mask untuk mengelakkan jangkitan bg org dlm rumah yang sama.
kumpulan yang berisiko:
a. kanak2 5 thn kebawah dan org tua 65 keatas
b. perempuan mengandung(terutama trimester terakhir...mcm aku ni hehe)
c. obesiti
d. penyakit paru2
e. diabetes mellitus
f. penyakit jantung
g. kegagalan ginjal
h. immunosuppersion(disease or therapy)(kalau x salah aku org yang dalam rawatan)
i. hematological abnormalities(penyakit darah kot)
j. chronic hepatic disease
org yang berisiko ni wajib ye mencegah sebab blh membawa maut...
footnote: sekian penerangan aku yang x seberapa ni kalau salah tolong betulkan ye...fakta yang aku ambik dr mesyuarat slm...hehe
Thursday, August 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sungguh ssh nk mengelak diri dr x menyentuh hidung~~~
ReplyDeletesentuh la tgn or pipi or mana2 la y bukan hidung...hehe
ReplyDelete