Showing posts with label syauqi. Show all posts
Showing posts with label syauqi. Show all posts

Thursday, November 17, 2011

ulser pada pemikiran dia


sebelum ni aku pun x penah terfikir apa akan jadi kalau budak ni kena ulser tapi hari khamis lepas dia x sihat, maka encik hubby bawak dia g klinik untuk ambik ubat, ku sangkakan hanya demam tapi lebih dari tu sebabnya dekat mulut dia jadi ulser, bukan sebelah tapi dua-dua..kalau tengok saiz ulser tu mungkin kecik pada kita tapi pada budak umur 2 tahun lebih ni dan x penah kena memang sakit la kot...

hari khamis cuma minum susu 2 kali, air masak
hari jumaat cuma minum susu x sampai 5oz (malamnya dah naik risau bawak g klinik ambik ubat kebas)
hari sabtu x nak minum dok ngadu sakit tapi bila ralit tengok kartun boleh plak makan ngan minum (lebih pada mengadu)
hari ahad hantar pengasuh dok ngadu sakit jugak tapi dah makan ngan minum biarpun jumlah tak banyak sangat tapi ok la
hari isnin aku check tengok ulser tu dah x nmpk tapi kadang-kadang still mengadu sakit, time ni kami laki bini consider dia manja - bila ralit ok ja makan ngan minum

encik hubby kata sebab dia troma kot maka kadang tu still mengadu sakit even dah x dak dah ulser tu..huhu harap-harap jangan la kamu kena lagi ulser ni...susah hati bila tengok dia x nak makan...makin kurus la nanti

time dia x nak makan hari tu dan masa nak mandikan dia trus rasa sayu kat hati tengok anak aku dah makin kurus...sungguh rasa sangat sampai sekarang

footnote: vitamin hari tu budak ni dah x mo makan...bosan kot tiap-tiap hari kena dok makan, kena cari jenis lain plak

Wednesday, November 2, 2011

vitamin untuk syauqi

dulu budak itu sorang memang mudah makan...kasi je la apa pun semua ok..makan dengan banyak (read: banyak versi budak-budak la kan) time tu berat pun macam ok la graf tu...x turun-turun cuma statik x pun naik...tapi skang ni makin susah dah nak paksa dia makan

kalau sebelum ni suka makan mee, nasi yang bukan putih, bihun, laksa tapi skang kalau bagi menu-menu tu pun dia pandang x pandang je, pastu ratah lauk, tu pun kalau lauk menarik minat..huhu susah hati maknya ni kan, maka bagi cadangan dekat encik hubby untuk try bagi dia makan vitamin

sebelum ni aku try scott's emulsion yang versi air, perisa oren tapi budak ni plak semenjak kecik-kecik lagi susah nak makan ubat, bila bagi versi air ni biarpun rasa oren tu sedap tetap la dia x mo...wat seksa ja main main paksa-paksa dengan drama-drama menangis segala ni kan

dan lagi satu aku perasan syauqi suka jajan-jajan, kalau bagi sumi tu satu bungkus besar pun boleh habis dia sorang, dah macam makan nasi dah dia buat sumi tu...sampai kena sorok-sorokkan dari dia..huhu (yang ni aku buat as treat bila dia wat perangai apa-apa) dan ada sekali aku beli ribena pastile tu, kejap ja dah habis satu bungkus...dan dari situ cam terfikir x ada ka vitamin bentuk macam tu...baru budak tu suka makan kan

lepas tu ada jugak dok jenguk guardian x pun watsons tapi semua vitamin dalam bentuk biji, kapsul x pun air...biji takut dia main baling-baling dan kalau air faham-faham la haruss berdrama bila nak bagi makan..penat la nak drama-drama ni..huhu dann hari tu masa jenguk watsons dengan encik hubby terjumpa scott's emulsion dalam bentuk pastile...wish come true..hehe dan-dan jugak aku beli
try mixed berries, dan yang penting bentuk pastile, suka syauqi tiap kali bagi vitamin ni...siap bunyi "nak agi" kalau pagi leh lagi explain sekali makan satu saj, kalau malam mesti dua jugak..kalau x dok ulang g depan peti ais mintak nak lagi...hihi

dan aku nampak skang ni dia makan banyak dari dulu..pengasuh dia selalu bagitau syauqi makan banyak hari ni...suka aku dengar, sebab dia kan lasak, karang dah selim melim dah x sedap nak gomol-gomol...hihi ohh harga dia x mahal pun untuk 50 biji ni RM10.60 dekat watson..untuk sapa-sapa nak try jugak boleh la terjah yer..hihi

footnote: gambar adalah google ya...bukan gambar ambik sendiri

Tuesday, November 1, 2011

potty training

syauqi kan dah menjejak usia 2 tahun dan pendapat aku la boleh dah nak mula potty training..tapi tu la kan anak baru 2, maka ilmu bab potty training adalah zero...err ada jugak tanya pendapat yang ada:

pendapat 1
waktu malam boleh bawak pegi toilet setiap 3 jam sekali untuk bagi dia kencing atau berak...tapi masalah adalah budak ni pantang jumpa air mesti nak mandi...huhu dan bila malam makpak dia tdo mati...x jaga pun setiap 3 jam tu... (ni pendapat ofismate aku yang anak dia semua di ajar waktu malam, semua anak-anak dia pakai pampers sampai saiz m saja...boleh bayang x umo brapa dah diaperless...hebat kan??)

pendapat 2
setiap kali bagi mandi suh dia kencing siap-siap...kena slalu bawak dia pegi toilet untuk kencing...still x berjaya...dah pandai cakap x mau skang ni...aku dok shhh dia dok x mau...camana tu haha (ni pendapat tok dia, masa duk dengan tok hari tu ok la sekarang dah balik tabiat lama dah)

pendapat 3
beli potty training punya tempat tu dengan training pant...yang ni belum ku terai...boleh kot cuba lepas ni (ni aku google je...hihi)

hari tu ada sekali dia buang pampers...lepas tu kena la mop lantai sebab kencing x bagitau tengok-tengok dah meleleh ja...huhu

Sunday, October 30, 2011

habit syauqi yang pelik

sebenarnya habit ni dah lama dah...dari sejak-sejak aku bentikan dia menyusu hari tu...aku stopkan dia masa dia umur 1 tahun 3 bulan...skang dah satu tahun satu bulan kira lama la jugak kan...tapi habit tu x nampak gaya nak berkesudahan dan bagi aku macam agak pelik jugak habit tu..haha puas ditegur x pun dilarang tapi nak dibuat jugak...

habit dia yang pelik bagi aku tu adalah gigit butang...biasanya dulu butang baju dia sendiri sebab kebanyakan baju dia dulu mesti ada butang, lepas tu bila x banyak baju dia yang berbutang dia akan cari butang baju orang...baju aku, baju papa dia, baju tok dia, baju makcik dia...sapa-sapa je la yang masa tu pakai baju ada butang, x pun baju yang baru dibasuh tapi belum lipat..haha gila kronik punya ketagih dekat butang


nak kata dulu masa aku peknen ada kegilaan dekat butang x la plak...lansung aku x leh detect mana datang ketagihan dia tu dekat butang...tapi memang nampak nyata la lepas aku stopkan dia menyusu trus cari butang gigit-gigit..huhu agak-agak bila la nak stopkan ketagihan dia tu...setakat ni belum lagi la tertelan butang-butang tu, tapi ada jugak baju en hubby yang dah tercabut butang sebab ketagihan anak dia yang sorang tu...haha
agak-agak ada effect x elok x dari ketagihan dia yang satu ni..risau gak aku kalau-kalau sampai besar x ilang ketagih dia ni

Saturday, October 29, 2011

berhujung minggu di pantai merdeka :)

plan konon nak pegi masa cuti deepavali hari tu tapi x kesampaian..pegi weekend pun ok la kan..hihi beli makanan on the way ja pastu makan kat sana...


ini budak haa dah sampai non stop main...nasib lam keta dah makan kuih-kuih

intrepem mama dengan adik..hihi
suasana kat pantai...area ni ja x ramai...kot lain penuh khemah
lagi suasana pantai...damai je kan
kami lagi
papa kena teman budak ni...merata dia main lari-lari
pantai...kt luar x la cantik sangat..dah banyak tercemar
mama ngan papa...bergambar lam keta ja
adik yang dari time dukung dah lali-lali...hasilnya naik keta trus lena
abang yang x boleh tengok kamera..trus nak bergambar

cabaran membesarkan anak

wah baru anak dua dah bising-bising kan..orang lain anak sebelas x kecoh pun..haha tu derang la kan...aku ni anak dua pun dah semput...harap-harap dapat la lagi 3 tahun baru naik jadi 3 kot...huhu bagi chance kat aku besarkan dua orang ni dulu...

ku rasa bila tenung balik pikir-pikir dalam-dalam, aku ni memang x sesuai kot jadi fulltime housewife..huhu sebabnya bila satu hari suntuk duduk bertiga kat rumah dan bila petang menjelang, hasilnya aku adalah stress...dan bila stress mood adalah down...tapi nak x nak still kena la melayan...sorang tu lansung aku x leh hilang...bukan pegi jauh pun...even kalau aku bangun untuk simpan toys ke apa walaupun masa tu aku kat depan dia tapi x bersentuhan dengan dia, dah melalak macamkan orang sakit...huhu stress mak ni nak, padahal kalau ada sebelah boleh je dia menjoyah sambil main-main tu


dan lagi sorang pulak ada la saja benda nak dibuat...tengah aku solat datang baring melintang depan sejadah(lagi sorang pegang kaki sambil meniarap), pastu aku dok asyik baring menyusu sambil tengok tv boleh plak dia tutupkan tv tu, dok ralit-ralit aku tengok senyap ja rupanya main telefon rumah, pegi telefon sapa ntah..orang sana dok hello, hello dia pun hello,hello jugak...dok diam-diam skali tengok dok tuang bedak ngan baby oil konon nak sapu bedak kat muka dengan baby oil letak kat rambut tapi kat lantai yang lebih la(nak hensem tu adalah perlu), bagi makan nasi ngan minum air skali pegi tuang air masuk lam nasi...tu blum kira dia membuli adik dia...aku g sidai towel dia leh gigit jari adik dia, berebut mainan leh tampar kepala adik kuat-kuat...dan the list goes on....


tapi tadi selepas dah tdokan dua-dua bila tengok muka rasa sayang itu menebal dalam hati...rasa plak masa yang ada skrang ni x cukup pun aku spend dengan mereka...aku cuma ada 2 hari full untuk spend tu pun kalau aku x dak kelas hujung minggu...hari lain cuma waktu malam saja...hanya 3,4 jam sebelum derang tdo...syaza plak malam tdo awal, pukul 8 dah ngantuk, syauqi plak kul 10 habis lambat dah...huhu sungguh masa itu tidak cukup untuk tengok derang membesar...

kadang bila terkenang bila tingkah laku mereka boleh buatkan senyum sorang-sorang...si abang kalau wat perangai sikit..kata x nak kawan trus la buat cebek (juihkan) mulut pastu gaya-gaya nak menangis, si adik plak kemain dah nak main macam abang...kadang abang buat aksi naik beskal pun boleh mengekek gelak...tapi dengan syarat mama tu kena ada sebelah la...kalau bangun otomatik gelak tukar jadi raungan...otomatik gear 4 trus...haha

apa-apapun sungguh la mama sayang korang, harta yang paling x ternilai untuk aku...dua orang anugerah juga amanah yang paling besar untuk aku

Monday, October 24, 2011

pengalaman itu memang berharga

ada sorang best friend aku penah bertanya..."ang kerja, belajar pastu ada anak lagi...macam mana ang handle masa?" soklan bonus tu sebabnya aku pun tidak tahu..haha jawapan aku pada dia mudah sahaja "nanti ang ada anak ang tau la" ohh "ang" tu maksud "hang" dalam bahasa kedah atau bahasa baku adalah awak atau kamu

sebabnya masa first sambung belajar aku baru mengandungkan syauqi then lepas bersalin di hari ke 30, aku kena menduduki peperiksaan...nasib aku di kira baik sebab sambung belajar pjj dekat uitm yang mana banyak cawangan dia dekat malaysia ni...aku berpantang dekat kuala nerang pastu menumpang exam dekat uitm sungai petani yang perlu travel cuma 2 jam perjalanan...kira nasib baik lagi la kan, sebab aku penah juga dapat message dari facebook sorang teman ni tanya macam mana nak apply pjj course yang aku ambik sebab dia ambik pjj usm tapi kena masuk kelas intensif 3 minggu(x sanggup aku berpisah dari anak 3 minggu...x rela sungguh)

then rezeki Allah untuk aku, mengandung lagi anak ke2, di semester ke3(kalau ikut uitm aku semester5) dan ulang balik rutin sebelumnya, hari ke14 berpantang kena travel untuk ambik exam...(pastu trus pasang implan sebab serik nak study dengan anak keliling aku..haha) sampai ada pensyarah aku penah cakap "eh tiap-tiap sem i jumpa you mesti you pregnant...masa bila yang you x pregnant?" ye lah encik lepas ni saya tunggu konvo baru pregnant balik...hihi

kadang ada jugak rasa penat sambung belajar ni...tapi bila fikir nanti bila anak aku mengadu belajar tu payah x kan aku nak cakap dulu aku pun belajar separuh jalan...ohh tidakk maka biarpun susah aku kena kuatkan hati...lagi 2 tahun setengah sebelum boleh rehat dari penat ni..huhu dan sungguh la pengalaman itu lebih banyak mengajar aku sebenarnya...

nanti bila anak-anak dah besar bolehla aku cerita macam mana aku sambung belajar masa derang masih kecik...dan jugak pengalaman orang yang x berapa sukakan budak-budak ni menjaga anak...sungguh lepas dapat anak baru aku belajar sebenarnya...sebelum ni nak pegang baby pun aku x pandai!

maka jawapan aku mula-mula tadi lebih meyakinkan aku.."nanti ang ada anak ang tau la" hihi buat kawan aku tu... next sem boleh la rasa yer...hihi owh kawan aku ni sambung jugak course aku dan bakal dapat anak tahun depan...masa tengah sem...mungkin jugak ambik exam cam aku dulu..dalam pantang...p exam pakai stokin ngan sweater dengan duduk kepit-kepit, tengah jawab exam rasa bengkak di dada sebab tinggal anak kat mak kat kampung...ko ada?? hihi

abang yang cedera

hari ni baru berkesempatan menggodek-godek blog dan tambah icon-icon ckit masih lagi suram...gambar blum sempat letak...padahal dah berkali-kali snap..huhu rutin harian adalah sama...hujung minggu ke kelas di puncak alam...

ohh kali ni si abang tercedera sikit dekat muka sebab masa g kelas dia ditinggalkan kejap dekat tok dia...tok bawak la pegi jejalan ronda-ronda kampung sekali masa tok dah stopkan motosikal dia pegi terjun dari moto...ada feeling nak jadi stuntman kot...calar cikit dekat muka...kurang hensem dah la anak mama sorang tu...huhuhu

gambar x sempat lagi nak snap sebab semalam baru sempat belek-belek muka...kasi letak minyak gamat pujuk-pujuk semua...ikut cerita mak yang dia ngan ayong dia jugak tok dia, time aku ngan encik hubby x ada boleh je dia jadi good boy cuma bila dah mama dan papa ada sedikit manja...semua nak dekat-dekat mama x pun papa...makan pun kalau boleh nak bersuap, tido atas riba, jugak mengadu dan bercerita dalam pelat dia...kalah adik dia

pagi ni terus ceria macam x ada apa yang berlaku, pegi rumah ibu dengan beg angry bird baru (cari dari klang sampai kedah last-last beli dekat kuala nerang saja)tu pun dah suka bukan main dia dak galas beg tu...x ada la insiden air mata pagi ni..hehe

Monday, October 17, 2011

syaza dah bersunat

kejadian hari sabtu lepas...syaza dah selamat bersunat...bawak pegi dekat klinik dr husna dekat taman ria, sungai petani...lama gak tunggu sebab patient ramai hari tu...

kos total adalah rm55 campur sekali ubat-ubat semua...rasa kalau sunat saja dengan ubat sunat mungkin x sampai kot harga tu...ni ada la ckit ubat-ubat lain yang doktor bagi

muka anak dara yang x tau pun nak kena disunatkan...mak dia yang nervous lebih...time sunat pun x de la nangis apa pun sebab dia x tau pun dia kena sunat...tup-tup dah siap x sampai pun 30 saat, dok galak x habis-habis sampai nurse situ ambik pinjam dukung jap sebab comel katanya

ni plak si abang yang seronok ada papan gelongsor kat klinik tu dok naik turun naik turun masuk rumah plastik tu...suka la dia sampai berak-berak punya seronok main...kena tukar plak pampers lepas tu

Tuesday, October 11, 2011

natural milk booster

breastfeeding itu adalah satu perjalanan yang indah...breastfeeding juga adalah satu perjalanan yang buatkan kita berlajar...belajar dari segi pengalaman dan macam-macam lagilah...dan dari dulu lagi aku x suka nak berpantang bab makan ataupun ambik apa-apa vitamin untuk membanyakkan susu semua tu...sebab bagi aku vitamin tu macam ubat dan aku adalah x suka makan ubat...selagi menu aku sehari-sehari adalah ku rasakan seimbang maka dah cukup...

3 hari lepas anak dara tu x berapa nak sihat sampaikan aku sambil masuk kelas still curi-curi masa untuk kasi dia menyusu sebab x nak lansung minum guna botol dan hasilnya rezeki adalah lebih dari biasa...
hasil mengepam guna tangan sambil sebelah lagi menyusukan si kecik tu...bukan pam sangat pun cuma tensen sebab dah basah breastpad dengan bra lepas tu ambik botol tadah...hasilnya lepas si kecik tdo sebelah lagi dapat byk ni...kalau pam betul-betul atau betul-betul perah mungkin lebih kot..petangnya ulang lagi proses yang sama dah hasilnya cukup la 8oz...buat bekalan 2 kali minum untuk syaza hari ni, tambah lagi 4 botolx4oz dari perahan minggu lepas

dan hari ni 2 kali mengepam dekat ofis dah dapat 4 botolx4oz...x penah lagi 2 kali pam dapat sebanyak tu...mungkin dari konsep demand=supply bila demand adalah lebih maka supply pun bertambah...sebabnya 3 hari si kecik tu x sihat...dia lebih banyak mengempeng kan production pun bertambah...rezeki syaza agaknya...Alhamdulillah
ni plak semalam la...sebab kad astro aku tertinggal kat kampung maka untuk isi masa lapang sebelum kanak-kanak ni tdo kasi syauqi main game angry bird dengan tengok boboiboy kat laptop...si adik plak x padan dengan kecik nampak ja abang main laptop dia pun menyulur p jugak...jatuh dari tilam atas ke tilam bawah yang lebih rendah, niat lam ati nak tepuk-tepuk laptop tu
abg dah start marah kat adik dok tepuk-tepuk keyboard laptop...dah start tolak-tolak adik

ambik mouse plak tolak tangan adik x mau bagi sentuh keyboard laptop...dengan ayat dia "pi aa"(tepi la)
adik yang kalah...dah start nangis sedih ni sebab abang marah

last-last kena pujuk dua-dua kasi tengok boboiboy baru cam aman kejap...tapi x lama lepas tu kena ambik adik gak sebab dok tepuk-tepuk laptop tu dan si abang marah balik adik dia...

tengok balik rasa cam sweet ja bergaduh adik beradik ni...tapi marah macam mana pun syauqi bila cakap nak bagi adik dia kat orang x boleh...sayang jugak dia kat adik dia tu

Monday, October 10, 2011

anak-anak

hari jumaat hari tuh di kala sibuk-sibuk nak mengatur perjalanan untuk kekelas di kesekian kalinya...tiba-tiba syauqi demam..ohh ku jangka berjangkit dari anak pengasuh kot...mak aku kata x pe g ja kelas syauqi dia jagakan...dan pagi tu bertolak sedikit lewat dan dalam hati dok teringat je muka syauqi masa kena tinggal tu...huhu

tepon malamnya masih lagi demam...tok dia bawak g klinik masuk ubat kat bontot dan ulang 3 kali baru betul-betul sembuh. kiranya aku bertolak hari jumaat pagi, hari sabtu petang baru tok dia cakap dah ok x panas dah badan..baru rasa lega sikit dengar...malam tu raba-raba badan syaza rasa panas...hmmm demam dah pass kat adik plak...

syaza biarpun demam tapi x merengek...x sama macam si abang yang sedikit manja nak sentiasa dipeluk...cuma ada masa-masa mahu perhatian merengek la sikit..pagi tu round area meru cari klinik yang dah buka dan nasib baik jumpa satu klinik 24 jam...time kasi ubat pun syaza adalah behave...berlainan dari syauqi yang boleh tendang botol ubat sampai tumpah...bila nak bagi ubat kena kepit kaki dan tangan...syaza plak boleh ja suap macam tu...ada la merengek sikit tapi proses nak bagi syaza makan ubat tu lebih mudah...sungguh la lain anak lain ragamnya

dan hari ni syaza masih lagi demam tapi x la seteruk kemarin dan semalam..harap-harap boleh sembuh hari ni...dan aku hari ni adalah bercuti..huhu x pe think positive kan...bila cuti boleh la mengemas rumah...mudah-mudahan berjaya la aku mengemas... :P

Saturday, October 8, 2011

bajet 2012...alhamdulillah

petang tadi sempat la dengar bajet 2012 masa on the way kat atas lebuh raya dan komen aku yang picisan ni adalah alhamdulillah...dapat setengah pun aku tetap bersyukur...dapat naik 7% pun aku bersyukur gak...ada la kan dari x dak pun dah cukup baik bagi aku...tahun ni aku x harap tinggi-tinggi lagi...kalau ada tu adalah maka bila dengar dapat itu ini kira ok la kan...

ohh cuma satu ja acik sangatlah x puas hati huhu umo bersara naik sampai 60 tahun...ye pm keje la kami sampai spek tebal 3 inci baru leh bersara yer...pastu merasa la pencen 2,3 tahun sebelum jenguk alam lain tu pun kalau sempat rasa kalau umo x panjang keje la kau sampai mati...huhu sungguh ku x bersetuju bab tu...dah la umo bersara tu adalah mandatori kalau pencen awal pun duit pencen masuk umo 60...hai la nasib badan

mode: terkenang syauqi yang ditinggalkan...masa tinggal tadi adalah demam...harap-harap baik la cepat demam dia tu...sangatlah susah dalam hati...huhu

Monday, October 3, 2011

sambutan besday syauqi

hari sabtu lepas yakni 1hb 10 2011 aku buat sambutan besday anak teruna sorang ni...buat kecik-kecik ja cuma jemput kawan terdekat, jiran-jiran sebelah dengan sedara mara terdekat...terdekat ni mean yang rumah x jauh ngan rumah aku je la...

plan dari 2 minggu sebelum besday dok tambah tolak darab campur semua last-last jadi la jugak sambutan besdaynya...alhamdulillah


kek besday boy...skang ni asyik dok boboi boboi maka ku tempah boboiboy ni dekat cni dan x rugi tempah sebab sedap dan kek pun cantik, service jugak ok dan recommended la
menu itu hari...pulut kuning, rendang ayam, bihun goreng, ayam bakar madu, kek, nuget goreng, kuih seri muka, nasi tomato, buah tembikai dan air blackcurrant...Alhamdulillah jugak sebab cukup-cukup dengan tetamu yang datang
acara potong kek dan lepas tu besday boy eksaited tengok boboiboy tu asyik nak edible paper tu sebab ada gambar boboiboy...bukan makan pun
antara tetamu jauh yang hadir...jauh import dari kuala nerang untuk menggamatkan suasana..hehehe
dak kecik ni korang bising la macam mana pun cukup time dia tido...ni tido kat depan je time tengah riuh-riuh tu...pakai cantik-cantik tapi membuta how??
mak-mak sedara besday boy...ni sebelum derang g lepak menidokan diri jugak
bapa mithali kononnya mengasuh dua orang anak sebelum berlaku perebutan kuasa dan aku kena ambik princess kecik tu
yeah saya dah menang...leh trus konker duduk atas papa...kekeke
ni plak acara berbual-bual sebelum kena cepuk oleh syaza...syaza memang suka gagau muka orang pun..orang ajak sembang dia p cepuk muka orang

acara bermula jam 3 dan tamat kira-kira jam 8 malam...penat tapi berbaloi-baloi...hihi tahun depan tengok rezeki kalau lebih boleh la buat lagi

Thursday, September 29, 2011

happy birthday syauqi!

years turn by...how time flies...rasa macam 2009 itu masih lagi baru dalam ingatan...huwaaa sungguh cepat ini budak membesar...dari baby yang merah dan bau wangi baby dah bertukarrr jadi budak yang mulut banyak berceloteh dan pandai mengekpresikan kehendak sendiri...dan jugak pandai buat perangai bila kehendak tidak dipenuhi...

hari ni dah genap 2 tahun umurnya..moga membesar jadi anak yang soleh dan mendengar kata ibu bapa...dihati mama syauqi tetap anak yang mama sayang...sama jugak macam adik :)

footnote: pagi-pagi asyik nak naik moto dan sekarang dah pandai panjat sendiri ku risau takut jatuh sebab kecik-kecik dulu penah jatuh sekali dengan moto...huhu

Wednesday, September 21, 2011

penggunaan walker untuk bayi cepat berjalan...betulkah?

situasi raya hari tu time jumpa sedara mara sambil borak-borak pasal anak

dia: dah brapa bulan syaza?
aku: dah 4 bulan
dia: kuat la badan dia leh berdiri macam tu, boleh dah ni letak lam walker
aku: x nak la, x ajar anak letak lam walker, syauqi dulu pun x ajar gak
dia: ya ka, kalau letak boleh cepat berjalan
aku: syauqi dulu tolak kotak ngan bakul ja, 10 bulan dah jalan dah

ok setiap budak-budak lain kan perkembangan dia, ada yang aktif cepat ja dah meniarap, menyulur then merangkak dan berjalan, ada plak yang jenis ayu sopan-sopan sikit ambik masa untuk memulakan langkah pertama...dah nama pun lain-lain budak lain-lain ragam kan, usahlah nak dibanding-banding semua tu janji sihat membesar elok sudahlah

cam situasi aku, aku masa zaman syauqi memang berkira-kira pasal penggunaan walker dan dari segi pembacaan aku dari satu cerita ke artikel semua x cakap pun pasal kebaikan walker dan tersemat la kat kepala otak aku ni walker itu tidak bagus untuk perkembangan bayi...mana teori yang kata walker boleh cepatkan baby berjalan? memang la aku x percaya

kalau ada yang letak anak lam walker tu hak masing-masing la kan, usah nak dipaksa orang lain buat hal yang sama...cam kes aku, aku x kasi letak lam walker, biarlah dia develop body dia sendiri, biarlah secara natural...sebab dari pembacaan aku walker akan melatih otot yang salah untuk kaki bayi dan akan beri effect pada perkembangan dia bila dah besar nanti dan insya Allah syaza pun nanti cam abang dia jugak, ko men la tolak kotak ngan bakul tu kalau nak cepat berjalan (bunyi ayat cam kejam...haha)



ohh aku memang x paksa orang ikut cara aku...lain orang lain la cara nak membesarkan anak kan...anak itu ibarat kain putih, ikutlah macam mana korang mencorakkan dia..

footnote: gambar model adalah syauqi dulu-dulu sebab syaza belum lagi pandai nak tolak-tolak kotak ni, pandai meniarap dan menyulur ja

Tuesday, September 20, 2011

kejadian semalam

semalam konon feeling rajin nak buat ot maka tepon pengasuh cakap nak ambik lambat...skali pengasuh dia kata susu syaza dah habis..ohh kena la balik hantar susu dulu kat mek tu sebab karang kul 7 lebih baru nak ambik dia pulak...elok sampai je rumah pengasuh si anak teruna sorang tu dah menunggu depan gate...sebab konsep syauqi 2 kali je jengah rumah pengasuh tu untuk satu hari masa pagi untuk hantar dia lepas tu pegi balik x kira waktu mana adalah untuk ambik dia...

dan buat kesimpulan usung je la dia skali...huhuh balik rumah dulu untuk solat dan siap-siap...skali syauqi membuang plak...kena basuh-basuh dulu lepas tu ambik vitagen satu isi lam botol susu buat bekal...sepanjang jalan dia eksaited tengok lori sebab on the way tu lalu kawasan kilang maka banyak la lori-lori sepanjang jalan...

balik petang ambik kenit syaza dan siap-siap untuk mandi dan solat...tengah aku dok solat tu syaza menangis sebab lama sangat meniarap kot dan bosan...nak menyulur pun x ada benda nak dikejar kat depan dia...skali si syauqi datang trus pegi tampar adik dia dia sambil bunyi "haa" apalagi meraung la syaza, bila syaza meraung dia tampar lagi dan lagi..ohh masa ni memang x khusyuk solat aku...bagi dia ubat bila adik dia nangis adalah tampar berkali-kali...huh merana la mek tu sementara aku nak habis solat...adalah 6,7 das rasa dia tampar adik dia...huh sabar je la bila marah meraung la kejap lepas tu buas balik cam x bersalah pun... hai la anak...huhu

ku rasa nak menunggu derang ni membesar memang betul-betul kena banyak bersabar...hai la anak

Thursday, August 11, 2011

hasil seni

ni menu buka posa hari ahad lepas sebenarnya...balik godek-godek peti ais jumpa daging burger yang konon nak masak bila hari malas...potong-potong sayur, pastu dekat nak buka posa br dok susun-susun bahan bagi nampak cantik la kan...

ops terlebih flash...kena ambik lagi skali
okeh kali ni ambik bg nampak cantik sikit cuma letak karot ngan bawang ngan tomato...timun malas nak beli maka x ada lam burger tu
ni plak hasil seni syauqi...huhu penat je mak dia hias cantik-cantik kan...x faham y kena senget kepala bila ambik gambar...haha konon posing la kot

ni plak budak yang belum boleh makan...time orang makan haa makan la tangan sendiri selain dok meleleh air liur bukan main banyak lagi

see makan tangan lagi...time ni dah berjaya meniarap dah
ohh mama ambik gambar saya...kena buang tangan ni kasi nampak comel cikit

Wednesday, August 3, 2011

harta warisan

since syaza anak ke dua maka banyak la barang-barang dari zaman syauqi diturunkan pada syaza...cam sebelum ni kot baby yang syauqi x mo duduk lam tu aku pasang blk untuk letak syaza dalam tu... dan hari tu tengok syaza cam dah pandai main-main bila letak apa-apa benda dekat dia aku pun cari la mat ni balik dan pasang-pasang

syaza yang mula-mula duduk kat playmat ni main-main sampai tertido...kali kedua dah start boring-boring dan skang ni pantang letak terus berpusing untuk meniarap...ohh syaza dah terer meniarap dengan pandai pusingkan tangan dia masa 3 bulan 1 minggu hari tu...sebelum ni boleh gak meniarap tapi tersekat kat tangan...skang ni dah kemaruk kot pantang letak bawah mesti nak pusing je keja dia

ni plak abg syauqi yang jeles bila mama letak adik kat mat...mesti x lama masuk gak dok situ sambil tendang-tendang menatang ni...jeles kot

ni plak syauqi dulu-dulu masa duk kat mat ni...hai rindu plak syauqi zaman ni....zaman debab dan manja-manja...skang still lagi manja cuma lebih lasak lagi...huhu
ni plak cot yang patut letak syaza...sebelum ni aku pasang belah atas tu...tapi lepas syauqi pandai panjat sendiri nak masuk lam cot tu aku buang bahagian atas dan tinggal bahagian bawah ja...kalau ralit-ralit ja mesti tengok dia dah kat dalam tu...jeles sebab mama letak adik dalam tu jugak kot
ni pun skang letak syaza dalam ni...jeles gak...kalau nek keta adik x duduk lam ni mesti dia take over...kalau dah harta warisan tu macam ni la kot yer...semua barang yang biasa dia guna sorang tapi kena kongsi mesti ada rasa x mau share kot...ohh ni gambar syauqi zaman kecik-kecik duk lam carseat ni