Friday, July 31, 2009

Makanan organik tiada kelebihan

nampaknya pasni sayur organik, ayam organik, apa jelah yang berunsur organik makin x laku la kat pasaran...
Makanan organik tiada kelebihan

PETANI di Sepanyol menanam sayuran organik. Kajian mendedahkan makanan organik sama khasiat dengan makanan biasa.

Kajian dapati perbezaan kecil kandungan khasiat berbanding tanaman biasa

LONDON: Makanan organik yang selalu dicanang sebagai lebih baik untuk kesihatan didapati tidak mempunyai khasiat atau manfaat lain yang mengatasi makanan biasa, kata satu kajian.

Penyelidik dari London School of Hygiene & Tropical Medicine, berkata kajian menunjukkan tidak banyak beza dari segi kandungan khasiat makanan organik berbanding makanan biasa.

"Perbezaan yang kecil dari segi kandungan khasiat dikesan dalam makanan organik berbanding makanan biasa, tetapi perbezaannya terlalu kecil untuk memberi kesan dari segi kesihatan," kata Alan Dangour, seorang daripada penyelidik yang terbabit dalam kajian berkenaan.

"Kajian kami mendapati tidak wujud bukti untuk menyokong pandangan bahawa makanan organik lebih baik daripada makanan biasa dari segi kandungan khasiat," kata beliau.

Hasil kajian yang dibuat atas arahan Agensi Piawaian Makanan Britain (FSA) diterbitkan dalam majalah American Journal of Clinical Nutrition.

Jumlah jualan makanan organik yang lebih mahal daripada makanan biasa, merosot di sesetengah pasaran seperti Britain berikutan krisis ekonomi yang dialami sekarang.

Pasaran makanan organik seluruh dunia dianggarkan bernilai A$48 bilion (RM168 bilion) pada 2007.

Pertumbuhan jualan produk organik di Britain merosot kepada 1.7 peratus pada in 2008, jauh lebih rendah daripada purata pertumbuhan tahunan 26 peratus dalam tempoh sedekad lalu.

Organic Center yang berpusat di Oregon, Amerika Syarikat berkata pihaknya turut membuat kajian sama dan mendapati hasil sama. Bagaimanapun, pusat itu berkata kajiannya mendapati makanan organik mempunyai paras antioksidan dan polipenol lebih tinggi. � Reuters/Agensi

sumber disahkan oleh: berita harian

No comments:

Post a Comment