Tuesday, June 22, 2010

pipi bambam

lokasi kejadian : rumah sendiri
masa kejadian : pagi time mama dia cuti
aktiviti : memunggah wallet mama sendiri

pipi yang kasi orang geram...even aku sendiri pun bila tgk dia tgk mcm ni mesti x lama la pastu mesti rasa nak tenyeh sebab geram...x pa2 anak sendiri kan...


tengah khusyuk menggodek wallet mama dia...nasib la takat ni wallet tu masih tahan lasak...memang x peduli la apa nak jadi pun time ni...kalau kita ambil wallet tu bleh siap menjerit marah lagi...hai la anak

Monday, June 21, 2010

peti ais baru... :)

seperti kan tajuk diatas...makcik keciwi dpt peti ais br...horeyyy thank encik somi i love you forever gila materialistik...ehhh tak kalau x dapat peti ais ni pun i still love him forever errr kalau bukan 2 pintu buka atas bawah, 2 pintu buka kot tengah pun ai x kesahhh

ni yang lama...byk jasa ni...tempat ku simpan susu syauqi, tempat simpan lauk2, tempat simpan sos, kicap, tempat aku simpan puding2 kasik sejuk2 nak makan sedap alah zaman gila masak dulu2...skang ni??? even gula pun aku simpan lam peti ais...haha

ni plak barang baru idaman kalbu aku 2...dapat gak aku peti ais 2 pintu...bak kata encik hubby kat my mom "dia nak buka kilang susu, kena la yang 2 pintu...ehh ni nasib 2 pintu kalau aku merayu2 deep freezer kang,...hehe
proses memunggah bawak masuk lam rumah...ehh tertangkap gmbr montot pekerja tu plak...halal je la ni je gmbr yang teringat nak snap

ruang dalam peti ais...even sampai hari ni x penuh pun...haha x pa2 nanti nak beli barang kasi penuh peti ais...lalala
owh jgn tanya benda apa ni...yang penting jangan ada frost lagi udahlah...tu yang penting

sekian makcik yang keciwi ini melaporkan :) :) :)

Friday, June 18, 2010

1.Soalan pertama : adakah anda rasa anda hot?
hot? saya biasa2 saja ayat rendah diri

2.Soalan ke-dua: upload wallpaper yang anda guna sekarang.

3.Soalan ke-tiga : cerita pasal wallpaper tersebut.
gmbr ni ambik masa kat kuantan hari tu...suka gmbr ni sebab kami dah bertiga :)

4.Soalan ke-empat : bila kali terakhir anda makan pizza?
ntah..lama dah x p pizza hut

5.Soalan ke-lima : lagu paling latest anda dengar.
hit.fm online apa dia pasang saya dengar saja

6.Soalan ke-enam : apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
tengah bermonolog dalaman selain pening hal kerja yang x sudah

7.Soalan ke-tujuh : selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa?
mama...pizet

8.Soalan ke-lapan : tag lagi lapan orang.
8?? banyak nya jap..
1.nabila
2.intan aka puterikurekure
3.cik maryam aka this is my tale
4.mieya aka meiya's bubbletalk
5.nana aka rahsia hatiku
6.cik aida comei
7.inaz aka sacred secret
8.miss lolly aka luvfareda

9.Soalan ke-sembilan : siapakah orang no. 1 kepada anda?
kawan masa sekolah menengah dulu..skang dah lama x berjumpa dalam belog je jumpa

10.Soalan ke-sepuluh : katakan sesuatu kepada orang no.5
erm... hepi2 selalu love to read your blog :)

11.Soalan ke-sebelas : no. 3 ada hubungan dengan sapa?
err entah nanti aku check gosip dia dengan sapa

12.Soalan ke-duabelas : bagaimana pula dengan no.4?
y kenapa dengan dia??

13.Soalan ke-tigabelas : pesanan kepada orang no.6
err hai :)

14.Soalan ke-empat belas : kata2 cinta untuk orang no. 2.
uihh x bley2 kontroversi satg

15.Soalan ke-lima belas : adakah no.7 dan no.8 mempunyai persamaan?
sama jantina...

16.Soalan ke-enambelas : berikan 5 perkara yang anda tawu tentang orang yang mengetag anda.
~love green~
~dah kwen~
~satu opis ngan aku~
~ada saga putih yang aku pangge kacang tu~
~my bff~

18.Soalan ke-lapanbelas : perasaan anda semasa buat tag ini.
sengal giler lah..kepala weng2 sebab tadi gatai p minum nescafe tarik...sedap tapi bahana diri sendirik

19.Soalan ke-sembilanbelas : adakah anda tau si razman itu sengal
razman who?

20. Soalan ke-duapuluh : gay or less?
aku normal x men arr layan sejantina ni...x dak feel

ok dah selamat buat tag yer korang :)

Thursday, June 17, 2010

cik "P"

awas entri ini sedikit kewanitaan...kalo x suka jangan terus baca

hari ni yakni pagi ni selepas setahun setengah aku bebas dari kena memakai pad akhirnya cik p datang menjengah...aku kira kategori nasib baik jugak sebab aku cuma sekali atau dua kali merasa period pain semenjak dari akil baligh sampai sekarang...kira cramp2 perut, rasa x larat, rasa sebu semua tu aku x penah rasa lagi alhamdulillah...dan aku jugak bukan jenis heavy punya...alah heavy yang bila period asyik nak bocor pastu selang 2,3 jam kena tukar...sebab ada member aku jenis ni kalau x tukar mesti bocor sampaikan aku yang bukan heavy ni penah la terfikir adakah dia pasang paip kat ctu sampaikan asyik kena tukar selalu gila jahat punya pemikiran

aku cuma sedar bangun pagi tadi rasa basah dan melekit2 dan bila tengok kaler merah...dan encik hubby yang mai tgk trus cakap...ehh darah...owh aku bab2 personal ni semua benda aku x malu ngan encik hubby...dia kan soulmate aku memang semua benda aku kongsi dengan dia...even hal2 perempuan pun aku tunjuk dan cerita kat dia...kata kongsi hidup kan...kan dia plak yang cam risau terlebih pastu asyik dok tanya "x sakit ker" "x pedih ker" "rasa macam mana period" "y x dak period pain pun" dan ayat last dia "patut la 2,3 hari ni manja terlebih ngan dia asyik nak berkepit ja" erm erm

time dapat tau aku period ni memang cam gelabah ckit la...ye lah x expect dia nak datang sebab my mom penah cakap kalau ikut baka dia bila breastfeeding, period akan menjengah selepas setahun tapi nak buat macam mana kan selepas syauqi lapan bulan dia dah nak menjengah sangat2...takut aku terlupa cara2 pakai pad kot...dan aku pagi tadi kena selongkar stor sebab nak cari pad kot2 ada simpan lagi kat stor...ye lah kan dah lama x period maka pad aku x simpan pun kat rumah...nasib aku baik sebab lepas selongkar aku jumpa 2 keping...kira boleh tahan sampai tengah hari sebelum pegi beli baru

sebelum ni aku penah gak terbaca kalau period ni prestasi susu macam merudum ckit dan memang pun merudum sebabnya dah 2,3 hari aku pam dapat separuh dari biasa...memang aku confuse dan gelabah ckit muka ja bajet cool macam x dak apa tapi dalam ati nih tapi tetap bersyukur...itulah rezeki syauqi tapi pagi ni dah 2 kali aku pam cuma dapat 3oz dan 4oz...uih biasa 2 kali dah 10oz makcik dah gelabah...huk huk bukan apa susu syauqi pam hari ni dan guna esok maka kalau x cukup aku memang x leh topup sebab stok memang yilek...nampaknya kena pam 4x hari ni...doakan aku kalau x kena tunggu hari minggu mengepam sambil berebut dengan syauqi sebab budak tu pantang nampak pam susu jeles kemain dia dengan pam tu....kelmarin pun dah selamat dia hempuk2 kat lantai...

tapi disebalik rasa gelabah sebab dah period tu aku tetap bersyukur sebab period ni tanda aku adalah satu yakni belum petanda nak mengandung lagi...hehe ye lah aku cam risau gak tengok member lain yang breastfeeding dah period tapi aku belum...dah la semenjak dua menjak ni asyik pening ja manjang...susu pun cam merudum ckit...trus cam terdetik takkan la aku mengandung lagi...biarpun dah ambik langkah berjaga2 tapi rasa risau tu tetap ada...aku bukan x nak lagi tapi rasa nak rehat kejap sampai aku habis belajar dulu...penat woo ulang alik g kelas pastu urus anak, rumah, hubby tba2 jadi superwoman

dan hari ni aku rasa cam kekok ckit...org dah lama x period memang rasa macam ni kot...feeling feeling macam budak baru akil baligh pastu first time pakai pad...rasa x selesa semacam...hmmm kena seminggu lak tu feeling macam ni...nasib la aku normal jangan tba2 dia mai sampai 15 hari udah lah...ada weh member aku dulu sampai aku rasa hormon dia memang bengong ckit kot, sampai dia kena makan ubat bg stabil balik...kalau x period dia macam x mo stop datang seminggu benti 2,3 hari pastu sambung lagi seminggu...kesian kat dia (owh member aku ni masih belum kawin lagi)

harap-harap 2,3 hari je kot susu aku merudum ni dan lepas ni ok balik kalau x kesian anak aku...lagi setahun 4 lagi journey dia untuk complete menyusu...harap2 aku berjaya la hendaknya..insyaallah

award A+ blog

Award kali ni datangnya dari cik puan eika..


1. What do you feel to know that you got this award..
uih bukan takat result ja boleh dapat a+, award pun ada yer

2. List down 7 blogs that deserve this award...
erm erm jap nak list

dasyworld
mama imaan
rose
kak syida
kak nizaa
fiszah aka makteh
cikpuan pearls

sila la ambik award x seberapa ni ye :)

Wednesday, June 16, 2010

hadiah kancilbiru.com

sebenarnya hadiah ni aku dapat masa hari ahad hari tu atau mungkin lagi awal sebab aku x dak kat rumah kat sp dari hari khamis smpi ahad bila balik rumah baru perasan ada surat kat peti pos...suka2

gambar surat aku x dan snap tapi sempat la buka tgk isi kat dalam pastu tinggal kat tepi tilam sebab masuk bilik air ambik wuduk nak solat dan hadiah tu tinggal dekat ngan awang tu dok men2 ngan papa dia...skali kau dah kuar dari bilik air dah jadi macam ni dan papa dia biarkan aje...x nak cakap byk biar gambar ja bercerita (untie nizaa jgn marah noo)



benda apakah ini mama...blh makan dak?



try geget tgk rasa apa...time ni memang sungguh2 geget dengan gigi 2 puntung tu



kereta terbang...vroom vroom
 

apapun makcik tetap hepi dapat keychain comel lote ni...encik hubby cam terkagum sementara dengan ayat dia "rajinnya kak nizaa buat sendiri" pastu aku spoilkan dengan kata"x la dia tempah kat blog lain dalam tenet gak"

sekiann...pizet melaporkan

footnote: bila la aku nak dapat hadiah lagi...makcik memang suka dapat hadiah ni...hehe

Tuesday, June 15, 2010

tag susu ibu

Tag ni dapat dari blog alkesah kehidupanku masa blogwalking. Macam best je nk buat and share.

tak kena tag pun tapi gatai nak buat hehe tgh rajin jawab tag ni kan kan


1.Apakah yang anda faham mengenai Penyusuan Susu Ibu?
penyusuan eksklusif yakni tak campur apa2...baby cuma minum susu ibu sahaja even air masak pun baby x minum...selepas 6 bulan boleh ditambah dengan bubur nasi sebagai makanan tambahan dan penyusuan yang lengkap adalah selama 2 tahun(moga aku berjaya la hendaknya)

2.Berapa lamakah anda menyusukan anak anda?
dari syauqi berumur 3 hari sehingga ke hari ni...alhamdulillah


3. Dimanakah anak anda dilahirkan ? Adakah di Hospital Rakan Bayi ? Apakah yang anda faham mengenai Hospital Rakan Bayi?
hospital rakan bayi ni adalah hospital yang support penyusuan susu ibu...syauqi lahir kat hospital sultanah bahiyah alor star...rasanya ni hospital rakan bayi la kot...x sure

4. Apa yang anda tahu mengenai 1 jam pertama selepas dilahirkan & "rooming in"?
rooming in adalah bayi diletakkan bersama ibu untuk mengajar cara menyusu dan meransang penyusuan susu ibu

5. Ceritakan pengalaman penyusuan anda dalam tempoh 3 hari selepas anda melahirkan bayi anda.
aku demam masa lahirkan syauqi dan sebaik lahir doktor cuma kasi cium dan tolak masuk nicu...memang x dak lansung rooming in ke paa ke...aku kat bilik sorang2(time ni femes h1n1) aku kena quarantin yer bilik x share dengan orang lain...aku try pam cuma berjaya dapat takat tutup bawah botol ja tapi still suh my mom bg gak kat anak...esok tu baru blh dukung anak sendiri try bg susu tapi nurse dah bg susu formula (ingat balik memang sedih) esok tu blh discharge dan balik try bg susu dia dah x pandai latching...pam dan bg thru sudu...penyusuan direct adalah berjaya pada hari ke5...hari2 sebelum tu semua guna sudu dan shringe...tapi biarpun guna sudu dan shringe tak sekali2 aku bg dia susu formula...dan sampai ke hari ni syauqi masih lagi minum susu ibu...alhamdulillah

6. Apakah cabaran yang anda lalui sepanjang tempoh penyusuan anda?
rasa sakit time awal2 menyusukan, mungkin salah latching x pun belum biasa
susu x cukup dan kena bgn malam untuk mengepam biarpun mata x buka tapi still pam dan pam...ku cuma guna pam manual saja :)

7. Dari manakah anda mengetahui mengenai Penyusuan Susu Ibu? Apakah sumber2 anda
dulu masa aku sebelum peknen saja search2 pasal barang bayi dan terjumpa pasal susuibu.com dan selepas baca baru tau pasal kepentingan susu ibu dan terfikir nak menyusukan anak sendiri dengan susu sendiri...nasib aku jumpa kalau x memang anak aku minum susu formula...memang susuibu.com byk membantu dan memberi ilmu pada aku tentang penyusuan susu ibu


8. Bagaimana pula sekiranya anda bekerja selepas habis tempoh berpantang? bagaimana anda menguruskan bekalan susu anak anda?
aku memang x dak stok untuk syauqi masa dalam pantang kerana masalah penyimpanan...aku buat stok pada 2 hari sebelum bekerja tapi biarpun macam tu dan aku sibuk ulang alik ke kelas dan sebagainya susu syauqi masih cukup untuk dia...alhamdulillah...

penyimpanan susu syauqi aku biasa kasi yang perah hari ni dan bg untuk esok maka susu x dak yang beku, biasa susun siap2 dalam botol cukup2 untuk sekali minum, x guna pun cooler bag sebab rumah pengasuh dekat jer ngan rumah, tapi susu ni last nak naik keta baru masuk dalam beg dan sampai rumah pengasuh trus bg yang ni dulu, pengasuh pun trus bawak masuk fridge dia

weekend plak sebab hari cuti x dak sesi pegepaman dan syauqi minum direct maka susu yang hari last bekerja aku bg beku dan malam sebelum keja aku letak sebelah bawah untuk bg cair dan esok bg kat rumah pengasuh susun siap2 untuk sekali minum

9. Kenapa anda menyusukan anak anda?
susu ibu adalah susu yang terbaik untuk anak...lagipun aku bukan jenis yang melayan budak2 dan susukan anak sendiri adalah salah satu cara untuk bonding dengan dia...dan memang takat ni dia memang rapat dengan aku...alhamdulillah

10. Adakah anda merasakan penyusuan itu sangat mudah? Mengapa?
susu ibu memang mudah sebab x payan bawak air panas, botol susu, lebih relaks tapi mudah atau x adalah terpulang pada individu...dugaan mental dan fizikal plak bg aku memang ada cuma hati ni kena kering buat x tau saja demi yang terbaik untuk anak :)

ok dah...ku x mo tag sapa2 sebab aku pun x kena tag tapi sendiri nak jawab

Monday, June 14, 2010

dasar spam

sila klik untuk tumbesaran

cam nyampah pun ada aku ngan spam ni...masa bila tah aku ada akaun maybank tah...nak wat tipu pun agak2 la wei...dah la eja understanding pun salah...ish ish

Thursday, June 10, 2010

rosak lagi daa...

macam kan tajuk di atas...saya sangat tensen dengan kesihatan cpu saya...baru saja balik dari kedai sudah sakit balik...saya memang bukan pandai bab2 repair ni dan bila saya nak berladang di malam hari tapi tidak berjaya memang sangat menyakitkan hati...bila saya on pc tu dia kata x bley configure system 32...menatangkan apakah system 32 itu...memang saya buta it oh...

dia kata lagi kena insert cd dalam cd rom tapi saya pakai dvd writer adakah mereka itu sama ataupun mereka itu adik beradik juga...saya pun tidak pasti...hmmm bawah dia ada cakap "please press r to repair" dan bila saya tekan r x jadi apa pun dia ulang balik benda yang sama jugak...memang saya x mengerti (dah x letak cd memang la x jalan!!)

maka sekarang ni saya memerlukan cd windows xp untuk repair cpu itu...tapi cd itu dah baling kat mana tah...hukhuk atau perlukah saya antar ke kedai lagi supaya mereka boleh mencuri ram atau dvd writer saya, atau hard disk saya lagi...sangat scary!!!

moga2 saya berjaya jumpa cd windows xp saya yang sudah saya baling dekat cerok mana tah itu...dan moga saya tidak menjadi "tikus yang membaiki labu" doakan saya yer...

cerita-ceriti pasal kenduri tadi malas nak story sebab agenda cuma pegi makan, show off muka dan balik...rombongan adalah 10 bijik kereta yang x berapa besar dan sebiji bas sekolah yang ditempah sempena cuti sekolah semata2 demi rombongan tok biah ke yan besar, kedah... gambar pengantin boleh singgah dekat cni

saya akan bercuti sehingga hari ahad ni yakni 13hb jun bersempena kenduri pengantin itu di hadapan rumah saya dekat kuala nerang...dan jika berkesempatan saya beronline menggunakan pc kakak saya dan streamyx dia secara free...ambik kesempatan sungguh!

sekiann...

Wednesday, June 9, 2010

kebizian...ke buat2 bizi??

semalam dan hari ni makcik kena menjaga ofis...y jaga ofis bukan dia boleh lari pun?? bukannn bukan pasal tu cuma keja yang deal ngan public dan ofis mesti sentiasa ada orang tunggu maka kena at least ada sorang dok kat ofis ni dan skang ni adalah musim cuti sekolah dan ramai yang kawen masa cuti ni dan staff kat bahagian kami pun ramai yang handle kenduri2 ni, buat hantaran, masak lauk kenduri, anak or adik kenduri dan x kurang juga tukang sibuk kat rumah kenduri tu...

dan bila dah semua orang cuti makcik pun gilir-gilir la ngan derang hari ni ko cuti esok aku plak, lusa si nun plak kira semua orang dapat bercuti...dah macam jadual cuti time raya plak... idea len kali wat jadual...hehe

esok makcik pun nak cuti gak nak jadi penyibuk lagi skali...pengantin yang makcik wat post sebelum ni tu la...my kezen tu kenduri sebelah pompuan...nnt makcik tempek gambar lagi ye...

disebabkan makcik sibuk tatap la gambar budak debab ni yer...

Tuesday, June 8, 2010

selamat pengantin baru to my cousin :)

semalam dengan rasminya encik sepupu aku ni dah bergelar suami...dengan pasangannya orang yan kedah...makcik pun semangat gila ambik cuti sebab nak attend akad nikah...kononnya skali dah sampai bukan dapat tgk orang akad nikah pun tapi mengadap mee udang...nyum nyum owh adakah makcik dan makanan tidak dapat dipisahkan?? hehe

sebab terlambat tu bukan pe salah planning dan smpi lambat...konon dah dekat p lmbt2 x pe tapi last2 memang lambat pun orang dah selesai akad nikah di masjid dah dah selamat menjamu selera kat rumah pengantin dah...x pe2 hari khamis ni kuar awal ckit...azam tu

sampai kat rumah budak kecit tu tba2 meraung sebab banyak sangat muka dia x kenal...jenis pemalu kot budak ni tgk muka orang dia x kenal memang dia x nak...cuma dengan aku, encik hubby, ngan sepupu lagi sorang je dia ok, yang lain semua dia reject...dengan tok dia pun x nak, padahal semua orang nak dukung dia tba2 jadi jakun kot

makcik interprem ngan pengantin


ni lah pengantinnya...cantik dan padan kan

lepas bergambar trus menghilang pegi rumah abg dekat penaga..tgk rumah baru orang yang baru pindah..dan juga dapat idea untuk kitchen kabinet yang entah bila akan jadi nyata ntah...hukhuk

footnote: hari ni makcik kena jaga opis sebab semua orang bercuti...musim kenduri kan semua sibuk la

Sunday, June 6, 2010

wishlist pendek

macam mana nak cakap yer...kan acik nak masuk sem baru bulan depan kan...ditambah plak dengan kedatangan bulan posa maka acik dengan penuh harapannya berharap dekat diri sendiri untuk mengusahakan seupaya yang boleh menunaikan hasrat di hati...ish cam tajuk belog kak ina kl la plak...hehe hasrat kat hati kalau ikut memang la banyak lebih dari 2010 wishlist makcik kat tepi sidebar ni tapi untuk bulan mendatang ni cuma nak list antara2 benda yang harap2 sangat boleh terlaksana...moga berjaya la hendaknya cheers untuk diri sendiri...heh

antara benda yang di buat adalah:
1. baiki radio...ni boleh kot bulan ni...insyallah
2. baiki tempat charger lam keta tu...review perodua kata rm50 ja
3. beli car and home warmer...nanti mudah nak panaskan susu ngan bubur awang tu time travel
4. tukar peti ais baru...tengok pada rezeki x lama lagi
5. kumpul ebm stock untuk bulan posa...prepare untuk mendatang kan tapi maybe start lepas dapat peti ais baru
6. tukar lampu ngan kipas baru lam rumah...ni pun tunggu rezeki x lama lagi
7. shopping baju raya...memang la posa ganti pun x settle lagi ala yang satu hari tu tapi kena bersedia kan nanti lambat2 tukang jahit dah x mo terima
8. apa lagi yer nanti kalau ingat update lagi

till then...

kali ni dah berjaya timbang...

kan aku membebel semalam kata x sempat p timbang pastu klinik dah tutup kan...so hari ni pagi2 lagi aku dah berjaya p klinik...malam semalam dah pack barang2 nak g keje siap2 kecuali botol susu ngan susu ebm budak tu aku pack last2 minute pagi td...yang tu kalau pack awal2 pastu x bleh pakai sebab basi maula acik jadi meroyan nanti...mahal tu mahal, x dak dijual di kedai2...hehe iron baju pun settle sebelum tdo padahal sebelum ni ckit punya mahal nak iron baju malam2 sebab malas nak berpeluh...cehh alasan

pagi tadi encik hubby pun dengan terujanya gerak bangun tdo pukul 6.30..gila awal sebelum ni 6.45 baru nak bangun gerak p bilik air...kess malas bangun, aku tolak kau, kau tolak aku...muehehe last2 budak kecik tu bangun korek mata dua-dua baru la hegeh nak bangun..haha rasakan dah ada anak kecik tapi masih mimpi nak bangun lambat2

dan aku siap mandi, pakai baju siapkan budak kecik tu semua settle dalam pukul 7.20 tu pun selepas bermalas-malasan...ala klinik dekat je kan...sepelaung pun boleh dengar...masih belum insaf aku bajet dalam pukul 7.30 aku boleh la sampai klinik..masa ni dok terbayang cik misi dok buka gate klinik..konon aku la orang yang terawal sampai klinik, owh memang poyo sempat terbayang macam2 ni

dan memang pun aku orang paling awal kat klinik tu even gate pun x buka lagi...haha klinik tu buka pukul 8 la...padan muka aku time orang suh datang on time aku p lambat pastu ni terlebih awal plak...bukan apa masa check perut dulu kat kd tikam batu klinik tu buka awal 7.30 dah siap buka dah aku ingatkan macam tu jugak la skali rupanya pukul 8...sempat la kami dorang g cari nasi lemak, balik bekpes pastu p balik...

dan bila dah sampai dah ada dalam 3 orang kot menunggu...x pe2 masih antara orang terawal lagi tu...baru masuk nak letak no kat kad budak kecik tu tba2 meraung...wat malu btui skrang ni memang dia kalau tengok tempat asing yang x penah pegi pastu muka orang2 yang dia x kenal memearung dan time tu aku bagi muka dia mengadap depan dan bukan mengadap muka aku tu yang kawan tba2 bleh nek gabra kot...sabaq ja la

dan hasil selepas timbang adalah 8.1kg hmm memang x banyak naik dan aku pun dah jangka sebab skrang ni memang buas bukan main...semua benda dia nak tolong kemas, sampaikan mak dia pun nek letih...kalau jatuh takat ckit2 tu x dak nye nak nangis2 kalau sakit sangat baru nangis...ikut perangai sapa la gamaknya...rasa mak dia kecik2 cam sopan je...hehehe bajet ayu

tapi yang aku musykil nape la suka sangat dok gigit gelang ngan rantai aku..pantang nampak even kalau nak bagi makan nenen lama ckit kasik dia men ngan rantai aku lama la dia makan kalau x kejap je hisap pastu dah nak p sambung menjelajah plak...dah macam himawari plak aku rasa...janji membesar dengan sihat aku dah cukup puas hati takat ni??

footnote: esok makcik cuti ada orang nak ngadap tok kadi...makcik nak jadi orang yang menyibuk..ehh bukan memeriahkan majlis :)

kadang-kadang bohong itu perlu

dulu masa kecik2 ngan masa sekolah mak, cikgu slalu kata x baik bohong...berdosa "kalau bohong nanti allah marah...dan semakin aku membesar dah terbiasa kan x baik bohong maka aku pun bercakap sejujur yang boleh dan bila bohong tu memang rasa cam ati ni x sedap...ceh bajet baikk kan tapi cakap jujur ke blur??? haha tanda soal besar kat ctu...

oh yang nak aku cerita ni bukan aku patutnya hari selasa minggu lepas aku ada appointment klinik desa dekat rumah aku...ehh bukan aku sakit bukannn semua orang lam rumah aku sihat2 belaka...membina badan dengan jayanya kecuali encik hubby yang makin kering membela kami berdua...hehe sebenarnya hari selasa hari tu patutnya aku kena bawak budak kecik tu p timbang ye la nak tgk progress dah berat takat mana kan...

dan pada hari kejadian aku pun bajet kata kejap je kan timbang2 badan ni so plan awal2 kata kat pengasuh tengah hari ckit baru aku ambik syauqi untuk p timbang dan dia pun kata ok...tapi biasa la kita hanya mampu merancang...ayat trus skema aku bila dah naik ofis memang ralit nak kata banyak keja x jugak, nak kata x banyak pun x jugak...dan aku sampai rumah pengasuh nak ambik budak tu dalam pukul 12.20 gitu dan smpai kat klinik dalam pukul 12.30 tepat2 masa derang kunci grill pintu nak pegi lawatan rumah ke rumah...

dia ada la tanya butir2 dan aku rasa kalaula masa tu pandai kelentong confirm dia buka balik grill tu kan...alah takat timbang je kan...small matter je

nurse: nak timbang ke cucuk
me:timbang ja
nurse: awat lambat sangat kami nak p lawatan rumah dah
me: ralitt
nurse: mai minggu depan la timbang ja kan

(owh kalau la masa tu aku cakap meeting habis lambat ke, jalan jam ke, ada eksiden ke...kan dah lepas ni tba2 blur kan dah kena postpone)

so esok aku akan p klinik lagi sekali nak timbang budak kecik tu...brapa kilo la agaknya yer...

moral of the story:padan muka aku kena p dua kali...ralitt sangat kan

Saturday, June 5, 2010

BLUE VAN GIVEAWAY

dah tarikh tutup baru hegeh nak masuk harap2 sempat la entri ni diterima yer... tuan tanah ni dengan sukahatinya buat giveaway sempena launching blog dia...gudluck juga pada semua yang join...fuhh harap2 makcik antara orang yang bertuah itu...amiiinnn

Gimme Food on Flights (Blog about what dish you’d like to have on flights)

dah dekat nak tdoq tiba2 terbaca instant cash blogging pasal food...uih makcik suka hehe kali ni nak mempertaruhkan nasib buat gak entri harap2 dalam 50 terawal la hendaknya

sebenarnya makcik x penah pun naik flight blush atee dah banyak road trip je manjang kan...ehh bukan manjang tapi road trip tu pun jarang2 kan skang ni makcik tengah cuti sem maka jarang lagi la road trip bukan...ish sudah la yer melalut itu...back to topic...

okeh makanan yang saya nak makan semasa dalam flight adalah


taraaa...maggi hot cup...

sedap dan cepat dan murahhh tapi kalau dalam flight rasa x murah kot tapi confirm sedap...uih orang len mengidam nak makan macam2 la dalam flight tapi bagi makcik maggi hot cup dah ok kot...bukan senang nak merasa makan maggi time di atas udara nun...mesti feeling time makan adalah x sama dengan time makan kat rumah...dan maggi hot cup memang feveret makcik semasa kecik sampai la dah jadi mak orang ni...nak plak potong cabai melaka ckit letak lam tu makan time panas2...nyum nyum dah ada anak pun makan maggi...muehehe tapi korang2 pun mest penah makan kan kan bek ngaku cepat...hehe

dalam sedar x sedar project alpha ni nak habis dah yer tengok la dah masuk episod 40 lebih dah kejap je masa itu terbang berlalu









Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Never go hungry while flying with MAS!

Friday, June 4, 2010

musim mengawan...ehh musim kenduri kawin

minggu depan dah start cuti sekolah kan dah start la kenduri2 semua even dekat nak last2 cuti sekolah nanti aku dah dapat jemputan untuk 12hb6 adalah 6 kalau x salah aku...kalau 6 tu kampung sebelah menyebelah aku memang x kesah tapi.... tu la satu kat sungai petani, 3 dekat kampung, lagi 2 luar kedah trus...dan hari tu adalah kenduri sepupu aku kawen kat kampung yang rumah dia memang kat depan rumah aku dan mak dia dah siap2 tempah laman rumah kat kampung tu nak buat khemah so memang aku rasa kenduri lain2 tu memang aku terpaksa la excuse kan diri...sooo sorry

dulu member aku yang memang mulut dia boleh tahan x dak insuran jugak penah kata "sekarang ni dah musim mengawan la kan" ciss perkataan mengawan tu memang bagi maksud len kat dalam kepala otak orang lain...ehh aku tak aku x layan kuning2 ni semua bajet innocent haha tapi tu la kan dah time cuti sekolah ja budak2 cuti...tu lagi satu aku confuse nape mesti tunggu time budak2 cuti baru nak buat kenduri bukan budak2 tu yang nak kawen pun...even budak2 tu pun x tau kawen tu apa...emo ckit sebab aku nak kena ambik cuti bila cuti sekolah sebab nak kena p kenduri...

aku x sure menu kat tempat lain macam mana tapi kalau kat kampung aku menu setiap kali kenduri adalah hampir sama gulai daging dan batang pisang, kerabu umbut nyior, ayam masak merah, daging masak hitam atau masak kurma, gulai ikan talang dengan nenas ataupun nangka...tapi feveret aku adalah gulai batang pisang dan kerabu umbut nyior...memang sedapppp bila dah keja kat sungai petani ada la aku attend kenduri staff seofis menu gulai batang pisang memang payah nak jumpa ke memang x penah jumpa...isk isk

maka azam aku sempena cuti sekolah ni adalah

saya nak makan gulai batang pisang sehingga memuaskan tekak saya


boleh???

footnote: result aku dijangka kuar minggu depan...berdebar2 jantungku ini

Thursday, June 3, 2010

penjaga syauqi

jangan x tau budak kecik tu pun ada penjaga sejak balik dari hospital memang setia menunggu kat tepi tilam, kalau time menangis dia yang kalut lebih, bila dah letak dalam buaian dia la yang tunggu kat bawah buaian, memang setia betullah

even masa lepas pantang, kan syauqi aku ngan encik somi bawak balik kelantan, mak cakap satu malam dia mencari mana syauqi, sampai mak kata malam tu pukul 4 pagi baru mak boleh tido sebab bising dia dok cari syauqi...last2 bila mak bagi baju busuk syauqi dekat dia yang ada bau syauqi baru dia diam...mencari anak dia yang hilang kot

skrang ni ingatkan dah jarang2 balik dia x mencari syauqi dah tapi balik baru2 ni dia masih setia menunggu syauqi siap tido kat tepi tilam lagi tunggu anak dia...setia sungguh dia jaga syauqi...korang nak tau sapa dia??

ni lah dia kitty nama dia berat pun nak sama naik dengan syauqi gak...maybe sebab kena cucuk x mo kasi beranak kot last timbang dalam 4kilo++ kalau aku x salah

memang setia dia menunggu syauqi..see kucing pun sayangkan anak biarpun bukan dia yang beranak tapi orang boleh plak buang anak yang dia sendiri beranak...memang lagi teruk dari haiwan

Wednesday, June 2, 2010

bunga pokok pam...

aku x tau orang lain penah tengok ke x tapi ni first time aku tengok ingatkan ada orang saja p cucuk kat situ tapi tu memang bunga dia memang pelik tapi betul2 punya...

dari jauh...nampak x kat dalam pasu tu kaler putih tu

ok kita close up sikit...nampak kan yang kaler putih tu

ni betul2 close up...bunga dia x de bau apa pun cuma bentuk macam ni ja...pelik kan pelik tapi benar...hehehehe

footnote: makcik memang jakun ckit kalau tengok benda pelik2

Tuesday, June 1, 2010

duhai pc...

hari ahad ritu pegi megamall bawak pc yang kononnya kata hard disk rosak tu...sebab hard disk tu beli dekat megamall, skali dah sampai dan cina kat kedai tu check dia kata hard disk x rosak pun...cuma ada banyak worm aka cacing!! habis kedai yang lagi 2 tu memang tipu nasib la x kena bayar pun kat dua-dua kedai lagi tu. konon format apa la tapi cacing dok banyak lagi dalam pc tu

pastu dah alang-alang p sampai sana encik hubby cadang kita beli internal dvd writer ...pilih punya pilih aku berkenan yang mana trus cina tu ambik nak pasang...dia godek-godek casing tu pastu dia cakap casing tu kecik x muat nak letak dvd writer tu kena tukar casing baru rega dalam rm119 ..owh dvd writer tadi rega dia dalam rm90 dia kata kipas pun tukar gak kalau dah tukar casing jadi total dia kira-kira dalam rm210 gitu...wah memang pokai kami lepas tu tapi balik sempat lagi singgah mcD drive thru

dah setuju nak pasang dia pun sambung la perongkah aka buka casing tu..aku ngan encik hubby x bawak stroller sebab bajet konon sekejap saja..tapi bila dah macam tu macam ni jadi lama la jugak so pegi surau dulu sebab surau dekat ja dengan kedai tu kasik budak kecik tu makan kenyang2 dulu kan...habis kasik makan tinggal kat papa dia sebab aku p solat siap2...dan bila dah lama berdukung ni budak kecik tu pun dah naik bosan memang glemer la kitorang pastu sebab suara dia menjerit sikip punya lantang dan satu kedai boleh dengar suara dia sorang memang kuat gila...puas aku usung sampai ke hari ni tangan aku sakit kes berdukung lama sangat

balik pada pc tadi, cina tu dok tukar barang masuk casing baru tiba2 dia tunjuk ram kitorang sebelum ni masa mula-mula beli adalah 1gb dan 512mb, pastu kes kena tipu dengan kedai dia tukar ram 1gb jadi 256mb gila jahat jadi la ram 256mb ngan 512mb ja...skali hari tu cina tu tunjuk ram cuma tinggal 128mb ngan 256mb...gilo x tau kedai mana yang dah tukar ram sebab masa hantar ke 3-3 buah kedai masa hantar dan ambik kami x check dulu...memang menyayat ati sungguh...dan sekarang pc itu sudah lembab nak loading...semalam dah install avast nak buang worm dan tengok la rezeki bulan depan kalau lebih boleh la beli antivirus berbayar dengan harapan pc itu lebih terbela...

so moral dari makcik membebel panjang lebar ini adalah nak bagitau saya dah ada pc dirumah semula...hehehe boleh la bergarden di malam hari pula...muehehe

double yang menggoda iman....

ni kali kedua makan double beger ni tapi masih rasa nak lagi...memang x puas makan biarpun x muat mulut...nyum2

gambar sebelum buka kotak...order double mc chicken

isi kat dalam kotak...nyum nyum jemput makan semua :)

Monday, May 31, 2010

tagged 20 years tua

tag dari prinzcy

Hey,

Look at me in 20 years from now!

Make yourself older

Make yourself older! See your face in 20 years


umaing aih...muehehe

tag orang len plak untuk faces 20years from now
1. eika
2. intan
3. cik ah
4. fiszah
5. dicup

ok selamat buat tag la yer

syauqi 8 bulan

sekejap sungguh masa itu berlalu...chewaah ayat konon puitis kan tapi sungguh rasa masih x puas tengok dak ni membesar...dah masuk lapan bulan dah dalam masa yang singkat ini...nanti dah p skolah, pastu kejap2 je dah berkawan pastu ngorat anak dara orang...muehehe ish pikir pelik2 mak dia kan perkembangan syauqi di kala menjengah usia 8 bulan ni adalah

1. dah ada 2 batang gigi sebelah bawah tumbuh secara jemaah 2 batang sekaligus dan aktif menggigit mama dia kala feeding time...biarpun baru 2 batang tapi memang sakit...asyik dok adeh adeh ja dah la bila gigit dia akan tarik macam nak bg putus nenen tu rasanya...hukhuk

2. suka main2 ngan kaki time dalam carseat...bg menan pun still lagi suka main kaki...kadang sampai tercabut stokin kena tarik...sonok kot boleh pegang kaki sendiri...owh adakah mamat ni teringin nak masuk akrobatik...hehe

3. suka tolak apa saja berbentuk 4 segi including kotak, bekas isi cloth diapers, dan jugaa tupperware isi keropok...janji 4 segi semua dia tolak...pastu kalau jatuh boleh plak bangun dan sambung tolak, kalau sakit datang kat orang terdekat minta peluk pastu p sambung balik...sweet :)

4. dah makin aktif menjelajah semua tempat nak masuk tengok, merangkak pun sangat laju kadang sampai x terkepung...kipas ngan bakul baju memang faveret lah, kipas tu kalau dia ada memang x leh pasang bizi sungguh nak bertukang kat kipas tu...selain dari suka godek2 radio dalam keta sampai bisu radio tu dia wat keja

5. suka berdiri pastu pegang sebelah tangan konon nak pektis berdiri kot tapi selalu gak jatuh...mama dia risau terlebih

6. dah ada playpen yang beli konon nak kasi dia pektis tido sendiri tapi takat ni cuma letak time tengah bizi x sempat tengok dia menjelajah pastu dia main2 dalam tu..tdo ada la kot 5,6 kali sebab banyak masa dia nak kena peluk...dah pandai raba cari orang ada kat sebelah ke x

7. rambut dah makin lebat tapi mak yang dia kata "boleh lagi nampak kutu lari2 atas kepala" sebab dia rambut jenis halus kot
8. dah pandai kenal orang dan kalau stranger yang dia baru jumpa memang x nak, nak men acah2 boleh tapi nak dukung terus meraung " konon jinak2 merpati la kot"
9. suka sangat menangis tengah malam..dan takat ni dah 4 kali kena mandi tengah malam..menangis yang x tau punca dan pas mandi trus tertido balik...biasanya kalau terlebih agah memang tengah malam mest menangis punya.
10. mulut dah macam makcik2 semua benda nak ditegur dan pantang diam...even tengah main pun mulut banyak gak.
11. sangat suka roti gardenia, tapi kalau bagi nestum reject trus, bubur blh la tapi x banyak sangat makan.
12. berat?? blum timbang lagi esok baru nak p klinik.
13. suka ketuk2 apa saja yang boleh mengeluarkan bunyi..penat ja untie fatin dia bg keta tu pun selamat dia men ketuk2...keta papa dia simpan yang shell tu pun dia men ketuk2 gak...sabaq ja la
14. kalau mandi suka tepuk2 air...ni aku yang ajar dan memang basah la mama dia time bg dia mandi...janji suka air ok la tu berbanding dengan sebelum ni kena air dah macam nak lari keluar bilik air
15. dah boleh duduk tapi macam tak berapa nak stabil asyik nak terbalik...x pe pektis make perfect

ok dah kot tu yang sempat ingat takat ni...happy 8 month dear...moga membesar dengan sihat dan cerdik hendaknya :)

Friday, May 28, 2010

hari wesak dan cuti...

aku rasa bila kita selalu habiskan masa dengan bekerja kita akan jadi macam weng2 ckit sebabnya hari khamis yakni kemarin ofismate aku tanya hari ni hari apa...see sampai hari apa pun dia x ingat...aku pun lupa gak yang hari jumaat adalah hari wesak dan bila encik somi tanya aku ganti cuti jumaat ke ahad x sebab wesak baru aku ingat yang jumaat tu hari wesak...haha cian kat aku, kalau x aku sorang2 p keja hari ahad konon berdedikasi

dan bila pengasuh syauqi tanya hari khamis ari tu "ari ni ot dak ingat nak balik kampung petang ni" trus aku jadi cam kesian kat dia, memang la aku bayar upah bulan2 untuk jaga syauqi tapi boleh dikatakan tiap2 hari aku ambik syauqi lambat...di kala matahari dah terbenam dan azan maghrib di udara baru aku muncul kat gate rumah dia nak ambik syauqi owh kesian kat anak aku..tiba2

dan hari ni aku dan syauqi dan encik somi dah selamat berada di kampung muehehe keputusan last minute aku dan encik somi untuk balik ke kampung...sampaikan mak aku boleh tanya aku sebaik saja aku turun dari keta "mimpi apa balik kampung" memang la satu soklan yang buat aku rasa macam nak marah..haha macamkan aku ni jarang2 ja balik kampung...padahal kalau x salah aku baru ja 2 minggu aku x balik...aku terlebih sensitif ke mak aku terlebih prihatin...aku kot sensitif haha

masuk hari ni jugak genap sebulan lebih rumah aku x ada pc..owh hari tu memang dah hantar kedai tapi aku rasa la kedai tu tipu dah dekat sebulan aku hantar last2 dia kata harddisk rosak padahal sebelum tu ada time aku col dia kata nak check satu2 apa yang rosak pastu aku biar je sampai 2 minggu baru aku col plak tiba2 boleh dia cari cpu tu x jumpa siap tanya brand apa pastu apa masalah yang boleh hantar p kedai..memang tanda soal besar kat situ memang lepas ni haram dah aku nak jejak kaki kat kedai dia...

oh yaa memandangkan aku dapat cuti ganti pada ari ahad ni padahal kalau boleh tiap kali ahad pun aku nak ambil cuti so aku akan beroffline seketika...cerita2 pasal si kecik syauqi bertambah bulan pun aku post bila naik ofis nanti...fesbuk ngan lain2 komunikasi pun aku x brapa aktif jugak...sampaikan member aku penah cakap aku kalau time cuti memang payah nak dihubungi...haha sian kat dia bukan apa aku time tu kena la bersungguh-sungguh menikmati bukan apa time tu la nak melayan anak dan encik somi...even henset pun aku silent mode sebab takut si kecik tu terkejut dari tido...konon ibu mithali la kan...hehe

till then..daaa

Thursday, May 27, 2010

terlepas bas...hehehe

dulu member aku selalu kata aku ni selalu ketinggalan..
dulu member aku slalu kata aku ni blur kutuk la depan2 belum tentu aku faham...
dulu member aku slalu kata aku ni old fashioned x cukup bergaya macam derang kot...
dulu... ahh sudah x habis dengan dulu tu kan konon nak mengimbau kenangan la hapa kan...
dalam blur2 aku anak dah sorang okeh...(owh tiba2 tercensored...kikkik)
bukan2 tajuk cerita hari ni bukan pasal censored-censored tu semua okeh ni nak cerita pasal cerita yang dah basi tu haa...orang lain dah khatam kot tapi aku baru nak tengok...cian kat aku maklumla tiap2 petang aku skang kena kuar wat keja balik pun di kala azan maghrib di udara...cian kat syauqi kurang kasih sayang mak pak dia...ehh tiba2 syahdu ckit

hari ni buka belog sapa tah time bloghoping terjumpa pasal adamaya...oh dia kata cite ni asal dari i'm not single tu dia buat jadi cite panjang ckit (ni bukan dia kata tapi dah elaborate ikut cara aku paham selepas baca cerita dia) dan lepas tu trus aku google pakai you tube dan konon-konon nak tengok satu dua episod ja time rehat tadi...skali kau tu la orang tua-tua kata kalau dah sekali tangok dia mesti macam penyakit berjangkit trus rasa nak tengok lagi dan lagi..chop chop ada ker orang tua-tau kata macam tu yer?? lantak lah yang aku nak bagitau aku skang ni dah rasa-rasa nak sangat2 tengok lagi sambungan adamaya tu...tapi bila lagi masa free nih...hukhuk

aku tau memang aku terlepas bas tapi nak buat macam mana kannn...dah balik keje pun masa orang dah ready nak solat maghrib kan redha je lah...tapi bila ujung bulan sebelum gaji masuk memang marveles...sebab time tu duit ot ngan milage masuk...rasa ilang letih balik lambat setiap hari...lalalala

Wednesday, May 26, 2010

yang menang jadi arang yang kalah jadi abu

skang ni macam jadi trend kan gaduh2 lam belog...si a kata si b, pastu c plak sokong trus komen2, post kata2 pastu wat report polis...owh memang scary harap2 dielakkan aku dari terjebak kancah macam ni...siyes aku memang x suka orang marah aku...even nak bergaduh ngan orang ni memang x best sebab ending dia sangat x best...aku penah merasa macam mana bergaduh dan ending dia biarpun dah bertegur sapa tapi dah x macam dulu...tegur tapi kesan efek bergaduh tu masih berbekas dalam ati...

tapi aku bukan bergaduh dalam belog ye bukan-bukan...aku gaduh kat real yang which is lagi scary...kalau sebelum tu memang ada yang gaduh2 biasa yang takat2 masam muka, aku pegi kanan pastu ko pegi kiri...pastu delete list nama dari friendster sebab zaman ni friendster kan glemer pastu kutuk2 belakang, ish minah tu bla bla bla masa ni memang minah tu la yang paling keji konon diri sendiri sangat suci murni gila keji pastu dah lama 2,3 bulan tegur balik trus baik kamceng macam x penah ada apa2 gila keji perangai macam tu...miahaha tapi tu la kot cara kami untuk elak dari berperang mulut kot

tapi bila jadi satu ketika kutuk2 belakang dah terlampau banyak pastu perasaan menyampah dah x terbendung trus bersua muka...biasa la bila bersua muka si batu api mesti nak defend diri kan trus la jd x tentu arah si batu api tu kan...dan yang jadi mangsa keadaan adalah kedua-dua pihak...team a x memang team b pun tidak...dua2 dapat rugi dua2 hilang kawan...even sampai sekarang suasana adalah hambar...kejadian bergaduh tu dah hampir 5 tahun kot berlalu tapi kesan dia sampai sekarang hubungan masih lagi hambar...rugi kan?

owh aku masa tu dalam salah satu team lah...yang jadi loser tu...dan sampai sekarang aku masih x berbaik dengan loser team lagi satu...bukan x berbaik maksud x bertegur sapa cuma x berbaik dalam erti kata kawan yang macam dulu...mungkin kata orang tua-tua 'kerana setitik nila rosak susu sebelanga' dan kerna satu peristiwa habis hilang semua memori indah yang satu belanga itu...

dan ku rasa biarlah berharmoni dalam berbelog kerna setiap individu itu Allah jadikan berlainan sifatnya, berlainan perasaannya, setiap orang ada pendapat masing2, even kalau si ina kata 'bunga taik ayam itu busuk', tapi si ani mungkin kata 'bunga taik ayam tu wangi'...dan mungkin si ina kata 'mamat tu hensem gila' taste dia la kot kan tapi mungkin si ani kata 'owh mamat tu huduh gila, hitam plak tu apa la yang si ina tu minat sangat...'

pendirian aku? aku x nak terlibat dalam mana2 pergaduhan biarlah mereka, aku bukan di tempat mereka x nak mau ambil tahu...kita x berada ditempat mereka dan merasa apa yang mereka rasa dan dengan itu aku ambil sikap tidak ambil peduli dan x nak tau...boleh x macam tu...hehe

footnote: dalam mood muhasabah diri

Tuesday, May 25, 2010

chatboxku tiada lagi...ngeh ngeh

kalau sapa yang rajin masuk blog aku mesti perasan yang chatbox itu sudah tiada lagi..ngeh ngeh bukanlah aku nak bersikap x mesra alam ke sombong ke apa tapi ku rasa yang macam sedikit annoyed dengan chatbox itu...rasa terguris sedikit maka dengan satu klik tadaa it's gone..

kalau korang yang singgah cni x pe tinggalkan je komen...dan yang klik nuff ku itu akan aku trace dari nuff dan aku singgah balik blog korang yerr...dan bila dah x dak chatbox tu rasa cam lega ckit ati ni...rasa annoyyed itu sudah tiada...

owh jangan pula ada yang terasa dengan terdeletenya chat box tu yer...saja aku yang malas nak letak dan itu tiada kaitan antara hidup dan mati dengan sesiapa...tgk lah kalau aku berubah fikiran chatbox tu aku letak balik :)


peace no war

Sunday, May 23, 2010

shaun the sheep :)


ni lah semenjak dua menjak ni aku asyik dok layan channel disney...muehehe memang best citer ni setiap weekdays pukul 12.30 kalau x salah...ala lepas citer oggy ngan lipas tu ada la citer shaun the sheep ni...mula2 macam fikir alah apa la ada ngan kambing yang bulu x semacam kambing lain ni tp bila lama2 tgk owh memang ralit, siap boleh gelak sorang2 lagi tu

kalau x salah history kambing ni dalam cerita wallace n gromit dan x sangka plak ada kartun khas cerita just mengenai kambing ni plak dan aku google ada cerita asal mengenai shaun the sheep ni

The character first appeared in the 1995 Oscar-Academy Award for Animated Short Film Wallace and Gromit short film A Close Shave. Sucked into Wallace's Knit-o-matic contraption, the sheep is accidentally Sheep shearing, so Wallace names him "Shaun" (a Shaun sounds identical to "shorn" – unless spoken with a Rhotic accent. Shaun later appeared in the 2002 series Cracking Contraptions episode, "Shopper 13", ostensibly to rescue a wayward wheel of Edam(cheese). The popularity of the character, as expressed in the success of Shaun the Sheep merchandise, led to the commissioning of an initial 40 seven-minute episodes by Michael Carrington at the BBC.
The second series of 40 episodes began on 23 November 2009 on BBC One and BBC HD. Some characters also appeared in two idents for the relaunched CBBC Channel.
In 2008 Aardman Animation was awarded the International Emmy for Shaun the Sheep in the Children & Young People.


 ni antara beberapa episod shaun the sheep ni yang bagi aku boleh mereleasekan tensen aku bila tengok...







owh dan ni official site shaun the sheep tu untuk sapa yang gila jugak kambing yang x cukup bulu ni...muehehe tp aku rasa orang len x minat kot aku je tiba2 nonton kartun x sudah..bak kata pakngah aku masa aku lepak kat rumah dia zaman anak dara dulu...
pakngah: ko ni kartun je manjang, siang malam kartun je kejenye
me: ok apa dari tgk cite tamil pakngah tu...muehehe
korang x minat?? tapi memang makcik ralit melayan cite nih selain dari melihat cite oggy dan lipas tu...memang layannnn

Thursday, May 20, 2010

testing photoscape...

disebabkan makcik ni buta it maka dikala petang2 yang sengal ni dok godek2 photoscape blaja mengedit gambar...jangan x tau makcik kalau bab edit gambar siyes memang x pandai...guna paint boleh tahan lagi nak guna photoscape ke photoshop ke photobook ada ker application photobook ni...muehehe ker memang zero sungguh pengetahuan cuma buka renung pc pastu tutup balik pc...

maka disebabkan x nak la orang kata x pandai ni kan...pastu blaja la edit ckit2..dah la sebelum ni masa baru beli watermark tu my sis gelakkan sebabkan beli materwark dan x buat sendiri...owh aku ni bukanlah bijak pandai bab2 gmbr2 ni maka jalan yang mudah adalah bagi orang buat dan buat...kan senang macam tu...dah lam ati nak ada yang cun cun tp x reti buat...hukhuk

ok balek cerita asal ni selepas berejam makcik godek photoscape dan kepala masa taip entri adalah sedikit weng weng...hehe nanti dah habis weng weng ni makcik sambung godek balik photoscape itu...dan hasil godekkan adalah seperti berikut

amaran keras: dilarang komen melampau pada hasil edittan x profesional ini


gambar asal sebelum diedit...nampak biasa saja kan kan

ok ni lepas buat sedikit touch up nampak macam cerah ckit gambar...wink wink

owh ni kasik letak ckit watermark dengan touch up kat tengah2 picture highlight ckit

terjumpa plak frame...hehe ok letak frame dengan font...baru tau kata ada font function kat ctu...cam boleh tahan...hehe

yang ni buat cropped round, pastu watermark ngan frame comel comel ker

ni tengah dok search cara nak bg gmbr tu bulat saja, x nak bentuk segiempat...korang yang bijak pandai buleh ker tulong makcik...dok try godek tapi x jumpa2 lagi nih...nak jugak gmbr tu jadi round plak

footnote: hasil ni nape ntah asyik nak tambah word g kat setiap perkataan yang ada n kat hujung contoh gurun aku tulis jadi gurung haih terkenan ganu ker ini??

Wednesday, May 19, 2010

blogger tegar...wah wah wah

aku bogwalking pastu terjumpa kuiz nih...saje buatkan

blogger tegar wah wah wah kembang kejap makcik

88%  
Lets101 Quizzes - Online Quizzes

korang minat?? try la buat jugak tgk hasilnya tegar atau sambilankah? hehe

try kat cni yer

Tuesday, May 18, 2010

i'm newbie at geng blogger.. :)

aku lama dah perasan komuniti ni tp cam malu nak join...pastu tgk je orang lain join...buka dan tgk...dan tgk...dan tgk ehehehe

dan semalam aku beranikan diri explore cari tempat nak join jugak...wahh aku ngaku memang jakun...puas aku klik merata last2 nmpk button fesbuk kat atas tu aku klik dan owh rupanya kat situ kena klik kalau nak join sebelum aku join dah lam fesbuk tu y cam pelik kenapa nak klik lg icon fesbuk...dan aku dah berjaya joinkan diri dalam komuniti geng blogger itu...

tapi aku cam musykil...isy memang banyak aku kena belajar lagi bab komuniti geng blogger nih...nak ping ping tu kat mana haa...wahai bijak pandai sekalian tulong2 ler ilangkan kompius aku nih...memang makcik x pandai buta it sungguh

tu blum lelain lagi...memang banyak nak kena belek, telek, renung dan godek2 nih...papepun nampak aku kat geng blogger tu tegur2 la ye

Monday, May 17, 2010

kerja oh kerja

semalam dah la petang2 kena sembur ngan big boss memang aku salah sorang penyumbang masalah tapi orang utama penyumbang masalah melepaskan diri...owh memang x patut...tinggallah aku sorang-sorang kena sembur dengan dua orang big boss...sorang tu dah puas sembur suruh jumpa big boss lagi sorang pun kena sembur jugak cuma mood dia semalam macam okeh so x banyak dia sembur cuma ringan-ringan je owh sembur-sembur pun ada ringan-ringan jugakkah? 

dah la aku sejak tukar big boss baru dua-dua orang ni aku cam segan ckit nak jumpa...kalau x de hal memang aku elakkan...ada la ari tu aku jumpa yang sorang tu mintak x nak pegi kuantan tapi memang x de belas ehsan...dia suruh aku pegi jugak dan dan tu jugak aku isi borang guna keta sendiri bawak laki aku dengan si kecik tu p kursus sekali...muehehe

dan semalam puas aku bersusun ayat bersusun langkah jumpa big boss mintak sign sekali kauu ada orang yang onar plak trus big boss x jadi sign...terkesima aku sekejap...so hari ni aku kena menyusun langkah semula dan menyusun kata semula nak jumpa big boss untuk mintak sign...harap2 hari ni menjadi hasil jugaklah kerja-kerja aku...selesai jugaklah kerja2 yang tertangguh ni yang membuatkan aku termimpi2 malam2

owh si punca masalah dah menghilangkan diri...kata dia kalau susah sangat benda tu x payah ja proceed, biarkan saja...senang banyak sungguh "awat ko nak beli guna duit kau kah menatang tuh" "50k tu weh 50k kalau aku ni anak jutawan lain la boleh je aku beli sendiri" teremo tba2 dah la selama si punca masalah ni muncul semua kerja dua orang jadi sorang...dah tu bila jadi masalah menghilangkan diri...memang x de rasa tanggungjawab sungguh tu pun ramai gak yang melekat heran gak aku

agaknya si punca masalah tengah sibuk skrang ni maklumla nak tambah cawangan lagi satu...orang bujang 3 tapi dia bujang satu...komitmen terlebih...sampai hal kerja pun buat lebih kurang...aku x kesah la ko nak tambah cawangan brape banyak pun tapi boleh x hal kerja tu buat dengan rasa tanggungjawab...hukhuk betapa aku rindukan bos kecik aku yang lama

korang x faham?? aku lagi x faham...

Friday, May 14, 2010

mamat nih...

skrang ni pantang nmpak benda yang boleh berpaut semua nak dipegang...tengah pektis lah katakan tp jatuh pun slalu gak

err ada efek x slalu jatuh nih...wisau gak makcik

in memories...



pic credited to facebook
 

my bestfriend may you rest in peace n ditempatkan di kalangan orang yang solehah...sungguh kita x punya masa untuk selalu bertemu dan aku kan merinduimu selamanya...maafkan aku yang tak mampu membendung air mata tatkala mengingati pemergianmu sungguh aku x mampu...

bagai terkenang-kenang lagi waktu kita bersekolah bersama-sama, tatkala kita bergelak ketawa, menangis bersama, tatkala aku khabarkan tentang majlis pernikahan aku dan juga kehadiran si kecil itu kau lah orang yang paling gembira...sungguh aku telah kehilangan...ku rasa seperti separuh dari kehidupan aku dan kenangan2 itu pergi meninggalkan aku kerna kau dah berada di sana...aku x punya ramai teman dan bila kau pergi aku rasa kosong...moga kau aman di sana...sama seperti semalam bila kurenung wajahmu yang aman seperti orang yang tidur...sungguh tenang sekali

to NURUL AIN BINTI YAHAYA semoga anda ditempatkan dikalangan orang yang soleh dan solehah al-fatihah



IN MEMORIES 1985-2010

Thursday, May 13, 2010

watermark ku

nih penangan cik puan kurekure lah ni trus teruja nak ada watermark gak...nak buat sendirik x pandai...owh macam mana derang buat...aku memang buta it...hehe so kita beli jer kat cni

bayau je rm5 dapat la matermark cenggini...
footnote: rasa cam nak lagi plak watermark :)

indahnya kalau...

indahnya kalau aku dok kat rumah je sehari-hari kemas rumah, masak2, tdo..(owh tu memang wajib ada lam list) gardening, bley la aku sambung hajat aku bercupcake, bercding, bercross-stich, berscallop...wahh byk ber.. ni hehe

sungguh tatkala tengok jiran-jiran aku banyak yang fulltime housewife ni memang aku jeles, sebabnya derang ada masa melihat anak membesar sepenuhnya, aku plak pagi2 dok sibuk2 bersiap pastu tinggal anak pengasuh, petang baru ambik tu pun kalau x dak ot kalau ot maghrib baru ambik..dah tu main kejap ke dalam pukul 8 lebih si syauqi ni dah tdo...byk mana je masa yang aku spend dengan anak aku, dan bila kadang tu dia merengek x nak tdo sebab belum puas main tapi mata dah mengantuk memang ada rasa tersentuh ckit kat ati ni...

tp walau jeles macam mana pun aku still kena kerja...hukhuk aku bukan orang kaya kaya utang adalah..errr kalaulah aku ada saving 100k kan kan pastu dapat duit royalti ka apa kan bila aku ada ilham buat lagu nih...haha bak kata abang aku...
"tunggu la abg menang power root dapat sejuta nanti blh la buat bisnes" 
walhal dia tu x penah hayat pun minum power root..bila nak memang aku pun tatau...haha

tapi kadang tu bila tengok orang bawak anak naik motor je time panas tengah hari, x pun kadang tu time hujan bawak anak naik motor, kepit kat tengah naik tiga orang sekali plak tu sungguh aku rasa bersyukur, sekurang-kurangnya aku ada kereta dan boleh bawak anak aku naik kereta kemana-mana, x berpanas dan berhujan...memang aku bersyukur Alhamdulillah

footnote: hari ni encik somi jadi mr mama sebab aku kena keja, pengasuh mintak cuti anak dia demam so emcik somi jd mr mama kejap...muehehe ok kot mengasuh hero dia tuh

Wednesday, May 12, 2010

demam badminton

pizet demamkah? tidak tidak...ai memang bukan kaki sokan malah nak berjoging2 anak keliling rumah yang sekangkang kera tu pun maleh...hahaha cuma aku perasan sejak masuk pejabat dari pukul 8 pg td cerita ceriti pasal badminton semalam...alah pasal lawan dan kalah tu jangan ko tanya sapa main sebab acik x ambik tau...hafiz hashim kot...errr dan hari ni semua orang dok cerita pasal badminton tu x sudah...

hebat nau...yang makcik kata hebat tu bukan pasal apa tapi sebab naik je ofis ada sekumpulan orang berkumpul ingat dok bergosip ke tgk cerita ke apa kan..mula2 cam pelik pastu tiba
"alah semalam lawan dengan jepun pun dah kalah kalau hari ni lawan china habis lah"
bunyi satu suara lagi "tu la pasal...baru lawan jepun pun boleh kalah"
baru la acik tersedar owh semalam yang encik somi bizi dok tgk tu adalah badminton...muehehe gila punya x ambil tahu

dan yang lagi menambah kekaguman adalah yang bercakap bukanlah penggemar sukan...yang biasa dok cerita pasal pinggan mangkuk, tupperware, baju kurung, tudung ariani, avon...haa hari ni semua tu boo layan semua tu yang ada pasal badminton belaka...kiranya hebat jugak penangan badminton ni yee

motif entri ni: jangan pandang rendah kat orang walaupun bukan kaki sokan tapi tetap ambik tahu pasal sukan...hahaha tambah lagi rasa kagum aku owh balik ni makcik pun kena menonton badminton jugak...sebab nak mengambil tahu hal semasa kononnya, tapi haku memang x minat badminton...macamana ekh???

majulah sukan untuk negara...tiba2 nak berkempen nih

Tuesday, May 11, 2010

bukan aku yang bersalah...isk

korang penah x alami situasi macam ni korang kawan baik ngan si A ni kira baik yang x lah baik sangat cuma ngam2 gitu ja...pastu ngan si B pun baik jugak tp lebih ckit dari baik ngan si A...nak jadi cerita satu hari korang gaduh ngan si B kiranya dah tak bertegur siap delete frenlist dari facebook lah kiranya...

pastu si A p berkapel ngan si B...jadi la x bertegur gak ngan si A sekalilah kan sebab dah gaduh ngan si B, yang si A kapel ngan si B kena la tempias skali...

pastu satu hari tu ada satu kejadian x diingini tp aku malas nak story panjang2 kejadian tuh...hehe dan masa kejadian tuh haku yang turut terlibat tp x diberi hak untuk buat penjelasan dan dituduh bersalah...owh memang kejam...dan si A turut mengecop aku sebagai punca kepada kejadian aka si busybody...lagi kejam

dan lepas kejadian x diingini itu jugak aku dengan itu berikrar chewahh konon x nak ambil tahu hal si A dan si B ini...lantak korang lah apa yang nak jadi pun aku peduli apa...kan kan dan si A masih lagi menten hubungan kasih sayang dengan si B ini

nak jadi ceritanya si A ni terpaksa bercinta jarak jauh dengan si B, sorang di utara, sorang di selatan dan pada masa itu aku bekerja bersama si B, kira satu ofis lah...dan yang x bestnya si B ni berlaku curang pada si A tp disebabkan aku dan member teraniaya aku dan berikrar kan x nak ambil tahu dah pasal derang ni so ambil pendekatan x nak ambil kisah, ye lah nanti dicop busybody lagi...sape la aku nih...hambik kau

lama jugaklah si A ni kena tipu idup2 ngan si B dan dipenghujung hubungan sah2 la berpisahkan....tapi yang x bestnya si A ni boleh salahkan semua member2 yang keja sekali ngan si B kata berpakat x nak bgtau dia...owh skali aku pun kena jugak...apa kes tu???

dan sampai sekarang jugak si A ni macam x boleh memaafkan semua orang yang x bagitau dia kata si B ni curang kat dia...patutkah itu?? padahal hint2 menandakan si B tu curang memang jelas dan nyata...

kemusykilan aku adalah:patutkan aku bgtau si A apa yang dah berlaku atau buat tatau je...tp memanglah aku x nak lg digelar busybody...cuma rasa x best bila hilang sorang kawan...kawan itu memang berharga biarpun sorang

footnote: si B ni dah selamat berkahwin dengan orang lain...moga berbahagia la hendaknya...

Saturday, May 8, 2010

merdeka sekejap

seperti yang ku bg tau dalam entri sebelum ini aku ambik exam last pada 4hb5 ari tuh kat uitm permatang pauh itu...masa nak p tu malam dia aku memang dah siap2 packing barang syauqi...cuma susu memang aku pack pgnye(dia kan breastfeed) pagi tu pun x de la kalut sangat pun sebenarnya...aku bangun awal jugak dalam pukul 5 pagi...oh oh jangan salah sangka aku bangun awal sebab nak siapkan bubur syauqi...sebab bubur dia buat awal pagi cam fresh ckit untuk dia trus makan kan

pastu dalam pukul 6.45 aku dah siap mandi and pukul 7.15 dah siap hantar syauqi pegi rumah ibu dia...awal kan? and dalam pukul 8 aku dah selamat sampai uitm untuk ambil exam sempat brekpes lagi tu...korang yang baca blog aku mesti heran je kan awatlah crite makcik ni macam sempurna sangat je kan? kan? hahaha okeh okeh ni baru nak masuk pertengahan cerita...
aku ready untuk masuk dewan exam dalam pukul 8.45 sebab exam aku start dalam pukul 9 macam tu...bila nak masuk exam memang kena matikan phone so time ni baru aku terbaca mesej dari ibu dia kata aku terlupa masukkan botol susu syauqi dalam beg dia dan dia x nak minum susu guna botol anak pengasuh tu maybe sebab rasa teat dia x sama...masa ni memang trus melayang la pikiran aku...hukhuk

baru aku ingat malam tu aku buatkan jus epal n guna botol susu tu dan botol tu dalam beg yang lagi satu...col ibu dia dan memang dia meragam la sebab lapar, col papa dia suh antarkan botol susu dan papa dia kata tengah wat keje ckit...trus makcik risau neh dah la orang len masuk dewan dah time tu...aku pun masuk jugak tapi dengan hati gundah dok teringat anak...wawawa

buka je kertas soklan dah la abc tu 120 soklan...puas baling dadu la aku...sambil menjawab sambil dok berkhayal teringat anak...hukhuk memang x concentrate lansung...byk yang makcik baca dan tanda tp tah hapa2...sadiss...tu blum kira yang baca 3,4 tp x paham2 soklan...dalam ati dok bersyukur gak nasib baik semua omr kalau subjektif memang bungkus la makcik time tu...

elok pukul 10.30 dah siap jawab...hahaha padahal 3 jam masa, ni baru sejam setengah dah habis tanda...apa yang aku tanda?? entahlah ku rasa memang sadis sungguh keadaan aku time tu...hukhuk salah sapa?? entahlah..aku la kot sebab boleh terlupa botol susu tu kalau tak memang steady je lagi

nasib lepas kuar dewan kol papa dia dan papa dia dah hantarkan botol tu p rumah pengasuh...dengar je macam tu elok member makcik kuar dewan apa lagi...kita window shopping kat jj...hahaha kul 3 lebih baru sampai rumah...window shopping sungguh

footnote: cam nervous plak tunggu result bulan 6 nanti...hukhuk itulah jawab lagi memain