Monday, June 15, 2009

marilah bercucuk tanam...hehe


sambil2 dok baca paper online pagi2 ni terlihat satu berita yang agak menarik for me...well bukan org biasa je dok tanam pokok sekarang ni even ratu england pun bercucuk tanam gak...walaupun bukan dia sendiri yang tanam tp inisiatif dia tu blh la dipuji....hehe blh la menggalakkan lagi ai tanam pokok lg pasni...even telah dikhianati oleh anak jiran ai
...(sedih ingat2 balik pokok kaktus yang tinggal 2 pokok ja tu, nasib la mak kata dia nak tolong bela sampai ai pindah rumah baru nnt...hehe)

Ratu Elizabeth tanam sayur di halaman istana

LONDON - Ketua Negara Britain , Ratu Elizabeth II menanam sayuran dan buah-buahan di halaman kediaman rasmi baginda, Istana Buckingham di sini untuk julung kalinya sejak Perang Dunia Kedua, lapor sebuah akhbar semalam.

Projek perintis di kebun Istana itu mula membuahkan hasil apabila sayuran seperti bawang, kacang, tomato, salad, ubi kentang dan buah strawberi mula dikutip bagi kegunaan dapur diraja.

Semua tanaman itu dijaga sekumpulan tukang kebun berpengalaman dan ditanam mengikut susunan kemas dan teratur seperti batas ubi kentang yang bercorak separuh bulatan di satu plot berkeluasan sembilan meter panjang dan empat meter lebar.

Hasil tanaman tersebut cukup untuk memberi makan beberapa ratus kakitangan istana selain menjadi hidangan dalam jamuan-jamuan rasmi negara kelak.

Projek itu dilaksana selepas sebuah badan amal, Garden Organic mendermakan sejumlah biji benih sayur-sayuran dan buah-buahan bersejarah kepada pihak istana.

Seorang jurucakap badan berkenaan, Myles Bremner berkata, ia merupakan inisiatif Ratu Elizabeth II untuk menggalakkan orang ramai supaya bercucuk tanam bagi memenuhi keperluan isi rumah masing-masing.

"Adalah penting untuk lebih ramai rakyat Britain menanam produk organik tempatan atau bermusim untuk memulihkan keselamatan makanan, alam sekitar dan kesihatan," katanya. - Agensi

Kosmo




1 comment: