Friday, May 28, 2010

hari wesak dan cuti...

aku rasa bila kita selalu habiskan masa dengan bekerja kita akan jadi macam weng2 ckit sebabnya hari khamis yakni kemarin ofismate aku tanya hari ni hari apa...see sampai hari apa pun dia x ingat...aku pun lupa gak yang hari jumaat adalah hari wesak dan bila encik somi tanya aku ganti cuti jumaat ke ahad x sebab wesak baru aku ingat yang jumaat tu hari wesak...haha cian kat aku, kalau x aku sorang2 p keja hari ahad konon berdedikasi

dan bila pengasuh syauqi tanya hari khamis ari tu "ari ni ot dak ingat nak balik kampung petang ni" trus aku jadi cam kesian kat dia, memang la aku bayar upah bulan2 untuk jaga syauqi tapi boleh dikatakan tiap2 hari aku ambik syauqi lambat...di kala matahari dah terbenam dan azan maghrib di udara baru aku muncul kat gate rumah dia nak ambik syauqi owh kesian kat anak aku..tiba2

dan hari ni aku dan syauqi dan encik somi dah selamat berada di kampung muehehe keputusan last minute aku dan encik somi untuk balik ke kampung...sampaikan mak aku boleh tanya aku sebaik saja aku turun dari keta "mimpi apa balik kampung" memang la satu soklan yang buat aku rasa macam nak marah..haha macamkan aku ni jarang2 ja balik kampung...padahal kalau x salah aku baru ja 2 minggu aku x balik...aku terlebih sensitif ke mak aku terlebih prihatin...aku kot sensitif haha

masuk hari ni jugak genap sebulan lebih rumah aku x ada pc..owh hari tu memang dah hantar kedai tapi aku rasa la kedai tu tipu dah dekat sebulan aku hantar last2 dia kata harddisk rosak padahal sebelum tu ada time aku col dia kata nak check satu2 apa yang rosak pastu aku biar je sampai 2 minggu baru aku col plak tiba2 boleh dia cari cpu tu x jumpa siap tanya brand apa pastu apa masalah yang boleh hantar p kedai..memang tanda soal besar kat situ memang lepas ni haram dah aku nak jejak kaki kat kedai dia...

oh yaa memandangkan aku dapat cuti ganti pada ari ahad ni padahal kalau boleh tiap kali ahad pun aku nak ambil cuti so aku akan beroffline seketika...cerita2 pasal si kecik syauqi bertambah bulan pun aku post bila naik ofis nanti...fesbuk ngan lain2 komunikasi pun aku x brapa aktif jugak...sampaikan member aku penah cakap aku kalau time cuti memang payah nak dihubungi...haha sian kat dia bukan apa aku time tu kena la bersungguh-sungguh menikmati bukan apa time tu la nak melayan anak dan encik somi...even henset pun aku silent mode sebab takut si kecik tu terkejut dari tido...konon ibu mithali la kan...hehe

till then..daaa

No comments:

Post a Comment