Monday, October 3, 2011

sambutan besday syauqi

hari sabtu lepas yakni 1hb 10 2011 aku buat sambutan besday anak teruna sorang ni...buat kecik-kecik ja cuma jemput kawan terdekat, jiran-jiran sebelah dengan sedara mara terdekat...terdekat ni mean yang rumah x jauh ngan rumah aku je la...

plan dari 2 minggu sebelum besday dok tambah tolak darab campur semua last-last jadi la jugak sambutan besdaynya...alhamdulillah


kek besday boy...skang ni asyik dok boboi boboi maka ku tempah boboiboy ni dekat cni dan x rugi tempah sebab sedap dan kek pun cantik, service jugak ok dan recommended la
menu itu hari...pulut kuning, rendang ayam, bihun goreng, ayam bakar madu, kek, nuget goreng, kuih seri muka, nasi tomato, buah tembikai dan air blackcurrant...Alhamdulillah jugak sebab cukup-cukup dengan tetamu yang datang
acara potong kek dan lepas tu besday boy eksaited tengok boboiboy tu asyik nak edible paper tu sebab ada gambar boboiboy...bukan makan pun
antara tetamu jauh yang hadir...jauh import dari kuala nerang untuk menggamatkan suasana..hehehe
dak kecik ni korang bising la macam mana pun cukup time dia tido...ni tido kat depan je time tengah riuh-riuh tu...pakai cantik-cantik tapi membuta how??
mak-mak sedara besday boy...ni sebelum derang g lepak menidokan diri jugak
bapa mithali kononnya mengasuh dua orang anak sebelum berlaku perebutan kuasa dan aku kena ambik princess kecik tu
yeah saya dah menang...leh trus konker duduk atas papa...kekeke
ni plak acara berbual-bual sebelum kena cepuk oleh syaza...syaza memang suka gagau muka orang pun..orang ajak sembang dia p cepuk muka orang

acara bermula jam 3 dan tamat kira-kira jam 8 malam...penat tapi berbaloi-baloi...hihi tahun depan tengok rezeki kalau lebih boleh la buat lagi

perkembangan syaza di usia 5 bulan 2 minggu

ni petang semalam, sebelum tu dok angkat tangan pastu boleh angkat bontot tapi tangan x boleh plak pastu petang kemarin dah leh jadi macam ni tapi belum ke depan lagi...suka lah tengok perkembangan anak-anak ni...

syaza nak lawan ngan abang syauqi ek cepat boleh jalan...sekarang pun tiap-tiap hari abang ajak gusti dengan naik beskal dalam rumah...hihi nasib la syaza ni boleh tahan dengan lasak abang tu cuma bila sakit memang meraung la kejap

Sunday, October 2, 2011

serius sedih...huhu

hari jumaat hari tu sibuk-sibuk g beli bahan untuk buat sambutan besday anak teruna sorang tu...then balik sumbat-sumbat lam peti yang makin crowded sebelah atas ngan susu syaza tu dan lepas sumbat trus aku x ambik peduli dah...

bangun pagi esoknya sebab nak ambik ayam untuk cuci dah rasa pelik awatlah peti sejuk sebelah atas pintu dia macam x rapat dan huwaaa memang pun x rapat sebab salah satu plastik yang letak susu tu tergelongsor dan tolak pintu peti ais...akibatnya semua susu yang duduk dekat dinding freezer udah cair...rasa cam nak nangis...adalah dalam 16 plastik setiap plastik dalam 3oz...waaaaa banyak tu bagi aku...dan kemarin cuba-cuba jugak bagi mek kecik dan si abang minum...si kecik rasa cikit trus x mau sebab mama ada dekat dengan dia, si abang lagi la reject trus...huhu

hari ni ku kirim 3 plastik untuk si kecik ada lagi balance 10 plastik...huhu buat siram pokok la nampak gayanya...itu la sebelum ni dok susah hati sangat macam mana nak habiskan stok bulan 7 kan Allah dah kabulkan...tinggal lagi stok bulan 7 yang dlm plastik sajelah...huhu buka freezer tu tgk dekat pintu dah kosong trus hati jadi kosong jugak...huhu

footnote: hari tu masa g kelas ada kawan sekelas tanya macam mana susu aku boleh jadi pekat, aku pun x tau nak jawab sebab aku x amal ambik vitamin ke apa...cuma makan harus ada nasi, lauk dan sayur...ku x suka berpantang makan dan ambik vitamin...semua itu kuasa Allah juga

Thursday, September 29, 2011

mencabar kebolehan diri

sejak dari aku mula keja kat bahagian ni aku selalu ja terfikir macam mana anak-anak buah aku leh bertahan bila kena masuk keja adalah jam tujuh dan petang masih lagi perlu keluar untuk kerja lebih masa pulang ke rumah untuk bertemu anak bini pula sekitar jam sembilan atau lebih dan pagi esoknya ulang balik rutin yang sama sampai lah hari cuti...ohh hari cuti kalau nasib x baik dapat panggilan pulak keluar lagi buat kerja lebih masa dan derang buat kerja ni dah bertahun lamanya sejak dari bahagian aku ni ditubuhkan...ohh banyak anak buah aku adalah orang lama yang umurnya dah mencecah 30 ke atas...majoriti adalah 40 lebih dan semua adalah lelaki cuma kat ofis je ada sorang pompuan...

zaman aku belum kawen pernah aku cuba untuk keluar lebih masa waktu petang secara berturut-turut dan hasilnya belum cukup sebulan dan flat...huhu letih-seletih letihnya dan tu kira aku yang belum ada tanggungan dan kerja aku masuk ofis kul lapan pagi cuma tambah sikit kena keluar petang balik rumah sekitar jam lapan malam atau lebih, ada la jejak jam sembilan lebih jugak kekadang tu dan zaman bujang bila balik trus zzzz kan

zaman baru kawen belum beranak kecik masih lagi boleh kuar malam even kekadang tu tengah malam bila operasi khas tapi letih tu x yah cakap la..ohh aku kalau keluar pagi awal sebelum jam tujuh petangnya aku x keluar dah lebih masa

dan sejak hari selasa hari tu aku try la konon nak cabar keupayaan diri untuk keluar lebih masa, keluar pagi sebelum jam tujuh dah terpacak dekat bengkel dan petangnya keluar lagi lebih masa...baru 3 hari buat aku rasa macam dah surrender...penat melampau...huhu take noted yang bila kerja lebih masa waktu petang aku cuma ikut saja diorang buat kerja sambil pantau keadaan tapi mereka setiap seorang akan angkat mesin panas yang berat waktu bermula lebih kurang 12kg dan kena pakai pakai overal tutup satu badan dan alat keselamatan diri yang tutup mata, telinga, muka dan hidung

persoalan yang ulang kali dalam kepala otak aku skrang ni...macam mana anak-anak buah aku boleh bertahan sampai ke hari ni dengan rutin harian mereka macam tu..ohh sungguh mereka sangat hebat

happy birthday syauqi!

years turn by...how time flies...rasa macam 2009 itu masih lagi baru dalam ingatan...huwaaa sungguh cepat ini budak membesar...dari baby yang merah dan bau wangi baby dah bertukarrr jadi budak yang mulut banyak berceloteh dan pandai mengekpresikan kehendak sendiri...dan jugak pandai buat perangai bila kehendak tidak dipenuhi...

hari ni dah genap 2 tahun umurnya..moga membesar jadi anak yang soleh dan mendengar kata ibu bapa...dihati mama syauqi tetap anak yang mama sayang...sama jugak macam adik :)

footnote: pagi-pagi asyik nak naik moto dan sekarang dah pandai panjat sendiri ku risau takut jatuh sebab kecik-kecik dulu penah jatuh sekali dengan moto...huhu

Wednesday, September 28, 2011

jamuan raya mpspk 2011

sebelum nak menaip entri panjang-panjang haruss tarik nafas dulu...huhu banyaknya entri tertunggak...acara ni adalah pada hari khamis lepas tapi memandangkan dari hari khamis membawak ke hari ini adalah super busy dengan rutin kerja, famili dan kelas yang baru masuk semester baru...maka belog adalah sepi tanpa sempat diupdate cerita-ceriti atau bebelan aku sendiri ni yang entah apa-apa ni...huhu

tahun ni sebab jeti semeling dah mula beroperasi maka jamuan raya diputuskan buat kat sana...boleh la makan sambil feeling-feeling angin sungai dan suasana kat situ memanglah cantik dan parking jugak banya...penting tu banyak parking sebab tahun-tahun lepas x banyak parking dan banyak tetamu komplen x boleh nak datang jamuan raya sebab masalah nak park kereta...


dan seperti tahun-tahun lepas ada acara gerai siapa paling cantik dan vogue tapi tahun ni gerai jabatan aku buat keputusan hias ala kadar je...janji nampak kata masuk tema dan boleh hidangkan makanan kira orait la kan...menu gerai kami nasi impit, lontong, kuah kacang dengan sambal ikan bilis...ohh menu gerai-gerai lain boleh tahan la jugak sedapnya...aku banyak makan gerai-gerai orang sajalah...cuma kat gerai laksa kena tahan diri sebab belum boleh makan lagi...huhuhu
gerai laksa...nampak macam gerai dalam taman pun ada jugak...dengan pokok-pokok dihias keliling gerai siap ada tempat aka pangkin dari buluh lagi derang buat
view gerai laksa ni dari lain angle...siap ada motor antik untuk buat retro sikit kot...tapi memang nampak cantik

acara bermula dari kul 12 tengah hari sampai jam 3 petang tapi ada ja boleh makan sebelum tu...dan menjelang kul 2 banyak je gerai-gerai yang makanan dah habis...target tetamu sekitar 1000 orang tapi rasanya datang lebih dari tu kot...

gerai char kuey teow yang ni ambik geng char kuey teow sungai dua yang famous tu...ramai gak beratur kat gerai ni...puas hati makan
gerai bihun sup...tapi aku x merasa pun sebab perut dah sendat...huhu

dejay hari tu...semua guna staf majlis saja...termasuk la yang karaoke kemain lagi atas stage itu hari...
gerai kuih muih...time aku snap time time tengah ramai orang...sekejap saja sudah licin
gerai cendol dan abc..aku g jengah gerai ni awal-awal sebab nak rasa cendol dan memang laku la sekejap jugak dah licin siap ada yang marah-marah sebab beratur panjang tapi x sempat nak merasa abc
gerai nasi...katanya ada gulai daging rusa tapi aku x merasa pun sebab perut dah penuh
di belakang tabir gerai lemang dan ketupat...sibuk memotong lemang untuk di serve pada tetamu

kami di gerai lontong dan nasi impit
ni gerai apa ntah...penat pusing-pusing trus singgah jap...cantik la deco derang
anak staf...muda sebulan dari syaza..tapi debabnya boleh tahan pipi gebus-gebus
encik bos dengan moto barunya...time ni nak gerak balik dah...dia lalu trus aku suh benti jap nak ambil gambar..kaki x jejak tar tu
geng penguatkuasa...awalnya aku nak snap gerai derang tapi dah segak-segak sangat hari tu kan...selalu dok pakai uniform baju biru tu ja...itu hari pakat bersampin segala...dah macam nak pegi ambik pingat pun ada dah aku tengok...hihi


ni tengah berkemas nak balik...panjat tangga pakai baju melayu...kau ada? kelas gitu jah

petangnya balik rumah sempat la rehat-rehat kejap sebelum berkemas plak untuk bertolak balik kampung menghantar syauqi duduk kejap dengan tok dia kat kampung sebab aku nak ke kelas dekat puncak alam nun...tu next entri la yerr

stroller baru

kan sebelum ni dok bising-bising kata nak cari stroller baru kan..konon yang lama x muat nak sumbat lam but keta dan hari jumaat lepas g jejalan kat jj bukit tinggi jumpa yang berkenan di hati...konon plan awal nak g cari kain wat langsir sekali dah terlajak ke jj bukit tinggi dan round-round kot area baby tu berkenan la pulak...

tapiii huwaaa memang still x muat la weh...skang ni aku dah buang penutup bonet belakang tu...boleh nampak roda stroller kat belakang...hahaha nasib la dah kete kecik redho je la

gambar stroller belum ada sebab belum ambik...ish nape x ambik tengok la bila ku rajin...

syaza adalah behave duk lam stroller tu cuma hari mula masa baru-baru beli sedikit terkejut kot trus merengek, ari kedua leh lena ngan aman lam stroller tu...kena selalu letak kot

harga? biarlah rahsia yang penting x rabak poket membeli dan selesa anak duduk dalam sudahlah

Wednesday, September 21, 2011

penggunaan walker untuk bayi cepat berjalan...betulkah?

situasi raya hari tu time jumpa sedara mara sambil borak-borak pasal anak

dia: dah brapa bulan syaza?
aku: dah 4 bulan
dia: kuat la badan dia leh berdiri macam tu, boleh dah ni letak lam walker
aku: x nak la, x ajar anak letak lam walker, syauqi dulu pun x ajar gak
dia: ya ka, kalau letak boleh cepat berjalan
aku: syauqi dulu tolak kotak ngan bakul ja, 10 bulan dah jalan dah

ok setiap budak-budak lain kan perkembangan dia, ada yang aktif cepat ja dah meniarap, menyulur then merangkak dan berjalan, ada plak yang jenis ayu sopan-sopan sikit ambik masa untuk memulakan langkah pertama...dah nama pun lain-lain budak lain-lain ragam kan, usahlah nak dibanding-banding semua tu janji sihat membesar elok sudahlah

cam situasi aku, aku masa zaman syauqi memang berkira-kira pasal penggunaan walker dan dari segi pembacaan aku dari satu cerita ke artikel semua x cakap pun pasal kebaikan walker dan tersemat la kat kepala otak aku ni walker itu tidak bagus untuk perkembangan bayi...mana teori yang kata walker boleh cepatkan baby berjalan? memang la aku x percaya

kalau ada yang letak anak lam walker tu hak masing-masing la kan, usah nak dipaksa orang lain buat hal yang sama...cam kes aku, aku x kasi letak lam walker, biarlah dia develop body dia sendiri, biarlah secara natural...sebab dari pembacaan aku walker akan melatih otot yang salah untuk kaki bayi dan akan beri effect pada perkembangan dia bila dah besar nanti dan insya Allah syaza pun nanti cam abang dia jugak, ko men la tolak kotak ngan bakul tu kalau nak cepat berjalan (bunyi ayat cam kejam...haha)



ohh aku memang x paksa orang ikut cara aku...lain orang lain la cara nak membesarkan anak kan...anak itu ibarat kain putih, ikutlah macam mana korang mencorakkan dia..

footnote: gambar model adalah syauqi dulu-dulu sebab syaza belum lagi pandai nak tolak-tolak kotak ni, pandai meniarap dan menyulur ja

Tuesday, September 20, 2011

pagi tadi

pagi tadi dah bawak kenit syaza pegi check up untuk 5 bulan...sesi timbang si kenit dah naik jadi 6.9kg ohh masih lagi dalam graf normal...awal duduk menunggu bagi nenen tapi x nak mungkin sebab tempat baru maka rasa nak explore tu lebih kot...dok tengok keliling, nak sentuh semua kalau x pun dok melompat-lompat time orang pengang dia, masuk dalam bilik kena cucuk kat peha sedas...tengok muka mama cam x puas hati sebab tiba-tiba kena cucuk meraung kejap tapi lepas nurse cabut jarum trus diam...bagus behave ye sayang :)

lepas kena cucuk trus hantar ke rumah pengasuh dia...time ni masih lg behave, si abang sibuk-sibuk nak ikut lepas rasuah sumi satu plastik kecik trus lupa hasrat nak ikut mama dia pegi keja, adik masih lagi behave, sapu vicks cikit kat tempat kena cucuk

call kul 10 tadi masih lagi ok, minum susu pun habis trus sebotol, lena dengan baik

call kul 3 tadi pengasuh dia cakap dah menrengek-rengek tapi badan x panas pun. mungkin sebab sakit tempat cucuk tadi dah wat perangai ckit...sian anak mama sorang tu...masa call tu pun leh dengar suara dia melalak, ibu dia cakap tdo pun kejap-kejap...tapi sebelum ni tiap kali kena cucuk dia lebih daya tahan dari abang dia dulu sebab lansung x demam...x tau la sebab selsema daya tahan berkurang tapi mak dia ni sangat-sangat lah berharap syaza tu x demam sebab cuti tahun ku cuma tinggal 2 hari...huhuh

anak mama kuat ye sayang...harap-harap kejap je merengek dia tu...susah hati

kejadian semalam

semalam konon feeling rajin nak buat ot maka tepon pengasuh cakap nak ambik lambat...skali pengasuh dia kata susu syaza dah habis..ohh kena la balik hantar susu dulu kat mek tu sebab karang kul 7 lebih baru nak ambik dia pulak...elok sampai je rumah pengasuh si anak teruna sorang tu dah menunggu depan gate...sebab konsep syauqi 2 kali je jengah rumah pengasuh tu untuk satu hari masa pagi untuk hantar dia lepas tu pegi balik x kira waktu mana adalah untuk ambik dia...

dan buat kesimpulan usung je la dia skali...huhuh balik rumah dulu untuk solat dan siap-siap...skali syauqi membuang plak...kena basuh-basuh dulu lepas tu ambik vitagen satu isi lam botol susu buat bekal...sepanjang jalan dia eksaited tengok lori sebab on the way tu lalu kawasan kilang maka banyak la lori-lori sepanjang jalan...

balik petang ambik kenit syaza dan siap-siap untuk mandi dan solat...tengah aku dok solat tu syaza menangis sebab lama sangat meniarap kot dan bosan...nak menyulur pun x ada benda nak dikejar kat depan dia...skali si syauqi datang trus pegi tampar adik dia dia sambil bunyi "haa" apalagi meraung la syaza, bila syaza meraung dia tampar lagi dan lagi..ohh masa ni memang x khusyuk solat aku...bagi dia ubat bila adik dia nangis adalah tampar berkali-kali...huh merana la mek tu sementara aku nak habis solat...adalah 6,7 das rasa dia tampar adik dia...huh sabar je la bila marah meraung la kejap lepas tu buas balik cam x bersalah pun... hai la anak...huhu

ku rasa nak menunggu derang ni membesar memang betul-betul kena banyak bersabar...hai la anak

Monday, September 19, 2011

sesi hari ini selepas bercuti

ni adalah sesi yang ketiga hari ni...biasa selalunya sesi pertama lebih meriah, sesi kedua kurang cikit, sesi ketiga lagi kurang...tapi nak fokus pada hasil kedua-dua belah...selepas 3 hari bercuti, hari ni hasil setiap sesi adalah lebih seimbang...nak sama ja jumlah dia...(dalam hati sudah ada taman tgk hasil hari ni...lalalala)

owh cik kebaya...blk ni leh godek-godek almari cari kebaya yang dah lama ku simpan...lalalala

3 hari bercuti balik kampung encik suami...melawat ibu mertua tercinta dah jugak merasa nasi kerabu yang dirindu...ngeh ngeh kat sana nasi kerabu dengan ayam baru rm2.50 kat cni rm2.50 baru dapat nasi kerabu dengan lauk telur masin je...sob sob lepas ni kena belajar-belajar buat la nampaknya

hujung minggu ini jugak dah bermula kelas untuk semester baru tapi buku belum baca...bila la seru nak datang ntah...hai pointer nak tinggi buku malas nak baca camno tu??

Thursday, September 15, 2011

biarpun x balance tapi ku tetap bersyukur

hasil aku pagi ni...sebelum nak berceloteh panjang aku nak ucapkan syukur dulu pada Allah SWT sebabkan terus limpahkan rezekinya dan sampai ke hari ni syaza masih lagi fully breastfeed...alhamdulillah

tapi balik kepada hasil aku pagi ni...korang tengoklah ada 3 botol kan...sebelah kanan adalah hasil cik B sebelah kanan sampai 2 botol...satu botol penuh masa tengah aku senang lenang mengepam sambil bekpes nasi lemak...dan teringat nak cek botol...ohh dah penuh...benti jap tukar botol dan sambung lagi makan nasi lemak...dan sebelah kiri tu la hasil dari mula start mengepam, dan bekpes nasi lemak sampai habis 2 bungkus nasi lemak aku still x penuh botol...kira orait la sebab acik x payah tukar botol tapiii nape beza sangat production dua-dua belah...risau acik dalam hati ni..

bukan apa dulu dizaman syauqi aku penah alami situasi ini pasal balancing dan ku susah hati kalau-kalau jadi lagi macam ni sebab ada tempoh lagi 1 tahun 7 bulan sebelum syaza genap 2 tahun...jangan jadi cam dulu sudahlah...nak pakai kebaya weh...dah lama kebaya aku peram lam lemari dari peknen syauqi sampai skang...huhu

Wednesday, September 14, 2011

baby reject botol..

dah habis kita cerita bab blog ni yang dah kembali layout macam normal ni..(ohh x lupa pada yang bg advise untuk tolong di kala kebuntuan idea...terima kasih banyak-banyak) dan kembali pada topik baby ku nan satu itu...si kecik debab syaza...si abang bukan lagi baby sebab dah jd toddler...sob sob rindu plak zaman syauqi x melasak...

si kecik debab tu alkisahnya hari ahad tempoh hari kena jangkitan selsema...hidung berhingus dan kecik ni bila selsema memang reject la susu lam botol...prefer direct feeding ish demand sungguh kamu hai anak...hari ahad ku ambil half day sebab pengasuh derang kena cirit-birit...hari isnin masih minum tapi sikit-sikit dan balik rumah trus bakar bawang putih dan campur minyak masak kasi letak dekat ubun-ubun ngan dada dia...selsema kering dengan jayanya...hari selasa dah x selsema tapi x nak botol...minum waktu pagi ja...ambik petang kemarin minum cam orang kebulur gayanya dan lepas kenyang trus tdo x bergerak-gerak...penat sangat kot...even petang kemarin bawak g jejalan rumah sebelah dia boleh tdo sambil duduk

dan pagi ni awal pagi behave elok-elok minum susu lam botol tapi tengah hari dah wat perangai balik x nak susu lam botol...pengasuh dia bagi la cik B dia kasi try trus hisap cam orang kemaruk tapi bila x dak hasil trus marah-marah balik...ish ish

hai la anak susah hati jugak mengenangkan si kecik sorang tu...zaman abang dia dulu x jadi plak macam ni...lain anak lain ragam dan peelnya...lagi susah hati emaknya mengenangkan dia...huhu
ni la budak kecit tu...isk isk susah hati mengenangkan dia sorang

kembali normal...

kan aku cakap hari tu belog ni dah macam caca merba apa ntah kan...aku pun fedup cari punca tapi dalam diam-diam dok godek-godek jugak sambil sedih melihat belog sendiri dah x cantik...last sekali klik post satu-satu...eh nape post tu sidebar kat sidebar...(ish side bar memang la kat sidebar kan) pastu klik post raya 2011 tu sidebar turun bawah...pastu bawah komen tu ada banyak link ke belog lain-lain ada dekat 20 link kot...aku syak tu la punca blog aku jadi gelong...dan aku pun cam eksaited delete satu-satu...last-last dah malas buat tab banyak-banyak pastu klik secara berjemaah...haha

dann hasilnya...wah dah kembali normal...suka hati rasa menaip entri sambil senyum sorang-sorang...biarpun hati ada sikit susah hati mengenangkan syaza dirumah pengasuh yang dah 3 hari reject bottle...huhu

tapi dipendekkan cerita belog ini sudah kembali normal...lalala ohh banyak gak widget kat sidebar dah aku buang...cam kosong dah sidebar tu

Friday, September 9, 2011

raya punya pasal

dah berhari-hari rasanya aku cari penyebab jadi macam ni...tapi sebab aku bukan pakar it dah puas aku belek kat edit html blog tu tapi x jumpa solution...nape la blog aku jadi macam ni...sadiss

ada sesapa pakar it bleh kasik bantuan dak...pening dah jadi sebab musabab blog aku ni jadi macam ni

Monday, September 5, 2011

raya 2011

rasanya masih belum terlambat kot untuk aku wish selamat hari raya pada semua...ucapan raya selepas raya ke7...haha nak buat camna cuti awal katanya...sampai 9 hari beraya...pastu nak hantar anak g rumah pengasuh dah macam-macam peel si abang tu..nasib la si adik baheve ja minum susu baik-baik dekat rumah pengasuh...lega hati mak ni bekerja

tahun ni aku celebrate 2 dalam satu lah...first hari raya puasa dan masa yang sama anniversary kawen yang ke3...fuhh berpeluh jap kejap je kan dah masuk 3 tahun kawen, anak pun sudah 2

terlebih dahulu...haruss la tuan rumah intrepeme muka sendiri...haha ambik gambar sendiri dulu...tema tahun ni adalah merah hitam...tapi nampak lebih berat kepada merah nampak gayanya

our family potrait...sekejap sahaja sudah berempat

kek anniversary...2 tingkat sebenarnya tapi sebab sebelah atas adalah aiskrim dan mudah sangat cair sebab terlalu lembut maka dah cair sebelum waktunya...huhu sebelah bawah kak blueberri dan masa potong masih lagi ok...dan sangat sedap dimakan...2 kg tu aku adik beradik pakat dok ulang makan...2 hari je dah licin...

acara hari ke 2...bakar-bakar sate...time cucuk sate malas sungguh-sungguh, time bakar still lagi malas-malas, tapi time makan semua rajin...haha
jalan-jalan raya...budak bertuah ni suka sungguh port ni...dari rumah sampai perlis dia tdo atas ni
aktiviti malam raya...malam first takut-takut, malam kedua teringin tapi takut, malam ketiga x masuk rumah sebab eksaited main bunga api...haha
kami bertiga...ish kejap je aku dah ada dua anak...

last but not least si kecik yang ceria nih...raya ni dapat perkembangan baru...dah boleh ke depan aka menyulur...sapa-sapa agah pun mesti senyum..hehe

selamat hari raya semua

Wednesday, August 24, 2011

berbuka puasa park avenue

hari tu aku ada cakap pasal aku g buka puasa dekat park avenue tu cam...haha lambat gila nak letak review...sebabnya cam kalet-kalut hari maka gambar makanan memang la yilek ada pun gambar kitorang je posing-posing...haha tapi untuk review boleh aku kata makanan situ biasa-biasa saja...x lah sedap sangat tapi x lah teruk sangat...ala biasa ja

aku sampai dekat hotel tu kul 7 lebih dah...kata dekat dengan rumah kan...maka konon keluar lambat pun x apa la skaliii haha elok-elok ambik nasi, ambik dessert, ambik buat tengah dok cedok kerabu dah azan...haha nasib sebelah meja kerabu tu ada kurma capai la sorang satu makan kurma dulu...pastu baru gagau nak cari air...haha air pun semua berais sebab time tu x nampak ada gerai teh tarik...dah habis makan nasi baru g ambik teh tarik plak...

gerai situ macam banyak gak la ada gerai murtabak, gerai ayam bakar, gerai teh tarik, gerai minuman..lagi satu gerai aku x tau sebab x g belek sangat pun...p pun berdua sebab anak-anak x bawak...yelah aku nak g makan ke nak g main kejar-kejar karang aku kenyang main kejar-kejar ngan hero tu ja...tengok tangga park avenue tu pun dah terbayang syauqi dok panjat-panjat situ...haha tengok la tahun depan bila dah behave sikit boleh la buka puasa berempat kat luar plak...hihi

us...huhu aku x faham napa la lampu dia bagi effect oren gitu
mereka...peace
mereka lagi
bapa tiba-tiba terangkat...ni anak mereka no 3 gambar td
booth teh tarik...sedapp
kudapan telinga
mereka lagi
booth murtabak...

aktiviti sebelum raya - handmade headband

kemarin dok chat-chat ngan pn fiszah kat yahoo sekali kuarlah topik pasal headband...kat cni cam payah cikit nak cari headband yang comel-comel dan kaler yang lain dari biasa...kalau ada pun cuma pink, hijau muda putih, ulang balik pink, hijau muda, putih gitu je lah ulangan dia...huhu tensen hati ni...kan dah kata tema adalah hitam merah, abis kalau dah pink, hijau muda ngan putih mana nak masuk dalam tema itu kan...huhu

maka pn fiszah bagi la cadangan "eh apa kata buat ja sendiri, bukan payah pun senang ja" lebih kurang macam tu la ayat dia...hehe baru cam terfikir ha ah kan try je la buat sendiri...trus semangat ko...haha kita tunggu sampai bila semangat ni akan bertahan...hahaha petang kemarin jugak dengan semangatnya singgah kedai embroidery dekat petani jaya sebab nak beli bahan-bahan nak buat headband...total spend kemarin adalah RM4.90 dan pagi ni member seofis kasi reben lagi tambah ngan kain untuk jadi headband...alah skaf rambut tu...leh ja oter sikit-sikit tambah riben cikit dah rupa headband kan...

semalam dok perusah menatang tu jadi la satu...dan dah test kat syaza (baca sebagai yaya panggilan dari syauqi untuk adik dia...hehe) sedang elok je terletak kat kepala...korang nak tengok ke headband tu???
tada...kira ok la kan untuk saya yang beginner ni..pasni leh buat oter bg lebih cantik lg...simple step ja dan x ambik masa pun nak siap....okeh sapa ada anak gegurl...plan konon rajinkan diri kasik hadiah kat anak orang...haha

Tuesday, August 23, 2011

lagi 2 hari ja lagi...

dah x lama dah nak cuti raya ni...haha biarpun kampung cuma secuit ja dalam kedah ni jugak tapi....hati ni macam dah kat kampung nun haa...dah start bercuti dah...feeling-feeling kalau boleh nak dah cuti dari hari ni...tapiiii sedarlah cuti aku tinggal seciput dah...tolak cuti raya 3 hari kali ni tinggal 2 hari ja belen...pasni anak sakit ke mak malas nak keja ka kena la tolak dari ot...

okeh bulan depan kena lebih rajin buat ot...demi nak mengganti dengan cuti...huhu

Sunday, August 21, 2011

berbuka hari ni..park avenue hotel

hari ni saya akan ke sini untuk berbuka puasa...park avenue hotel...buffet cni kira antara termurah kot dekat sungai petani ni...RM39 per head tapi sebab buka ramai-ramai dapat lah RM36 per head kira ok la tu...review makanan dia karang la acik cerita ya...ni first time kot ku jejak kaki ke situ untuk buka puasa...time lain nak check hotel untuk star rating tu cerita lain la kan...harap-harap makanan dia ok lah...boleh lawan ke x ek dengan cinta sayang resort?? kita tunggu

semester baru

wah cuti lama konon nak berehat pun lama...tapi awat aku rasa cam kejap ja ntah...pejam celik pejam celik dah start daftar subjek untuk semester baru pastu bulan 9 karang dah start masuk kelas balik...subjek pun dah siap daftar harap-harap semester depan boleh lagi score macam sem lepas...biarpun bukan 4 flat dapat 3 flat ke atas dah kira hebat dah...sebab target aku biarlah grad dengan pointer 3 ke atas...

sebelum ni dah repeat satu paper...sebab target nak cepat habis tapi bila fikir-fikir balik x guna gak cepat habis tapi pointer teruk...maka buat solution subjek yang ada final exam aku ambik x lebih dari 3 subjek...yang x dak final boleh la ambik lebih...sem lepas cuma 3 subjek yang ada final exam aku ambik...alhamdulillah boleh la pass dengan senyuman...hihi maka sem ni nak buat lagi macam tu

orang lain nak ambik banyak tu cerita lain la kan...dah sedar dengan kudrat diri...mana nak study, nak keja, nak uruskan hal-hal kat rumah lagi...maka ambik takat termampu...orang lain grad awal pun x pe la...ku pilih yang slow tapi selamat...anak sudah 2 kerja pun makin la double kat rumah tu...ayat pasrah

Monday, August 15, 2011

scary

hari khamis malam hari tu dapat call dari mak kat kampung kata ada orang bunuh orang...yang membunuh tu aku x kenal sangat tapi yang mangsa bunuh tu memang kenal la sebab kawan arwah abah...kesian dekat arwah sebab kena bunuh oleh anak sendiri...cam scary je skang ni orang bunuh orang...huhu dah tu kat kampung aku plak tu...lagi la scary...dah la ada dah orang gila pompuan dok berkeliaran ni orang gila bunuh orang plak...

semalam pagi dapat call dari mak kata orang ni dah kena tangkap...alhamdulillah sebelum tu kampung aku tuh dah jadi macam kawasan darurat ja...kedai banyak tutup, orang x brani pegi menoreh getah...motosikal pun dah x lalu lalang depan rumah...ye lah orang bunuh orang kan, dah tu bawak lari parang yang guna untuk bunuh bapak dia tu plak...memang scary...dah la hutan dia lari tu boleh sambung ke rumah-rumah orang lain jugak...kampung kan mana la nak ada pagar-pagar ni sangat....


Suspek bunuh bapa ditahan

KUALA NERANG: Selepas lebih 48 jam menyembunyikan diri, suspek yang menetak bapa kandungnya hingga mati dengan parang ditahan ketika asyik menonton televisyen di rumah keluarganya di Kampung Pasir Puteh, Mukim Tualak, di sini, semalam.
Lelaki berambut panjang berusia 33 tahun itu pulang ke rumahnya kira-kira jam 1.45 pagi dipercayai akibat kelaparan, bagaimanapun tiada ahli keluarga ketika itu kerana berada di rumah saudara mereka.

Difahamkan, tindakan suspek membuka lampu rumah dan menonton televisyen disedari beberapa jiran dan adik iparnya, Mohd Nazrin Zainol, 32, yang membuat laporan polis. Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Ku Yaacob Ku Hamid, berkata ketika diserbu suspek tidak berbaju dan berseluar panjang tergamam dengan kehadiran anggota polis serta tidak sempat melarikan diri. “Ketika ditangkap, dia tidak bersenjata dan berehat sambil menonton televisyen di rumahnya. Ketika itu, dia terkejut mendapati anggota kami memasuki rumah berkenaan dan cuba melawan, namun gagal melepaskan diri. “Sebelum itu, kami mengepung rumah berkenaan bagi mengelak mangsa meloloskan diri. Apabila mendapati pintu rumah itu tidak berkunci salah seorang anggota menghendap mangsa dan menyerbunya pada masa sesuai,” katanya.
Ku Yaacob berkata, polis juga tidak menemui parang digunakan dalam kejadian dan ketika ditanya mengenai senjata itu, suspek hanya mengatakan dia tidak tahu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan suspek ditahan reman sehingga 20 Ogos depan bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 7 malam Khamis lalu, suspek menetak bapa kandungnya hingga mati selain mencederakan ibunya dengan parang selepas ditegur ketika keluarga berkenaan menunggu berbuka puasa.

Dalam kejadian itu, bapa suspek, Saman Siron, 65, ditetak di kepala, kedua-dua belah tangan serta putus kaki pada buku lali kanan manakala ibunya, Hasnah Abdul Majid, 51, cedera di belakang kepala.