Friday, June 12, 2009

H1N1 ke tahap 6


GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam mengisytiharkan pandemik Influenza A (H1N1) bagi negara anggotanya selepas kes jangkitan berterusan penyakit itu meningkat di seluruh dunia, termasuk di Amerika Syarikat, Amerika Selatan, Eropah dan Asia.

Ini adalah kali pertama dalam tempoh 41 tahun WHO mengisytiharkan pandemik yang bermaksud jangkitan penyakit secara besar-besaran.

WHO memutuskan untuk menaikkan tahap amaran tertinggi daripada fasa lima kepada enam selepas pakarnya mengadakan mesyuarat tergempar mengenai H1N1.
Pada peringkat awal ini, pandemik boleh ditafsirkan sebagai melanda seluruh dunia tetapi sederhana kesannya," kata WHO yang menggesa setiap negara tidak menutup sempadan atau mengehadkan pergerakan penduduk atau urus niaga.

"Kami masih mengadakan dialog dengan pengeluar vaksin influenza," kata WHO. Sebanyak 74 negara dilanda H1N1 dengan mencatatkan keseluruhan 27,737 kes, termasuk 141 kematian sejak kes pertama dikesan di Mexico dua bulan lalu.

Pengisytiharan pandemik itu adalah pengesahan bahawa selesema baru muncul dan semakin pantas menjangkiti masyarakat dunia. Pandemik pada 1968 di Hong Kong membunuh lebih sejuta manusia, manakala selesema biasa membunuh 250,000 hingga 500,000 sehari.

Walaupun WHO masih menaruh harapan, langkah menaikkan taraf jangkitan dijangka mencetuskan panik mengenai sejauh mana merebaknya H1N1.

Penduduk sudah dicengkam ketakutan apabila beribu-ribu orang yang bimbang dengan selesema babi membanjiri hospital minggu ini.

Bulan lalu, sebuah bas tiba di Argentina dari Chile dibaling batu oleh penduduk tempatan yang menganggap seorang penumpangnya terkena virus itu. Di Hong Kong, kerajaan mengarahkan semua tadika dan sekolah rendah ditutup dua minggu selepas 12 murid didapati positif H1N1, manakala di Amerika Syarikat, 13,000 lagi kes dan 27 kematian akibat H1N1 dicatatkan, kata pegawai di Pusat bagi Mengawal dan Menghalang Penyakit (CDC). - AP
saje nak highlight pasal H1N1 ni..x de story sebenaunye...hehe

BHarian

No comments:

Post a Comment