Friday, August 21, 2009

bolatkah aku?

hari ni tengah dok bz menaip assignment(sbb esok wajib hantar...hehe) tp tgh dok taip tu rasa cam pedih kat tgn pastu aku dok ejas2 la gelang nikah aku ni kot2 la tersimpul ke apa kan tp dah ejas pun rasa sakit lg...dah tenung belek betul2 br prasan rupanya dh ketat...huhu adakah ini bermaksud aku semakin bolat?? tp nape bila timbang berat x naik agaknya gelang ni saja nak sabotaj aku...haha ayat sedapkan diri sendiri la kan...ni la gelang yang terpaksa aku simpan bersama cincin2 pemberian my hubby...sgt sedih ok

cincin2 ni plak dah la bersemadi dlm kotak sebab sejak dari aku peknen 5 bulan ari tu cincin2 ni memang dah x muat...huhu sabar je lah pizet lg 1 bulan setengah je...pastu diet la abis2an untuk pakai balik cincin dan gelang ini... :(


agaknya betul la kot memang aku dah makin bolat sebab my hubby ada cakap aku ni jalan macam penguin...hehe len kali cakap la aku ni cute cam penguin ke x de la rasa sedih sgt kan...hehe

footnote: selamat berpuasa kepada semua ye...sok puasa harap aku bolehla puasa penuh..hehe pnat woo ganti posa ni

Thursday, August 20, 2009

simple fact H1N1

pg semlm aku meeting berkenaan H1N1 ni bersama pengamal2 perubatan yang blh dipercayai n antara fakta2 yang disampaikan yang boleh aku rumuskan adalah:

1. 80% penduduk akan dijangkiti penyakit ini kerana semua orang tidak mempunyai daya tahan atau antibodi terhadap penyakit ini.

2. H1N1 bukan lah satu penyakit yang merbahaya kerana dlm kategori mild sahaja dan blh sembuh sendiri dengan mengambil masa 7-10 hari untuk sembuh, pengambilan tamiflu dan ubat yang sewaktu dengannya adalah untuk mempercepatkan proses penyembuhan ini sahaja supaya boleh kembali bekerja seperti biasa.

3. simptom penyakit ini adalah demam(>38C), batuk dan sakit tekak sama seperti selsema biasa tp seeloknya dinasihatkan segera diperiksa untuk tindakan lanjut.

4. pemakaian mask hanyalah wajib bg org yang bergejala dan berisiko sahaja kerana org yang bergejala boleh merebakkan penyakit ini pada org yang sihat dan org yang berisiko akan mudah mandapat penyakit ini.(oh ye mask tu tahan sehari je sebab die pakai buang)

5. H1N1 adalah gabungan selsema burung, selsema babi dan selsema manusia, maka bukanlah salah babi sahaja sebenarnya dan sebab itulah namanya kini ditukar kepada influenza A(H1N1) dan bukan lg swine flu atau selsema babi lg...(mutasi baru ye)

6. selsema ini merebak melaui droplet(titisan) dari org yang bergejala dan masuk melalui saluran pernafasan dan oleh sebab itu digalakkan semua org menjaga kebersihan diri dengan sentiasa membasuh tangan(7 step washing hand) dan elak dari menyentuh hidung

7. droplet yang jatuh dari org yang bergejala blh tahan 2-6 jam diluar badan tetapi blh mati jika anda membasuh tangan(x kisah la apa2 sabun pun, jgn percaya pada iklan2 yang mengambil kesempatan itu..haha)

8. jika anda dijangkiti masa pengeraman virus ini adalah 1-4 hari untuk menunjukkan tanda dengan purata 2 hari akan tetapi sebelum tunjuk tanda pun dah blh tersebar kat org disekitar anda juga...

9. mask yang paling sesuai dipakai adalah mask jenis n95(ala yang keras ngan bulat tu) pastu 3ply mask(ni yang luar kaler hijau or biru n putih kat dalam...mcm doktor bedak itu) kena diingat bukan mask kosmetik tu ye...

10. sampel yang diambil adalah throat swab

11. jika bergejala dinasihatkan duduk dirumah sehingga sembuh untuk mengelakkan merebak pada org lain dan memakai mask untuk mengelakkan jangkitan bg org dlm rumah yang sama.

kumpulan yang berisiko:
a. kanak2 5 thn kebawah dan org tua 65 keatas
b. perempuan mengandung(terutama trimester terakhir...mcm aku ni hehe)
c. obesiti
d. penyakit paru2
e. diabetes mellitus
f. penyakit jantung
g. kegagalan ginjal
h. immunosuppersion(disease or therapy)(kalau x salah aku org yang dalam rawatan)
i. hematological abnormalities(penyakit darah kot)
j. chronic hepatic disease

org yang berisiko ni wajib ye mencegah sebab blh membawa maut...

footnote: sekian penerangan aku yang x seberapa ni kalau salah tolong betulkan ye...fakta yang aku ambik dr mesyuarat slm...hehe

bateri keta...

hari isnin ptg tu time aku nak start enjin keta tba2 je enjin die cam susah je nak idup...aku dah jd cuak dah time tu yelah kan aku dah la sorang2 nak blk keja ngan letih lg kan tba2 je keta wat hal....blh je dia idup tp mcm x confiden...chewah hehe ape lg trus call my hubby cakap keta mcm something je pastu my hubby ckp try dulu blk rumah...huhu kite dah nervous kan ckp la kalau x leh idup nnt mati tgh jalan mcm mana...trus my hubby marah kate aku ni pikir bukan2 sedih trus kena marah ni biasa la semenjak peknen ni jd cam sensitif ckit pantang my hubby marah mest trus sedih punya...hehe

oh ye bila start je keta td meter dia menyala lambang bateri tu pastu o/d off menandakan masalah bateri kot ngan automatic...

buat sape2 yang x faham keta myvi lebih kurang mcm ni la meter dia...aku google je gmbr ni...hehe yang hujung tu bateri yang lg satu aku bulat merah tu tmpt lambang o/d off tu, keta myvi ni kalau tgh drive blh je kita wat o/d off ni tp pick up jd mcm laju ckit pastu bunyi mcm org nak berlumba gitu...haha tp bila die berkelip sendiri o/d off tu tandanya something wrong la tu...aku try nak off kan o/d off tu tp x blh pastu terpaksa la aku drive jugak blk ngan lmbang o/d off tu dok berkelip2, ambik jalan yang paling x byk keta or jalan belakang la, jauh ckit dr jalan biasa tp janji x la mampus kat tmpt org ramai kan...nnt malu lak...hehe

nasib le blh selamat smpi rumah, pastu yang angin nye bila sampai rumah mudah plak die idup...jd cam terkonpius jap, my hubby ingat aku mereka2 cite lak...huhu esoknye try nak start kete mcm susah gak tp still blh idup lg...sebab time tu aku nak p klinik gagahkan dulu la pegi kan sbb nnt lmbt g klinik doktor x de plak...call driver opis aku die ckp kalau x start nnt derang dtg tolong, elok hbs jumpa doktor ok plak blh idup...aku gagahkan jugak g opis(sgt dedikasi ye nak masuk keje...haha)

ptg nye time aku nak blk ditambah plak ngan hujan yang agak lebat(sgt membantu aku...haha) lansung dah x leh hidup keta aku tuh..huhu nasib la ofismate aku blum blk trus call die ckp enjin x leh hidup...die datang ngan jumper bersama assistant yang agak ramai...soka sebab ramai datang nak tolong hehe terexcited tba2...so ptg tu selamat lah duit aku melayang kira2 RM150 menukar bateri...aku ambik bateri kering brand century je sbb kedai tu ada bateri kering je tinggal bateri basah yilek...kira ok lah aku kan malas check air bateri ni...hehe warranty setahun kalau x sampai setahun blh je tukar free...kalau dah lebih setahun kena waspada la sbb anytime je blh jd bateri weak tu...dia ambik bateri lama RM10 kira orait la aku onkan je pastu br tau kalau perodua bateri kering RM195, basah skali tukar RM206++, pastu bateri lama derang ambik x byr pun, pastu certain kedai ambik bateri lama rm3 je...

nampaknye pasni byk lg la kena belajar bab kete ni...org kedai tu cakap jugak bateri weak memang susah nak start kete tp bila dah drive dia akan recharge n time masih panas enjin senang kite nak hidupkan kete blk tp bila dah cool down kete tu jd la susah nak start blk tu...br aku faham situasi awal yang jd kat aku tu...pelajaran br tu...hehe

Tuesday, August 18, 2009

cegah H1N1...


well macam semua org dah tau la kan sekarang ni kan tgh sibuk dengan H1N1 tu kan...atenye kalau ikut kata org2 medical ni ibu mengandung third semester mcm aku ni amatlah berisiko untuk dijangkiti maka haruslah kita ambik langkah pencegahan kan tp itu la sekrang ni susah sgt nak dpt mask...kalau p tanya kat farmasi tu amatlah susah nak beli mask n jawapan yang derang bg adalah mask habis...ada satu farmasi yang aku pg ni dia cakap kalau nak beli yang mahal ada la 5 keping RM25 ambik ko...abis kalau dah pakai buang sehari sekeping kalau sebulan pokai la aku jawapnye...haruslah bajet aku sebulan tu tolak siap2 harga membeli mask...haha

tp hari ni sebab aku dah dpt mask yang my hubby bwk balik semlm maka haruslah aku pg keja dengan memakai mask...ni pun langkah yang drastik ni memakai mask dipejabat...mcm org nak p bedah org je kekdahnya...haha mcm mask of zorro pun ada jugak aku rasa...tp x pe la demi kesihatan aku n my baby kan...haruslah aku memakai mask dipejabat sebabnya aircond kat ofis aku ni centralize tambah plak kat bwh tu ada the store tmpt org membli barang runcit tu...ha ntah sapa2 je blh datang kan

tp menjelang tgh hari ofismate aku ckp ada delivery untuk aku...aku cam pelik lak sejak bila ofismate aku tu keja kat kurier kan...haha(ampunkan aku cik ftin)

tadaaa

rupanya sepupu aku kirim kat die sekotak mask khas untuk aku...rasa cam terharu jap...haha maka haruslah aku meneruskan langkah berjaga2 aku ni dengan lebih effektif kan...abes dah dpt sekotak free...papepun mekasih la kan dkt sepupu aku tuh sebab bg hadiah yang sgt bernilai pada masa terdesak ni...haha

footnote: kalau nak makan mcm mana ye bila pakai mask ni??

rutin check 34 weeks aka 8 bln setengah

hari ni rasa sgt berdebar2 pg check yelah sbb hari ni ada last scan sebelum bersalin untuk tgk adakah saya ini sihat untuk bersalin secara normal...takut la uolls karang kalau buatnya x normal kena operate...huhu ngeri bab pisau2 doktor ni...

hari ni jugak kat klinik tu adalah sgt ramai org oh ye sebelum masuk korang kena buat saringan dulu kat depan klinik dia akan (tembak)check temperature korang guna termometer yang ukur suhu melalui telinga tu...so hasil saringan tu of course la aku lepas kan biarpun sebelum ni last check ada rasa cam nak demam sakit tekak segala tu tp dah sihat dah...agaknya last check tu sebab aku dah makin tambah usia ko diri ni x leh terima kenyataan so demam la sekejap...hehe

so ni adalah hasil medical check up hari ni ye uolls...
berat: 61.5kg(kena bebel dek nurse kata aku x cukup makan...nak makan apa lg bg berat...huhu tolak batu ngan kayu je kot)
bp: 120/80 (hoho aku adalah normal dan sihat)
jantung bb: 148/min(my bb sgt sihat)

oh ye untuk uolls jugak yang slalu rasa kepingin nak tahu jantina my baby it's a boy so dengan rasminya juga vote for my bb jantina itu juga ditutup ye...
doktor td dengan konfidennya ckp ai dah bgtau kan jantina bb ni ape...boy die ckp...bb pun hari ni adalah sgt sopan dengan tidak menendang scanner masa doktor tengah scan...kalau idak sgt hebat dia tendang2 scanner tu...kira cam x suka kena scan kot mcm menggangu die...hehe

Monday, August 17, 2009

usaha gigih membawa kejayaan?


dikala lg 5 hari nak sambut posa(aku hari ni posa ganti yang penghabisan...hehe) aku rasa persediaan aku bukan untuk sambut posa tp untuk kelas pjj aku yang last...sebenarnya aku ada lagi kelas pjj 3hb10 nnt yakni pas raya tp aku dengan confidennya bgtau semua lecturer kelas aku yang time tu aku dah bersalin...haha tp kalau nak ikut logik betul apa kan time tu aku dah lepas due(due aku 30hb9) so kalau aku p kelas time tu buatnya aku tersakit nak bersalin dlm kelas x ke naya...huhu

kembali ke cerita asal...ewahhh mak buyung ni suka sgt la kan menyimpang dari tajuk...haha sebenarnya kelas aku weekend akan datang ni agak padat jugak la uoolllss...huhu bukan apa memang la aku cuma ambik 3 subjek je sem ni tp aku ada 4 essay yang nak kena submit, satu presentation, satu paperwork, satu collage, dan jugak 2 test...huhu maka apa lagi padan la dengan muka aku ni yang dah last minit br nak siapkan essay2 itu semua...nasib la dah siap 2 essay hasil kesedaran aku yang x berapa tinggi ni(akibat dok gila berladang x habis2 kat 'mukabuku' tu...haha)

tp paperwork tu aku difahamkan kena hantar secepat yang mungkin...ish aku dah pening tahap gaban ni serta merta semua idea aku ilang...huhu nak kena pergi mencari ilham ni...huhu
presentation tu nasiblah kakak ku yang tercenta tolong bg idea untuk tajuk...sgt suka sbb memandangkan otak aku sedang tepu haruslah ada penyumbang2 idea untuk aku(degree nnt harus dibahagi dua kah? atau tiga? empat?)

maka apa lagi pizet insaflah sekejap dari berladang tu dan siapkanlah assignment itu semua...haha

footnote: sgt tensen dengan parking yang makin limited skang ni...ada plak dok bg berniaga kat parking yang limited tu...huhu kuasa bukan kat tgn aku