Thursday, May 10, 2012

hai la pengasuh part 2

wah dah berpart-part pulak kan...itulah orang bagi cadangan kat aku hari tu tapi masih lagi berlembut...makin lama macam aku rasa makin x sudah jugak..dan aku rasa pun dia x tau yang aku ni x suka part-part cuti mengejut ni..bukan aku ni kejam ok..bukan aku x ada rasa tapi aku jugak ada kerja..huhu

alkisahnya kemarin tengah dok serabut hal keja tiba-tiba pengasuh depa mesej..aku kalau dapat mesej dia time ofis hour memang aku dah cuak semacam..mesti ada hal la kan..x kan seronok-seronok nak tanya aku buat apa plak..dia sms mintak kalau boleh nak aku ambik kenit 2 org tu awal, dan nak cuti keesokkannya...wah macamkan aku pegi pasar yang bila-bila masa boleh balik je kan..reason dia ayah dia masuk wad..ok reason macam boleh terima tapi senang je kan nak cuti mengejut macam tu...

akal jahat datang..aku kata x boleh, reason aku ada meeting, habis cepat pun 4.30petang, dia kata ok sempat kemas apa patut...dan pukul 2 camtu dia sms plak x pe la ambik cam biasa pun, esok hantar la dulu nak ambik cuti ahad isnin la, boleh jaga ayah lama sikit..wah kan macamkan kalau dia cuti tu aku leh ja bawak anak2 aku tu pegi ofis dok congok kat ofis aku tu...serius aku dah tensen time tu..apa pun aku x balas

bincang dengan ofismate, encik hubby dan jugak my mom trus decide cari taska, kalau dapat end of this month saja tempoh kent berdua tu duduk dengan pengasuh..lepas tu duduk taska je la..ramai pun x pe la leh berkawan kan, kalau jauh dari rumah pun x pe la, janji mudah aku nak terjah...tapi kena tengok hasil carian dulu la..kalau x dapat kena la aku redha sampai hujung tahun ni..menambah kan lagi sakit kepala pikir hal ni...hukhuk

serius kemarin lepas dia sms macam tu terus aku x jadi apa satu pun keja...hukhuk suka sangat nak sms time ofis hour, suka suh ambil awal la, nak cuti mengejut la..serius semua tu aku x leh terima, belum lagi sms komplen hal kenit berdua tu yang bagi aku hal-hal small matter ni...

moga Allah permudahkan urusan aku kali ni...amin

5 comments:

  1. aigooooo....

    mcm manakah sampai menda kecik anak2 wat pon nak report kat kita? bley komplen tp win-win situation la kan....

    harap2 pencarian akan berakhir dgn senyuman, amin...

    ReplyDelete
  2. sabar la pizet..nak buat cmne,anak masih perlukan jagaan org.nnt dh besar sikit leh urus sendiri kat rumah dah kot..tu pon risau gak.
    mcm i, baru je tukar ilyaas dr taska ke pengasuh sbb2 tertentu gak..

    pening pikir bab ni

    ReplyDelete
  3. tu la kalau rumah pengasuh memang ada jer emergency nak kata tak boleh kesian. sebab utama saya htr nuha ke taska psl tu la.

    ReplyDelete
  4. erk susah jugak ek kalau hantar anak kat nursery ni...i ni nasib baik ada org blh tlg jagakan kat rumah....huhu

    semoga urusan u dipermudahkan

    ReplyDelete
  5. macam kes sama yg terjadi kat one of the parent kat my kindy. pengasuh budak ni asyik nak cuti je. mula mula parent ni hantar tumpang ikut hari. tapi sebab dah kerap sangat pengasuh cuti, dia hantar terus je. advantage hantar kat nursery ni sebab takkan ada cuti. kalau ada orang cuti pun, akan ada orang lain ganti. jadi takkan berlaku parent kena cuti emergency sebab pengasuh cuti

    ReplyDelete