Monday, May 31, 2010

tagged 20 years tua

tag dari prinzcy

Hey,

Look at me in 20 years from now!

Make yourself older

Make yourself older! See your face in 20 years


umaing aih...muehehe

tag orang len plak untuk faces 20years from now
1. eika
2. intan
3. cik ah
4. fiszah
5. dicup

ok selamat buat tag la yer

syauqi 8 bulan

sekejap sungguh masa itu berlalu...chewaah ayat konon puitis kan tapi sungguh rasa masih x puas tengok dak ni membesar...dah masuk lapan bulan dah dalam masa yang singkat ini...nanti dah p skolah, pastu kejap2 je dah berkawan pastu ngorat anak dara orang...muehehe ish pikir pelik2 mak dia kan perkembangan syauqi di kala menjengah usia 8 bulan ni adalah

1. dah ada 2 batang gigi sebelah bawah tumbuh secara jemaah 2 batang sekaligus dan aktif menggigit mama dia kala feeding time...biarpun baru 2 batang tapi memang sakit...asyik dok adeh adeh ja dah la bila gigit dia akan tarik macam nak bg putus nenen tu rasanya...hukhuk

2. suka main2 ngan kaki time dalam carseat...bg menan pun still lagi suka main kaki...kadang sampai tercabut stokin kena tarik...sonok kot boleh pegang kaki sendiri...owh adakah mamat ni teringin nak masuk akrobatik...hehe

3. suka tolak apa saja berbentuk 4 segi including kotak, bekas isi cloth diapers, dan jugaa tupperware isi keropok...janji 4 segi semua dia tolak...pastu kalau jatuh boleh plak bangun dan sambung tolak, kalau sakit datang kat orang terdekat minta peluk pastu p sambung balik...sweet :)

4. dah makin aktif menjelajah semua tempat nak masuk tengok, merangkak pun sangat laju kadang sampai x terkepung...kipas ngan bakul baju memang faveret lah, kipas tu kalau dia ada memang x leh pasang bizi sungguh nak bertukang kat kipas tu...selain dari suka godek2 radio dalam keta sampai bisu radio tu dia wat keja

5. suka berdiri pastu pegang sebelah tangan konon nak pektis berdiri kot tapi selalu gak jatuh...mama dia risau terlebih

6. dah ada playpen yang beli konon nak kasi dia pektis tido sendiri tapi takat ni cuma letak time tengah bizi x sempat tengok dia menjelajah pastu dia main2 dalam tu..tdo ada la kot 5,6 kali sebab banyak masa dia nak kena peluk...dah pandai raba cari orang ada kat sebelah ke x

7. rambut dah makin lebat tapi mak yang dia kata "boleh lagi nampak kutu lari2 atas kepala" sebab dia rambut jenis halus kot
8. dah pandai kenal orang dan kalau stranger yang dia baru jumpa memang x nak, nak men acah2 boleh tapi nak dukung terus meraung " konon jinak2 merpati la kot"
9. suka sangat menangis tengah malam..dan takat ni dah 4 kali kena mandi tengah malam..menangis yang x tau punca dan pas mandi trus tertido balik...biasanya kalau terlebih agah memang tengah malam mest menangis punya.
10. mulut dah macam makcik2 semua benda nak ditegur dan pantang diam...even tengah main pun mulut banyak gak.
11. sangat suka roti gardenia, tapi kalau bagi nestum reject trus, bubur blh la tapi x banyak sangat makan.
12. berat?? blum timbang lagi esok baru nak p klinik.
13. suka ketuk2 apa saja yang boleh mengeluarkan bunyi..penat ja untie fatin dia bg keta tu pun selamat dia men ketuk2...keta papa dia simpan yang shell tu pun dia men ketuk2 gak...sabaq ja la
14. kalau mandi suka tepuk2 air...ni aku yang ajar dan memang basah la mama dia time bg dia mandi...janji suka air ok la tu berbanding dengan sebelum ni kena air dah macam nak lari keluar bilik air
15. dah boleh duduk tapi macam tak berapa nak stabil asyik nak terbalik...x pe pektis make perfect

ok dah kot tu yang sempat ingat takat ni...happy 8 month dear...moga membesar dengan sihat dan cerdik hendaknya :)

Friday, May 28, 2010

hari wesak dan cuti...

aku rasa bila kita selalu habiskan masa dengan bekerja kita akan jadi macam weng2 ckit sebabnya hari khamis yakni kemarin ofismate aku tanya hari ni hari apa...see sampai hari apa pun dia x ingat...aku pun lupa gak yang hari jumaat adalah hari wesak dan bila encik somi tanya aku ganti cuti jumaat ke ahad x sebab wesak baru aku ingat yang jumaat tu hari wesak...haha cian kat aku, kalau x aku sorang2 p keja hari ahad konon berdedikasi

dan bila pengasuh syauqi tanya hari khamis ari tu "ari ni ot dak ingat nak balik kampung petang ni" trus aku jadi cam kesian kat dia, memang la aku bayar upah bulan2 untuk jaga syauqi tapi boleh dikatakan tiap2 hari aku ambik syauqi lambat...di kala matahari dah terbenam dan azan maghrib di udara baru aku muncul kat gate rumah dia nak ambik syauqi owh kesian kat anak aku..tiba2

dan hari ni aku dan syauqi dan encik somi dah selamat berada di kampung muehehe keputusan last minute aku dan encik somi untuk balik ke kampung...sampaikan mak aku boleh tanya aku sebaik saja aku turun dari keta "mimpi apa balik kampung" memang la satu soklan yang buat aku rasa macam nak marah..haha macamkan aku ni jarang2 ja balik kampung...padahal kalau x salah aku baru ja 2 minggu aku x balik...aku terlebih sensitif ke mak aku terlebih prihatin...aku kot sensitif haha

masuk hari ni jugak genap sebulan lebih rumah aku x ada pc..owh hari tu memang dah hantar kedai tapi aku rasa la kedai tu tipu dah dekat sebulan aku hantar last2 dia kata harddisk rosak padahal sebelum tu ada time aku col dia kata nak check satu2 apa yang rosak pastu aku biar je sampai 2 minggu baru aku col plak tiba2 boleh dia cari cpu tu x jumpa siap tanya brand apa pastu apa masalah yang boleh hantar p kedai..memang tanda soal besar kat situ memang lepas ni haram dah aku nak jejak kaki kat kedai dia...

oh yaa memandangkan aku dapat cuti ganti pada ari ahad ni padahal kalau boleh tiap kali ahad pun aku nak ambil cuti so aku akan beroffline seketika...cerita2 pasal si kecik syauqi bertambah bulan pun aku post bila naik ofis nanti...fesbuk ngan lain2 komunikasi pun aku x brapa aktif jugak...sampaikan member aku penah cakap aku kalau time cuti memang payah nak dihubungi...haha sian kat dia bukan apa aku time tu kena la bersungguh-sungguh menikmati bukan apa time tu la nak melayan anak dan encik somi...even henset pun aku silent mode sebab takut si kecik tu terkejut dari tido...konon ibu mithali la kan...hehe

till then..daaa

Thursday, May 27, 2010

terlepas bas...hehehe

dulu member aku selalu kata aku ni selalu ketinggalan..
dulu member aku slalu kata aku ni blur kutuk la depan2 belum tentu aku faham...
dulu member aku slalu kata aku ni old fashioned x cukup bergaya macam derang kot...
dulu... ahh sudah x habis dengan dulu tu kan konon nak mengimbau kenangan la hapa kan...
dalam blur2 aku anak dah sorang okeh...(owh tiba2 tercensored...kikkik)
bukan2 tajuk cerita hari ni bukan pasal censored-censored tu semua okeh ni nak cerita pasal cerita yang dah basi tu haa...orang lain dah khatam kot tapi aku baru nak tengok...cian kat aku maklumla tiap2 petang aku skang kena kuar wat keja balik pun di kala azan maghrib di udara...cian kat syauqi kurang kasih sayang mak pak dia...ehh tiba2 syahdu ckit

hari ni buka belog sapa tah time bloghoping terjumpa pasal adamaya...oh dia kata cite ni asal dari i'm not single tu dia buat jadi cite panjang ckit (ni bukan dia kata tapi dah elaborate ikut cara aku paham selepas baca cerita dia) dan lepas tu trus aku google pakai you tube dan konon-konon nak tengok satu dua episod ja time rehat tadi...skali kau tu la orang tua-tua kata kalau dah sekali tangok dia mesti macam penyakit berjangkit trus rasa nak tengok lagi dan lagi..chop chop ada ker orang tua-tau kata macam tu yer?? lantak lah yang aku nak bagitau aku skang ni dah rasa-rasa nak sangat2 tengok lagi sambungan adamaya tu...tapi bila lagi masa free nih...hukhuk

aku tau memang aku terlepas bas tapi nak buat macam mana kannn...dah balik keje pun masa orang dah ready nak solat maghrib kan redha je lah...tapi bila ujung bulan sebelum gaji masuk memang marveles...sebab time tu duit ot ngan milage masuk...rasa ilang letih balik lambat setiap hari...lalalala

Wednesday, May 26, 2010

yang menang jadi arang yang kalah jadi abu

skang ni macam jadi trend kan gaduh2 lam belog...si a kata si b, pastu c plak sokong trus komen2, post kata2 pastu wat report polis...owh memang scary harap2 dielakkan aku dari terjebak kancah macam ni...siyes aku memang x suka orang marah aku...even nak bergaduh ngan orang ni memang x best sebab ending dia sangat x best...aku penah merasa macam mana bergaduh dan ending dia biarpun dah bertegur sapa tapi dah x macam dulu...tegur tapi kesan efek bergaduh tu masih berbekas dalam ati...

tapi aku bukan bergaduh dalam belog ye bukan-bukan...aku gaduh kat real yang which is lagi scary...kalau sebelum tu memang ada yang gaduh2 biasa yang takat2 masam muka, aku pegi kanan pastu ko pegi kiri...pastu delete list nama dari friendster sebab zaman ni friendster kan glemer pastu kutuk2 belakang, ish minah tu bla bla bla masa ni memang minah tu la yang paling keji konon diri sendiri sangat suci murni gila keji pastu dah lama 2,3 bulan tegur balik trus baik kamceng macam x penah ada apa2 gila keji perangai macam tu...miahaha tapi tu la kot cara kami untuk elak dari berperang mulut kot

tapi bila jadi satu ketika kutuk2 belakang dah terlampau banyak pastu perasaan menyampah dah x terbendung trus bersua muka...biasa la bila bersua muka si batu api mesti nak defend diri kan trus la jd x tentu arah si batu api tu kan...dan yang jadi mangsa keadaan adalah kedua-dua pihak...team a x memang team b pun tidak...dua2 dapat rugi dua2 hilang kawan...even sampai sekarang suasana adalah hambar...kejadian bergaduh tu dah hampir 5 tahun kot berlalu tapi kesan dia sampai sekarang hubungan masih lagi hambar...rugi kan?

owh aku masa tu dalam salah satu team lah...yang jadi loser tu...dan sampai sekarang aku masih x berbaik dengan loser team lagi satu...bukan x berbaik maksud x bertegur sapa cuma x berbaik dalam erti kata kawan yang macam dulu...mungkin kata orang tua-tua 'kerana setitik nila rosak susu sebelanga' dan kerna satu peristiwa habis hilang semua memori indah yang satu belanga itu...

dan ku rasa biarlah berharmoni dalam berbelog kerna setiap individu itu Allah jadikan berlainan sifatnya, berlainan perasaannya, setiap orang ada pendapat masing2, even kalau si ina kata 'bunga taik ayam itu busuk', tapi si ani mungkin kata 'bunga taik ayam tu wangi'...dan mungkin si ina kata 'mamat tu hensem gila' taste dia la kot kan tapi mungkin si ani kata 'owh mamat tu huduh gila, hitam plak tu apa la yang si ina tu minat sangat...'

pendirian aku? aku x nak terlibat dalam mana2 pergaduhan biarlah mereka, aku bukan di tempat mereka x nak mau ambil tahu...kita x berada ditempat mereka dan merasa apa yang mereka rasa dan dengan itu aku ambil sikap tidak ambil peduli dan x nak tau...boleh x macam tu...hehe

footnote: dalam mood muhasabah diri

Tuesday, May 25, 2010

chatboxku tiada lagi...ngeh ngeh

kalau sapa yang rajin masuk blog aku mesti perasan yang chatbox itu sudah tiada lagi..ngeh ngeh bukanlah aku nak bersikap x mesra alam ke sombong ke apa tapi ku rasa yang macam sedikit annoyed dengan chatbox itu...rasa terguris sedikit maka dengan satu klik tadaa it's gone..

kalau korang yang singgah cni x pe tinggalkan je komen...dan yang klik nuff ku itu akan aku trace dari nuff dan aku singgah balik blog korang yerr...dan bila dah x dak chatbox tu rasa cam lega ckit ati ni...rasa annoyyed itu sudah tiada...

owh jangan pula ada yang terasa dengan terdeletenya chat box tu yer...saja aku yang malas nak letak dan itu tiada kaitan antara hidup dan mati dengan sesiapa...tgk lah kalau aku berubah fikiran chatbox tu aku letak balik :)


peace no war

Sunday, May 23, 2010

shaun the sheep :)


ni lah semenjak dua menjak ni aku asyik dok layan channel disney...muehehe memang best citer ni setiap weekdays pukul 12.30 kalau x salah...ala lepas citer oggy ngan lipas tu ada la citer shaun the sheep ni...mula2 macam fikir alah apa la ada ngan kambing yang bulu x semacam kambing lain ni tp bila lama2 tgk owh memang ralit, siap boleh gelak sorang2 lagi tu

kalau x salah history kambing ni dalam cerita wallace n gromit dan x sangka plak ada kartun khas cerita just mengenai kambing ni plak dan aku google ada cerita asal mengenai shaun the sheep ni

The character first appeared in the 1995 Oscar-Academy Award for Animated Short Film Wallace and Gromit short film A Close Shave. Sucked into Wallace's Knit-o-matic contraption, the sheep is accidentally Sheep shearing, so Wallace names him "Shaun" (a Shaun sounds identical to "shorn" – unless spoken with a Rhotic accent. Shaun later appeared in the 2002 series Cracking Contraptions episode, "Shopper 13", ostensibly to rescue a wayward wheel of Edam(cheese). The popularity of the character, as expressed in the success of Shaun the Sheep merchandise, led to the commissioning of an initial 40 seven-minute episodes by Michael Carrington at the BBC.
The second series of 40 episodes began on 23 November 2009 on BBC One and BBC HD. Some characters also appeared in two idents for the relaunched CBBC Channel.
In 2008 Aardman Animation was awarded the International Emmy for Shaun the Sheep in the Children & Young People.


 ni antara beberapa episod shaun the sheep ni yang bagi aku boleh mereleasekan tensen aku bila tengok...







owh dan ni official site shaun the sheep tu untuk sapa yang gila jugak kambing yang x cukup bulu ni...muehehe tp aku rasa orang len x minat kot aku je tiba2 nonton kartun x sudah..bak kata pakngah aku masa aku lepak kat rumah dia zaman anak dara dulu...
pakngah: ko ni kartun je manjang, siang malam kartun je kejenye
me: ok apa dari tgk cite tamil pakngah tu...muehehe
korang x minat?? tapi memang makcik ralit melayan cite nih selain dari melihat cite oggy dan lipas tu...memang layannnn

Thursday, May 20, 2010

testing photoscape...

disebabkan makcik ni buta it maka dikala petang2 yang sengal ni dok godek2 photoscape blaja mengedit gambar...jangan x tau makcik kalau bab edit gambar siyes memang x pandai...guna paint boleh tahan lagi nak guna photoscape ke photoshop ke photobook ada ker application photobook ni...muehehe ker memang zero sungguh pengetahuan cuma buka renung pc pastu tutup balik pc...

maka disebabkan x nak la orang kata x pandai ni kan...pastu blaja la edit ckit2..dah la sebelum ni masa baru beli watermark tu my sis gelakkan sebabkan beli materwark dan x buat sendiri...owh aku ni bukanlah bijak pandai bab2 gmbr2 ni maka jalan yang mudah adalah bagi orang buat dan buat...kan senang macam tu...dah lam ati nak ada yang cun cun tp x reti buat...hukhuk

ok balek cerita asal ni selepas berejam makcik godek photoscape dan kepala masa taip entri adalah sedikit weng weng...hehe nanti dah habis weng weng ni makcik sambung godek balik photoscape itu...dan hasil godekkan adalah seperti berikut

amaran keras: dilarang komen melampau pada hasil edittan x profesional ini


gambar asal sebelum diedit...nampak biasa saja kan kan

ok ni lepas buat sedikit touch up nampak macam cerah ckit gambar...wink wink

owh ni kasik letak ckit watermark dengan touch up kat tengah2 picture highlight ckit

terjumpa plak frame...hehe ok letak frame dengan font...baru tau kata ada font function kat ctu...cam boleh tahan...hehe

yang ni buat cropped round, pastu watermark ngan frame comel comel ker

ni tengah dok search cara nak bg gmbr tu bulat saja, x nak bentuk segiempat...korang yang bijak pandai buleh ker tulong makcik...dok try godek tapi x jumpa2 lagi nih...nak jugak gmbr tu jadi round plak

footnote: hasil ni nape ntah asyik nak tambah word g kat setiap perkataan yang ada n kat hujung contoh gurun aku tulis jadi gurung haih terkenan ganu ker ini??

Wednesday, May 19, 2010

blogger tegar...wah wah wah

aku bogwalking pastu terjumpa kuiz nih...saje buatkan

blogger tegar wah wah wah kembang kejap makcik

88%  
Lets101 Quizzes - Online Quizzes

korang minat?? try la buat jugak tgk hasilnya tegar atau sambilankah? hehe

try kat cni yer

Tuesday, May 18, 2010

i'm newbie at geng blogger.. :)

aku lama dah perasan komuniti ni tp cam malu nak join...pastu tgk je orang lain join...buka dan tgk...dan tgk...dan tgk ehehehe

dan semalam aku beranikan diri explore cari tempat nak join jugak...wahh aku ngaku memang jakun...puas aku klik merata last2 nmpk button fesbuk kat atas tu aku klik dan owh rupanya kat situ kena klik kalau nak join sebelum aku join dah lam fesbuk tu y cam pelik kenapa nak klik lg icon fesbuk...dan aku dah berjaya joinkan diri dalam komuniti geng blogger itu...

tapi aku cam musykil...isy memang banyak aku kena belajar lagi bab komuniti geng blogger nih...nak ping ping tu kat mana haa...wahai bijak pandai sekalian tulong2 ler ilangkan kompius aku nih...memang makcik x pandai buta it sungguh

tu blum lelain lagi...memang banyak nak kena belek, telek, renung dan godek2 nih...papepun nampak aku kat geng blogger tu tegur2 la ye

Monday, May 17, 2010

kerja oh kerja

semalam dah la petang2 kena sembur ngan big boss memang aku salah sorang penyumbang masalah tapi orang utama penyumbang masalah melepaskan diri...owh memang x patut...tinggallah aku sorang-sorang kena sembur dengan dua orang big boss...sorang tu dah puas sembur suruh jumpa big boss lagi sorang pun kena sembur jugak cuma mood dia semalam macam okeh so x banyak dia sembur cuma ringan-ringan je owh sembur-sembur pun ada ringan-ringan jugakkah? 

dah la aku sejak tukar big boss baru dua-dua orang ni aku cam segan ckit nak jumpa...kalau x de hal memang aku elakkan...ada la ari tu aku jumpa yang sorang tu mintak x nak pegi kuantan tapi memang x de belas ehsan...dia suruh aku pegi jugak dan dan tu jugak aku isi borang guna keta sendiri bawak laki aku dengan si kecik tu p kursus sekali...muehehe

dan semalam puas aku bersusun ayat bersusun langkah jumpa big boss mintak sign sekali kauu ada orang yang onar plak trus big boss x jadi sign...terkesima aku sekejap...so hari ni aku kena menyusun langkah semula dan menyusun kata semula nak jumpa big boss untuk mintak sign...harap2 hari ni menjadi hasil jugaklah kerja-kerja aku...selesai jugaklah kerja2 yang tertangguh ni yang membuatkan aku termimpi2 malam2

owh si punca masalah dah menghilangkan diri...kata dia kalau susah sangat benda tu x payah ja proceed, biarkan saja...senang banyak sungguh "awat ko nak beli guna duit kau kah menatang tuh" "50k tu weh 50k kalau aku ni anak jutawan lain la boleh je aku beli sendiri" teremo tba2 dah la selama si punca masalah ni muncul semua kerja dua orang jadi sorang...dah tu bila jadi masalah menghilangkan diri...memang x de rasa tanggungjawab sungguh tu pun ramai gak yang melekat heran gak aku

agaknya si punca masalah tengah sibuk skrang ni maklumla nak tambah cawangan lagi satu...orang bujang 3 tapi dia bujang satu...komitmen terlebih...sampai hal kerja pun buat lebih kurang...aku x kesah la ko nak tambah cawangan brape banyak pun tapi boleh x hal kerja tu buat dengan rasa tanggungjawab...hukhuk betapa aku rindukan bos kecik aku yang lama

korang x faham?? aku lagi x faham...

Friday, May 14, 2010

mamat nih...

skrang ni pantang nmpak benda yang boleh berpaut semua nak dipegang...tengah pektis lah katakan tp jatuh pun slalu gak

err ada efek x slalu jatuh nih...wisau gak makcik

in memories...



pic credited to facebook
 

my bestfriend may you rest in peace n ditempatkan di kalangan orang yang solehah...sungguh kita x punya masa untuk selalu bertemu dan aku kan merinduimu selamanya...maafkan aku yang tak mampu membendung air mata tatkala mengingati pemergianmu sungguh aku x mampu...

bagai terkenang-kenang lagi waktu kita bersekolah bersama-sama, tatkala kita bergelak ketawa, menangis bersama, tatkala aku khabarkan tentang majlis pernikahan aku dan juga kehadiran si kecil itu kau lah orang yang paling gembira...sungguh aku telah kehilangan...ku rasa seperti separuh dari kehidupan aku dan kenangan2 itu pergi meninggalkan aku kerna kau dah berada di sana...aku x punya ramai teman dan bila kau pergi aku rasa kosong...moga kau aman di sana...sama seperti semalam bila kurenung wajahmu yang aman seperti orang yang tidur...sungguh tenang sekali

to NURUL AIN BINTI YAHAYA semoga anda ditempatkan dikalangan orang yang soleh dan solehah al-fatihah



IN MEMORIES 1985-2010

Thursday, May 13, 2010

watermark ku

nih penangan cik puan kurekure lah ni trus teruja nak ada watermark gak...nak buat sendirik x pandai...owh macam mana derang buat...aku memang buta it...hehe so kita beli jer kat cni

bayau je rm5 dapat la matermark cenggini...
footnote: rasa cam nak lagi plak watermark :)

indahnya kalau...

indahnya kalau aku dok kat rumah je sehari-hari kemas rumah, masak2, tdo..(owh tu memang wajib ada lam list) gardening, bley la aku sambung hajat aku bercupcake, bercding, bercross-stich, berscallop...wahh byk ber.. ni hehe

sungguh tatkala tengok jiran-jiran aku banyak yang fulltime housewife ni memang aku jeles, sebabnya derang ada masa melihat anak membesar sepenuhnya, aku plak pagi2 dok sibuk2 bersiap pastu tinggal anak pengasuh, petang baru ambik tu pun kalau x dak ot kalau ot maghrib baru ambik..dah tu main kejap ke dalam pukul 8 lebih si syauqi ni dah tdo...byk mana je masa yang aku spend dengan anak aku, dan bila kadang tu dia merengek x nak tdo sebab belum puas main tapi mata dah mengantuk memang ada rasa tersentuh ckit kat ati ni...

tp walau jeles macam mana pun aku still kena kerja...hukhuk aku bukan orang kaya kaya utang adalah..errr kalaulah aku ada saving 100k kan kan pastu dapat duit royalti ka apa kan bila aku ada ilham buat lagu nih...haha bak kata abang aku...
"tunggu la abg menang power root dapat sejuta nanti blh la buat bisnes" 
walhal dia tu x penah hayat pun minum power root..bila nak memang aku pun tatau...haha

tapi kadang tu bila tengok orang bawak anak naik motor je time panas tengah hari, x pun kadang tu time hujan bawak anak naik motor, kepit kat tengah naik tiga orang sekali plak tu sungguh aku rasa bersyukur, sekurang-kurangnya aku ada kereta dan boleh bawak anak aku naik kereta kemana-mana, x berpanas dan berhujan...memang aku bersyukur Alhamdulillah

footnote: hari ni encik somi jadi mr mama sebab aku kena keja, pengasuh mintak cuti anak dia demam so emcik somi jd mr mama kejap...muehehe ok kot mengasuh hero dia tuh

Wednesday, May 12, 2010

demam badminton

pizet demamkah? tidak tidak...ai memang bukan kaki sokan malah nak berjoging2 anak keliling rumah yang sekangkang kera tu pun maleh...hahaha cuma aku perasan sejak masuk pejabat dari pukul 8 pg td cerita ceriti pasal badminton semalam...alah pasal lawan dan kalah tu jangan ko tanya sapa main sebab acik x ambik tau...hafiz hashim kot...errr dan hari ni semua orang dok cerita pasal badminton tu x sudah...

hebat nau...yang makcik kata hebat tu bukan pasal apa tapi sebab naik je ofis ada sekumpulan orang berkumpul ingat dok bergosip ke tgk cerita ke apa kan..mula2 cam pelik pastu tiba
"alah semalam lawan dengan jepun pun dah kalah kalau hari ni lawan china habis lah"
bunyi satu suara lagi "tu la pasal...baru lawan jepun pun boleh kalah"
baru la acik tersedar owh semalam yang encik somi bizi dok tgk tu adalah badminton...muehehe gila punya x ambil tahu

dan yang lagi menambah kekaguman adalah yang bercakap bukanlah penggemar sukan...yang biasa dok cerita pasal pinggan mangkuk, tupperware, baju kurung, tudung ariani, avon...haa hari ni semua tu boo layan semua tu yang ada pasal badminton belaka...kiranya hebat jugak penangan badminton ni yee

motif entri ni: jangan pandang rendah kat orang walaupun bukan kaki sokan tapi tetap ambik tahu pasal sukan...hahaha tambah lagi rasa kagum aku owh balik ni makcik pun kena menonton badminton jugak...sebab nak mengambil tahu hal semasa kononnya, tapi haku memang x minat badminton...macamana ekh???

majulah sukan untuk negara...tiba2 nak berkempen nih

Tuesday, May 11, 2010

bukan aku yang bersalah...isk

korang penah x alami situasi macam ni korang kawan baik ngan si A ni kira baik yang x lah baik sangat cuma ngam2 gitu ja...pastu ngan si B pun baik jugak tp lebih ckit dari baik ngan si A...nak jadi cerita satu hari korang gaduh ngan si B kiranya dah tak bertegur siap delete frenlist dari facebook lah kiranya...

pastu si A p berkapel ngan si B...jadi la x bertegur gak ngan si A sekalilah kan sebab dah gaduh ngan si B, yang si A kapel ngan si B kena la tempias skali...

pastu satu hari tu ada satu kejadian x diingini tp aku malas nak story panjang2 kejadian tuh...hehe dan masa kejadian tuh haku yang turut terlibat tp x diberi hak untuk buat penjelasan dan dituduh bersalah...owh memang kejam...dan si A turut mengecop aku sebagai punca kepada kejadian aka si busybody...lagi kejam

dan lepas kejadian x diingini itu jugak aku dengan itu berikrar chewahh konon x nak ambil tahu hal si A dan si B ini...lantak korang lah apa yang nak jadi pun aku peduli apa...kan kan dan si A masih lagi menten hubungan kasih sayang dengan si B ini

nak jadi ceritanya si A ni terpaksa bercinta jarak jauh dengan si B, sorang di utara, sorang di selatan dan pada masa itu aku bekerja bersama si B, kira satu ofis lah...dan yang x bestnya si B ni berlaku curang pada si A tp disebabkan aku dan member teraniaya aku dan berikrar kan x nak ambil tahu dah pasal derang ni so ambil pendekatan x nak ambil kisah, ye lah nanti dicop busybody lagi...sape la aku nih...hambik kau

lama jugaklah si A ni kena tipu idup2 ngan si B dan dipenghujung hubungan sah2 la berpisahkan....tapi yang x bestnya si A ni boleh salahkan semua member2 yang keja sekali ngan si B kata berpakat x nak bgtau dia...owh skali aku pun kena jugak...apa kes tu???

dan sampai sekarang jugak si A ni macam x boleh memaafkan semua orang yang x bagitau dia kata si B ni curang kat dia...patutkah itu?? padahal hint2 menandakan si B tu curang memang jelas dan nyata...

kemusykilan aku adalah:patutkan aku bgtau si A apa yang dah berlaku atau buat tatau je...tp memanglah aku x nak lg digelar busybody...cuma rasa x best bila hilang sorang kawan...kawan itu memang berharga biarpun sorang

footnote: si B ni dah selamat berkahwin dengan orang lain...moga berbahagia la hendaknya...

Saturday, May 8, 2010

merdeka sekejap

seperti yang ku bg tau dalam entri sebelum ini aku ambik exam last pada 4hb5 ari tuh kat uitm permatang pauh itu...masa nak p tu malam dia aku memang dah siap2 packing barang syauqi...cuma susu memang aku pack pgnye(dia kan breastfeed) pagi tu pun x de la kalut sangat pun sebenarnya...aku bangun awal jugak dalam pukul 5 pagi...oh oh jangan salah sangka aku bangun awal sebab nak siapkan bubur syauqi...sebab bubur dia buat awal pagi cam fresh ckit untuk dia trus makan kan

pastu dalam pukul 6.45 aku dah siap mandi and pukul 7.15 dah siap hantar syauqi pegi rumah ibu dia...awal kan? and dalam pukul 8 aku dah selamat sampai uitm untuk ambil exam sempat brekpes lagi tu...korang yang baca blog aku mesti heran je kan awatlah crite makcik ni macam sempurna sangat je kan? kan? hahaha okeh okeh ni baru nak masuk pertengahan cerita...
aku ready untuk masuk dewan exam dalam pukul 8.45 sebab exam aku start dalam pukul 9 macam tu...bila nak masuk exam memang kena matikan phone so time ni baru aku terbaca mesej dari ibu dia kata aku terlupa masukkan botol susu syauqi dalam beg dia dan dia x nak minum susu guna botol anak pengasuh tu maybe sebab rasa teat dia x sama...masa ni memang trus melayang la pikiran aku...hukhuk

baru aku ingat malam tu aku buatkan jus epal n guna botol susu tu dan botol tu dalam beg yang lagi satu...col ibu dia dan memang dia meragam la sebab lapar, col papa dia suh antarkan botol susu dan papa dia kata tengah wat keje ckit...trus makcik risau neh dah la orang len masuk dewan dah time tu...aku pun masuk jugak tapi dengan hati gundah dok teringat anak...wawawa

buka je kertas soklan dah la abc tu 120 soklan...puas baling dadu la aku...sambil menjawab sambil dok berkhayal teringat anak...hukhuk memang x concentrate lansung...byk yang makcik baca dan tanda tp tah hapa2...sadiss...tu blum kira yang baca 3,4 tp x paham2 soklan...dalam ati dok bersyukur gak nasib baik semua omr kalau subjektif memang bungkus la makcik time tu...

elok pukul 10.30 dah siap jawab...hahaha padahal 3 jam masa, ni baru sejam setengah dah habis tanda...apa yang aku tanda?? entahlah ku rasa memang sadis sungguh keadaan aku time tu...hukhuk salah sapa?? entahlah..aku la kot sebab boleh terlupa botol susu tu kalau tak memang steady je lagi

nasib lepas kuar dewan kol papa dia dan papa dia dah hantarkan botol tu p rumah pengasuh...dengar je macam tu elok member makcik kuar dewan apa lagi...kita window shopping kat jj...hahaha kul 3 lebih baru sampai rumah...window shopping sungguh

footnote: cam nervous plak tunggu result bulan 6 nanti...hukhuk itulah jawab lagi memain

Friday, May 7, 2010

ini bukan 18sx...hahaha

wahai bijak2 pandai sekalian cubalah korang teka apakah menatang ini...hahaha ini memang bukanlah entri 18sx tp aku jumpa bendalah ni dekat jj bandar perda...mula2 memang rasa cam terkejut pun ada gak last2 untuk mengelakkan rasa kagum dan tertanya2 apakah benda ini maka aku pun tanya kat tuan kedai tu sendiri

me: ni benda apa yer?

jawapan dia

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*
tuan kedai:oh tu tempat gantung rantai
jawapan yang sangat selamba gitu
kot mana dia gantung rantai aku x tgk plak display yang ada dengan rantai tergantung...korang nak tengok sendiri??
pegilah singgah di kedai maggie t kat jj bandar perda...

Thursday, May 6, 2010

nuffnang & instant cash blogging

skrang ni kan tengah sibuk ngan project alpha tu kan...pastu ada plak nuffnang buat program instant cash blogging...hanya yang hantar entri 50 terawal je akan dapat rm20...aku pun cam teruja la jugak nak join tp setakat ni cuma sempat buat satu entri...muehehe

sangat kagum okeh dengan orang len tuh sempat aje korang yer...time aku baca tajuk entri mesti at least dah ada dalam 200 entri orang len buat dan kurasakan putus asa sajalah...huhuh bukan rezeki den la tuh...tp x pe next time akan lebih usaha gigih lagi...bak kata nuffnang " ada lagi another topic to come" kena lebih rajin usha blog project alpha la lagi...

chaiyok chaiyok

Wednesday, May 5, 2010

peribahasa apakah??

satu perbualan suami isteri di dalam kereta

me: murah gak pakej fotographer tu ambik photoshot, pakej famili baru rmxxx

encik somi: kalau macam tu x pe la nanti boleh la b kawen lagi satu

me: ye la tu

encik somi: ye la kesian kat orang lain

me: x kesian pun

encik somi: ape tu orang kata

me: apa?

encik somi: sharing is caring

me: ape kaitan????

owh2 sampai sekarang haku masih dok terpikir2 apa kaitan term tu dengan kawen lg satu...memang buat aku terngiang2 je kat kepala otak...orang lelaki ni memang sentiasa penuh agenda sungguh

Tuesday, May 4, 2010

cuti exam


hari ni makcik akan bercuti dan berada di sini sebab tgk kipas besar shopping di jj exam...wish me luck la yer...paper last tu pastu bley la berjimba jimba...sila col kalau nak ajak sebab makcik free lepas ni selama 3 bulan...kalau col bulan 8 memang makcik pelangkung sebab time tu dah sem baru balek dah...muehehe

tp adakah orang yang nak haku yang beranak kecik ni berjimba jimba??? owh memang tanda soal disitu

tp kalau tba2 dah ada kat cni tu kira halal la yer...dah dapat cuti satu hari kan..harus diguna sebaik mungkin kan kan

Monday, May 3, 2010

keharuman???

gambar adalah bertentangan dengan esso berdekatan central square sungai petani...tiap kali aku pandang je mesti dok pikir sapa la buat billboard ni..apa punya tatabahasa dia pakai...
nasi yang begitu keharuman!!!

Sunday, May 2, 2010

tempat exam hari tuh

entri basi tp tetap nak ditempek kat cni dengan tujuan kasi tau tempat aku exam ah tempat kipas besar ini...muehehe besar kau kipas tu memang makcik dan member makcik jadi jakun sekejap...

ni lah uitm permatang pauh...hari tu exam kat merbok ni pegi permatang pauh plak...bak kata member ku yang seorang itu "next sem kita p arau plak, pastu machang, pastu sri iskandar...then habis degree bleh la kita melawat satu malaysia..."
ku rasa nanti mau koordinator kami bagi pelangkung sorang sedas...haha

mula2 masuk memang jakun tp sebab memang p awal so x kelamkabut sgt...even 2 hari sebelum dah p ricky tempat sebab makcik kena drive sendiri sebab exam adalah pada hari bekerja...dewan exam adalah kat tengah2 laman...kan ada ruang ckit tgh bangunan tu kat citu la tmpt exam dia...agaknya derang x dak hall kot lgpun jimat ruang kelas bila buat cenggini...first time woo makcik peksa tgh lama...orang lalu, gelak ketawa memang bley dgr dengan jelas...muahaha
ni adalah gambar kipas besar yang memang buatkan kami ni jadi jakun sekejap...besar woo bleh kata 5 ke 6 kali ganda kipas biasa la...kira x bley jawab je kertas tu haku langut la tgk kipas...muahaha kot2 bley bagi sumber inspirasi...sambil2 kagum+jakun dan berfikir "ada jugak kipas macam ni yer" "besar sungguh kipas itu" muahahaha ate dah kampus engineering kan mestilah ada yang advance ckit kat cni yang lain dari lain kan kan
ni plak list senarai pelajar menumpang exam aka pelajar pjj...gila kau dengan nama penuh, no matrik, subjek tarikh segala dia letak kat cni...contoh kalau ada 3 paper kau ambik lain2 hari, tarikh dan masa makanya ada 3 kali la nama kau kat ctu...mencapap (enteh btul dak aku eja ni??) btui
ni aku snap kasik jelas ckit tahap mencapap itu...tp kalau student fulltime lagi advance kot sebab kat ctu ada tv flat skrin tergantung dan semua nama student fulltime, tarikh exam, no matrik dia letak lam tivi tu...lg mencapap...muahaha
pemandangan dari atas...time ni baru lepas kuar lif sebab nak p toilet...owh nak p toilet kena naik lif yer tuan2 dan puan2...
ni dah habis jawab exam sempat lagi ambik gambar sebelum kena halau kuar dewan...kena halau ker?? x la cuma dia kata pelajar exam ctu*** dibenarkan keluar...trus laju2 je jalan keluar...sebab nak balik...hahaha
ni la bukti betapa besar kipas tu...kat atas tu kipas biasa dia dah la banyak bilah pastu besarrrr...time ni br tgk cari suis x jumpa then masuk dewan hambik kau dok pusing atas kepala...jakun kagum kagum

nnt next paper adalah 4 haribulan 5 nanti pastu cuti sekolah 3 bulan...lalalala

Saturday, May 1, 2010

jawapan pada dimana aku beronline...

hari tu kan ada aku cakap pasal aku beroffline tp tba2 bleh beronline kejap tu kan ni lan jawapannya...


di rumah abg haku di bertam nun...

hadiah x de yer sebab suka suki je wat orang tertanya2 tu...hehe

terbalik sudah...hehe
ok dah dibetulkan...
ni lah tuan rumah yang tertdo melayan syauqi dan syauqi yang tdo bersama encik dolphinnya...hehe ku pegi pinjam laptop depa...tp guna broadband sendiri...bleh tahan la line ctu cuma x stabil kejap 3g, then tba2 trus kelip2 merah (putus daa) pastu 3g balek...bleh la check emel, layan fb ngan bloghoping sekejap...

time ni abg aku tuh sakit kaki kesan p mengurut betulkan sendi apa ke benda entah...kesan dia terhencut2 la jalan mengheret kaki...tp still melayan gak dak kecit tu...maklumla sorang tu je anak sedara yang ada..papepun mekasih daun keladi ye abg n kak ckin... :) :)

nota kaki: selamat hari buruh pada semua....haku sekali jugak :)