Showing posts with label keja. Show all posts
Showing posts with label keja. Show all posts

Saturday, February 20, 2010

idaman kalbu??

servis agak tidak tip-top tp bukan lagi bawah koser majlis...huhu tp...... aduan tetap datang
footnote:jgn cari aku kalau nak buat aduan pasal gmbr ni dan yang sewaktu dengannya...hehe

Tuesday, December 8, 2009

beku...

org kata kalau cuti lama2 jd kekok nak keja blk...aku rasa tu yang jd kat aku kot...malas gila nak buat keja bila nak buat x tau nak capai yang mana satu...padahal kat bilik aku ni dah macam stor penuh dengan fail, kertas2...segala mak nenek la padahal semua ni kena siap sebelum ujung tahun ni which is esok lusa je lg haa...huhu tulon la daku

Tuesday, December 1, 2009

first day keje...

hari ni dah start keje balik...rasa cam canggung ckit..huhu
1. masuk opis lambat (abis la kena surat tunjuk sebab nanti...haha)
2. ngantuk sebab biasanya waktu ni masih berulit lagi ngan syauqi...huhu
3. rasa cam tak tau nak capai keja yang mana satu cam lama je aku tinggalkan opis ni
4. x jadi ambik mc biarpun masih lagi rasa cam nak demam ckit2...keja je la
5. rasa cam janggal dapat bos baru...haha lama gak dok sorang2 nih...
6. rindu kat syauqi... :( tp rasanya dia sedap je kat umah ibu dia tu(panggilan untuk pengasuh dia)

ish rasanya mak2 lain pun mest rasa mcm ni gak kan masa first time naik keja...kalau la aku kaya kan senang x yah keja dok umah je blh berulit selalu...hihi

btw ni telah diuploadkan gmbr syauqi yang telah berjaya membina badan dengan jayanya









tba2 terletak gmbr sendiri...motip...haha

footnote: patut post ni publish semlm tp lmbt sgt nak upload gmbr penat makcik nunggu ari ni bwk broadband selamat dan cepat...hihi

Thursday, September 10, 2009

sambutan raya at my office...

well kejap je dah nak raya kan...my office semenjak 2,3 hari ni tgh sibuk ngan gift untuk staff sempena raya...ni adalah picture yang sempat ai snap...

time ni bebudak praktikal tengah packing all the goodies bag...ni adalah mandur derang...haha cik ftin sobri...siap cekak pinggang lg tu...sgt tegas...hehe

ni plak time tgh bungkus beras pulut...each staff akan dapat 2kg beras pulut..selamat la x yah beli dah beras nak buat ketupat kan dpt free hehe (thn lepas pun sama gak) berkilo2 gak packing ni sampai derang cr mask nak tutup hidung sebab dah berabuk bilik tu
ni plak acara mempacking air kordial...kalau x salah semua dpt air mango sorang sebotol...lepas la jamu org datang rumah...so thn ni sapa yang dtg rumah aku kek kg nun sah2 kena minum air mango...haha
ni plak acara membungkus kurma...yusuf taiyob(sila baca ngan intonasi yang betul ye...hehe) dah dekat seminggu bilik aku ni bau kurma sebab bilik packing ni sebelah bilik aku je...jgn x tau bau kurma ni bila byk blh tahan gak peningnya

ni muka org2 yang kena kerah packing...paksa rela la kot cam x gembira je...hehe tp derang pun dpt gak sorang satu beg...ok la kan praktikal kat cni dpt goodies bag raya....hehe

ni lah hasilnya lepas siap packing cuma tunggu hari untuk diedar2kan...time aku wat entry ni dah edar dah...ni adalah 2 day before

ni pun sama gak...goodies bag yang dah siap packing...beg die cam cntik suka :)

ni adalah my goodies bag...br je ambik jap td...dr puan ydp...ada kurma(dpt dekat nak hbs posa...nnt leh jamu org mai umah...haha), beras pulut, kordial mango... kalau pekerja am dpt la kain batik or kain pelekat cntik...jeles gak x dpt tp mcm aku ni pakai sgt kain batik...heheni plak kat my department tp bahagian sebelah skang ni...dah siap pasang lampu ketupat lg tu...semangat btui haha berkelip2 lagi tu...ada kad raya lg dok gantung2 memang rasa cam esok je rayanya...

footnote: takat ni mak buyung masih lg berjaya posa penuh...baik bb ni faham mama die posa baik je dok kat dalam tu

Wednesday, September 9, 2009

bantuan kewangan??

mula2 dengar kat radio rasa cam confuse jap apa tu bantuan kewangan..huhu rupanya bonus yang diharapkan tu x ada huhu tp diganti dengan bantuan kewangan(cam bantuan or miskin pun ade gak bunyinya...)

tp bila pikir balik ada duit tambahan pun ok la kan...janji ada (sebab sekarang mak buyung tidak lg mampu p buat ot...huhu) syukur la pizet...ada gak duit raya tahun ni...250 pun jdlah..

kita kena bersyukur biarpun dpt x mcm y diharapkan...kan...kan...

footnote: mak buyung dah x sabar nak ct ni...tunggu bb kuor...rehat 2 bulan...haha

Tuesday, September 1, 2009

1st september

hari ni masuk bekerja selepas bercuti 4 hari...wuwuwu ni yang malas cuti lama2 ni nak je aku ambik ct sampai bersalin kalau ofis aku yang punya blh la kot aku buat mcm tu haha (dasar ayat org yang x sedar diri...lalala) hari tu masa sebelum cuti ngan confidennya bgtau kerani aku kata hari ni aku masuk lmbt nak pg check perut...tp tu la salah sendiri x tgk buku tu betul2 skali rupanya esok la aku jmpa misi kat klinik desa tu...x sabar2 btul...

oh ya sempena bulan posa ni ofis aku kasik blk awal pukul 4.30 dah blh blk umah...kalau derang bg dari awal posa kan senang ini x dah separuh jalan dah tp x pe la blh la aku jalan lama ckit kat bazar ramdhan kan(kalau aku nak la pg...dah H1N1 ni jd malas nak pg tmpt ramai org...alasan: malas nak pakai mask...)

rasanya kite posa br 11 hari kan tp tu la cam dah kering idea nak masak pe untuk berbuka semlm sebab my hubby request sotong goreng tepung pastu tgk ada carot ngan cendawan lam fridge jd la menu semlm sotong goreng tepung, tomyam ngan kangkung goreng belacan...hari ni x tau la apa plak menu yang terjadi...tunggu dan lihat ajelah apa ilham yang datang nnt

ok back to work...moga aku berjaya siapkan keja sebelum bercuti 2 bulan...nnt cian plak org yang ganti aku...tp ade ka org yang akan ganti?? simpan persoalan tu pada human resource aku...haha

footnote: minyak dah naik rega...wuwuwu dah jd 2.05 mahal gak tu huhu nak lebih berjimat la pasni dari isi 30 seminggu jd 40 la kot seminggu...nasib gula dah ambik cukup stok sampai raya

Thursday, August 20, 2009

simple fact H1N1

pg semlm aku meeting berkenaan H1N1 ni bersama pengamal2 perubatan yang blh dipercayai n antara fakta2 yang disampaikan yang boleh aku rumuskan adalah:

1. 80% penduduk akan dijangkiti penyakit ini kerana semua orang tidak mempunyai daya tahan atau antibodi terhadap penyakit ini.

2. H1N1 bukan lah satu penyakit yang merbahaya kerana dlm kategori mild sahaja dan blh sembuh sendiri dengan mengambil masa 7-10 hari untuk sembuh, pengambilan tamiflu dan ubat yang sewaktu dengannya adalah untuk mempercepatkan proses penyembuhan ini sahaja supaya boleh kembali bekerja seperti biasa.

3. simptom penyakit ini adalah demam(>38C), batuk dan sakit tekak sama seperti selsema biasa tp seeloknya dinasihatkan segera diperiksa untuk tindakan lanjut.

4. pemakaian mask hanyalah wajib bg org yang bergejala dan berisiko sahaja kerana org yang bergejala boleh merebakkan penyakit ini pada org yang sihat dan org yang berisiko akan mudah mandapat penyakit ini.(oh ye mask tu tahan sehari je sebab die pakai buang)

5. H1N1 adalah gabungan selsema burung, selsema babi dan selsema manusia, maka bukanlah salah babi sahaja sebenarnya dan sebab itulah namanya kini ditukar kepada influenza A(H1N1) dan bukan lg swine flu atau selsema babi lg...(mutasi baru ye)

6. selsema ini merebak melaui droplet(titisan) dari org yang bergejala dan masuk melalui saluran pernafasan dan oleh sebab itu digalakkan semua org menjaga kebersihan diri dengan sentiasa membasuh tangan(7 step washing hand) dan elak dari menyentuh hidung

7. droplet yang jatuh dari org yang bergejala blh tahan 2-6 jam diluar badan tetapi blh mati jika anda membasuh tangan(x kisah la apa2 sabun pun, jgn percaya pada iklan2 yang mengambil kesempatan itu..haha)

8. jika anda dijangkiti masa pengeraman virus ini adalah 1-4 hari untuk menunjukkan tanda dengan purata 2 hari akan tetapi sebelum tunjuk tanda pun dah blh tersebar kat org disekitar anda juga...

9. mask yang paling sesuai dipakai adalah mask jenis n95(ala yang keras ngan bulat tu) pastu 3ply mask(ni yang luar kaler hijau or biru n putih kat dalam...mcm doktor bedak itu) kena diingat bukan mask kosmetik tu ye...

10. sampel yang diambil adalah throat swab

11. jika bergejala dinasihatkan duduk dirumah sehingga sembuh untuk mengelakkan merebak pada org lain dan memakai mask untuk mengelakkan jangkitan bg org dlm rumah yang sama.

kumpulan yang berisiko:
a. kanak2 5 thn kebawah dan org tua 65 keatas
b. perempuan mengandung(terutama trimester terakhir...mcm aku ni hehe)
c. obesiti
d. penyakit paru2
e. diabetes mellitus
f. penyakit jantung
g. kegagalan ginjal
h. immunosuppersion(disease or therapy)(kalau x salah aku org yang dalam rawatan)
i. hematological abnormalities(penyakit darah kot)
j. chronic hepatic disease

org yang berisiko ni wajib ye mencegah sebab blh membawa maut...

footnote: sekian penerangan aku yang x seberapa ni kalau salah tolong betulkan ye...fakta yang aku ambik dr mesyuarat slm...hehe

Tuesday, August 18, 2009

cegah H1N1...


well macam semua org dah tau la kan sekarang ni kan tgh sibuk dengan H1N1 tu kan...atenye kalau ikut kata org2 medical ni ibu mengandung third semester mcm aku ni amatlah berisiko untuk dijangkiti maka haruslah kita ambik langkah pencegahan kan tp itu la sekrang ni susah sgt nak dpt mask...kalau p tanya kat farmasi tu amatlah susah nak beli mask n jawapan yang derang bg adalah mask habis...ada satu farmasi yang aku pg ni dia cakap kalau nak beli yang mahal ada la 5 keping RM25 ambik ko...abis kalau dah pakai buang sehari sekeping kalau sebulan pokai la aku jawapnye...haruslah bajet aku sebulan tu tolak siap2 harga membeli mask...haha

tp hari ni sebab aku dah dpt mask yang my hubby bwk balik semlm maka haruslah aku pg keja dengan memakai mask...ni pun langkah yang drastik ni memakai mask dipejabat...mcm org nak p bedah org je kekdahnya...haha mcm mask of zorro pun ada jugak aku rasa...tp x pe la demi kesihatan aku n my baby kan...haruslah aku memakai mask dipejabat sebabnya aircond kat ofis aku ni centralize tambah plak kat bwh tu ada the store tmpt org membli barang runcit tu...ha ntah sapa2 je blh datang kan

tp menjelang tgh hari ofismate aku ckp ada delivery untuk aku...aku cam pelik lak sejak bila ofismate aku tu keja kat kurier kan...haha(ampunkan aku cik ftin)

tadaaa

rupanya sepupu aku kirim kat die sekotak mask khas untuk aku...rasa cam terharu jap...haha maka haruslah aku meneruskan langkah berjaga2 aku ni dengan lebih effektif kan...abes dah dpt sekotak free...papepun mekasih la kan dkt sepupu aku tuh sebab bg hadiah yang sgt bernilai pada masa terdesak ni...haha

footnote: kalau nak makan mcm mana ye bila pakai mask ni??

Friday, August 14, 2009

jamuan perpisahan

semalam bersempena ngan pertukaran big2 boss aku ke majlis lain so ada la ckit jamuan perpisahan yang dibuat...aku plak bese la kan dah org buat jamuan haruslah attend tambahan plak makan free kan...hehe awal2 lg dah salah niat hehe
majlis tu buat kat cni la uolls...hotel sp inn yang baru je siap renovate, makanan kat cni blh la tahan sedapnya sebabnya sebelum ni ada gak majlis kitorang wat anugerah apc kat cni...gmbr masa majlis anuerah tu x de pun aku upload or ceritakan sebab aku malas nak upload bese la kalau dah lama gambar tu terperam aku pun dah jd malas la nak upload ni(alasan org malas)

ni plak ponarama lam dewan tu masa ni cam cerah ckit sebab mjlis x mula lg, plus pelayan tgh bz dok siapkan meja...kitorang duduk meja paling belakang skali sebab alasannye senang nak mulakan acara makan2 ni...haha yelah nnt kalau duduk depan kena sopan santun gitu...

mak buyung yang dah masuk 8 bulan...ish rasa cam br je aku peknen cam x sedar plak dah 8 bulan rupanya...lg 1 bulan lebih je aku nak bersalin ni rasa cam makin brdebar2 je hati ni, bila cakap kat my hubby dia kata nape lak nak debar2 cis mentang la aku yang bersalin bukan dia suka sgt at cam x de perasaan ni...huhu

ni plak kain lapik yang kitorang jdkan mcm2 pesyen sementara tunggu nak makan...haha yelah kalau tgk kat event tu patut kul 12.30 gitu kitorang dah blh makan ini lama gila kena tunggu sampai jam dua baru semua org habis berucap...mau baby pun bersmack down kat dalam nun...haha
ni adalah menu semlm...ayam kuning, udang masak lemak, ketam berlada, sotong sumbat, sayur paku pakis, ngan daging black pepper, ada lagi sup puyuh ngan kerabu taugeh+udang..yang lagi dua x sempat snap kitorang dah selamat bahagikan...haha tu la org lapar kan cepat je bab makan2 ni

ni mase round pertama..nasi putih je tp bila dah nak last makan tu ada plak derang bawak nasi tomato...cis2 elok la kitorang dah kenyang time tp mak buyung ni ambik gak ckit untuk rasa nnt kot2 blk kempunan..hehe

ni plak dessert of the day...sedap kek tu my ofismate cakap mcm kapal sebab ada coklat yang terpacak tu...haha dessert ni kitorang mintak 2 kali sebab sedap lgpun ramai gak x hadir so byk makanan yang x terusik...cam rugi je kan dah byr mahal2

sebelum blk harus la kite bergmbr ngan org yang dah nak pg jauh ni kan...ni ydp kitorang pasni die pindah g langkawi...yang x bestnye time nak bergmbr die masih ingat aku ni asal mane...huhu sgt x suka bila big boss kenal ni sebab aku kan budak jahat...haha
ni plak tuan setiausaha kitorang, die pindah dekat je g daerah sebelah(kulim), blh die tanya nape cepat sgt aku nak bersalin hehe sebabnya tahun lepas die pun tamatkan zaman duda die n kenduri die 9 hari awal dari kenduri aku...so die cam x puas hati bila aku bersalin bln 9 tp wife die due bln 11 kot...sabar aje lah

next week kitorang akan dpt 2 big boss barulah jawapnye...sgt suspen

footnote: hotel ni wat gak buffet ramadhan sorang rm30 kot aku tanya semlm, untuk kanak2 plak sorang rm18 kalau x salah

Friday, July 24, 2009

barang free + kedah sejahtera

sapa suka barang free angkat mouse...hehe aku pun suka gak...biarpun hanya sebijik pen...tetap suka sebab free...semalam p tesco dok round2 mikir nak beli ape tiba2 ada satu amoi ni approach bg pampers free...hehe suka2 dia ckp untuk newborn baby x kisah la janji dpt kan...dpt 2 keping...lalala rezeki untuk baby kot....

semlm dok bz taip2 assignment tba2 rasa baby gerak tgk kat perut memang leh nmpk ngan obviousnya die gerak...bgtau kat my hubby dia pun cam excited jer tgk baby dok tgh aktif tendang2....smpai bergerak baju tdo yang aku pakai...hehe tp baby ni jenis pemalu kot...bla kena tegur trus diam...malu agaknya pas dah lama ckit konon dia ingat org x ambik port kot sambung balik tendang2...ntah ape la yang dia buat kat dalam tu...

semlm p singgah lagi kat festival kedah sejahtera ni...tujuan utama adalah untuk mendapatkan benda yang org x bg kemairn...haha sgt suci murni tujuan aku tuh...besa la dah org x bg haruslah usaha lebih bg dpt cuba kalau org ckp ambik la kalau nak...mest aku pun x beria2 sgt nak ambik kan...ni gmbr jauh yang aku ambik kat tmpt parking....sg la jauh parking ni bg mak buyung nak berjalan...tgk dr gmbr pun dah tahu kan....
dah alang2 ambik gmbr haruslah gmbr aku ada skali...haha interprem sama la...tgh nak snap ada budak parking dok round2...ish kacau btui la konstrentasi aku nak bergmbr ni...haha salahkan budak parking yang buat aku x tgk kamera...lalala parking kat cni kena byr kalau korang nak tau...padahal masa hari first tade pun aku kena byr...cis ambik kesempatan btui la...nasib cuma rm2 skali parking tp kalau dah tiap2 hari kena pg? rm2x7 ish byk gak tu...huhu

ni plak lunch aku hehe dah kat depan festival tu ada sebesar2 alam radix fried chicken ni kan....haruslah aku singgah makan dulu...tp rasanya agak mahal la makanan kat radix ni pasai mcm ni juadah dah rm11 lebih...nasib la ayam dia besar2, radix ni rasanya yang terbesar yang derang berjaya bina kot...haha siap ada drive thru lg tu...canggih :)
akhirnya...sebab semlm mintak org x bg hari ni aku usaha bg dapat gak...hahaha org yang x bg semlm tu dok jeling2 ja kat aku...eleh mcm aku heran sgt...kerek gila...malas aku nak kesah janji aku dpt jugak belon ini...lalala semlm kaler hijau hari ni kaler kuning la plak....x pe janji aku suka lalalala

Wednesday, July 22, 2009

kedah sejahtera 2009


hari ni sebelum aku jd malas nak upload gmbr so dgn pantas dan tuntasnya aku trus transfer gmbr yang aku ambik td dan uploadkan...haha td p merayau kat bandar laguna merbuk ada festival kedah sejahtera...jgn x tau..haha siap rasmi oleh mb kedah lg...tp sebab aku bukan jenis nak p dengar2 ucapan org2 besar ni so x de nya aku nak snap gmbr mb kedah...aku cuma orang biasa ayat rendah diri...lalala

ni plak gmbr booth mpspk kat ctu...p nyebok kot2 leh dpt belon...haha tp org x nak kasik cuma bg kipas plastik...sbb aku dah kecik ati so x de nya aku nak snap gmbr kipas tu...jd emo tba2 haha tp aku nak usahakan jugak bg dpt belon tu...nak p menyelinap pinjam anak sapa2 la pasni janji aku leh dapat belon tu...lalala

ni plak wajah depan booth tu...dengan dua org model yang tersenyum gembira tp btul ke gembira?? haha layan je lah kan

siap ada tv pamer gmbr2 kat sungai petani lg jgn x tau...klau la aku leh angkut tv ni wak blk umah cam best gak kan...flat scrin tu haha niat jahat je semua benda aku nak angkut wak blk rumah

ni plak muka2 petugas kat booth tu untuk sesi pg ni...nasib la aku kena hari last so x la kecoh sgt sbb hari ni ada lawatan mb kat ctu, esok sultan kedah nasib la aku hari last yakni 28hb nnt...mest x dak dah org2 besar nak p melawat...besar sungguh harapan ku itu lalala

pg td jugak aku dah berjaya p check perut lalala berat juga sudah naik ke 61kg...huhu makin temban btul mak buyung ni...nnt pas 2 minggu kena p lg...n kena jumpa doc 18hb8 ni untuk scan tgk presentation baby n uri...huhu bab ni cam takut ckit rupanya dah dekat tempoh nak bersalin dah...scary jek tp rasa cam x sabar je nak tgk my baby yang slalu dok tendang2 perut ni kan...sampai nak senak kadang tu aktif btul dia

footnote: td juga aku berjumpa booth jpj sempat gak tanya myeg kat derang, katanya blh ja renew online n ayat org bank seperti sistem x diupdate, geran kat depa x renew hanyalah alasan depa semata...dan blh lah kata2ku ini disahkan oleh org jpj di festival itu...haha

Tuesday, July 21, 2009

so bz yet happy...lalala

semlm ct israq mikraj kunun nak siapkan assignment tp memandangkan internet slow x siap gak assignment ku itu...haha pang diri sendirik sbb salahkan internet connection lak...ngaku je la malas pn pizet oiii....lalala sedarlah kelas mu itu hanya pada hujung minggu ini...mampuslah aku terkebil2 nnt

semalam juga me, my hubby, my sepupu n my makndak, pak ndak g cuci rumah sewa br my cousin.. takde la r actually ala rumah yang ku duduk zaman anak dara dulu...dia akan menyewa ngan ftin...so kena la p cuci rumah tu kan...gmbr ku x ambik sbb tgh xz cntik cam segan je aku nak nunjuk lam blog aku ni ha...nnt kalau dah cantik come lote aku ambik k...

ku rasa makin lama kje makin nyampah plak ngan working environment aku itu...sgt menyakitkan hati...elok2 jek mood aku pg sampai ptg dah segar bugar jaga pejabat(sbb kerani aku berkursus pengurusan jenazah kat meeting room sebelah) tp telah dirosakkan oleh makcik itu...huhu ayat sgt menyampah kalau bukan sbb aku hormat org tua2(ayat puji diri sendirik...haha) memang dah lama aku sound blk...tu reta pejabat yang kedekut x nak bg aku guna apesal...aku gna pun untuk kepentingan pejabat gak...ingat aku suka2 je ke nak request mintak....byk2 la bersabar pn pizet oii...mak buyung x leh marah byk2 nnt effect baby...haha ayat pujuk diri sendiri

k sudah2 la emo aku tu kan..pikir keja x sudah2 gak nnt...haha

btw my office tgh bz ngan program kedah sejahtera
starting esok sampai 28hb ni dekat bandar laguna merbuk..kalau sape2 nak jumpa ai leh la g booth kitorang but ai just jaga 28 hb je...leh la tgh mak buyung ni jaga booth ye...hehe

Wednesday, July 15, 2009

dizzy...

at this moment i feel a little bit dizzy...huhu well since my big boss has organize wednesday as english day so all conversation should be in english day(macam zaman sekolah) and this also including our 'mesyuarat pengurusan' just imagine all those people including me which has not ready and not practically emphasise english in our eveyday life has to talk in english...haha sound a little bit ridiculous but i really agree that this will help to improve our english better...

but that not the problem...the biggest problem is the 'minit mesyuarat' haha since the writer is not really good in english so lots of mistake and all the word and point are write up just accordingly to what that people said without ammendment...i spend half an hour to ammend to make me understand but that action make me feel dizzy and little bit headache...maybe i have to go out and find a little bit of fresh air...huhu no offend to the writer actually maybe just me having that problem maybe other people dont..hehe

rasa cam lama ja kan x tulis blog lam bi...haha dah2 la kot speaking nya rasa pening lagi yang x sudah... huhu hari ni rasa cam teringin lg nak p santap dekat muara ikan bakaq tu...lalala ayam bakar die sgt la marvelous...ngan saiz cam suku ayam tu je ai rasa blh kongsi dua orang tiap kali makan tp disebabkan mak buyung ni kan selera besar ayam tu blh ja ai hbskan sorang...haha selera melampau nasib la berat ai total sekarang ni br naik 9kg...haha diulangi 9kg ye uolls... cam bangga je naik ckit...lalala

my cousin will stayed kat my house for this week so semalam jd rajin tba2 mengemas rumah...haha sangat keji org nak mai rumah br nak mengemas...nak buat mcm mana kan ai kan bz..(ayat nak defend diri sendiri) ok enough of merapu...back to work...lalala

Wednesday, July 1, 2009

seksanya nak bercakap...huhu

korang penah x jd mcm aku ni...huhu kena ulser dekat hujung lidah huhu seksa weii nak bercakap...bila org tanya apa2 soklan rasa cam nak marah jek org tu x tau ke aku tgh dlm sengsara ni... :( malangnya hari ni ada meeting pg ptg bersama big boss(makan free)pastu tah angin apa tah big boss hari ni asyik nak suruh diriku ini bercakap...waaa tanya bila due, apa pendapat, ada soklan ke?? huhu sangat sengsara...

btw aku ni plak x suka sgt pakai ubat bonjela tu...huhu sakit plus x sembuh2..sgt prejudis terhadap ubat pastu kenalah tunggu baik sendiri...lmbt lah kan so mlm ni plan nak masak bubur jek...senang nak telan n x yah susah2 nak kunyah...

Thursday, June 18, 2009

sedih...huhu

apekah salah ku hari ini....br je rasa semangat nak clearkan mejaku y semak ngan berterabur ni...huhu tp last2 jd mcm ni huhu (sedey...)

pg2 (lepas buka website inedtu la kan) aku pun dengan semangat membara di hati mengupdate dan mendaftarkan mcfee yang dah di bg free dlm pc ni...siap isi itu ini...pastu restart...on je blk buka la folder untuk buat keje...skali timbul warning trojan durjana itu...aku x ambik point lg just ok kan jek....byk kali gak timbul...skali lepas ku telek2 n ku belek2....waaaa semua file y berstatus word dah di kuarantin....hukhuk nak restore blk pun dah x blh...sedeynya...dah inform it derang ckp nak ambik pc ni nak buat back up file...sedeynya...mcm mana ku nak buat bajet 2010 ni....date linenya 30hb ni...hukhuk...next week dah nak p merayap mana2 dah...jd blur jap...hukhuk

footnote:ai will be be gone this saturday ke shah alam (20&21 june) n to melaka (23-26 june)jalan2 makan angin...lalala

Wednesday, June 3, 2009

benda baru....

hari ni dapat satu benda baru kat bilik ai...tmbah lagi semak kat bilik ni...haha



tadaa...memperkenalkan encik pc yang gedabak...dgn saiz monitor 20 inci...besau jugak 20 inci ni nak suh aku lukis plan gamaknya...tp ok la pasni x yah dah usung laptop kesana kemari...haha cnang hati ku dpt pc br ni

Sunday, May 24, 2009

new boss???

starting from 1st june ai akan dapat boss baru...good news or bad news entahlah...kena tunggu after boss mai br akan tau...nnt mungkin akan ada situasi membandingkan boss...hehe thinking from the good news mungkin akan ada pembaharuan bg bhgn ini...hopefully i dont have to work alone anymore....

glitter-graphics.com

Wednesday, May 20, 2009

kursus di pangkor part 2


well pada yang asyik dok tanya mana gambar kursus sori la lmbt update....huhu besa la tinggal opis seminggu naik ja asyik dok kena bls surat...sampai rasa nak menyampah plak dok kena faks surat...nasib badan la kan...

end of membebel ni la gmbr2 berkursus hari tu selama 3 hari 2 malam di pangkor coral bay resort...mula2 time tgk kat internet dok bayangkan yang hotel ni betul2 kat tepi pantai tp bila dah sampai kat ctu baru perasan yang hotel ni adalah tidak betul2 kat tepi pantai...huk2 kena jalan kaki dalam 2 minit gak kot untuk ke pantai...

ni adalah gmbr hotel yang ai duduk sepanjang berkursus yang ditaja oleh kpkt...cantik la jugak hotel ni...blh tahan la

ni pulak internal picture of hotel room...sebelum disepahkan oleh barang ai n roommate ai...hehe kat ujung tu adalah balkoni tp sepanjang ai duduk kat cni cuma 3 kali ja ai melawat balkoni tu...aircond di bilik ni adalah sgt x best kerana bila malam ja tersangat lah sejuk...menggigil ai kat bilik tu...selimut pun sejuk gak...

ni pulak pantai pasir bongak entah betul ke x ejaan dia ntah hehe...yang berdekatan ngan hotel...air yang cantik...udara pun nyaman...tp time ai pg ni tgh panas lg...

ni dekat ujung pantai...mcm redup2 ckit n kena jalan kaki ckit la untuk sampai cni n bla blk ke hotel penat la jugak jalan kaki...masa time nak pg ujung ni rasa excited je tp bila nak blk ke hotel malas je...cantik la air kat pantai ni kalau nak banding ngan pantai merdeka kat cni...hehe

hbs je berjalan kat pantai ai + kengkawan la kan menyinggah kat kedai depan hotel...minum2 jap yelah kan dah jauh jalan(dlm 5 minit dari pantai nak blk hotel...hehe) rasa haus plak...singgah2 le minum dulu kan
ni perkenalkan ckit member2 time kat kursus ari tuh...ni namanye wani...junior time kat fakulti dulu...skang dah keje dah blh jd kawan2 dah...hehe
ni plak si ain yang merangkap roommate ai time kursus ni...dia dah kebasahan lepas mandi tp sempat lg lepak2 minum air...sabau je la
ni plak si nazmi, junior time kat fakulti dulu...tp dah keje ni sama level dah la kan...jugak kebasahan gak...skali tgk mcm tgh berangan pun ade gak ambil gmbr...malu2 kot...hehe(kutuk ckit je)
gmbr ai yang makin tembam...tgklah tgn ai...dah berisi dah even cincin yang hubby kasik dah x blh pakai dah...huk2
ni plak iqa...baik je dia...x cakap byk...memang pemalu kot...hehe
ni plak imaniah...lama x jumpa dia sejak2 abis belajar nak plak dia hbs lmbt ckit...setahun lebih gak la x jumpa...jumpa pun dalam tepon je
ni pemilik blogger pahlawan kodoiang tu....sowi la zikri aku tlg imterprem kan hang...hehe siap bergaya lg tu ambik gmbr...hehe


ni plak time dlm kursus...besa la kan dah namanya kursus semburan mestilah ada cerita pasal mesin foging...tp dah lama2 dlm tmpt kursus dah naik bosan...mula la nak snap gmbr mcm2

ni plak dua orang budak yang tgh bestnya borak2 time kursus...haha saja interpremkan depa ni...haha
muka orang yang kebosanan dalam kursus...hehe mula nak nak snap macam2 kan... tp bagus kursus ni sebenarnya untuk ai...chewah ayat untuk sedapkan hati
ni pulak gmbr masa country tour pantai teluk dalam...kursus apekah ini yang turut mengadakan country tour...ai pun x tahu...haha tp bayaran untuk country tour ni byr sendiri la...derang organize je supaya kitorang ada sumtin untuk dishopping n x payah p nak g jejalan kat pulau ni dengan sapa n naik apa...

ni plak kat tempat sejarah ape tah...mcm kota belanda...sebenornya malas nak jejalan jauh2 dah time tu so semua pakat2 bergmbr dekat meriam tu ja....haha


ni plak aktiviti sebelah malam yang kedua...steamboat...gila punya banyak...sampai rasa sendat jek perut ni...sian baby kena lawan nak ambik tempat...haha ntah hapa la yang aku pikir...


ni gmbr masa tgh tunggu feri nak ke lumut...tu adalah feri2 yang x bergerak...dok berlabuh ja kat ctu..kalau antar kan senang..hehe setengah jam la jugak tunggu feri sampaiok sebelum feri sampai kita snap gmbr lg...bukan senang dah nak jumpa derang ni...dulu time belajar x de pun bergambar macam ni...tp dah keje kan susah dah nak jumpa2 ni
ni plak time kat dalam feri...sempat lg tu bergambar...

ni pengkalan tldm dekat lumut tu kot...tgk byk je kapal2 kat ctu...pastu dah bosan kan dok dlm feri tu je apalagi ambik le gmbr mcm2..haha

ni plak mula2 ai ingatkan patung tp rupanya org betul...derang tgh training kot...kalau ai la dibagi seribu pun x rela dok kat tali ni...mest gayat..huhu

sampai kat lumut dlm 30 minit gak perjalanan....tp secara overallnya best jugak la pangkor ni...cuma x byk sgt tempat untuk dilawati...die adalah lebih kepada aktiviti snorkelling and lain2