Wednesday, August 5, 2009

my baby progress

hari ni cam biasa kena p check perut lg...maklum la dah lepas 7 bln kena la rutin check 2 minggu sekali...minggu ni check hasil dia:
berat 61kg (x berganjak cam last check)
hb 11.0 ( turun ckit sebab last check 11.5)
bp 110/70 (ni memang tiap kali check sama ja)

pastu besa la kan nurse ni hanya mengikut prosedur buku derang yang meang tulis sekian2 tuh kena la aku dibebel td sebab berat aku x naik...ate x kan aku nak makan 24-7 kan...dia x tau ke aku makan sehari dah bape kali tu blum kira menambah tiap kali makan lg tuh...pastu dok suruh aku minum susu sehari 3 kali...huhu bab tu memang berat ckit aku nak follow...sedangkan minum sehari sekali pun dah down apetah lg aku nak minum sehari 3 kali...muntah blk aku kalau mcm tuh...sabar je lah

oh sejak 2,3 hari ni aku rasa cam nak demam jek...nak langkah pun cam x larat...susah gak kalau mcm ni...td dah jumpa doktor n diberi ubat...tp rasa cam x yakin je nak makan...takut effect plak kat bb aku nnt...biarpun doktor ckp ok tp still rasa x yakin...huhu makan ke x eh??

untuk 2,3 hari aku mungkin jarang update blog ni sbb kesihatan x mengizinkan ni tambah plak dengan ketiadaan laptop sebabnya...huhu gatal sgt mengiakan crack yang hubby aku download ari tuh beroperasi lam laptop tuh...akibatnya virus trojan dah bermaharajalela lam laptop tu...jangan korang x tau tu laptop ofis weh...nasib la org it x bising time ambik laptop tu untuk cuci virus...kalau x maunya aku kena bebel buat kesekian kalinya lg...adakah memang nasib aku asyik kena bebel jek...haha

aku skang ni tgh mensurvey benda ini


dan benda ini


dan juga benda ini


kalau ada sesiapa yang ada info pasal rega ni tempat untuk dicari blh la gitau ye...sbb takat ni cuma botol tu ja aku jumpa lam rega yang agak bagus yang lain rega blh tahan la jugak...

Tuesday, August 4, 2009

budi bahasa budaya kita??

baru2 ni time aku driving untuk ke tempat keja...biasalah nak ke opis aku dari rumah kena melalui at least 6 traffic light kan...time stop kat traffic light yang pertama ada la satu keta wira kan depan aku n depan wira tu keta proton saga aeroback kot kalau x salah la...ala keta yang ada stripe hitam keliling tu...

keta wira tu mcm senget kekiri ckit...pastu mcm biasa la dah benti kat traffic light suka la enjak ckit2 kedepan tu kan...kadang aku pun suka gak buat mcm tu chewah kadang tu...haha skali tgh sedap dia dok enjak ckit2 sambil aku dok tgk la...lgpun dah btul2 depan aku kan...bunyi kepap...n aku tgk keta saga aeroback tu bergoyang...uih pastu driver aeroback tu cam dok tgk2 mirror belakang tp org yang dlm wira tu leh relax ja muka x bersalah...pastu nak masuk gear reserve...aku wat dunno ja la...

tp x lama pastu lampu isyarat dah jd kaler hijau n aku tgk dua2 keta trus gerak mcm tu je...memang la keta saga aeroback tu x de calar ape2 pun sbb cuma kena stripe hitam die tu...tp aku x nampak pun driver wira tu nak say sorry ke apa ke...nampak sgt pemandu skrang ni dah kurang berbudi bahasa kat atas jalanraya...nasib la eksiden x truk...kalau x maunya trauma aku yang melihat ni..huhu dah la semenjak 2 menjak ni makin byk je eksiden...ngeri gak...huhu

Sunday, August 2, 2009

cerita semlm

semlm aku dengan rasminya dah menjadi semakin tua...huhu tuakah aku??? mana ada kan cuma makin tambah umur...orang pertama yang ucap hepi beday kat aku? of coz la hubby aku kan...aku tgk mamai2 time tu sebab letih travel blk kg plus dah tertido sebelum menunggu pukul 12...tiba2 terjaga n diucapkan dengan ucapan hepi besday...tp x pe mamai2 pun soka sbb die yang wish dulu sebelum org len...haha
gmbr aku yang x dak kena mengena ngan cerita semlm...tp besa la nak letak jugak...kasik intrepreme ckit pasai gmbr ni br ja berjaya ambik dari kamera kak aku...lalala
ni plak gmbr mak buyung yang berposing x hengat...dekat kuala perlis ari tuh...jugak br diambik dari kamera kak aku...
ni plak cupcakes yang ditempah khas dari gundut aka dayah...soo cute n selesai dah dimakan pada mlm harinya...kenapa anniversary n besday? hehe sebabnye besday aku jatuh pada 1hb ogos, my hubby lak 10hb ogos n our anniversary plak 30hb ogos...nasibla baby x kuar bln ogos gak kan..kalau x ada 4 tarikh penting sekaligus...lalala
semlm juga ada kenduri kat rumah mak ndak aku aka rumah depan, die wat kenduri semlm sempena besday aku kah?? hehe idak ler..aku ni x seglemer mana untuk dicelebrate dengan kenduri besar2an tu...die wat kenduri kesyukuran semlm sempena anak2 die dah dpt keje..siap tumbang 2 ekor kambing lg...ada khemah lg (mcm kenduri kawen plak...hehe) tp tu la aku kan mls nak snap gmbr semlm...
mak buyung x larat cuma duduk saja n makan tu pun dah sakit kaki, sakit montot, sakit tgn, sakit kepala mengalahkan org yang dok buat kerja...haha baby plak semenjak dua menjak ni makin aktif je menendang2 tambah2 time aku tgh makan...agaknya die nak ckp mama jgn la makan byk2...sbb aku kan bila makan memang x ingat dunia...haha

footnote: kenapa semenjak aku peknen ni semua org suka mai pegang2 perut aku?? sgt x suka tau esp orang2 yang lebih tua ni...dok pegang2 nak tepis kan kate kurang ajar plak...perut dorang sendiri kan ada pegang la perut sendiri...hehe

Friday, July 31, 2009

Makanan organik tiada kelebihan

nampaknya pasni sayur organik, ayam organik, apa jelah yang berunsur organik makin x laku la kat pasaran...
Makanan organik tiada kelebihan

PETANI di Sepanyol menanam sayuran organik. Kajian mendedahkan makanan organik sama khasiat dengan makanan biasa.

Kajian dapati perbezaan kecil kandungan khasiat berbanding tanaman biasa

LONDON: Makanan organik yang selalu dicanang sebagai lebih baik untuk kesihatan didapati tidak mempunyai khasiat atau manfaat lain yang mengatasi makanan biasa, kata satu kajian.

Penyelidik dari London School of Hygiene & Tropical Medicine, berkata kajian menunjukkan tidak banyak beza dari segi kandungan khasiat makanan organik berbanding makanan biasa.

"Perbezaan yang kecil dari segi kandungan khasiat dikesan dalam makanan organik berbanding makanan biasa, tetapi perbezaannya terlalu kecil untuk memberi kesan dari segi kesihatan," kata Alan Dangour, seorang daripada penyelidik yang terbabit dalam kajian berkenaan.

"Kajian kami mendapati tidak wujud bukti untuk menyokong pandangan bahawa makanan organik lebih baik daripada makanan biasa dari segi kandungan khasiat," kata beliau.

Hasil kajian yang dibuat atas arahan Agensi Piawaian Makanan Britain (FSA) diterbitkan dalam majalah American Journal of Clinical Nutrition.

Jumlah jualan makanan organik yang lebih mahal daripada makanan biasa, merosot di sesetengah pasaran seperti Britain berikutan krisis ekonomi yang dialami sekarang.

Pasaran makanan organik seluruh dunia dianggarkan bernilai A$48 bilion (RM168 bilion) pada 2007.

Pertumbuhan jualan produk organik di Britain merosot kepada 1.7 peratus pada in 2008, jauh lebih rendah daripada purata pertumbuhan tahunan 26 peratus dalam tempoh sedekad lalu.

Organic Center yang berpusat di Oregon, Amerika Syarikat berkata pihaknya turut membuat kajian sama dan mendapati hasil sama. Bagaimanapun, pusat itu berkata kajiannya mendapati makanan organik mempunyai paras antioksidan dan polipenol lebih tinggi. � Reuters/Agensi

sumber disahkan oleh: berita harian

Thursday, July 30, 2009

disebalik kisah sedih semlm...

semlm kan aku sedih ckit pasai terupdate software henset ni kan tp x pe lah hari ni ada berita baik menggantikan cerita sedih semlm...haha gelak besar dengan hati yang senang lalala
1. pg2 td time tengah iron baju my hubby bgtau kata aku dpt mesej free dr celcom...mcm terconfuse jap...besday aku kan lusa awalnya dapat mesej free bila bc blk mesej dia lebih kurang cenggini la ayat dia 'selamat hari lahir, nikmati 50 sms percuma ke no celcom bla bla bla n sila ingati mesej ini tamat pada 11.59pm pada hari lahir anda' cis bg mesej pun berlimit...haha tp x pe la janji mesej free...so mana2 no celcom yang ada lam enset aku ni sila ingat ye aku cuma sms korang je 3 hari ni...haha sgt kedekut kecuali my hubby la sbb kitorang kan pakej celcom 1+3 tu...(skrang ni still panggil celcom 1+3 kah? aku pun x sure....haha)


2. ni plak berkat mengaktifkan diri mengiklankan nuffnang aku....buka blog sapa2 yang ada cite pasal nuffnang mesti aku bc dengan tekunnya...haha bukan apa untuk menambahkan ilmu...tp kira orait la dari jumlah RM0.25 sen dah jd sebanyak ni lam masa 3 minggu....hebat kamu pizet...haha puji diri sendiri tp semenjak minggu lepas nuffnang ni mcm kurang memunculkan dirinya kat blog aku boikotkah anda? nasib pg ni byk kali gak dia muncul...lalala


3. hari ni juga aku dapat kad ucapan besday dari ofis aku...hehe thn lepas mungkin depa terlepas pandang kot...ayat memujuk diri sendiri...lalala x kesah lah kiranya this year sebelum orang2 perseorangan mengucapkan hepi besday kat aku gsc, celcom ngan ofis aku adalah tiga ranking pertama yang mengucapkan hepi besday kat aku...lalala dah makin tua aku rupanya

footnote: hasil dr terupdate hs sendiri semlm mcm ada error kat hs tu...perlukah aku melawat nokia center untuk bantuan??

Wednesday, July 29, 2009

kisah sedih hari ni..huhu

hari ni konon nak transfer gmbr dr hs ke pc ofis tp bila check rupanya kat pc ni x dak lg sofware nokia pc suite tu...ooo x pe la kan install dulu tp bila dah install dia timbul nokia software updater tu...aku pun ingatkan tu update untuk nokia pc suite tu la...klik ok je tanpa byk soal...masa tu tgh connect hs aku ni ke pc...tup2 pas 2 minit hs aku yang padam tekan untuk on pun x blh tp that time rasa ok lg biarkan je la pas dah settle hs ni on blk tp aku dah start rase cuak apesal kena letak time ngan tarikh baru...huhu
rupanya software updater tu untuk update software kat hs aku tuh...so semua no yang ada lam hs tu telah selamat ilang...mesej2 penting pun ilang gak...lebih kurang mcm aku dah tukar ke hs br la...sebabnya semua data dah ilang...tu la masa sebelum nak wat tu x buat backup...tp manalah nak tau tu untuk install software br ke hs...huhu so no yang terkini telah selamat ilang semuanya....lalala including semua tarikh2 penting yang aku dah set kat calendar tu...lagu pun dah ilang...wah ponat gak aku nak edit blk benda2 lam hs tu dah la aku skrang ni dah jarang belek2 benda lam enset tu...tp tu la dah nasib badan...huhu

Tuesday, July 28, 2009

gift from GSC

hari ni bukak email...dpt one email dr gsc, sebenarnya dah lama dah jd ahli kat website gsc ni tp mcm x aktif sgt cuma jd ahli untuk booking tiket n tgk cite2 br yang ada kat panggung...tup2 hari ni email dia cam lain ckit 'GSC MEMBER BIRTHDAY TREAT' wah2 haruslah aku rasa sedikit terujakan.... die ckp coz dah nak dkt my birthday so derang akan bg one tiket wayang free but... biasa lah benda free sekrang still lagi bersyarat...hehe tiket tu hanya movie yang ada marked * tp x kesahla kan janji tiket free...lalala pasni rasa cam bersungguh ckit la kan aku ni nak mengaktifkan diri kat web gsc tu...kot ada lg hadiah lain...sbb tgk mcm ada byk gak offer derang wat cuma aku je yang x aktif...
oh ya derang also kasik diskaun untuk dining kat GSC glitters cafe tp rasanya x guna kot yang ni sbb kafe ni cuma ada kat GSC one utama n GSC gurney plaza...tp x pe la kan *wink* *wink* so hari ni jd rasa berbunga2 ckit...lalala bila nak g redeem ntah ni...best gak ni leh tiket free...

Monday, July 27, 2009

Makan2 kat Kiosk Bertam Perdana

semalam pas proses membayo utang2 kitorang p makan2 kat kedai masakan cina kat salah satu kiosk kat bertam perdana ni...actually kedai ni tokei die huband kepada my ofismate..sedap gak makanan kat cni coz menu dia chinese style...ada menu2 yang kite x jumpa kat kedai2 len... :)

ni air yang kitorang order actually my hubby mintak sirap limau tp budak yang ambik order tu tersalah dengar kot dia bg air sirap je..x pe la sebab haus hbs gak air tu...
ni plak kalau x salah nama die nasi goreng spicy hailam tp x de lah spicy sgt pun...yang pedas adalah lada kat tepi tu...haha harg untuk nasi goreng spicy hailam ni rm4.00 kalau x salah
ni plak nama die mee wantan..ada kicap kat bwh mee tu sebelum makan kena gaul2kan pastu kalau masin blh tambah sup kosong ang die kasik...ok gak sedap :) harga untuk mee wantan ni rm4.50 semangkuk...ok la sebab sedap :) oh ya udang die dah siap2 dikopek memang sgt convienent untuk makan sebab ai ni bukan jenis yang rajin nak mengopek kulit udang ni...hehe
ni gambar hadapan kedai ni untuk sapa2 yang nak try g makan...kasik iklan ckit la kan...customer kat kedai ni blh tahan gak ramainya semlm tp tak tau pasai br aji ke hapa kan...

footnote: ni dah iklan leh la dpt kredit lebih dr tokei kedai...lalala

Friday, July 24, 2009

barang free + kedah sejahtera

sapa suka barang free angkat mouse...hehe aku pun suka gak...biarpun hanya sebijik pen...tetap suka sebab free...semalam p tesco dok round2 mikir nak beli ape tiba2 ada satu amoi ni approach bg pampers free...hehe suka2 dia ckp untuk newborn baby x kisah la janji dpt kan...dpt 2 keping...lalala rezeki untuk baby kot....

semlm dok bz taip2 assignment tba2 rasa baby gerak tgk kat perut memang leh nmpk ngan obviousnya die gerak...bgtau kat my hubby dia pun cam excited jer tgk baby dok tgh aktif tendang2....smpai bergerak baju tdo yang aku pakai...hehe tp baby ni jenis pemalu kot...bla kena tegur trus diam...malu agaknya pas dah lama ckit konon dia ingat org x ambik port kot sambung balik tendang2...ntah ape la yang dia buat kat dalam tu...

semlm p singgah lagi kat festival kedah sejahtera ni...tujuan utama adalah untuk mendapatkan benda yang org x bg kemairn...haha sgt suci murni tujuan aku tuh...besa la dah org x bg haruslah usaha lebih bg dpt cuba kalau org ckp ambik la kalau nak...mest aku pun x beria2 sgt nak ambik kan...ni gmbr jauh yang aku ambik kat tmpt parking....sg la jauh parking ni bg mak buyung nak berjalan...tgk dr gmbr pun dah tahu kan....
dah alang2 ambik gmbr haruslah gmbr aku ada skali...haha interprem sama la...tgh nak snap ada budak parking dok round2...ish kacau btui la konstrentasi aku nak bergmbr ni...haha salahkan budak parking yang buat aku x tgk kamera...lalala parking kat cni kena byr kalau korang nak tau...padahal masa hari first tade pun aku kena byr...cis ambik kesempatan btui la...nasib cuma rm2 skali parking tp kalau dah tiap2 hari kena pg? rm2x7 ish byk gak tu...huhu

ni plak lunch aku hehe dah kat depan festival tu ada sebesar2 alam radix fried chicken ni kan....haruslah aku singgah makan dulu...tp rasanya agak mahal la makanan kat radix ni pasai mcm ni juadah dah rm11 lebih...nasib la ayam dia besar2, radix ni rasanya yang terbesar yang derang berjaya bina kot...haha siap ada drive thru lg tu...canggih :)
akhirnya...sebab semlm mintak org x bg hari ni aku usaha bg dapat gak...hahaha org yang x bg semlm tu dok jeling2 ja kat aku...eleh mcm aku heran sgt...kerek gila...malas aku nak kesah janji aku dpt jugak belon ini...lalala semlm kaler hijau hari ni kaler kuning la plak....x pe janji aku suka lalalala

Wednesday, July 22, 2009

kedah sejahtera 2009


hari ni sebelum aku jd malas nak upload gmbr so dgn pantas dan tuntasnya aku trus transfer gmbr yang aku ambik td dan uploadkan...haha td p merayau kat bandar laguna merbuk ada festival kedah sejahtera...jgn x tau..haha siap rasmi oleh mb kedah lg...tp sebab aku bukan jenis nak p dengar2 ucapan org2 besar ni so x de nya aku nak snap gmbr mb kedah...aku cuma orang biasa ayat rendah diri...lalala

ni plak gmbr booth mpspk kat ctu...p nyebok kot2 leh dpt belon...haha tp org x nak kasik cuma bg kipas plastik...sbb aku dah kecik ati so x de nya aku nak snap gmbr kipas tu...jd emo tba2 haha tp aku nak usahakan jugak bg dpt belon tu...nak p menyelinap pinjam anak sapa2 la pasni janji aku leh dapat belon tu...lalala

ni plak wajah depan booth tu...dengan dua org model yang tersenyum gembira tp btul ke gembira?? haha layan je lah kan

siap ada tv pamer gmbr2 kat sungai petani lg jgn x tau...klau la aku leh angkut tv ni wak blk umah cam best gak kan...flat scrin tu haha niat jahat je semua benda aku nak angkut wak blk rumah

ni plak muka2 petugas kat booth tu untuk sesi pg ni...nasib la aku kena hari last so x la kecoh sgt sbb hari ni ada lawatan mb kat ctu, esok sultan kedah nasib la aku hari last yakni 28hb nnt...mest x dak dah org2 besar nak p melawat...besar sungguh harapan ku itu lalala

pg td jugak aku dah berjaya p check perut lalala berat juga sudah naik ke 61kg...huhu makin temban btul mak buyung ni...nnt pas 2 minggu kena p lg...n kena jumpa doc 18hb8 ni untuk scan tgk presentation baby n uri...huhu bab ni cam takut ckit rupanya dah dekat tempoh nak bersalin dah...scary jek tp rasa cam x sabar je nak tgk my baby yang slalu dok tendang2 perut ni kan...sampai nak senak kadang tu aktif btul dia

footnote: td juga aku berjumpa booth jpj sempat gak tanya myeg kat derang, katanya blh ja renew online n ayat org bank seperti sistem x diupdate, geran kat depa x renew hanyalah alasan depa semata...dan blh lah kata2ku ini disahkan oleh org jpj di festival itu...haha

Tuesday, July 21, 2009

so bz yet happy...lalala

semlm ct israq mikraj kunun nak siapkan assignment tp memandangkan internet slow x siap gak assignment ku itu...haha pang diri sendirik sbb salahkan internet connection lak...ngaku je la malas pn pizet oiii....lalala sedarlah kelas mu itu hanya pada hujung minggu ini...mampuslah aku terkebil2 nnt

semalam juga me, my hubby, my sepupu n my makndak, pak ndak g cuci rumah sewa br my cousin.. takde la r actually ala rumah yang ku duduk zaman anak dara dulu...dia akan menyewa ngan ftin...so kena la p cuci rumah tu kan...gmbr ku x ambik sbb tgh xz cntik cam segan je aku nak nunjuk lam blog aku ni ha...nnt kalau dah cantik come lote aku ambik k...

ku rasa makin lama kje makin nyampah plak ngan working environment aku itu...sgt menyakitkan hati...elok2 jek mood aku pg sampai ptg dah segar bugar jaga pejabat(sbb kerani aku berkursus pengurusan jenazah kat meeting room sebelah) tp telah dirosakkan oleh makcik itu...huhu ayat sgt menyampah kalau bukan sbb aku hormat org tua2(ayat puji diri sendirik...haha) memang dah lama aku sound blk...tu reta pejabat yang kedekut x nak bg aku guna apesal...aku gna pun untuk kepentingan pejabat gak...ingat aku suka2 je ke nak request mintak....byk2 la bersabar pn pizet oii...mak buyung x leh marah byk2 nnt effect baby...haha ayat pujuk diri sendiri

k sudah2 la emo aku tu kan..pikir keja x sudah2 gak nnt...haha

btw my office tgh bz ngan program kedah sejahtera
starting esok sampai 28hb ni dekat bandar laguna merbuk..kalau sape2 nak jumpa ai leh la g booth kitorang but ai just jaga 28 hb je...leh la tgh mak buyung ni jaga booth ye...hehe

Monday, July 20, 2009

penyakit 'M'

wah semenjak dua menjak ni kan pantang kalau g memana mesti rasa nak ambik gmbr je tp tu la penyakit 'm' melanda diriku ini...malas gile nak upload gmbr2 tu...haha pastu apekah reason aku ambik gambar segala benda segala makanan segala aktiviti aku tuh....haha aku pun x tahu...lalala

tiap kali kalau aku tgk iklan celcom tu mesti rasa membara jek hati ni tambah plak ngan kata2 dia memang pantas, memang luas tu...haha jd emo jek aku tba2 padahal x pantas pun...huhu tp x leh salahkan celcom gak dah memang kawasan umah aku ni ujung2 sp, so memang x pantas n x luas la....tu nasib baik ada gak connection...mungkin aku patut bersyukur dah tu sebab kalau aku connect broadband ni kat com opis(salah guna harta kerajaan..haha) memang connection dia sgt superb....sgt lah laju dan sangat luas...

aku rasa penyakit 'm' ni kena dicampak jauh2 kerana chewahh full ejaan kerana tu...hehe aku ada lg 3 assignment yang belum aku godek2 n study...insaflah pn pizet ooii kelas ujung minggu ni aja...dah la nak kena present, hantar proposal, taip essay 5 mukasurat maunya nnt aku x tdo malam dok buat benda alah tu semua...huhu nape la aku jd malas sgt ni...padahal memang la ada tiga ja assignment aku sebab aku ambik tiga je subjek sem ni...haha nasib badan lah kan....tu pun nak malas...pang diri sendiri...haha

semenjak my tummy ni makin membesar dah xblh nak tdo mengiring dah..huhu kalau tdo terlentang plak rasa macam semput jek..nasib lah cuma ada lagi 2 bulan lebih jek..pasni dah x yah risau posisi tdo...lalala ni pun time tgh taip entry ni dah buat mcm2 posisi....then ada je kaki kecik dok tendang2 bagai....haha best2 suka je aku dok ngiring bg dia tendang2....haha

btw...nnt la ye aku uploadkan gmbr2 yang aku ambik tu...lalala malas lg nak sambung penyakit 'm' ni..haha

footnote: selamat menyambut hari israq dan mikraj pada semua muslim dan muslimat....

Friday, July 17, 2009

apekah???

waktu pagi2 cenggini dok tgk2 gmbr tiba2 rasa cam nak makan kerang rebus plak...apekah perasaan ini...huhu dah terbayang trus rasa terliur jek...huhu na kena p cr gak ni

Wednesday, July 15, 2009

dizzy...

at this moment i feel a little bit dizzy...huhu well since my big boss has organize wednesday as english day so all conversation should be in english day(macam zaman sekolah) and this also including our 'mesyuarat pengurusan' just imagine all those people including me which has not ready and not practically emphasise english in our eveyday life has to talk in english...haha sound a little bit ridiculous but i really agree that this will help to improve our english better...

but that not the problem...the biggest problem is the 'minit mesyuarat' haha since the writer is not really good in english so lots of mistake and all the word and point are write up just accordingly to what that people said without ammendment...i spend half an hour to ammend to make me understand but that action make me feel dizzy and little bit headache...maybe i have to go out and find a little bit of fresh air...huhu no offend to the writer actually maybe just me having that problem maybe other people dont..hehe

rasa cam lama ja kan x tulis blog lam bi...haha dah2 la kot speaking nya rasa pening lagi yang x sudah... huhu hari ni rasa cam teringin lg nak p santap dekat muara ikan bakaq tu...lalala ayam bakar die sgt la marvelous...ngan saiz cam suku ayam tu je ai rasa blh kongsi dua orang tiap kali makan tp disebabkan mak buyung ni kan selera besar ayam tu blh ja ai hbskan sorang...haha selera melampau nasib la berat ai total sekarang ni br naik 9kg...haha diulangi 9kg ye uolls... cam bangga je naik ckit...lalala

my cousin will stayed kat my house for this week so semalam jd rajin tba2 mengemas rumah...haha sangat keji org nak mai rumah br nak mengemas...nak buat mcm mana kan ai kan bz..(ayat nak defend diri sendiri) ok enough of merapu...back to work...lalala

Wednesday, July 8, 2009

rutin check...7 month

hari ni pg2 dah g kk tikam batu...check perut...hehe ngan hati yang berdebar2 sebab 2,3 hari sebelum ni timbang berat dah naik jd 6xkg...hehe akibat makan, makan dan makan biasalah musim buah pastu balik kg my big brither pun blk jugak jdnya makan samapi x ingat..pastu dah puas makan br nak pikir pasal berat kan...haha
sampai kat klinik td ada dah 2,3 org yang menunggu..ramai plak hari rabu skang ni pastu ada 2,3 org yang br nak buka buku...ramai gak yang nak dapat org baru gak...hehe ai cam biasalah dah sampai kena ambik nombor pastu buat urin test n tak lama pastu kena timbang berat ngan ambik bp...nak naik penimbang pun rasa debar2 jek..haha 59kg...apekah?? time tu rasa cam nak melompat jek...haha hepi2 biarpun kena tulis ngan pen merah(every month bwh 7 bln sebulan 0.5kg ja) tp gembira sebab cuma naik 1.5kg ja...hehe

overall hasil check up hari ni adalah
bp:110/70
hb:11.5
berat:59kg

start dari hari jugak dah kena kira berapa kali baby gerak...at least sepuluh kali gerak...ni susah ckit..huk2 nak kena dok kira ni sebab ai kan bila dok ngadap pc kan dah ralit biarpun dia dok smackdown dalam tu bukan ai kisah sgt pun..haha ibu apakah ini padanla sampai senak perut ni dia smackdown..haha next week ada appoinment lg untuk scan...very excited kalau blh hari ni jugak ai nak scan...rasa sgt x sbr nak tgk my baby...lalala

footnote:my hubby will be away starting tomorrow until monday..dia kena p btn..huk2 sedey kena tinggal :(

Monday, July 6, 2009

new layout lg

well lepas someone mengkomen kata page blog ni lmbt loading so ai pun ngan sukahatinya menukar lg layout blog ni...hehe suka suki je kan...x pe blog ai lpun hari ni ada perasaan hepi menguploadkan layout br...haha

so anykomen on this new layout...hehe

Thursday, July 2, 2009

utang tag kak syuhada

hutang tag dengan kak syuhada.

Rules:


1.Anda perlu printscreen wallpaper/background desktop anda yang tengah guna sekarang. Jangan tipu2 tau.... ni la gmbr btui ni kat my pc wallpaper



2.Bgtau nape anda suke wallpaper anda itu...
x suka sgt pun cuma malas nak letak apa2 gmbr lain yang lebih menarik...lgpun bukan ada masa sgt pun nak tgk wallpaper ni...hehe

3. Tag 10 people...
byk nye?? pilih ckit je kot...antara yang terpilih...hehe
1. cik puan ika...
2. cik nina
ok dah la tu....ada masa buat la ye...hehe

Wednesday, July 1, 2009

seksanya nak bercakap...huhu

korang penah x jd mcm aku ni...huhu kena ulser dekat hujung lidah huhu seksa weii nak bercakap...bila org tanya apa2 soklan rasa cam nak marah jek org tu x tau ke aku tgh dlm sengsara ni... :( malangnya hari ni ada meeting pg ptg bersama big boss(makan free)pastu tah angin apa tah big boss hari ni asyik nak suruh diriku ini bercakap...waaa tanya bila due, apa pendapat, ada soklan ke?? huhu sangat sengsara...

btw aku ni plak x suka sgt pakai ubat bonjela tu...huhu sakit plus x sembuh2..sgt prejudis terhadap ubat pastu kenalah tunggu baik sendiri...lmbt lah kan so mlm ni plan nak masak bubur jek...senang nak telan n x yah susah2 nak kunyah...

Tuesday, June 30, 2009

win lv bag

ni lepas buka blog kak nizaa cam terpengaruh plak...
cnang sgt terpengaruh ni...biarpun x tau leh percaya dak tp x salah kan try...hehe mana la tau kot leh dpt btui beg tu...lv woo nak beli ntah la bila nak mampu kan...hehe ShoppingLifestyle Magazine Readers' Contest: Win A Louis Vuitton Neverfull Bag

sapa2 nak try blh la buka kat link ni => cni

award lg...

br nak mengambik award dari blog cik puan dasy mcm cute jek awardnye...hehe mekasih ler kan



ai juga ngan berbesar hati memanjangkan award ni pada list2 yang terdapat kat tepi blog ai ni ye....hehe

fakta...auta?? cam kat hot fm la plak...hehe



Dapat dari ika http://eikasyaza85.blogspot.com/

Setiap blogger mesti menyatakan 10 AUTA diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya :
Auta tu fakta tersembunyi di sebalik nyer ek.. aku cuba laa ek...

1. saya xpernah teringat langsung akan zaman anak daraku
tipu la kalau x ingat...zaman bujang tu kan best...hehe cuma setiap org mest nak move on dalam hidup kawen pun best jugak hapa

2. saya suker bekerja...kalu boleh saya nak keje sampai mati
itu bukan aku...kalau blh nak jd surirumah dok umah ja x yah keja...huhu

3. kalu saya sedih ker..tensen ker..kecewa ke...saya xder selera nak makan
hidup untuk makan...suka suki je aku wat prinsip...haha

4. saya amat berdikari..kalu xdak sapa2 nak tolong pun saya leh wat sowang2
ikut timing gak...huhu most of the time skang ni i need my hubby most...hehe

5. saya seorang yang tenang...walaupun duduk kat ngan dinding ni yang dah retak ni
auta kot...saya sgt berperasaan...chewahh

6. saya sangat tabah.. saya xkisah orang nak kutuk saya..saya akan diamkan diri
entahlah...kadang org kata aku ni blur...org kutuk depan2 bukan nak faham sgt...kadang tu oversensitif la plak....hehe

7. saya sangat kedekut
ye ekh??? ada gak blanja org2 sekeliling...

8. Everybody loves pizet... hehehe cam Everybody Loves Raymond lak
entahlah...

9. saya xcengih .. saya pun xsuka nangis2 ni..membazir je air mata ni
time peknen ni jd sensitif ckit mudah nak nangis...ntahla

10. saya menjawap tag ini dengan pantas
cepat gak kot...sebab nak cepat2 bg kat org lain


Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

em nak bg dekat
1. my sister cik syida
2. kak syuhada
3. cik puan pearls
4. cik puan dasy
5. cik puan rose

6. cik suziela

sudi-sudikan lah terima award ni yee...hehe

Monday, June 29, 2009

nothing much....

~ x banyak benda baru nak diceritakan....except...except apa ekh??? huhu btw rasa2 macam nak tukar lagi la layout blog ni...3 column ni macam agak berat n lambat nak loading....huhu sgt x suke

~ about my geran kat bank hitam kuning tu...i guess keep it postpone n follow macam kak nizaa kot...biar la derang pegang dulu..tp mungkin ai nak try update insuran guna myeg...jst a try kan..tgk gak macam mana reaksi derang kan(akai jahat...haha)

~ my pc masih lg ada data2 word yang blh diselamatkan...alhamdulillah nasib baik la ada lagi data2 penting yang selamat..cuma semua my personal data dalam word telah diquarantined sepenuhnya...huhu memang hbs smua data dlm folder pizet punye tu dikerjakan oleh worm...agak sedih :(

~ my tummy has getting bigger n rasa makin susah nak bergerak skrang ni...(mcm mana la orang yang carry baby almost 4 kg tu kan?? ni tummy kecik pun dah ngengada..) even mark kat leher ngan perut pun dah makin ketara...sgt buruk...huhu harap nnt lepas bersalin hilang la tanda2 ni, my baby pun dah makin aktif tendang2 skrang ni...sgt best hehe rasa macam something moving inside my tummy kadang tu my tummy pun jd senget disebabkan kedudukan die...lalala

gmbr mak buyung yang ngan bangga menunjukkan tummynya...hehe

~ ai dah pun selamat mendaftar n bergelar student epjj for uitm...lalala nampaknya mulai next month dah kena p kelas for two times in a month but my hubby x dak la plak early julai ni...dia kena p btn(haha nasib la kan ai dah lepas kursus tu dgn bermacam kelonggaran disebabkan pg time tgh peknen kan...jgn kena pg lg sudahla...)

Monday, June 22, 2009

mcm mana nak ambik geran kete kat bank??

lately rasa mcm agak tension memikirkan geran keta ku yang masih di bank...huhu nape ekh padahal sblm ni x kesah pun sgt pasal geran tu...hehe pastu ngan rasa berkobar2 nak p ambik orang kat bank tu ckp x blh ambik lg la plak...alasan dia my car masih br kena at least 2 thn br lbh ambik...btl ke??? y certain people blh trus ambik geran even just after one year...y at me kena tunggu 2 thn??? bkn ai skip byr pun...tiap2 bln x penah miss??? x faham... my point here is ....
1. brape lamakah tempoh yang perlu kita tunggu untuk ambik geran kete ni??
2. perlukah ku membelakangi mereka dengan renew insuran thru saluran lain then br derang hegeh2 nak blk gerna kete ku itu???
3. perlukah ku bohong dengan alasan tah hape2 hanya untuk ambik geran kete ku itu???(tp alasan ape)
4. any idea???

Thursday, June 18, 2009

sedih...huhu

apekah salah ku hari ini....br je rasa semangat nak clearkan mejaku y semak ngan berterabur ni...huhu tp last2 jd mcm ni huhu (sedey...)

pg2 (lepas buka website inedtu la kan) aku pun dengan semangat membara di hati mengupdate dan mendaftarkan mcfee yang dah di bg free dlm pc ni...siap isi itu ini...pastu restart...on je blk buka la folder untuk buat keje...skali timbul warning trojan durjana itu...aku x ambik point lg just ok kan jek....byk kali gak timbul...skali lepas ku telek2 n ku belek2....waaaa semua file y berstatus word dah di kuarantin....hukhuk nak restore blk pun dah x blh...sedeynya...dah inform it derang ckp nak ambik pc ni nak buat back up file...sedeynya...mcm mana ku nak buat bajet 2010 ni....date linenya 30hb ni...hukhuk...next week dah nak p merayap mana2 dah...jd blur jap...hukhuk

footnote:ai will be be gone this saturday ke shah alam (20&21 june) n to melaka (23-26 june)jalan2 makan angin...lalala

jadual kelas pjj ku...

well pg2 lg dah buka website ined ni sebab cik fatin mintak tolong printkan bil pelajar dia...ku pun br teringat 'oh aku pun x byr lg bil' hehe mcm mana la blum start pjj yuran pun malas nak byr dah ni...ayat mennegatifkan diri sendiri...haha





disebabkan ku dah buka website ined br ku perasan eh dah kuar dah jadual untuk kelas...rasa cam gemuruh plak....pulak masih lg kat fakulti lama n bukannya puncak alam...lg satu perkara y best sbb ku lg suka jalan othman tu dr puncak alam...hehe tp kalau dikira atas jangkaan awal ku ini cuma ada kelas untuk hari sabtu ja sepanjang program tu berlansung bg sesi julai ni...kalau btul blh dpt pengecualian kredit n masuk kelas untuk sesi hari sabtu ja sgtlah bgs...lalala tp ada satu tarikh tu jatuh pd 3&4 oktober...huhu harus ku x dpt pegi kelas time tu...(dah bersalin) nasib lah...btw sapa2 yang nak tgk jadual ni blh la p tgk kat cni semua jadual bg semua courses y bertaraf pjj ada kat cni tp untuk uitm ja la....bkn untuk course yang ku ambik je

Tuesday, June 16, 2009

nuffnang

dulu tgk org dpt duit dari nuffnang ni rasa mcm best gak...kunun kalau letak ads die ni leh dpt income tp pas berapa lama ku join nuffnang ni income ku cuma 0.25sen...apekah?? hbs tu macam mana org lain join blh dpt ribu2 cek...huhu rasa down je kejap...tp ku x putus asa sebab semangat kobar2 dalam diri ni nak dpt cek official dr nuffnang tu kan...hehe
this day terbaca kat blog damiaqish ni pasal nuffnang rasa cam telah mendapat cara2 untuk mendapat income...so dengan itu ku juga menyeru kengkawan ku sekalian yang turut mempunyai iklan nuffnang gak...marilah kita klik iklan sesama sendiri...hehe mana la tau kan nnt ada rezeki blh la dpt cek dr nuffang tu...
=>btw duit tu dia x update everday maybe 2 weeks time gak br di update so jgn rasa kecewa bila dah klik tp duit x naik2 gak...
=>klik bila time ada iklan je kalau iklan x naik x yah la klik ok...
=>lg satu setiap kali klik akan dpt 0.25 sen kalau x salah...kalau rajin2 kite mengklik blh la dpt lebih income...sama2 lah kite...

footnote: ayat terskema ckit...hehe

how to solve rubik's cube...

semalam my hubby yang suka sgt main rubik cube ni mintak ai tolong googlekan dekat cara2 untuk solve rubik cube ni...disebabkan line connection semalam agak slow nak tunggu gambar tibul penuh punya la lama...suspen je ka last2 bla dah full gambar tu jenuh gelak jek...haha tgk la gmbr ni...mudah je dlm 6 second dah siap 'settle' rubik's cube tu...haha

Monday, June 15, 2009

marilah bercucuk tanam...hehe


sambil2 dok baca paper online pagi2 ni terlihat satu berita yang agak menarik for me...well bukan org biasa je dok tanam pokok sekarang ni even ratu england pun bercucuk tanam gak...walaupun bukan dia sendiri yang tanam tp inisiatif dia tu blh la dipuji....hehe blh la menggalakkan lagi ai tanam pokok lg pasni...even telah dikhianati oleh anak jiran ai
...(sedih ingat2 balik pokok kaktus yang tinggal 2 pokok ja tu, nasib la mak kata dia nak tolong bela sampai ai pindah rumah baru nnt...hehe)

Ratu Elizabeth tanam sayur di halaman istana

LONDON - Ketua Negara Britain , Ratu Elizabeth II menanam sayuran dan buah-buahan di halaman kediaman rasmi baginda, Istana Buckingham di sini untuk julung kalinya sejak Perang Dunia Kedua, lapor sebuah akhbar semalam.

Projek perintis di kebun Istana itu mula membuahkan hasil apabila sayuran seperti bawang, kacang, tomato, salad, ubi kentang dan buah strawberi mula dikutip bagi kegunaan dapur diraja.

Semua tanaman itu dijaga sekumpulan tukang kebun berpengalaman dan ditanam mengikut susunan kemas dan teratur seperti batas ubi kentang yang bercorak separuh bulatan di satu plot berkeluasan sembilan meter panjang dan empat meter lebar.

Hasil tanaman tersebut cukup untuk memberi makan beberapa ratus kakitangan istana selain menjadi hidangan dalam jamuan-jamuan rasmi negara kelak.

Projek itu dilaksana selepas sebuah badan amal, Garden Organic mendermakan sejumlah biji benih sayur-sayuran dan buah-buahan bersejarah kepada pihak istana.

Seorang jurucakap badan berkenaan, Myles Bremner berkata, ia merupakan inisiatif Ratu Elizabeth II untuk menggalakkan orang ramai supaya bercucuk tanam bagi memenuhi keperluan isi rumah masing-masing.

"Adalah penting untuk lebih ramai rakyat Britain menanam produk organik tempatan atau bermusim untuk memulihkan keselamatan makanan, alam sekitar dan kesihatan," katanya. - Agensi

Kosmo




Sunday, June 14, 2009

kebaikan susu ibu


Susu badan lawan kanser bapa
SEORANG wanita dari Bristol sanggup mendermakan susu badannya kepada bapanya semata-mata untuk membantu orang tuanya itu melawan barah. Georgia Browne, 27, dilaporkan berbuat demikian lebih sebulan lalu.
Georgia memerah susu lebih selepas menyusukan bayi lelakinya sebelum dihantar ke rumah ibu bapanya di Wiltshire. Bapanya, Tim Browne, 67, kemudian mencampurkan susu itu dengan susu biasa untuk dijadikan sarapan pagi harian.
Hasilnya, imbasan terkini menunjukkan daya ketahanan lelaki itu semakin baik dan kanser yang dihidapinya sedang pulih. Georgia memberitahu, beliau mendapat idea unik itu setelah menonton sebuah dokumentari TV mengenai kebaikan susu badan.
"Keluarga saya berfikiran terbuka dan tidak berasa pelik dengan idea ini. Ibu dan suami saya menyokong biarpun pada awalnya kelihatan kelakar. Ayah juga sempat bergurau dengan beritahu rakan-rakannya," kata Georgia.
Dokumentari yang ditontonnya itu memaparkan pesakit kanser prostat dari Amerika Syarikat yang sembuh hasil meminum susu badan.Tertarik dengan idea tersebut, dia kemudian berbincang dengan bapanya. Tim didiagnosis menghidap barah pada Julai 2007 dan mengalami ketumbuhan berulang selepas pembedahan. Idea susu badan itu juga mendapat sokongan doktor Tim biarpun penyelidikan sebelum cuma membuktikan susu itu sesuai melawan kanser dihidapi kanak-kanak. - Agensi

Saturday, June 13, 2009

aktiviti hari sabtu

selepas 1tahun 5 bulan duduk kat sp ni akhirnya hari ni br berjaya p tupah...haha punya la x rasa hati nak jejak kaki kat ctu...tp secara overallnya rasa sangatlah kecewa sebab apa yang diharapkan x menjadi kenyataan....huhu
jgn salah faham ye...ni adalah lokasi kat hujung jalan ctu...ada lembaga perhutanan kot...ingatkan bila p sampai hujung ni ada la air terjun cantik ke... ada tempat org berkelah ke..tp lembaga perhutanan??? apa2 je la kan
ni lepas patah balik br la jumpa tempat org berkelah..mula2 dah lalu kat cni sebenarnya tp ingatkan kat atas ada lokasi yang lebih cantik tp cuma biasa2 je...huhu oh ya kat sepanjang jalan memang blh nampak sungai dia....plus dusun org kat kiri kanan...lebih kepada kawasan dusun kot
ni lah sungainya...biasa2 je....ada la org dok mandi...tempat dia memang sgt open...so mcm terfikir gak mcm mana budak2 kapel yang datang blh wat ehem ehem kat tempat yang open cenggini...musykil disebabkan rasa x best nak lepak lama2 tambah plak byk sungguh sampah kat ctu my hubby dah ajak blk....x best dia kata
ni plak menu untuk hari ni....ayam percik...lalala resepi dia ambik kat myresepi tu...try2 je buat jadi la plak cuma kuah dia agak pekat ckit....nnt blh la try buat lg....

ni plak kacang panjang goreng telur kot kalau x salah resepi dia pun ambik kat myresepi gak...simple je cara nak buat dia n my hubby kata sedap....ok la bukan apa pokok kacang panjang kat belakang rumah tu jd buah sgt la melampau...so alang2 dah ada kacang panjang cr la resepi nak masak dia....blh la buat lg pasni sementara pokok kacang tu masih berbuah...(kalau sapa2 nak kacang panjang blh la datang ambik kat umah ai...hehe)
ni plak acara nak menghabiskan sayur cendawan kat dlm peti ais...huhu mcm dah byk sgt je sayur mayur dalam peti ais tu buat masak sayur air je...tu la aktif sgt beli sayur

dah makan kenyang2 dah siap basuh baju...nak buat ape ekh ptg ni...huhu

Friday, June 12, 2009

berapa cepat anda menaip

baca kat blog rose macam best ja typing test ni jd try gk just suka2...hehe secara overall dapat byk ni len kali blh la try g dpt lebih baik

23 perkataan

Speed test

H1N1 ke tahap 6


GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam mengisytiharkan pandemik Influenza A (H1N1) bagi negara anggotanya selepas kes jangkitan berterusan penyakit itu meningkat di seluruh dunia, termasuk di Amerika Syarikat, Amerika Selatan, Eropah dan Asia.

Ini adalah kali pertama dalam tempoh 41 tahun WHO mengisytiharkan pandemik yang bermaksud jangkitan penyakit secara besar-besaran.

WHO memutuskan untuk menaikkan tahap amaran tertinggi daripada fasa lima kepada enam selepas pakarnya mengadakan mesyuarat tergempar mengenai H1N1.
Pada peringkat awal ini, pandemik boleh ditafsirkan sebagai melanda seluruh dunia tetapi sederhana kesannya," kata WHO yang menggesa setiap negara tidak menutup sempadan atau mengehadkan pergerakan penduduk atau urus niaga.

"Kami masih mengadakan dialog dengan pengeluar vaksin influenza," kata WHO. Sebanyak 74 negara dilanda H1N1 dengan mencatatkan keseluruhan 27,737 kes, termasuk 141 kematian sejak kes pertama dikesan di Mexico dua bulan lalu.

Pengisytiharan pandemik itu adalah pengesahan bahawa selesema baru muncul dan semakin pantas menjangkiti masyarakat dunia. Pandemik pada 1968 di Hong Kong membunuh lebih sejuta manusia, manakala selesema biasa membunuh 250,000 hingga 500,000 sehari.

Walaupun WHO masih menaruh harapan, langkah menaikkan taraf jangkitan dijangka mencetuskan panik mengenai sejauh mana merebaknya H1N1.

Penduduk sudah dicengkam ketakutan apabila beribu-ribu orang yang bimbang dengan selesema babi membanjiri hospital minggu ini.

Bulan lalu, sebuah bas tiba di Argentina dari Chile dibaling batu oleh penduduk tempatan yang menganggap seorang penumpangnya terkena virus itu. Di Hong Kong, kerajaan mengarahkan semua tadika dan sekolah rendah ditutup dua minggu selepas 12 murid didapati positif H1N1, manakala di Amerika Syarikat, 13,000 lagi kes dan 27 kematian akibat H1N1 dicatatkan, kata pegawai di Pusat bagi Mengawal dan Menghalang Penyakit (CDC). - AP
saje nak highlight pasal H1N1 ni..x de story sebenaunye...hehe

BHarian

Tuesday, June 9, 2009

perodua servis...

sebelum ni tiap2 kali p servis keta ni aku main bayar je...maklumla masih dlm proses nak mengenali benda2 pasal keta ni...tapi lepas dah brapa kali servis dah aku terperasan yang tiap kali kita p servis keta ni x kisah la mana2 tempat pun mesti dia akan masukkan charge untuk windshield washer...

kalau tgk dalam pakej servis perodua x dak pun dia tulis kena tukar windshield washer ni...memang la kalau nak dikira dalam harga tu cuma berapa ringgit ja tp kalau dah sampai 4 unit buat apa yang banyak2 sgt dia isi tu...pulak tu x penah plak bekas dia ke balance air windshield tu ke dia bg blk...yang ada selalunya pun minyak hitam lain tu memang x penah pun dia bg blk...bkn nya prejudis terhadap ketulusan org2 perodua ni...cuma ada ckit rasa quiry kat dlm hati ni....musykil....hehe

ingin jugak nak tau...kalau keta org lain yang servis kat perodua ni dia still charge untuk windshield washer ni ka?? kalau dah 4 unit tu letak kat mana...biasa kalau yang kita beli kat kedai tu pun guna hbs tinggi dlm 2 ja...kalau 4 dia isi kat mana ekh??? lagipun kadang2 berfikir gak nak cr kedai biasa ja service keta ni...tp rasa x yakin plak...takut kena tipu...huk2 adakah aku ni terlalu prejudis??

Saturday, June 6, 2009

benda baru lg...

hari ni dan semalam bersiaran menggunakan connection br....lalala
memperkenalkan miss vodafone dari celcom....hehe dengan bayaran pendahuluan rm100 ja ngan bayaran bulanan rm50...sangat2 la berpatutan kan....tambah plak modemnya x perlu dibayar...lg lah berbaloi....cuma ni ngah online kat umah di kg...slow ckit connection dia sbb kat umah kg x de 3g cuma gprs ja...tp masih blh la dpt 3 of 5 credit...not bad...oh ya speed dia blh mencecah sampai 3.6mps(kalau x salah) kalau kat kawasan ber3g

actually dah tunggu seminggu gak la untuk settle pandaftaran dia n tunggu miss vodafone ni sampai...kira ok la jugak sbb seminggu ja....

for those yang turut interested blh la bertanya lebih lanjut dekat celcom nun...sbb pakej ni khas untuk kakitangan kerajaan dan hanya perlukan slip gaji terkini dan salinan ic untuk pendaftaran...dengan kotrak 2 thn perjanjian...skrang ai dah blh beronline waktu luar opis dah...hehe

footnote: gmbr x de lah ye...sbb malas nak ambik gmbr miss vodafone ni...

Wednesday, June 3, 2009

benda baru....

hari ni dapat satu benda baru kat bilik ai...tmbah lagi semak kat bilik ni...haha



tadaa...memperkenalkan encik pc yang gedabak...dgn saiz monitor 20 inci...besau jugak 20 inci ni nak suh aku lukis plan gamaknya...tp ok la pasni x yah dah usung laptop kesana kemari...haha cnang hati ku dpt pc br ni

Thursday, May 28, 2009

pening...

hari ni rasa malas sgt nak masuk opis...huk2 tp time bla yang aku rajin sgt tu...blh bilang dgn jari...hehe nasib la esok ct...ahad pun ct gak...hehe nak blk kg tgk anak sedara br yang x sampai sebulan tgk dunia tp dah kena masuk spital...sian kat dia...

biarpun rasa malas untuk masuk opis tp ada la semangat gak untuk siapkan fail yang dah berkurun menimbun kat atas meja ni...konon semangat la wat keje...chewahh tp nape cam susah je report tu...huhu ayat yang menjadikan diri ini malas....

btw...ada request from a friend untuk ai jd wedding planner...wah nmpknya boleh mengasah bakat ni...haha besa la bla kita dah experience n nak tolong member yang blum ada experience so khidmat planner tu akan diperlukan...x semua org akan ada masa nak view kedai2 pengantin...bunga2 telur...goddie bag...mcm leceh je keja2 tu...but for me i really love that kind of thing...even masa nak kawen dulu ambik masa almost 5 month p view mendalah ni...then bla tgk hantaran org yang comei2 rasa jeles jek...apekah perasaan ku itu...haha(bla la my sister nak kawen...blh gak menyibuk nnt....)

footnote: my bb dah rajin n aktif tendang menendang sekarang ni...best2 tp bila time papa dia sentuh x nak plak dia tendang2...cian papa die

Monday, May 25, 2009

testing....

ni adalah layout percubaan...mcm pening2 ckit...haha selepas mengambil kira nasihat kak syuhada try tgk kat web tu jumpa la layout ni...mcm comei...tp link byk dah ilang....huk2...x pa nnt boh blk bla masa ada

new layout???

i'm thinking of tukar ke new layout....td br customize ckit2...search la jugak layout yang comei2 tp x dak yang berkenan...huhu kalau nak gak warena itam ni...tp nak gak kaler pink...ishh krisis dalaman gak ni...nak gak wat signature kat bwh mcm kak syuhada buat tu tp jd x lawa ja bila try...kena design len kot...

tp kalau nak buat code...nak edit warena n ntah hapa2 mcm x cukup masa...hajat dihati ni nak wat jd 3 column...leh letak byk menda tp nnt agak2 rasa cam semak tak org nak bc...any komen???

Sunday, May 24, 2009

new boss???

starting from 1st june ai akan dapat boss baru...good news or bad news entahlah...kena tunggu after boss mai br akan tau...nnt mungkin akan ada situasi membandingkan boss...hehe thinking from the good news mungkin akan ada pembaharuan bg bhgn ini...hopefully i dont have to work alone anymore....

glitter-graphics.com

Thursday, May 21, 2009

coffemate free

hari ni dapat coffeemate free...lalala sebenornya ada nestle kot buat promosi coffemate kat bwh...kumpul cop tiap2 hari last2 dpt adiah percuma...memandangkan x yah byr...cuma kumpul cop ai pun join gak la aktiviti kumpul cop ni...last year dpt beg thn ni dpt coffeemate free...ok la jugak...suka2 :)