Sunday, February 12, 2012

wordless sunday

buah hati pengarang jantung dua orang ni..sudah pandai main sama-sama..ko lompat aku gelak..ko baring aku gelak..ko nangis aku tampar, naik moto dua-dua, minum susu dua-dua, mandi dua-dua, tdo dua-dua..barang kalau adik pegang..abang pun nak jugak, kalau abang pegang adik pun nak jugak..hihi

bak kata tok depa la..tercapai jugak hajat mak dia nak syauqi ada teman..sebab dulu aku penah wish nak bagi adik dekat syauqi supaya syauqi ada teman nak main..sungguh nampak la boleh main sesama ni..cuma kadang tu dia ajak adik main gusti..ohho adik hang tu pompuan la syauqi oi

Friday, February 10, 2012

bagi?? x bagi?? bagi??

kalau korang dekat situasi aku agak-agak apa solution korang buat? bila orang yang kira dekat la ngan aku...bila susah boleh mintak tolong, bila senang boleh tumpang senang...boleh gosip-gosip...ish boleh banyak hal la kan..tiba-tiba mintak something yang bagi aku adalah privacy dan kemudahan aku..

pendek cerita..(macam hal besar je kan...) cerita dia bila jiran sebelah rumah aku mintak passwaord wifi aku..mungkin dekat rumah dia line dah x kuat atau x full tapi still boleh detect dan tiba-tiba anak dia menjenguk dekat pagar sebelah mintak...

rasa macam x puas hati ohh...trus buat-buat macam x dengar ja..(mood x puas hati)

footnote: aku x bagi pun dekat dia

chim chum


tengok orang makan..then teringin ajak encik hubby pegi..tapi huhu aku rasa lagi ok yang aku pegi dekat ampang tempoh hari kot...makanan dekat kedai ni memang ok..tidak la aku menidakkan kesedapan dia..tapi periuk dia..huhu memang bikin panas tau

penat-penat bakar skali nak ambik jatuh dalam sup..huhu baik je aku rebus je awal-awal tadi lagi...pilihan jugak x banyak variety dan limited...tapi berbaloi dengan harga dia satu kepala rm19.90 sorang...kanak-kanak besar syauqi dan syaza tu free of charge..ye lah syaza banyak sepahkan kat lantai..syauqi lupa dunia bila nampak ketul ais..memang patut la x kena charge pun

tapi kalau nak di ratekan..memang x rugi untuk dicuba...boleh bakar-bakar, rebus-rebus sepuas hati..makan la sampai buncit..hihi

Thursday, February 9, 2012

syaza di usia 9 bulan 2 minggu

wah mood nak mengupdate belog ini sangatlah kelaut..huhu cuti sakan thaipusam bersambung ngan kalut kemas rumah selepas berhari kena tinggal..eh eh cite hal penting dulu la ya...



mek ni la...di kala usia 9 bulan 2 minggu (sambil rasa kagum dengan masa yang sungguh pantas berjalan..huhu) ye mek ni sudah mulakan langkah pertamanya masa cuti thaipusam tempoh hari...biarpun satu step jatuh, then lama sikit 2 step jatuh tapi boleh tengok langkah dia yang pertama dengan mata sendiri...sebagai seorang ibu sungguh rasa tersentuh dekat hati...

sangat merasa indah menjadi mak orang.. :)

Friday, February 3, 2012

si manis stevia


semalam selepas sesat barat mencari kilang produk minuman untuk inspection dan selepas sesi sejam setengah inspection berjumpa dengan satu fakta yang menarik untuk dikongsi dengan semua...jangan salah faham aku bukan nak jual produk depa ni cuma rasa menarik dengan apa yang diusahakan mereka.. :)

dan jugak selepas balik surf internet pasal pokok ni dekat cni, cni dan jugak sini..aku rasa macam semakin teruja nak kenal lebih lanjut..hihi pokok stevia kalau ikut nama orang kat kilang tu bagi kemarin pokok gula katanya...at first aku macam biasalah tengok kilang minuman...x fikir lebih lanjut..tapi bila dia bercerita pasal pokok stevia ni macam menarik...pokok ni adalah seperti tebu, ada rasa manis dari hujung pucuk ke hujung akar..hebat..dan dekat belakang kilang tu ada pokok tu dia kasi selai je pun untuk aku rasa dan ye memang manis pun..padahal aku cuma gigit sikit saja

antara lain kebaikan dia yang dibagitau
-boleh gantikan gula..ambik daun ni letak dalam dua helai yang fresh atau dah kering dalam air bancuh dah cukup manis dah
-air yang dibancuh tadi x kan menarik perhatian semut..hebat
-baik untuk penghidap kencing manis

dan paling aku suka bila dia kata pokok ni nak order cuma rm10 sepokok..haha dan-dan aku order
oh lepas ni lagi lambat la gula kat rumah aku nak bergerak..skang pun 2 bulan sekali beli gula..sebab jarang minum air bergula..kalau bancuh air cam milo ke teh banyak letak susu pekat dari gula..masak lagi la x letak gula..ke ada jugak orang goreng ayam letak gula??

Thursday, February 2, 2012

ride ride

mak dia yang mengidam ke anak yang mengidam adalah tidak pasti..haha kalau ikut masa cuti kismas hari tu nak beli dah..tapi sebab x jadi maka cuti raya cina baru beli..tu pun bgtau kakak ipar aku awal-awal mintak dia belikan..sebab dia beli motosikal ni dapat murah sikit..kalau saiz kecik rm130, saiz besar rm160..kat kedah penah la aku survey dapat dalam 200 lebih..huhu
budak ni mula-mula memang x pandai naik..tapi keinginan tu dah ada...kena ajar dia tekan butang reverse ngan front..tapi butang lagu jugak dia suka tekan..ada 5 ke 6 jenis lagu tah, selain butang volume untuk lagu, tempat plug untuk charge, kunci dengan start..moto ni guna bateri boleh tahan 3 jam ke lebih kot..x penah hafal brapa lama dia tahan tapi nak charge bateri kena 8 jam
abang bawak si adik naik moto...hepi la budak kat belakang tu x padan dengan kecik..haha sengih kemain lagi dua-dua
ni pagi esoknya..abang belum bangun tapi si adik bangun awal...merangkak laju pegi nak naik moto..bila letak atas moto kemain lagi senyum meleret

Wednesday, February 1, 2012

syauqi's toilet train

hari tu ada aku cerita pasal aku trainkan syauqi pegi toilet kan..well sama ada aku x cukup kuat ke sama ada syauqi belum lagi..huhu sampai hari ni masih lagi berpampers...adoi la nampaknya misi masih lagi gagal..tapi aku masih lagi berpendapat yang syauqi dah ready untuk diapers free cuma aku ja x cukup konsisten nak bagi berjaya..huhu

hari mula aku pakaikan cd tanpa insert nampak macam ok la setiap 30 minit aku bawak pegi toilet...tak terkincit pun dalam cd tu then hari second pakai seluar ja...banyak fail asyik la kena dok lap lantai..huhu then bila dah masuk keja lagi la susah sebab cuma ada malam ja untuk train..dah penat campur letih maka asyik la hold acara toilet train ni...ish hati kena kuat jugak ni

tadi terbaca dekat blog kak izzah pasal potty train anak dia selain dari blog mama imaan jugak pasal potty training..dan jugak tip-tip dari sini dengan sini pasal potty training nampaknya weekend ni kena usahakan bagi berjaya jugak...aku bakal bercuti dari hari jumaat nanti sampai ke hari selasa nanti..harap-harapnya kali ni berjaya la kot...huhu
budak ni la yang nak di potty train tu...huhu harap-harap berjaya la

Saturday, January 28, 2012

kejadian petang kemarin

hari jumaat adalah hari untuk aku feeling-feeling konon jadi suri rumah sebabnya encik hubby pegi keja, aku plak duk rumah dengan anak-anak...tunggu la encik hubby balik petangnya..kadang je tengah hari dia balik..huhu dan sebab x dak benda nak dibuat selain melayan budak berdua tu makan, berak, mandi, tdo, menyusu..maka tertimbul la idea nak buat karipap....haha

y karipap? sebab seumur hidup aku x penah aku buat karipap..haha ada la tengok mak aku dok buat tapi takat tengok dan makan..haha serius aku x pandai..then lepas google-google dapat la ilham nak buat kan...pegi potong-potong bahan nak buat inti...sebab lama sangat dok potong maka vitamin m datang..siap potong-potong simpan dulu dalam peti ais..haha bawak budak 2 orang tu tdo...

kul 4 baru sambung balik buka tenet..(eh bukan tadi pasal mood buat karipap ka?) dalam pukul 4.30 baru dok uli doh nak buat kulit dia...baru ingat aku x ada roller nak lenyek kulit..dah blur kejap...tapi doh dah uli..huhu nak x nak kena la sambung jugak...dalam kul 5.30 encik hubby balik..aku plak baru nak kelim-kelim karipap...encik hubby x kata apa pun..sambil kelim sambil lari-lari dari syaza

dah siap kelim-kelim semua baru nak goreng...aku goreng separuh, lagi separuh masuk freezer..konon lain kali boleh goreng lagi...haha dah goreng kasik dekat encik hubby mintak komen...nak tau ka dia komen apa? nak tau?

ni karipap ka cik mek molek?

kejam tau...mentang la rupa x cantik...rasa dia dah ok...huhu kejam sungguh, tengah malam tu ada la balance lagi sebiji..encik hubby tanya tu x mau perabih ka lagi sebiji cik mek molek tu? cis cis

p/s: gambar x mungkin aku upload sebab rupanya yang x cantik tu

Wednesday, January 25, 2012

fuh fuh

wah lama la kan aku bercuti..haha mula dari hari jumaat sampai selasa...berholiday sakan..ni baru keja semula..dan kena jaga ofis ini hari..huhu padan muka..dah ambik cuti sakan makanya hari ni kena la ganti cuti orang lain...yang sebelum ni gantikan aku time aku cuti...tapi x pa sebab dah lama cuti makanya hati masih lagi gumbira...haha

okeh lepas ni kalau berjaya upload gambar adalah stori mori dekat cini...banyak ni terkumpul...sebab orang yang lama bercuti ni baru jumpa dengan internet...haha sebelum tu apa-apahal kita blogwalking la dulu..jenguk belog kengkawan dulu

Wednesday, January 18, 2012

baru nak masuk 4 tahun...



okeh mula-mula kita kasi prebiu gambar lama dulu kan...gambar nostalgia ni...zaman muda belia dikala tengah cinta hangat menggila...hahaha eh sekarang dah tidak ker? tett

tadi tengah dok berblogwalking terbaca dekat blog orang pasal wedding anniversary dia ke 8 tahun..aku kalau cukup nanti bulan 8 masuk la 4 tahun...dan dekat blog dia siap tulis jam brapa akad nikah semua..maka aku pun terfikir "eh, aku dulu masa nikah x plak hafal jam brapa dah selamat jadi bini orang...haha" maka sms encik hubby tanya dia dulu masa kita nikah jam brapa ek? encik hubby jawab dekat-dekat jam 11 pagi...tapi dalam ingatan aku macam lepas zohor..haha dah bercanggah ni...trus godek-godek gambar lama tengok properties dia

dan dekat gambar atas tadi terjawab persoalan aku..haha jam 3.59pm di hari sabtu 30 ogos 2008...ceh ceh encik hubby ni kan baru nak masuk 4 tahun dah bercanggah fakta ngan aku ni "yang, awak kawen ngan sapa jam 11 tu??" dah encik hubby x balas..haha kalau dia jawab pun aku tau dah jawapan dia...cis cis

Tuesday, January 17, 2012

serius lupa

pagi tadi aku bangun dengan mamai-mamai dan jugak kalut sebab dah lambat pastu baju jugak belum iron maka kalut nak pegi iron baju...encik hubby dok kira duit balance selepas selesai bayar hutang-hutang kemarin...dalam tu dia tanya aku mana aku punya buku bajet...aku dengar macam dia tanya kunci..jawab la dekat atas meja...dia cari x jumpa..aku kata kat situ la...pegi ambik kunci tunjuk dekat dia..."la dia kata buku la" ohh dekat dalam keta...aku jawab,pegi la mandi dulu

then dah siap-siap semua encik hubby offer nak panaskan enjin kereta ngan start moto...dia panggil aku...nak kena sekeh ni mama ni..aku pun tanya balik kenapa..dia tunjuk dekat raga moto dia ada buku bajet aku tu dengan purse...elok-elok ja terletak dalam tu...huhu serius weh aku x ingat lansung aku letak situ dan bila pikir-pikir balik semalam lepas sampai rumah memang ada aku letak situ sebab tangan dah penuh..haha nasib la semalam lampu depan x buka pun...dan nasib baik masih selamat...

harap-harap lepas ni x lupa lagi..haha kalau x konfiden aku ingat yang aku letak lam keta..haha

Monday, January 16, 2012

gembira sampai ke telinga..haha

tahun lepas memang aku rasa aku ambik cuti banyak dah...sebelum beranak dah ambik awal pastu ambik cuti awal bersalin pastu lepas beranak pun ada gak ambik lagi cuti then bila check-check balik dalam buku cuti dekat bahagian aku baru terkedu...haha tinggal 3 hari ngko...masa tu masih berbaki tiga bulan kot sebelum nak masuk tahun baru...ke 4 bulan ntah la sebab aku check pun sebelum nak raya haji..haha trus insaf masa tu sebab cuti tahun tinggal 3 hari...raya haji pun dengan cuti yang x seberapa la

dan masuk je tahun baru trus insaf..plan siap-siap nak ambik cuti semua..kira-kira hari sebab tahun ni ada 2 sem nak kena cover cuti untuk study lagi...x termasuk anak sakit ke, pengasuh sakit ke, anak pengasuh sakit ke..macam-macam hal lagi la kan...harap-harap semua orang sihat la sampai hujung tahun..hihi

dan hari khamis lepas selepas banyak aku cuti sebab kalut dengan final exam tup-tup atas meja ada borang untuk cuti carry forward dari tahun depan ke hari ni..kat situ tulis aku ada balance lagi 6 hari..blur ka salah baca kan...tanya ofismate aku, dia kata dia yang salah kira kat pentadbiran bawah dah kira-kira balik jadinya cuti aku ada balance lagi 6 hari..wah wah gembiranya mengalahkan aku dapat anugerah khidmat cemerlang..dari pagi sampai ke petang senyum sorang-sorang...haha

jadinya yang aku nak cerita adalah cuti aku tambah lagi 6 hari tahun ni...haha
tahun depan x tahu lagi..harap-harap tahun ni boleh simpan untuk masuk gcr plak...ada 150 hari tu nak simpan untuk ganjaran pencen nanti...wah wah azam x hengat kan..kita tunggu sampai hujung tahun ni berjaya ke tidak...haha

Friday, January 13, 2012

budak comot minum susu

aku minum fresh milk dia pun sibuk mintak kasik la rasa sikit...jangan reject susu mak dia sudahla...hihi still x berapa pandai minum dari cawan lagi...comot aka belomoih..haha dah minum sikit mintak lagi...sedap kot

penang part 3

ok ni last sebelum menghabiskan gambar-gambar yang sudah diupload...lagipun aktiviti lain-lain x bergambar sebab ni ja sisa-sisa bateri yang tinggal...aku plak terlupa bawak charger maka lain-lain tempat g jenjalan je la kan...redha je la

ni akuarium penang, dekat batu maung. time kami pegi ni x dak orang...aku ingat rehat ke apa tapi memang x logik la nak rehat masa jam pukul 2 lebih...x relevan..kak aku p kat kaunter katanya x dak orang...ada belah dalam tapi dok jauh...last-last dah balik n google katanya dia tutup hari rabu...ceh awat x reti tulis lam waktu operasi ka??
ni plak gambar last sebelum kamera tu padam...haha dah la mahai masuk tempat ni lepas tunjuk ic pun sorang rm20...bawak kamera kena cas lagi rm2 then padam...maka gambar ni rega ni rm2...haha muzium perang nama tempat ni..dekat batu maung jugak...kena nek bukit pusing-pusing pastu bila masuk trus rasa seram..nyesal ja aku p sebab bawak budak kecik 2 orang tu kan...huhu
peta arah dalam tu...aku x leh nak tour semua tempat..penat berdukung dan semacam je rasa
gambar akhir...anak dara galak yang masa ni baru tunjuk gigi sulung...haha

skim amanah rakyat 1malaysia

semalam dan hari ni terdengar pasal skim ni...menambahkan rasa ingin tahu dan rasa berminat jugak...teringin la nak try kalau-kalau layak...sebab kalau ikutkan syarat katanya pemohon yang berpendapatan rm500 hingga rm3000...bukan isi rumah kan kan...boleh kot no..aku mohon pastu encik hubby pun mohon...lalala

apapun tunggu 30januari ni nak terjah bank yang terlibat untuk lebih pengesahan...mana tau rezeki boleh masuk jugak untuk tabungan diri dan famili

ada jugak ka sapa-sapa yang nak jugak join macam aku? sapa-sapa ada lebih info jomla kongsi..bak orang kata "sharing is caring" - bukan aku kata

syauqi's toilet training

hari ni memandangkan sampai ahad ni aku cuti maka encik hubby buat suggestion untuk kasik ajar syauqi toilet training...harap-harap ada improvement la kan...huhu kalau ikut dia nak start esok tapi aku kata hari ni la boleh untuk 3 hari...dan kalau lagi bagus sambung ke rumah pengasuh dia sekali...huhu

pagi tadi ada la 2 kali terbabas kot...tapi ok la untuk permulaan kan...kena aku make sure setiap setengah jam ajak dia pegi toilet nak buang air...kalau x macam tadi la dah 2 kali terbabas...mungkin ambik masa sebelum bleh upgrade sejam sekali x pun 2 jam ke 3 jam...huhu sabaq pz

aku cuma pakaikan dia cloth diaper tanpa insert untuk bagi dia alert dengan basah bila dah kencing...harap-harap ok la..ka aku kena bagi pakai seluar saja ek? bila nak kena jengah setiap 30 minit memang agak penat la...dan nasib baik hari ni dua-dua beradik tdo secara berjemaah..boleh la masa ni aku makan nasi, bertenet kejap...blogwalking..wah-wah suka ya kau pz...

apapun moga misi aku untuk 3 hari ni berjaya ya...amiin

p/s: takat ni cuma kencing kalau bab berak..macam mana la plak, dah la awang tu sehari at least 3 kali berak...huhu

Wednesday, January 11, 2012

penang part 2

lama la bertangguh nak sambung...salahkan gambar lambat nak upload...then pc suka padam bila lama kena tinggal...sibuk keje kat rumah...banyak sungguh la alasan kan...update terus kali ni kasik habis story nye
view pantai dekat hotel ni...sebab dari hotel lobi dah nampak pantai...then turun tangga memang sampai ke pantai...ramai orang time ni..maybe sebab cuti skolah kot
mak yang nye dengan syaza...debob-debob yang awal paginye buat hal x mo susu then petang minum sampai 8oz...lapar sangat kot
mereka berdua lagi...galak sungguh anak dara tu yer...suka angin pantai kot
my mom
adik aku dengan syauqi yang baru lepas lencun sebab terjun laut...awal takut-takut kat ombak then suka then basah...hai la ambik introduction konon-konon takut la kan
maktok dengan cucunya...time ni aku x habis kursus lagi
kami berdua...aku baru turun time ni..anak dara ni pun x lama aku peluk terus mintak nenen then tdo...tsk kat pantai pun boleh layan tdo kan
ni dekat hujung-hujun cikit kawasan berbatu...kemain rajin derang berjalan...
mereka lagi
ni keje adik aku la...kekonon tulis atas pasir tapi syauqi wat spoil nampak x kaki kecik kat hujung tu...hihi
my boy...suka sungguh main pantai yer
acara lari-lari dari ombak :)

ni time balik dari makan malam..maybe krismas dekat time tu...ada charity aktiviti nyanyi lagi krismas dekat bawah tu...join je tengok jap then ada santa claus bagi cekelat yang buat syaza takut sebab berjanggut...hihi

deko dekat lobi

Monday, January 9, 2012

kejap lagi exam

ish sempat lagi tengok blog, fesbuk, ebay ish ish impian dan berangan yang x sudah-sudah
dalam hati masih lagi terfikirkan apakah azam aku untuk tahun baru sebenarnya...
dalam hati masih lagi terfikirkan macam-macam...pasal anak-anak, famili, kerja...habis exam dok tangga keberapa ni???
ohh petang ni exam epidemiology dari jam 2.15 hingga jam 5.15 dari lecturer yang gorgeous(sesuai ke letak word ni describe dia??) tapi hebat la yang pentingnya...harap-harap jawapan aku boleh jugak sehebat dia dan result sehebat dia jugak...amiinnn
(ok gmbr ni adalah google sebab sah-sah bukan aku study finance accounting itu)

tapi...ish banyak sungguh tapi nya..sebab berangan x sudahkan ni kan...kena pegi awal ni tempat exam..kot-kot boleh selak nota last-last minute dan ada jugak tersinggah dalam kepala..huhu

Thursday, January 5, 2012

penang part 1

dah berkurun baru la nak cerita-cerita kan...huhu nak buek camno tapi cerita la jugak...cerita tahun lepas punya..hihi

aku kena berkursus dekat tanjung bungah beach hotel untuk 4 hari...aku choose untuk pegi sebab bilik dia kasik sorang satu, then aktiviti adalah relax jugak dapat kupon bekpes untuk 2 org, ajak encik hubby tapi dia x mo pegi maka tanya mak, nak x pegi untuk jagakan syaza tapi haa bukan syaza ngan mak je pegi instead kakak, adik2 aku ngan syauqi sekali...jalan-jalan ke penang lalala
bilik yang aku dapat...menghadap ke jalan then semua asyik la dok tengok apa ada dekat luar..orang joging pagi2 half naked, parking keta limited, keta atas jalan yang non-stop bizi sokmo, rumah depan tu yang mahal, apa derang buat lam rumah n memacam lagi la
ni plak budak yang suka leh jenjalan..ohh time ni syaza start kena selsema dari hari sebelumnya..pakej demam sekali...dan keesokannya jangkit dekat syauqi plak..huhu
ni hari first, sebab aku masuk lam tmpt kursus derang plak dengan hepinya pegi jenjalan tinggal aku sengsorang...redha je la..pegi bukit bendera katanya..aku sebab baru pegi maka ok je la...hihi
mek kecik yang buat hal sebab selsema ngan lama x minum susu lam botol ada la meraung time atas bukit, lam keta huhu plus mengantuk sama kot
my adik-adik...sorang tingkatan 3 tahun ni sorang lagi darjah 4...jarak jauh kan aku ngan budak 2 orang ni..huhu
kakak aku ngan si kecik debob, mak aku terlindung ngan debob
ni masa naik tren...syauqi yang baru je botak..kena cukur rambut...sebelum ni ok gaduh rambut panjang dah sian plak dia panas
tren yang dah baru...teringat zaman skolah dulu tren dia lebih klasik x macam skang, siap ada ekon dalam tu
view dari atas....leh nampak satu pulau...

Tuesday, January 3, 2012

wish me luck!

esok akan bermula final exam semester 8 di kala awal tahun 2012..huhu paper untuk esok adalah human relation yang waduh-waduh sudah ku hafal tapi enggak ingat...huhu
guys wish me luck k..paper waktu petang..jangan tersengguk di dewan exam sudahlah...ada 2 minggu untuk strunggle for final, dengan 3 paper yang ku rasa macam 10 paper...harap-harap boleh score lagi semester ini

Sunday, January 1, 2012

welcome 2012 goodbye 2011

di kala taun baru ni kan..tapi semalam x de pun aku kemana-mana untuk celebrate new year..dengan budak berdua tu dok batuk kong-kong, hidung still lagi selebet plus kami laki bini malas nak bersesak-sesak dalam jem maka solution yang ada adalah duduk rumah, tengok tv, main game kat laptop then tdo...lagipun hari ni kedah x ambik cuti pun, aku still kena kerja..baik la tdo awal untuk menjaga kesihatan...padahal kul 12 gak aku tdo sebab si anak dara dok membuas x sudah

azam aku taun lepas dengan jayanya aku kira tercapa la kot..hihi
1. nak breastpump baru...dah boleh kira bergembira dah dengan cik fs idaman kalbu..sangat memudahkan aku time sesi mengepam
2. kamera baru..satu hak milik pejabat guna untuk kerja saja, satu personal punya dapat masa hari ibu hari tu..kaler pink idaman kalbu jugak
3. stroller baru..jugak dah beli tapi bila pegi jenjalan banyak lagi aku guna baby carrier..sebab saiznya susah nak bonet...tapi still tercapai la jugak
4. pegi bercuti..kalau nak kira cuti ish ambik cuti dikira dak? hihi tapi ujung tahun bebaru ni ke penang berkursus 4 hari yang lebih kepada bercuti sudah aku kira sebagai bercuti la..sungguh puas hati
5.jadi insan yang lebih baik..hat ni rasanya sudah jugak aku usahakan untuk tercapai..tapi yang ni still nak carry forward setiap tahun..sebagai peringatan untuk jadi insan yang lebih baik di setiap hari mendatang..hari esok akan lebih baik dari hari ini..insya allah

untuk tahun 2012 ni x tau la nak berazam apa..cuma harap dapat jadi lebih baik dari sebelumnya...dapat deco-deco rumah kecik kami tu..selain mencantikkan kebun kat belakang rumah..hihi kebun kecik yang cuma tanam pokok 5.6 jenis untuk guna masak-memasak, mencuba resepi-resepi baru, jugak mahu belajar dengan lebih tekun lagi dan lagi..harap-harap sebelum tamat degree leh cecah jugak angka 3 pointer ke atas itu..amiin jugak tak tinggal isteri yang baik pada encik hubby, emak yang baik pada syauqi dan syaza(adik derang lambat lagi sebab dah letak susuk kat lengan..hihi) anak yang baik pada mak dan jugak insan yang lebih baik..insyaAllah

Saturday, December 31, 2011

kamus bahasa syauqi


maklumla dah ada anak sedang membesar ni dan sedikit pelat maka ada setengah word tu memang aku ambik masa nak paham..haha dan encik hubby pun kadang akan tanya aku as translator..haha dah jadi kamus bahasa dah aku..bukan bahasa melayu ke bi tapi bahasa si syauqi..haha

antara word dia:
uti: syauqi
yaya: syaza
shu: susu kadang jadi shushu
acik: nasik
umi: sumi
gen: vitagen
eyak: berak
pin: upin ipin
boboiboy: hat ni terer la plak kan sebut penuh, even lagu pun dah hafal..haha
abu: ibu
tak boyeh: tak boleh
buyung: angry bird

last but not least
umi cuk umah..hahaha dulu umi ja skang dah bertambah..tau apa tu?



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*


zombi masuk rumah aka game plant vs zombies tu..haha penangan game kan
hai la anak

nasi saffron

ni demi merasmikan saffron yang baru dibeli..encik hubby cakap mahal nak mampos..secuit dah rm24.99 tu pun nasib la jumpa jugak dekat tesco sinun..lepas cari di merata-rata..hihi nak buat nasi mendy tapi arang yilek..jadi la nasi saffron..nak macam buat nasi tomato pun ada


bahan-bahan
beras basmathi-1 1/2 pot (rendam dalam 1/2 jam)
air-2 cawan
susu -aku guna fresh milk dalam 1/2 cawan
saffron secuit..cikit je guna ada la dalam 10 lai(rendam dalam air panas)
garam - 1 sudu kecik
bunga lawang 2 biji, pelaga 3 biji
bawang merah seulas, bawang putih seulas
minyak-1/2 cawan untuk menumis (aku kurangkan separuh)
kismis-penambah rasa

cara-cara
1. tumis bunga lawang dengan pelaga, bagi naik bau baru tambah bawang putih dengan merah
2. masukkan beras, kacau sekejap
3. masukkan susu, garam kacau lagi
4. masukkan saffron dengan airnya sekali, air then transfer ke rice cooker
5. masa tengah menddih, masukkan kismis

dah masak baru ku tahu wangi jugak saffron ni..haha asyik dok ulang tengok periuk bila nak masak

encik hubby cakap pasni makan je la saffron sehari selai sebab mahal melampau kan..nak buat macam mana..dah memang rega tu pun

Thursday, December 29, 2011

keja keja keja

situasi 1:
dia: hari ni kata kat sini boleh ambik borang, mana borang, mana borang
aku: kejap ye cik
dia: mana borang, mana borang
aku: cik mohon hari tu dekat mana ya?
dia: sini bukan kata hari ni boleh ambik borang ka, bagi la borang
aku: (dalam hati ada sikit rasa membengkak..mood masih layan) memang ada borang, cik mohon kat mana, kita check dulu
dia: ohh dekat pekan baru sana
(boleh jugak jawab soklan kan...x penyabor punya orang..hai la)

situasi 2:
aku: ye kak, ada apa
dia: nak tanya pasal burung walit ni
aku: akak buat dekat mana
dia: akak buat dekat a*** s***
aku: kalau sini cuma s***** p***** ja kak, kalau a*** s*** kena pegi kaunter sebelah
dia: awat loan akak x lulus-lulus lagi ntah
aku: loan apa kak
dia: hari tu akak buat burung walit ni, pastu mohon dekat bank, pasaipa sampai la ni x lulus lagi ntah
(nak ka aku ulang ayat iklan cadbury zip tu, cni bukan bank kak..haha)

sabarlah wahai hati

footnote: musim study patut kena bermula la sebab rabu depan dengan rasminya nak exam final, kita sambut new year dengan exam..haha

Tuesday, December 27, 2011

macam-macam gaya si kenit ni sorang

tengok la ke kanan boleh, ke kiri pun boleh, dah macam-macam gaya si kenit ni bila menyusu..kalau time tengah lapar sangat-sangat tu memang x bergerak, tapi dah nak kenyang tu mula la peel dia..kadang tu aku tarik balik kasi normal sikit posisi tu, kadang tu aku biarkan ja...
see sampai meniarap ngan terpenyek hidung tu pun x pe..layankan ajelah..nanti bila dah x menyusu cam si abang dia, moment macam ni la nak terkenang balik..si abang dulu gaya meniarap atas mama dia sambil menyusu..si adik meniarap sambil menyusu..macam-macam la anak oii..janji jangan gigit sudah la..sakit ohh

footnote: si kenit ni tadi udah terlentang ke belakang time duduk, maybe sebab bontot terlebih bulat kot, sejak dah pandai duduk ni asyikla nak duduk biarpun terlentang nak jugak duduk,selain dari memanjat

Monday, December 26, 2011

syaza 8 bulan


anak dara ini di kala usia 8 bulan
-sudah tumbuh gigi..yeay boleh la mengigit time menyusu..dah kena sekali
-dah pandai berdiri tapi berpaut dekat mana-mana
-dah pandai merajuk, marah or balas balik bila abang buli..hihi
-pantang nampak orang makan, semua dia nak rasa..sungguh suka makan, bangun tdo mesti nak makan
-8 kilo bersamaan 8 bulan..progress yang dikira cantik
-banyak membebel dalam bahasa dia, menyanyi pun dalam bahasa dia
-dah merangkak dengan laju...
-ada daya ingin tahu yang kuat..suka dah nak explore, selain ada rasa takut dengan stranger..ambik masa sikit kalau dengan orang yang baru kenal

selain tu rasa normal kot untuk baby seusia dia...time ni dekat ampang tempoh hari..makan steamboat ngan bbq sampai kenyang..suka suka hihi

footnote: gambar kursus 3malam 4 hari dekat penang nanti la cerita-cerita selain dari balik kampung untuk acara keluarga...seminggu x naik ofis ohh sungguh la suka

Thursday, December 15, 2011

tocang yang mama dia dah lama teringin..haha

tengok tengok biarpun secoet..haha lama ni teringin nak buat
see see...mak dia ciwi lebih..tapi x tahan lama sebab si abang pegi tarik sebab nak letak kat kepala sendiri

Tuesday, December 13, 2011

lambatnya minggu depan

keja aku skang ni dok kira hari bila nak minggu depan..hahaha sungguh la x sabar sebab minggu depan gaji kan..tambah skali bonus sebulan gaji..maybe untuk setengah orang apa la sangat setengah bulan..tapi bagi aku banyak wei..list nak spend lebih banyak dari list duit nak dapat...hahaha nak beli apa? haha silap-silap nanti en hubby suh simpan buat bayar yuran sem depan..melopong je kan..sebab duit tabungan dah zero..hidup dah kais-kais macam ayam dah..huhu

tahun depan jugak katanya dapat skim baru dan gaji baru..wah lagi satu berita gembira tapi apapun aku kira sebagai rezeki anak..dan kalau diizinkan boleh la encik hubby plak sambung belajar..sama-sama berjuang nak dapatkan degree..hihi selagi otak boleh mengingat dan masih larat baikla sambung, karang dah lama x belajar otak makin tepu susah la pulak kan

tahun depan jugak kalau betul jadi kena la bertugas sebagai petugas spr..apa tu spr? ala suruhan jaya pilihan raya tu..hihi kalau diikutkan kalau jadi kali ni kira yang kedua la..dulu first masa tahun 2008, jadi pun last minit nama naik..kalut-kalut study buku spr, nasib la masa hari mengundi tu x buat salah..besar tu tanggungjawab, balik rumah trus zzz letih wei, bangun kul 5 sebab pegi ambik peti ngan kul 7 hantar balik peti...penat tapi menarik..harap-harap kali ni pun sama jugak.. apa peranan aku kat hari mengundi tu nanti?? tu biar orang yang pegi mengundi kat saluran aku je yang tau.hihi x leh cerita lebih-lebih..sulit sikit kan

hari ni rasa lebih lapang dalam kepala sebab assignment sudah settle, pjj pun penuh onak ranjau jugak..nasib la dalam dok onak ranjau tu kira-kira balik sudah 2 tahun setengah kan...x lama dah

balik pada point asal..haha suka sangat melalut kan..pada yang penjawat awam cam aku..sama-samalah kita tunggu minggu depan..gaji gaji oh gaji

Monday, December 12, 2011

hari minggu ku..

tengok je tajuk dah x suspen kan..ape la sangat ceritera di hari minggu ni kan..haha ni sebab dah buntu nak mencarikan tajuk yang debomb..maka lantak la tajuk macam tu pun..haha

hari minggu macam biasa la travel balik kampung hantar si syauqi duduk dengan tok, then makpak dia pegi puncak alam bawak si syaza sebab mak dia nak masuk kelas..haha sungguh la x suspen

nape yek makin lama ambik degree ni makin la rasa serabut hidupku ini..dulu rasa macam boleh ligan dah..ni macam makin jauh x terkejar dah ni..huhu sungguh bila serabut dah terlintas dalam ati nak quit..tapi sungguh la a big no no..dah semester 8 ni lagi sikit ja lagi nak sampai ke semester 11..tapi 3 takuk tu banyak la jugak..huhu

x pe tinggal nak catch up untuk subjek yang ada final ja nih..(ayat motivasi untuk diri sendiri)

Sunday, December 4, 2011

hutang x sudah-sudah


sepertikan gambar diatas..haha keja aku dimasa lapang adalah check bila nak surut utang ptptn ni..haha nasib la loan keta ngan rumah x bleh buat gini, kalau x tiap-tiap hari nak check jugak bila nak surut...selain daripada bila tengok bolehla berangan bila nak settlekan, nak cepatkan habis..haha angan yang x sudah

rasa semua yang sambung belajar mesti buat loan ptptn ni kan..aku buat loan ni masa zaman diploma dulu..habis blajar tahun 2007 dan start bayar 2008 sampai skang...ambik plak kadar progresif..adoi la lambat sungguh nak settle, 3 tahun lebih bayar baru turun banyak ni..encik hubby bagi suggestion buat personal loan settlekan untuk 2 orang trus, ye la kami dua-dua pinjam dekat ptptn, sorang caj perkhidmatan katakan rm30 kalau dua orang dah rm60, kalau wat satu personal loan settlekan dua-dua baru satu interest ja..kan kan tapi kena la tunggu pendapatan untuk tahun depan plak..tahun ni bajet macam dah ciput ja lagipun dah nak ujung tahun ni

yang pasal ujrah tu..pikir tolak tambah darab bahagi semua last-last aku x buat..haha x suka la benda-benda nak tolak gaji ni..loan keta, rumah ngan personal loan pun aku pilih yang x tolak gaji..nampak bersih ja slip gaji aku..haha memang la dia cakap x kan tolak gaji tapi dalam ujrah dia kata akan tolak gaji, siap suh sign kebenaran tolak gaji lagi..sesuatu yang x pasti..x mo la, kalau tidak katakan la tidak, baik bayar cam sekarang ja

ohh baru ni dapat plak mesej suh bayar konsisten..chaitt dah orang bayar pun masih mau berkira ka? tu p la tuntut yang x bayar lansung tu..sungguh la ptptn dah terdesak sekarang ni dalam hal menuntut hutang..

x pe la lagi x settle tiap-tiap hari jenguk page ni..haha sambil berangan bila nak habis bayaq..haha

Saturday, December 3, 2011

semangat join contest x habis lg

 tak habis-habis lagi nak join contest kan...kalau x menang pun x apalah janji hati senang..haha ni buka blog kengkawan tengok ada lagi contest maka rasa di hati nak cuba jugak join..hihi korang tulong eh like dekat aku..leh jugak merasa gps free...nak join pun buleh jugak...marilah kita bersaing secara sihat...hihi

nak tulong like tu boleh tekat dekat cni ya.. shell gps giveaway