Wednesday, June 20, 2012

lazada...bagi balik duitku!! part 2

rentetan dari entri aku pasal lazada tempoh hari...dan semalam selepas panggilan telefon dekat customer service dia yang entah kali keberapa..katanya dalam tempoh 2 hari akan dapat balik duit refund tu...sempat lagi tanya kenapa lambat sangat proses refund ni..dan katanya proses refund ni memang ambik masa sebab ramai nak refund..jawab aku adalah lain kali kalau dah lama jangan la cakap 8-10 hari, bagitau je 30 hari ka..x la rasa nak marah sangat kan kan

petangnya pulak dapat call dari lazada cakap dia adalah manager customer service tu la kot...dan katanya dalam tempoh 2 hari akan settlekan refund ni...dan kalau x dapat jugak boleh call marah-marah dia...okeh tunggu dan lihat

pagi ni kejap tadi rasa nak buka dan tengok cimbclicks tu...tengok-tengok angka dah berubah...lalala suka-suka rasa macam satu beban sudah hilang dari atas kepala...hihi harap-harap ini adalah kali terakhir aku berurusan dengan lazada ni kot..kalau korang nak beli barang dari dia aku x galakkan jugak x menegah..pendapat masing-masing..mungkin masa aku beli tu barang dah out of stock dan proses refund ambik masa lambat..kalau barang tu ada x lah jadi macam kes aku kot..lagipun tengok orang yang like lazada kat facebook nak cecah 10ribu dah..kira ok la kot company ni

kes adalah solved...tutup buku

p/s: mood suka hati


Tuesday, June 19, 2012

ketagihan

ni namanya ketagihan yang memudaratkan...huhu minggu lepas la ni..makan tengah hari dengan ofismate tengok dia order neslo ais...teringin nak ubah deria rasa kononnya..try la order sudahnya ketagihan..asal nak order air ja mesti neslo ais..bukan tak tau effect kat badan sendiri kalau terlebih kaffein nescafe ni dalam badan...huhu

hari ni order lagi..petang bajet x mau order dah sebab konon x mau terlebih kafein tapi ofismate seorang lagi order dan sudahnya paksa rela kena tolong habiskan air dia...biarpun suku ja aku minum tapi kepala sudah ding dong...huhu

esok mau order lagi tapi kena sukat jangan lebih dari segelas sehari...tapi esok mau posa..okeh postpone minggu depan
neslo yang membuat daku ketagihan...bila nak ilang ketagih tunggu dan lihat sajalah

Monday, June 18, 2012

lazada...bagi balik duitku!!

ni selepas memendam perasaan seberapa lama...email jugak sudah x dibalas oleh cutomer service dia..bila call janji nak call balik tapi sampai ke sudah x call...kalau aku kata penipu nak marah plak kan...nak plak sekarang ni memang makin gah iklan dia dimerata-merata..menambahkan lagi sakit hati didada...

tengok orang guna ipad dah macam trauma okeh!! ipad kemana duit kemana...aku beli 10 april okeh...cer kira dari 10 april ke hari ni dah brapa hari...pastu refund dari 30 may sebab asyik brarang out of stock baik la ambik duit balik...dia janji 8-10 hari bekerja...cer kira lagi dari 30 may ke hari ni dah brapa hari...agak-agak 10 hari derang tu brapa la

konon la kan gah sangat south east asia la dia punya kawasan liputan..habis tu x kan nak bayar balik duit aku yang rm1599 pun x mampu...kalau dah untung ribu riban brapa sangat la duit aku tu kan...aku cuma mintak duit aku balik ja..dah macam tahap pengemis dah aku rasa ni...silap-silap nak raya nanti belum tentu aku dapat duit aku tu apa??

p/s: mohon lebih kesabaran dalam berurusan untuk duit aku ni...huhu

Sunday, June 17, 2012

training mentidokan anak2 dan potty training

ni selepas beberapa hari rasanya dah makin regular masa untuk tido depa cumanya drama waktu sebelum tido masih lagi berlansung, biarpun waktu drama dah makin berkurangan tapi tetap ada drama...sorang nak chichin(read:kencing), ibi(read:tv) dan sorang lagi menangis dalam bahasa dia yang aku pun x leh nak translate dia nak apa...dan aku suspek lagi sorang tu nak peluk-peluk sambil bergayut dekat nenen dia macam selalu...

dan bila aku duduk tunggu kat situ sementara dua-dua lelapkan mata sebenarnya drama air mata tu akan berlansung kurang dari 5 minit atau lagi kurang sebenarnya...saja nak drama-drama jugak kan? kan? cuma rasa macam syaza akan ambik masa lagi lama dari syauqi kot sebab lepas 2,3 jam tido mesti terjaga dan nangis, kalau x layan datang tido atas aku ataupun tengah-tengah antara mak dengan pak dia...kata hat kecik skali kan, manja lebih la sikit

potty training plak rasa macam kagum la jugak dengan pencapaian 3 hari ni...boleh ka buat feeling lagu tu..bukan apa sebelum ni selang 15 minit mesti aku kena dok lap lantai...ni dalam 3 jam gak la, then dia habaq nak kencing ka apa...cuma berak memang masih fail..dah kantoi sikit baru bgtau...tapi kira ada improvement la jugak...sok pagi kena bangun awal la aku supaya sempat mandikan depa dan hantar syauqi ke rumah pengasuh diaperless...(wah berangan la kau pz nak bangun awal...huhu) biarpun hari first ada la 3 kali adegan lap lantai, hari second basuh cadar ngan selimut..hari ni tukar syif bapak dia lap lantai dengan kerusi...hihi tapi harap-harap sebelum besday dia yang 3 sempat la bagi dia x pakai pampers trus dah

p/s: 3 hari cuti dah rasa cam mahu sambung lagi cuti...huhu


Friday, June 15, 2012

3 hari cuti

biarpun semenjak 2 menjak ni aku rasa macam kelibat aku adalah sangat kurang dekat ofis...tapi bila dapat cuti umum tambah sehari ahad ni jadi 3 hari cuti tetapla rasa excited...haha boleh dak lagu tu...tapi since tengah-tengah bulan yang mana expenses bulan ni agak la banyak maka dah jadi miskin sebelum gaji dan simpan la semua harapan nak pegi kemana-mana...huhu cuti 3 hari pun kita duduk rumah je la ye

tapi bila fikir dari sudut yang positif..eceh ni ayat mengubat hati sendiri la ni...sebab dah brapa kali wiken aku x lekat dirumah...berjalan ja kan x pa la wiken ni 3 hari pun kita duduk rumah je la..kemas rumah, siapkan esemen, study, dann ajar syauqi potty training...hihi

hari ni macam ok la training dia, bab nak kencing boleh ja dia cakap tapi buang air besar 3 kali membuang 3 kali jugak terbabas...huhu redha je la lap lantai hari ni...bersih la lantai aku 2,3 hari ni...badan masih lagi suam-suam dengan kurang selera makan, banyak minum air ja, susu pun x brapa nak laku hari ni

petang tadi pengasuh dia buat surprise datang tengok syauqi...risau kot sebab kemarin aku ambik awal dah demam panas sangat...merengek pun banyak jugak...maka hari ni since dia x jadi balik kampung datang la tengok anak bujang tu...dulu pantang ibu datang mesti nak ikut balik tapi hari ni kemain lagi x mau ikut...

p/s: duit refund aku dari lazada yang kemain gah masih lagi x dapat..konon janji 8-10 hari...ni hari ke 11 dah..email pun x berjawab dah...kemain lagi gah nama company service adalah hampeh

Thursday, June 14, 2012

musim demam

mula dengan si syaza yang x dak pasai tiba-tiba badan panas dan demam...bagi ubat dalam turutan 3 kali trus lega demam tu...dan lepas tu anak si pengasuh plak si damia ambik turn selepas si syaza..dan esoknya lega jugak, dah damia sihat syauqi plak ambik turn tu...tapi rupanya si syauqi adalah tahap merengek lagi dasyat dari syaza...sebab syaza badan panas tu bila bagi ubat sekejap ja dah kebah, tapi syauqi peluh tu peluh tapi dok suam-suam macam tu jugak

besar la harapan aku supaya esok dah kebah demam dia...sebab biasa yang dok melasak dalam rumah ni adalah dia...bila dia dok x aktif dan merengek macam susah hati plak...huhu selain dari masa ni la adik ambik kesempatan buli balik...abang dok baring dia dengan sengajanya bawak mainan ka botol susu p ketuk kepala si abang..si abang sebab x larat menjerit dan menangis je la...adik plak gelak mengekeh suka hati

kalau esok dah sihat boleh la buat aktiviti tertangguh yang sampai la ni x berjaya lagi yakni potty training dia...sebab sampai ahad ni aku cuti dapat la 3 hari training...lama sangat tertangguh...jeles dekat ofismate aku yang anak dia sebaya syauqi jugak boleh tiba-tiba x mau sendiri pakai pampers dan bila nak kencing atau berak dia akan cakap...

p/s: kanak-kanak ni sentiasa ja ada benda yang akan buat kita kagum...