Saturday, March 31, 2012

blogger baru, gaji baru...earth hour

blogger pun dah berwajah baru...aku dah pelik tengok rupa blogger baru ni...haha ambik masa sikit dengan banda baru...

oh pekeliling gaji baru yang ditunggu-tunggu sudah keluar...lepas ni menunggu duit tunggakan dengan merasa gaji baru la plak...eksaited lebih la tengok pekeliling gaji ni kan ..nak kira gaji plak dekat sini

p/s: malam ni pukul 8.30 jangan lupa tau tutup lampu, kipas, tv semua sempena earth hour setiap tahun...cuma sejam ja padahal masa len kemain lagi kan guna letrik tu

Wednesday, March 28, 2012

demi masa

eceh...sungguh la belog ni dah timbul tenggelam..haha kat rumah dah rutin-rutin harian kerja-kerja rumah maka last-last tertdo dengan anak dara...ataupun sungguh-sungguh penat dan terlena maka x ada la sesi blogwalking, facebooking, update belog..hatta i-class yang wajib dibuka untuk sesi e-pjj jugak tergendala...

minggu lepas sangatlah susah hati..dah masuk semester baru tapi bulan ni agak miskin nak bayar yuran yang secoet pun semput..padahal aku rasa orang lain ambik subjek lagi banyak dari aku..tapi sungguh Allah itu maha mendengar..jangan jemu untuk berusaha maka nanti akan Dia tunjukkan jalan pada kita...usaha itu kena lebih dari bertawakkal..insyaAllah sebelum dateline sempat jugak aku nak bayar yuran...sumber? haha biarlah rahsia

tapi buku masih belum sempat aku jenguk atau kuis-kuis pun..huhu kena lebih rajin nih...kalau x sesia je usaha dengan plan-plan semua...rutin aku di hari-hari kerja adalah
pagi:bangun siap-siap pegi kerja..kalau awal dari pukul 7 sempat la aku buat bekpes semua
petang: balik kerja, mandi-mandi solat dulu, dalam pukul 6 baru ambik budak 2 org tu, biasa aku basuh botol siap-siap dengan sterile, masak air panas in case syauqi balik-balik trus nak susu, dia kalau adik dok ngempeng slalu jeles nak susu jugak
pukul 7: kalau belum letak nasi, baru letak nasi, bagi mandi 2 org tu, aku siap-siap nak solat maghrib, sambil siapkan depa, tukar baju-baju dalam beg depa dengan tambah pampers bekalan untuk esok
pukul 8: bagi si anak dara ngempeng kejap sambil sambung masak-masak...biasa aku spend dekat dapur memang lama sebab iklan banyak dengan budak 2 org tu
pukul 9: makan malam, siapkan botol susu, susu, air panas, ni dah preparation nak tdo dah...sebab waktu malam memang kami x keluar dari bilik, bawak masuk botol susu, air panas letak kat hujung tilam syauqi
pukul 10: anak dara sure ngamuk dah nak tdo..selalu la time ni aku terbabas tdo skali...kirim salam la nak bangun balik mengepam ka, surf tenet ka, baca buku ka

dan rutin tu sama jugak besok-besoknya selagi aku berkerja..cuma mungkin tambah sesi melipat baju, sesi sapu sampah, sesi lap lantai yang tumpah, iron baju keja..hukhuk ada ke pembantu yang boleh tolong aka doraemon... leh la ringan sikit kerja-kerja rutin di rumah ni

macam mana la orang yang anak ramai-ramai kan? kerja-kerja rumah plus uruskan anak-anak membesar yang macam-macam peel ni..dah jadi mak orang baru paham macam mana penatnya mak jaga aku dulu...even mak aku kata kat syauqi...tu baru sebelah kaki mak hang ja tu..nampak sangat aku dulu lagi lasak dari dia

Monday, March 26, 2012

duhai hati..

tba-tba tajuk dah macam orang emo plak kan..haha bukan apa cuma rasa stress dengan seseorang..yang x penah nak berpuashati dengan kesenangan orang lain...tidakkah dia tahu bila satu jari menunding pada kesalahan orang lain lagi empat jari menunding pada diri sendiri...tidakkah dia tahu bumi ini bulat mungkin hari ni kita dok belah ataih esok lusa mungkin kebawah plak...
doa aku cuma satu..kalau betul aku bersalah tunjukkan cara yang betul..kalau dia bersalah moga dilembutkan hatinya menerima jalan yang betul...muhasabah diri aku sendiri...moga lebih banyak kekuatan dan kesabaran dalam diri aku ni..amin

p/s: doa moga aku murah rezeki jugak...bulan miskin sebelum dapat duit tunggakan gaji

Thursday, March 22, 2012

memilih..

dulu aku rasa masa zaman baby lagi senang kot bagi anak bujang aku si syauqi tu makan..masak la bubur ke apa ke orait ja dia..letak menu apa pun boleh ja..bagi la biskut ka makanan kita tengah makan pun dia datang sua mulut nak makan jugak...tapi sejak makin membesar dah makin memilih..huhu tu baru 2 tahun nak masuk 3 tahun karang kalau dah 6 tahun 7 tahun..haha cabaran sungguh membesarkan anak ni

kalau hari ni dia suka mee esok maybe kena masak bihun plak..nasi kalau kata hari ni nasi putih dia makan esok belum tentu lagi..kena kreatif sungguh nak sediakan makanan dekat dia..pengasuh dia pun cam pening..katanya sebelum ni masak mee ok ja makan, esoknya x mau dah..kena sekali tu dia masak nasi ngan sambal..syauqi ni dok pulun makan then buat sekali lagi x mau dah...pasni kena beli banyak la buku makanan budak-budak..haha

dan aku tengok si syaza tu turun semacam abang dia jugak..skang ni tengah mood excited jumpa makanan..kita makan pun dok sua la dia tu kot-kot orang suap..maklum la pemakan tegar..selain dari merangkap vacuum cleaner..bukan benda makan ja dia nak makan...apa benda dekat lantai semua nak kutip..harap-harap besar sikit kang x la memilih sangat bab makan..penuh harapan ni aku ni..haha

owh menu malam ni cuma ikan bawal masak sos dengan sayur goreng ikan masin plus telur dadar...berselera plak si syauqi makan..selain adik dok asyik nak masuk dalam pinggan si abang...esok kena fikir idea lain plak nak masak..ada aku penah dengar orang cakap kena ajar anak makan semua makanan yang boleh dimakan..nanti-nanti dah besar x mau plak..aku sangat jarang masak ikan..kena slalu la pasni.. (kalau ikan temenung aka kembung tu dekat market mau dak depa siang kat aku..haha malas sungguh aku nak siang ikan)

Wednesday, March 21, 2012

jadual hari cuti

kemarin dengan hari ni aku el...sekali sekala cuti mengejut ni seronok la plak..haha rutin lebih santai dan relaks...si pp kuih pau dan macam sihat..badan dah x panas, boleh ceria senyum-senyum tunjuk gigi 2 puntung dia, mandi boleh relaks-relaks main air..cuma tadi dalam pukul 2 macam nak panas..dah paksa rela kena minum ubat demam...dan kembali ceria macam biasa...

dek kerna cuti dan x dak kerjaan nak dibuat selain melayan si pp kuih pau..maka aku buat urusan laundry hari ni...sampai cadar ngan kain selimut pun aku basuh..haha bab lipat ja lemah sikit..tunggu tahap kerajinan sebab karang pp kiuh pau rajin gak tolong aku 'lipatkan' sama baju tu nanti..haha

masak pun kemain rajin siap buat nasi lemak..kes protes encik hubby takmo tapaukan nasi lemak kat kedai depan tu kat aku...dia suh aku jalan kaki pegi beli...aku kan sayang lemak di badan..maka buat sendiri je la nasi lemak dengan apa yang ada lam peti...si pp kuih pau merasa la sikit..x macam semalam semua x nak..asyik nenen ja ni kasi bubur dia pun dah boleh nak makan kira orait dah la tu

tapi feeling fulltime housewife ni kalau seharian x buat apa memang boring..hadap laptop pun dah x tau nak google apa dah..karang petang kena paksa rela encik hubby bawak aku jalan-jalan jugak..x kira haha

Tuesday, March 20, 2012

di usia 11 bulan

sempena beralih bulan kot budak pp kuih pau ni terkena demam...reason demam adalah tidak dapat dipastikan mungkin cuaca, mungkin nak pandai berjalan yang cuma 3,4 langkah jatuh tu, mungkin ada terkena jangkitan dari sapa-sapa yang demam dan lain-lain yang mak dia x dapat pastikan..huh kata je nama ik kan tapi nak siasat kes anak demam pun x leh jumpa ni..hukhuk

tapi sebab sesekali cek suhu dia dengan termometer ada 2 kali cecah angka 40.1darjah celcius maka nak tak nak paksa papa dia balik dari lab untuk bawak si pp kuih pau g klinik..kali ni kita try bawak g child specialist plak sebab jarang-jarang demam kan...dan ok la dengan rawatan dan layanan dia..doktor kasi ubat ikut bontot bagi cepat turun suhu badan dia...nangis kemain lagi padahal doktor cuma ambik suhu ngan check telinga je..heheh fobia doktor ke apa aku tak tau la, berat adalah 8.3kg..turun sikit dari sebab sebelum ni 8.6kg

dan kos total untuk rawatan sangatlah lagi berpuas hati...leh datang lagi bila anak x sihat lagi..suppose jarang-jarang la nak pegi sebab selalu berdoa anak sihat saja..hihi kos rawatan tadi cuma RM35 dan aku rasa k la sebab penah pegi klinik biasa yang panel ngan kompeni aku untuk rawatan si abang lagi mahal aku kena dari tu..dan kat klinik panel x dak tempat tukar nappy, tempat pondok mainan budak-budak, kuda mainan -tah hapa-hapa ja perbandingan..haha

p/s: doktor puji sebab syaza adalah exclusive breastfeeding..very good katanya...sangat bagus -bukan sama ka very good dengan sangat bagus..haha

Thursday, March 15, 2012

krisis bahasa

bukan aku tapi anak bujang aku..haha sebab aku dengan encik hubby adalah bertutur dalam bahasa yang tidak sama...biarpun kebanyakan words yang kami guna tu macam sama tapi ada certain benda tu memang nampak la bezanya...dan aku rasa si syauqi tu macam confuse la jugak nak guna word yang mana satu..ikut mama ke papa..haha kadang tu macam lawak pun ada jugak bila kami dua-dua kalut dok sebut bagi syauqi ikut konon cam lawan sapa lagi teror nak bagi si syauqi ni sebut..haha

antara perkataan yang slalu la x sama tu yang aku rasa selalu dok guna

1. tengok dua-dua gambaq tu nampak la dua benda berbeza kan satu kasut satu lagi selipar...dan encik hubby pun sebut dua-dua ni selipar dan kasut..tapi haha dekat kedah ni dua-dua biasa panggil kasut...sandal ka, selipar ka, kasut ka semua adalah kasut...aku rasa si syauqi panggil semua adalah kasut

2. hat ni lagi satu...kalau atas adalah roti hat bawah tu biskut tapi kat kedah atas tu roti keping kot, bawah pangge roti mayat x pun roti 4 sagi...haha hari tu beria-ria encik hubby ajar anak dia sebut biskut tapi syauqi dok bunyi roti la jugak..maybe sebab pengasuh dia pun kedah jugak maka bunyi sebutan dia lebih kearah kedah jugak..nasib aku x dak bibik kalau dak indon la anak aku
3. ni plak nama biasa dia basikal la kan..kat kedah nama dia bertukar jadi gerek..haha syauqi selalu sebut gerek la plus pelat dia lagi..so encik hubby mesti suh aku translate dulu apa anak bujang dia nak bagitau
4. hat ni plak common la kot kat kedah ni orang panggil ayaq..encik hubby plak air..penah dulu syauqi balik kampung tokmek dia trus confuse, orang tanya nak air x? dia diam ja dah lama tu dok jerit-jerit nak ayaq, nak ayaq..haha ada skali tu sebut dua-dua plak, ayaq banyak, air banyak haha

5. hat ni paling aku suka..haha sebab dari rumah aku nak ke bertam tengah dok buat jalan sebab projek kereta api laju tu..maka banyak la kenderaan ni kat jalan..encik hubby panggil kereta nyodok..read:dalam slang klate yer, aku plak panggil backhoe..syauqi plak sebut ho..mean backhoe...pastu pakat gelak2 laki bini..haha encik hubby pastu dengan ayat sedih..syaza la ikut papa haha

betul la bahasa dia backhoe..tak caya ampa p google tengok mesti image tu yang kluaq...haha

Monday, March 12, 2012

family day mpspk 2012

hari sabtu lepas selepas brapa tahun tak ada family day aku ingat depa x mau buat lepas aku masuk..haha banyak aktiviti sebenarnya tapi sebab anak-anak aku x layak nak masuk acara apa-apa maka p main ayaq ja la

mula-mula lepas daftar kita round-round dulu pilih port nak terjun last-last nampak pool untuk kanak-kanak...suka la budak sorang tu nampak tempat ni..x bertangguh nak terjun padahal sebelum tu sikit lagi nak lemas dekat pool bawah tu pun tak insaf-insaf

pool kanak-kanak...ramai la kanak-kanak dah nama pun pool kanak-kanak motif nak ulang kanak-kanak tu banyak kali??
mama dan syaza...time ni duk la dua-dua orang tunggu beg ja...dah nama ramai risau la jugak nak tinggai beg tu dekat situ tanpa pengawasan...beringat sebelum kena..hehe
tester letak anak dara dalam pool..haha suka ko dia ni masuk lam air...gelak mengekek boleh kena air...kemain lagi
sudahnya kena la aku menapak pegi ke entrance balik cari pelampung..tu pun kejap ja syaza dok lam pelampung ni..si syauqi ambik kat dia selebihnya..siap lepas tu dah nek atas pun still berjalan dalam pelampung..haha over la hang syauqi oii
cubaan nak men dua-dua orang...galak depa dua orang ni bila dok lam ayaq..sampai kecut-kecut kaki tangan pun x mau naik lagi
anak bujang aku...jangan tak tau masa dia mandi ni dengan seluar jeans okeh...dah basah dah ngan baju ngan seluar tu aku pun malas dah la nak tukar baju len kat dia..hang terjun ja la ngan baju tu pun
ni tengok anak sapa ntah dok kat tebing ayaq tu makan eskrem dia pun teringin...satu scoop rm2..mahai la tapi skali skala bagi la jugak...ni zaman bila aku nak masuk lagi carnival ni x tau la kan...siap nak makan dok kat tebing tu jugak..sambil lunjur kaki goyang-goyang kaki lam ayaq..over sungguh tapi sat ja masa depan eksrem tu..x lama lepas tu terjun lam ayaq..kena kutip p buang
syaza lepas dah tukar baju..muka x redha kena naik awal sangat..kalau ikut depa ni nak duk ja lam ayaq tu x yah naik...

aku spend masa sat ja kat karnival ni..sebab sukaneka semua anak-anak aku x layak nak masuk makanya p main ayaq ja la...best jugak..hehe len kali boleh p dengan bajet sendiri selain tempat dekat ja dengan rumah

Saturday, March 10, 2012

whoopee

sebelum nak stori panjang-panjang kita kasik tayang dua orang buah hati aku nih..haha payah nau nak suruh ambik gambar berdua...sibuk apa tak tau la kat depa
si adik sibuk kat tokak puting botol susu abang...si abang plak dan la posing sat sebelum berebut kamera ngan mama dia
okeh ni cerita hat betul nak cerita...sebelum ni terbaca kat page "we're 2011 babies" pasal pampers ni...aku mula-mula cam pampers brand apakah itu? haha punya x penah dengaq...tapi skali masa dok window shopping dekat kedai baby dekat sp ni terjumpa pampers ni...rega boleh la tahan...x dak less, habis macam la kedai baby tu dok bagi less...haha pelekat dia soft tape apa nama dia tapi jenis x lekat kat badan tu la, aku x suka pelekat hat jenis lekat kat badan tu dah la anak makin lasak, satg nak buh pampers dok pusing rata terlekat pelekat tu nangis sepasai dah
ni harga dia RM28.90...dekat love garden dekat-dekat ngan econsave dekat taman petani jaya, sungai petani...berapa banyak dekat la aku dok sebut...haha
rupa pampersnya..kaler purple tu..haha suka-suka, bila belek betul-betul dekat plastik dia baru aku perasan yang whoopee ni produk malaysia...satu ja x best..pampers ni x letak size dekat pampers..cuma letak size dekat plastik packaging ja...satg ada la hat tertukar size jap g read: pengasuh depa
ni pampers hat dok pakai skang ni...huggies dry comfort...sebelum ni masa syaza baru lahir, aku bagi pakai dua-dua mamy poko..masa syauqi dulu huggies merah ni la..kadang hat biru tu..tapi huggies biru tu cam x ok...bila banyak shee shee dia jadi berketul-ketul kat pampers..huduh plak aku tengok..huggies merah ni ok cuma saja la mak dia galak nak try pampers baru...hehe
rupa huggies dry comfort...ok la pampers ni...boleh tahan lama dan x la berbau bila depa kencing...macam packaging dia tulis boleh tahan 10ja...aku tukar pampers depa lepas maghrib sampai la esok hantar pengasuh still boleh tahan x dak bocor ka apa...

footnote: cloth diapers dah dok simpan lam kotak sebab pengasuh dia komplen...x mo susahkan dia dan lama-lama aku plak jadi malas nak pakaikan kat depa

Friday, March 9, 2012

Alhamdulillah

selepas lama aku tunggu ni...biarpun x banyak macam orang lain dapat..sampai ribu-ribu tapi tetap aku suka..dalam hati ada taman..hehe ni cek kedua lepas 3 tahun aku cash outkan cash first...dulu seratus lebih ja..kali ni lagi sikit tapi padan la kan...update belog pun sesedap rasa...seikut hati rajin ke tidak...dapat banyak ni syukur Alhamdulillah

footnote: aku x tau pasai pa gambar tu dok herot lagu tu...dah 3 kali aku upload..masa view lam laptop x herot pun

sbpa batal..guna ssm balik

pasal suspen kemarin kan...aku terima dengan alhamdulillah semua yang diucapkan PM semalam...apa-apapun kita tunggu pekeliling rasmi dulu la...harap-harap ada tunggakan..hehe kalau x dak pun redha je la...

mood: insaf dengan hasil kerja dan gaji yang diterima...balancekah gaji tu dengan output yang kita bagi?

Thursday, March 8, 2012

exabytes

baru saja mendaftar untuk iklan baru...harap-harap bukanlah satu saingan untuk iklan nuffnang tu..ikut sumber dari kak nizaa dia kata dak...maka aku pun daftar..dengan harapan ada la sikit income untuk aku..haha

ohh korang kalau nak jugak iklan ni boleh click sini...sama-samalah kita menjana income sampingan dari berblogging ni..pendapat aku biaq la dapat rm50 pun sapa nak bg free zaman la ni kan

http://angel.exabytes.com.my/idevaffiliate.php?id=3206733

suspen

hari ni kan pengunguman pasal sbpa tu...harap-harap berita yang baik-baik saja...suspen oh kenapa la aku x join rombongan g putrajaya tu? haha boleh dengar secara live kan...suspen nih..haha

p/s: selamat hari wanita pada semua wanita

Wednesday, March 7, 2012

cukupkah air anda minum setiap hari?

okeh ni bukan iklan penaja ke apa...cuma sharing dari kehidupan aku sehari-hari...dulu masa zaman skolah x penah pun aku bawak bekal air pegi skolah..masa matrik ke zaman universiti pun sama...apa kes kan nak bawak botol air..gila x cool..haha tah hapa-hapa punya pendirian

masa zaman matrik ada sorang member satu aras aku tu tiap-tiap hari memang gigih masak air...bekas air memang penuh kat tepi katil dia...sebab heater adalah share satu aras satu ja heater...heater tu la buat masak air, rebus telur, rendam megi..gila ajaib la dia berkhidmat untuk kami..okeh balik topik asal...member aku ni cakap dia kurang minum air...sebab tu bila dia kencing warna kuning pekat...time tu aku rasa macam oh..boleh ka buat penanda aras lagu tu..haha tapi lepas dah lama dan memang semua orang tau kot sehari kita kena minum at least 8 gelas...gelas besar mana? air apa?

dan masa dah kawen ada anak...aku pun ikut la rutin tetap sehari kena minum at least 2 liter..haha bunyi cam banyak kan...kembung la perut minum air banyak-banyak...jap lagi ulang toilet la minum air sampai 2 liter sehari..macam-macam lagi la andaian aku jumpa, tapi demi nak breastfeedingkan anak aku telan jugak 2 liter tu...memang la awal-awal rasa macam terseksa tapi bila dah lama macam x cukup plak

tapi yang menariknya memang aku minum sehari 2 liter..tapi kekerapan aku ulang p toilet lebih kurang dari orang yang x bawak bekal air...maka mana teori minum air banyak-banyak kena ulang p toilet? lagipun ada fakta yang aku penah baca yang kita kena cukupkan air dalam badan kita supaya pundi kencing dan buah pinggang kita sihat...dan aku rasa teori tu betul la kot..kalau dah kurang air..kepekatan garam dalam badan pekat..buah pinggang turut x sihat...lama lagi aku nak guna buah pinggang aku tu

maka korang cukupkah air yang korang minum sehari-hari?

Tuesday, March 6, 2012

what will you do?

apa akan anda buat kalau orang yang anda kenal, tapi x rapat, x la tahap mesra pun, cuma bila jumpa tegur...dan tiba-tiba satu hari dia cakap kat aku "x makan ubat apa-apa ka? lepas dah anak dua ni nampak teruk sangat, kena la jaga penampilan, beza sangat masa belum kawin dengan lepas dah anak dua ni"

serius walaupun aku tau niat dia tegur aku tu iklas sebab orangnya jenis straight forward dan x ada niat lain tapi memang terasa oh...tua sangat dah ka muka aku ni...kerana tidak make-up kah? kerana berkedutkah? dah hitamkah? macam-macam oh dok lam kepala ni...sedih pun ada jugak..huhu

p/s: kalau korang ada orang cakap macam tu..apakah reaksi korang?

Saturday, March 3, 2012

e-filling sudah kah anda?


bersempena aku cuti hari dan banyak masa senggeng maka ambik kesempatan daftar e-filling..kalau diikutkan belum layak lagi kena potongan cukai..mungkin tahun depan ke tahun lagi satu baru kena potongan tapi ambik kesempatan daftar awal-awal sebabnya pejabat lhdn ni cuma satu level lagi atas dari pejabat aku dan bulan 5 ni nak pindah ke tempat baru..sebelum depa pindah baik aku buat siap-siap..haha jimat kos minyak dan parking

hari rabu hari tu pegi ambik no pin siap-siap dekat kaunter depa..dan dok bertagak-tagak petang ni baru buka tengok dan isi..mudah saja rupanya cuma cam susah hati kot-kot salah isi kena bayaq mahai...haha gila kedekut

sapa-sapa x buat lagi baik p buat cepat..satg dah last minit nak buat mula la aku pun maki sama pasai parking limited kat sp plaza tu...huhu sebelum borang br1m tu dah tiap-tiap hari dok ulang suh depa p tingkat 4...sorang x pa lagi kalau 30 orang tiap-tiap hari..haha imagine la kan

tapi hasil dia macam dijangka la aku x kena lagi bayaq...cara nak isi dia tengok malam karang aku story..haha ada orang dengki plak aku akrab ngan laptop...nangis2 mintak nenen...huhu

hari cuti

boleh berblogging di hari cuti..sambil mendengar bunyi lagu motosikal yang budak berdua ni tengah naik..perut plak dah kenyang makan nasi lemak alas daun pisang lauk sambal sardin...memang heaven...indahnya boleh bercuti